Wednesday, September 10, 2014

Soalan Sains UPSR bocor, peperiksaan ditangguh

SHAH ALAM - Kertas peperiksaan subjek Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan esok terpaksa ditangguh kerana didapati soalannya bocor.



Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014.

Berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Kertas peperiksaan subjek Sains itu sepatutnya diduduki pelajar tahun enam pada jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi, esok.

-sinar harian
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Soalan Sains UPSR bocor, peperiksaan ditangguh "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx