Thursday, June 3, 2010

'ORANG LAMA' INTAI PELUANG JADI CALON ?

SEKURANG-kurangnya dua mantan pegawai kerajaan dari Kuala Penyu yang sudah berpencen sedang mengintai peluang sekiranya ada ruang untuk mereka menampilkan diri menjadi calon bagi kerusi DUN di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka ialah mantan pegawai di Jabatan Perhutanan Negeri, Dr. Sining Unchi dan Datuk Herman Tionsoh, mantan Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah (LSS). Kedua-dua mereka kini mula berjinak-jinak dengan politik dan secara kebetulan Sining telah diberi peluang oleh Ketua Bahagian UPKO Beaufort, Datuk Wences Angang dengan dilantik menduduki ahli jawatankuasa bahagian; manakala Herman yang membuat penampilan lebih awal kini merupakan Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu dan Pengerusi Tetap parti itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/sabah.jpg

Ekoran desas-desus mengenai agenda politik mereka, kedua-dua individu terbabit yang kini mencecah usia hampir 60 tahun diberi pelbagai gelaran sinis oleh pengundi Kuala Penyu seperti 'kuda tua', orang lama dan orang pencen.

Apa pun gelaran yang diberikan namun Sining dan Herman tidak terlalu kisah kerana sedar ia sebahagian daripada cabaran dan kemelut yang terpaksa ditempuhi jika berada di pentas politik.

Melakukan pelbagai strategi dan percaturan mungkin bukanlah sesuatu yang sukar bagi kedua-dua orang pencen ini tetapi hambatan paling besar mereka ialah lampu hijau daripada ketua bahagian walaupun keputusan muktamad boleh ditentukan oleh ‘Huguan Siao’ UPKO, Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Restu daripada ahli jawatankuasa bahagian terutama ketua tentunya sangat penting bagi membolehkan penerimaan ahli dan penyokong mereka di kawasan berkenaan.

Lebih-lebih lagi, kedua-dua orang lama ini tidak dikenali oleh warga Kuala Penyu sendiri kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa perkhidmatan di kawasan lain menyebabkan ramai rakyat langsung tidak mengenali mereka terutama kalangan masyarakat Bisaya dan Brunei.

Berbanding Herman, Sining dilihat mempunyai ruang lebih baik menggamit hati Datuk Wences selaku orang nombor satu di bahagian kerana beliaulah orang yang membawanya terjun dalam kolam politik dan beliau juga tidak mempunyai rekod yang kurang menyenangkan dengan mantan Timbalan Ketua Menteri itu.

Bagaimanapun bagi Herman, bukan mudah baginya untuk melepasi benteng UPKO Beaufort selagi Wences masih beraksi di tonggak pertahanan kerana 'luka' lama masih belum luput dari ingatan akibat pergeseran peribadi masa lalu.

Sekiranya mantan Pengurus Besar LSS itu sanggup mengharungi badai sekalipun mungkin Wences tidak mudah merelakannya apalagi pengalaman politik yang dimiliki Naib Presiden UPKO itu meletakkan beliau mempunyai kelebihan untuk mempertahankan bahagian daripada dicerobohi 'budak hingusan' politik.

Para penganalisis politik di sini melihat senario politik di Kuala Penyu dan perkembangan yahttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=4275211866214554517ng berlaku memberi impak yang mendalam kepada pengundi-pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Jika prestasi wakil rakyat yang ada sekarang dijadikan ukuran serta taktik kurang sihat di kalangan pemimpin yang mempunyai agenda tersembunyi pastinya membingungkan rakyat untuk membuat pilihan.

Lantas ini boleh mengundang mala petaka kepada Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi tersebut jika kepimpinan BN negeri menyerahkan bulat-bulat kepada ‘Huguan Siou’ UPKO untuk menentukan calon pilihannya, yang mungkin hanya meneropongnya dari Penampang sedangkan parti pembangkang sudah menggunakan satelit untuk melihat situasi sebenar di Kuala Penyu.

Oleh : RAHUL FIRDAUS (sabahkini)

8 comments:
Write comments
  1. Dua mantan pegawai kerajaan dari Kuala Penyu yang sudah berpencen ini harus diberi perhatian. Bagi saya asalkan sesorang itu mempunyai kredibiliti, kesungguhan, kebolehan, bersedia menjalankan tugas dan sebagainya ia mungkin boleh menjadi pemimpin yang baik di daerah tersebut. Bagaimanapun biarlah mendapat persetujuan daripada pelbagai pihak tertentu.

    ReplyDelete
  2. Siapa2pun boleh menjadi seorang pemimpin asalkan individu tersebut sanggup menerima pelbagai tamparan daripada rakyat dan bersedia menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  3. seorang pemimpin yang baik seharusnya peka dengan keadaan rakyat, dia juga harus bersedia menghadapi cabaran.

    ReplyDelete
  4. faktor umur bukan penentu kemampuan seseorang. diharapkan tiada monopoli kuasa dan berat sebelah dalam politik mereka.

    ReplyDelete
  5. As long as they can accept new ideas rather than stubbornly sticking to those outdated methods, have the right qualifications and attitude. I don't see why not.

    ReplyDelete
  6. inda kisah dia orang lama atau orang baru, yang penting dia mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan rakayat suka dengan dia.

    ReplyDelete
  7. siapa pun boleh jadi wakil rakyat, yang penting dia berkemapuan. faktor umur tak jadi masalah.

    ReplyDelete
  8. sesiapa pun boleh menjadi wakil rakyat...yang penting adalah tanggung jawab dilaksanakan dengan sebaik-baiknya apabila bergelar YB..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.