Wednesday, June 2, 2010

Israel Tidak Peduli Bantahan Dunia, Terus Tawan 480 Aktivis

Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam.

Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain.

Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel.

Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel. -erapakatan

3 comments:
Write comments
  1. Harus menegakkan undang2 dalam mengenakan tindakan terhadap perbuatan Isreal.

    ReplyDelete
  2. Alahai dunia.. apa mau jadi sama duni sekarang oo :(

    ReplyDelete
  3. Inilah akibatnya jika dendam yang dah terkubur lama pun mahu dikorek balik. Bila kebencian menguasai diri, akal fikiran hanya mampu memfokus kepada peperangan utk menyelesaikan setiap perkara....
    Harap2 Malaysia yg harmoni ni bebas dari segala bentuk keganasan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.