Thursday, June 3, 2010

Rombakan kabinet pancing hati rakyat sudah terlewat

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah dianggap terlewat melantik timbalan-timbalan menteri dari wakil parti komponen BN di Sabah dan Sarawak untuk tujuan memancing hati rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kiranya lantikan itu bertujuan untuk memancing hati rakyat, ianya sudah terlewat.

“Dah terlewat dah. BN jatuh serta tidak mendapat sokongan rakyat dalam pilihan raya kecil di Sibu baru-baru ini. Baru nak berubah. Dah tak jadi apa dah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco ketika diminta mengulas berhubung rombakan kecil kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Antara perlantikan baru yang dibuat, Senator Datuk G. Palanivel selaku Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Luar.

Turut dilantik Chua Tee Yong sebagai Timbhalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Senator Datuk Donald Lim, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Manakala Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari jawatan Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng digugurkan dari Timbalan Menteri Belia dan Sukan. -HD

8 comments:
Write comments
  1. Ingin memperbetulkan apa yang salah. Semoga rombakan ini akan membawa kepada kemajuan dan pembaharuan kepada parti seterusnya kepada rakyat.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, this move is to right what was wrong in the previous cabinet and belum terlewat cuma, diharapkan mereka yang baru dilantik berusaha dengan keras membantu rakyat.

    ReplyDelete
  3. Terlewat??? hhmm rasanya belum la.. selagi bernyawa kita sentiasa ada peluang utk melakukan pembaharuan ke arah yang lebih baik ba :)

    ReplyDelete
  4. Kadang2 saya hairan juga ba, kenapa kan buat pembaharuan utk ke arah yg lebih baik pun harus difikir serong... Kalau langsung takda perubahan entah apa lagi yg difikir... huhu, susahnya memuaskan hati semua pihak.

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan pandangan positif kamurang. Ba sama2 lah kita harap agar pembaharuan ni menjajikan sesuatu yg positif untuk rakyat dan juga negara.

    ReplyDelete
  6. Bagi saya rombakan kabinet ini perlu dilakukan. Ia bertujuan untuk memantapkan lagi sistem pentadbiran. Kalau hanya mengekalkan saja kepada pemimpin lama yang tidak menunjukkan sebarang perubahan ini ia hanya menjejaskan parti saja, so rombakan ini belum terlewat lagi.

    ReplyDelete
  7. Rombakan kabinet ini juga bukan bertujun untuk pancing hati rakyat. Ia bertujuan untuk membuat perubahan dalam kepimpinan.

    ReplyDelete
  8. Sememangnya rombakan akan dilakukan juga. Apapun pendapat orang ramai tentang ini, seharusnya kita berfikiran positif.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.