WAKIL rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Sing tidak serik-serik mengguris perasaan rakyat di kawasannya apabila Yang Berhormat itu membohongi mereka dengan menyatakan pada waktu-waktu tertentu beliau tidak akan berada di Kuala Penyu kerana beliau akan bertugas di pejabatnya di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah atau Sedco di Kota Kinabalu.
Teo, yang kebetulan memegang jawatan Timbalan Pengerusi bagi agensi kerajaan itu telah memaklumkan rakyat di kawasannya bahawa pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat, beliau terpaksa berada di pejabatnya di Kota Kinabalu dan mereka yang hendak berurusan dengan beliau di Kuala Penyu pada ketika itu supaya jangan berbuat demikian sebaliknya mencuba hari lain.
Berdasarkan makluman YB itu bermakna tiga hari tersebut, rakyat tidak boleh mencari dan menemuinya di kawasan kerana kononnya atas komitmen tugas beliau di pejabat Sedco.
Walaupun jarak antara Kuala Penyu dengan Kota Kinabalu mengambil masa perjalanan dengan kenderaan kira-kira dua jam tetapi ini tidak pula mematah semangat beberapa warga Kuala Penyu yang ingin benar menemui YB mereka di pejabatnya di Kota Kinabalu. Kalau bernasib baik pastilah boleh berjumpa dengan beliau.
Bagaimanapun setelah tiba di Wawasan Plaza, Kota Kinabalu, lokasi pejabat Sedco sebagaimana yang diberi gambaran oleh YB tersebut, mereka bukan sahaja gagal menemuinya di situ malah mereka juga diberitahu oleh kakitangan Sedco di tingkat 9 yang sepatutnya menempatkan pejabat Timbalan Pengerusi memberitahu, "Saya tidak pernah nampak YB itu datang ke sini."
"Setahu saya Timbalan Pengerusi tidak mempunyai pejabat. Hanya pengerusi sahaja ada pejabat di tingkat 10," kata kakitangan wanita itu sambil menambah, "kalau perlu, anda boleh bertanya PA Pengerusi di atas."
Warga Kuala Penyu terbabit bukan sahaja kebingungan malah tidak percaya YB berkenaan sanggup membohongi rakyat di Kuala Penyu termasuk diri mereka, yang kononnya beliau berada di pejabatnya di Kota Kinabalu pada hari yang ditetapkan itu.
Kalau Sedco tidak menyediakan pejabat kepada YB tersebut, di mana agaknya beliau bersembunyi di Kota Kinabalu pada waktu-waktu tersebut?. Di rumah kediaman, hotel, rumah tumpangan atau rumah urut, inilah antara seribu persoalan yang berserabut di kepala rakyat Kuala Penyu yang pastinya menuntut penjelasan daripada wakil rakyat berkenaan.
Selepas memperoleh tiket YB, Teo bernasib baik kerana Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman telah memberi peluang kepada beliau menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Sedco, jawatan yang dikosongkan oleh Adun Likas, Liew Teck Chan berikutan tindakan SAPP meninggalkan Barisan Nasional tahun lalu.
Banyak juga spekulasi menyebut bahawa Wakil Rakyat Kuala Penyu itu sekadar dijadikan 'puppet' dalam perbadanan itu apabila beliau diberi peranan menjadi timbalan kepada wakil rakyat Membakut, Datuk Ariffin Arif yang menjadi pengerusi agensi terbesar kerajaan negeri itu.
Jawatan itu melayakkan Teo menerima elaun bulanan, dalam jumlah yang tidak dipastikan selain mendapat kemudahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner, yang memang menjadi kegemaran beliau sehinggakan sebuah lagi kenderaan serupa terpaksa 'dihadiahkan' oleh seorang kontraktor di Kuala Penyu kerana dia menjadi keutamaan bagi melaksanakan projek-projek di bawah peruntukan DUN.
Kisah John Teo ini ibarat filem lakonan Allahyarham P. Ramlee sentiasa melucukan dan menyebabkan penonton tergelak sendiri apabila mengimbaunya kembali. Tidak hairanlah ada kalangan sahabat beliau, sambil menggelarnya ‘YB Aramaiti’, berkata, "apa dia susah, kalau tak jadi calon lagi pun, dia sudah ada pencen bah."
Oleh: RAHUL FIRDAUS (sabahkini)
Friday, June 4, 2010
YB BOHONGI RAKYAT, JADI 'PUPPET' SEDCO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul kah ni cerita? atau rekaan semata-mata?
ReplyDeletetidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran cerita ini.. namun kepada mana2 YB, berjaga2 dengan tingkah laku kerana rakyat sentiasa melihat anda. oleh itu tunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.
ReplyDeleteya..tunjukkan contoh yang baik. jadikan calon yang rakyat telah pilih untuk memperjuangkan kebaikan kehidupan mereka pada masa depan
ReplyDeletebetul ka YB kita mcm tu? ada bukti kukuh ke? bagaimanapun, harap jangan;ah ada YB seperti itu. pemimpin yang baik perlu peka dengan keadaan rakyat
ReplyDeleteSusahlah kalau ada pemimpin macam ini. Ia bukan saja tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat tatapi juga menjejaskan parti.
ReplyDeleteMesti salah faham. Jika perlu YB tersebut harus memberikan keterangan dan menjawab persoalan yang telah dibangkitkan.
ReplyDeletePerkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula beliau seorang pemimpin yang dihormati. Sekiranya kenyataan ini bener2 berlaku maka YB tersebut tidak patut diberi sebarang jawatan di jabatan kerajaan kerana beliau hanya menjejaskan pentadbiran kerajaan sahaja.
ReplyDelete