Friday, September 12, 2014

Pakatan mahu autonomi Sabah

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah percaya masih ada ruang untuk berbincang dengan kerajaan pusat berkenaan kuasa autonomi di Sabah.
Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukin berkata, mereka tidak memihak kepada mana-mana tindakan pemisahan tetapi mahu kerajaan memberi lebih banyak kuasa autonomi kepada Sabah.

“Kerajaan pusat perlu memberi lebih banyak hak kepada penduduk Sabah yang berasa semakin tidak puas hati dengan layanan kerajaan pusat di mana pembangunan sama rata masih diperlukan dalam pelbagai bidang,” katanya dalam satu kenyataan.

Autonomi, katanya, adalah pendirian PKR dan PAS Sabah.

Melihat kepada perkembangan terbaru itu, Lajim berkata bahawa kerajaan persekutuan perlu melakukan kajian kenapa ‘cakap-cakap’ mengenai pemisahan menjadi begitu hangat pada masa sekarang.

“Sebenarnya, mereka yang berbincang mengenai pemisahan di pelbagai media social seperti Facebook, Twitter dan Whatsapp hanyalah menyuarakan rasa tidak puas hati,” tegasnya.

Oleh itu menurutnya, kerajaan pusat perlu mendengar apa yang membuatkan penduduk Sabah tidak gembira dan kenapa mereka meluahkan rasa kecewa seperti itu hingga timbul soal untuk berpisah daripada Malaysia.

“Pusat perlu mencari penyelesaian terhadap tuntutan parti-parti politik di negeri ini yang mahukan lebih banyak kuasa autonomi. Ini termasuk mengkaji dengan lebih teliti hak-hak negeri dibawah Perjanjian Malaysia 1963 dan perjanjian dalam Perkara 20,” katanya.

Ramai pemimpin, aktivis dan rakyat biasa menuduh kerajaan pusat tidak jujur dengan ikrarnya dalam mempertahankan perjanjian Malaysia hingga menghakis hak-hak penduduk Sabah sejak pada 1963.

Kerajaan persekutuan didesak untuk melakukan sesuatu berikutan pelbagai isu yang melanda negeri ini terutama dengankedatangan ramai pendatang tanpa izin, pemberian kad pengenalan dalam projek IC, keselamatan di Pantai Timur, penculikan, isu agama dan kaum.

Kata Lajim, masa sudah berubah di mana dalam masa 51 tahun, Sabah yang ada hanya 400,000 penduduk pada 1963, menyaksikan peningkatan mengejut penduduk di negeri ini kepada 3.4 juta orang pada hari ini.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Pakatan mahu autonomi Sabah "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx