Thursday, May 9, 2013

Azmin Ali Dan Kemelut PKR Selangor?

Menurut berita yang diterima, Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang kira-kira jam 11 pagi. Walau bagaimana pun maklumat ini masih belum disahkan.

Sidang media ini dikatakan ada kaitan jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.

Walaubagaimana pun ada sedikit pencanggahan maklumat, jika dilihat kenyataannya di Sinar Harian. Azmin menafikan dia akan keluar PKR malah dia kata PKR sebati dengan jiwa dan raganya.

Isu mood Azmin yang tidak menentu sudah lama, ini banyak berkaiatan dengan MB Selangor. Azmin banyak mengkritik Khalid seolah-olah Khalid lebih mementingkan 'orang-orang'nya.

Kenyataan ada persamaan dengan kenyataan adiknya Azwan Ali.

"Saya telah mendengar ura-ura abang saya akan menjadi MB sejak 2011, jadi ia bukan sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kelebihan bagi Selangor kerana Azmin seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.

"Saya tak cakap Tan Sri Khalid Ibrahim tak bagus cuma lebih baik jika tidak membandingkan keduanya. Tidak adil membuat perbandingan kerana Azmin abang saya. Tetapi ramai yang menyukai beliau dan itu merupakan aura magnetik tentangnya.



Dalam twitter Azmin Ali dilihat banyak membuat kenyataan bercanggah dengan DS Anwar Ibrahim. Dia seolah-olah mengkritik cara Anwar Ibrahim menangani PRU13.

Malah dalam nada sinis, dia seolah-olah menyalahkan Anwar. Malah dalam twitternya dia tidak bersetuju dengan program di Stadium Kelana Jaya. Katanya "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal". Malah Azmin tak kelihatan malam tadi.

Apa pun kita tunggu besok.. Dalam politik banyak perkara boleh berlaku. Esok boleh jadi lain. Walaupun saya tak berapa suka Azmin tapi saya harap perkara ini tak berlaku demi masa depan perjuangan PKR dan PR.


Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
xxx2

Komen Anda

99 Responses to " Azmin Ali Dan Kemelut PKR Selangor? "
Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:38 AM

Sendiwara UMNO kah ni?


Anonymous said...
May 10, 2013 at 7:46 AM

UMNO terlebih..harap2 tak berlagak


Local Sabahan said...
May 10, 2013 at 11:03 AM

Krisis PKR disabah pada tahun 2010/2011 dimana Datuk Dr.Jefrry Kitingan keluar dari PKR disebabkan angkara Azmin Ali yg melantik beberapa pemimpin tanpa berbincang dengan pemimpin PKR sabah dan akhirnya membawa kepada perpecahan PKR negeri dan seterusnya Datuk Seri Zahid Ibrahim meninggalkan PKR juga disebabkan perbalahan dengan Azmin.Mungkin kah Azmin ni duri dalm daging PKR.


denver said...
May 10, 2013 at 11:52 AM

sandiwara PKR ni..


denver said...
May 10, 2013 at 11:53 AM

PR dalam konflik...


mantera said...
May 10, 2013 at 12:17 PM

Orang kanan Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali kononnya bersedia untuk keluar Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.


mantera said...
May 10, 2013 at 12:18 PM

Menurut sumber parti, ahli politik 49 tahun mahu meninggalkan pakatan 'kerana rasa tidak puas hati beliau di atas peruntukan kerusi jawatankuasa eksekutif di kalangan ahli-ahli Pakatan Rakyat negeri Selangor .'


mantera said...
May 10, 2013 at 12:18 PM

Adalah dipercayai bahawa 11 orang - dikatakan Ahli Parlimen yang baru dipilih akan mengikuti Azmin keluar parti.


mantera said...
May 10, 2013 at 12:18 PM

Ketiadaan Azmin di perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya, Selangor pada malam Rabu telah mendapat perhatian.


mantera said...
May 10, 2013 at 12:18 PM

beliau menyelar Pakatan kerana menganjurkan perhimpunan tersebut, menggesa parti itu untuk menerima kehilangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini membuat kesimpulan.


mantera said...
May 10, 2013 at 12:19 PM

zmin 46 tahun dilaporkan salah seorang daripada mereka yang berjuang untuk menjadi Menteri Besar Selangor . Nama beberapa calon termasuk dari PAS Ahmad Yunus Hairi, telah timbul. Walau bagaimanapun, penyandang Menteri Besar Khalid Ibrahim dipercayai menjadi pilihan Rakyat kepimpinan Pakatan.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:14 PM

Menteri Besar Selangor yang baru tidak perlu ‘pak turut’ yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Gelaran ‘pak turut’ itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan kecewa selepas dipinggirkan daripada jawatan Menteri Besar. Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat bersama pimpinan PKR Selangor Azmin berkata Selangor perlu diketuai oleh seorang yang berfikiran tegas dan mempunyai visi yang jelas.

Beliau berkata cirri tersebut perlu ada selepas Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum dengan majority yang lebih besar daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding Barisan Nasional yang mendapat 12 kerusi sahaja.

Azmin, yang dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dalam pengundian yang diadakan pada Ahad, berkata beliau akan mendedahkan mengenai isu dalaman parti itu dalam sidang media yang akan diadakan pada Jumaat.

Beliau akan menerangkan isu nepotisme dalam PKR dan apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:17 PM

ANGKA paling popular yang satu Malaysia masih ingat ialah 16/9 yang merujuk kepada 16 September. Lima tahun lalu pada tarikh berkenaan ‘sepatutnya’ Anwar mengangkat sumpah sebagai ‘Perdana Menteri.’ Pada 16 September 2008 itu kononnya 31 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dicanang bakal melompat parti menyertai Anwar. Walaupun semua itu hanyalah ‘auta dan temberang,’ Anwar tidak pernah serik bermain dengan angka. Berputus asa apatah lagi.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:17 PM

Dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bermula 20 April lalu, ‘politik angka’ muncul semula. Kali ini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkena jangkitan penyakit ciptaan Anwar itu.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:17 PM

Minggu lalu Kit Siang mendakwa memperoleh maklumat bahawa pakatan pembangkang akan menang 145 kerusi pada pilihan raya kali ini. Azmin pula mendakwa pakatan bakal menang 125 kerusi. Abdul Khalid Ibrahim juga tidak ketinggalan. Beliau menyebut angka 115 kerusi. Sebelum itu pada 11 April lalu, Abdul Khalid lagi berselera apabila dia menyebut pakatan akan menang 215 kerusi! Menariknya tidak sampai sebulan angka itu merudum kepada 100 kerusi sahaja!


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:18 PM

Angka-angka ciptaan Anwar ini sebenarnya tidak lebih daripada satu strategi. Tujuannya menyedapkan hati penyokong parti yang kini keluh kesah dan resah gelisah. Apa tidaknya, dengan kempen masih berbaki empat hari lagi masalah demi masalah bertimpa-timpa melanda pakatan pembangkang.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:18 PM

Mula-mula nampak kecil, akhir-akhir ini sudah serius. Krisis perebutan kerusi sesama sendiri dan bantahan ke atas pemilihan calon berlarutan sehingga sekarang. Sejak berakhir hari penamaan calon, suara pemimpin DAP mengata Pas dan Pas mengutuk PKR sudah kedengaran. Hari ini suara itu semakin nyaring dan bunyinya lebih lantang dan berterus-terang.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:18 PM

Bantahan dan protes secara terbuka ini sudah membawa ke tahap keluar parti, menutup bilik gerakan serta melumpuhkan jentera parti. Anwar cukup bimbang dengan perkembangan ini. Kebangkitan besar-besaran rakyat menyokong segala program transformasi kerajaan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menambahkan lagi risau Anwar.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:18 PM

Situasi ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang menggembirakan Ketua Pembangkang itu. Lantas dalam ceramahnya Anwar mula melontarkan angka-angka enak kepada audiens. Angka-angka besar itu diharapkan dapat memberi sedikit keseronokan kepada ahli-ahli PKR, DAP dan Pas.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:19 PM

Anwar percaya politik angka adalah strategi terbaiknya untuk mempengaruhi para penyokongnya agar terus bertahan. Beliau sudah melihat bagaimana ketaksuban mereka kepada angka terutama ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 diadakan di ibu kota tidak lama dahulu.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:19 PM

Bagai tidak ada kerja lain, media sosial propembangkang dan antikerajaan membincangkan topik jumlah kehadiran berbulan-bulan lamanya. Selain memberi keseronokan, angka-angka yang ‘dinaikkan’ setiap hari itu diharapkan dapat menutup segala kepincangan pakatan itu.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:20 PM

Tidak hairanlah setiap kali berceramah Anwar menjaja ‘keseronokan’ itu berulang kali.

Sekurang-kurangnya Anwar ada sedikit keseronokan lebih-lebih lagi menjelang 5 Mei ini, walaupun barangkali keseronokan itu hanya bersifat sementara.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 5:03 PM

Secara keseluruhan keputusan PRU13 ini, jelas pengundi Cina tertipu/berjaya ditipu oleh pembangkang. Apapun, hakikat sebenarnya, Jentera BN khususnya parti keramat UMNO memang sukar untuk ditumbangkan. Ini adalah fakta yang PR tidak boleh menipu tentang ini.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 5:04 PM

Tetapi kali ini ibarat "rumah siap, pahat masih berbunyi"... Walaupun SPR telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan seadil2nya, tetapi PR ini masih cuba menipu rakyat dengan cerita2 dongeng dan fitnah mereka.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 5:04 PM

Antaranya, Isu pengundi hantu, gangguan bekalan elektrik dan bermacam-macam lagi fitnah disebarkan oleh penyokong PR di serata media sosial.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 5:05 PM

Malangnya, ramai rakyat Malaysia yang terus mempercayai semua finah & penipuan tanpa usul periksa.

Jika benar ada pengundi hantu seramai 600,000 orang, mana buktinya?


Anonymous said...
May 10, 2013 at 5:05 PM

Walaupun isu gangguan elektrik telah dinafikan oleh ramai penyokong serta wartawan pro-PR, ramai lagi yang masih percaya.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 5:06 PM

Taktik Anwar menggunakan penipuan telah menjangkiti penyokong-penyokong PR.

Pemerhati-pemerhati asing memuji perlaksanaan PRU13. Kenapa Anwar dan PR masih kecoh?


Anonymous said...
May 10, 2013 at 5:06 PM

Jelaslah perjuangan Anwar hanya untuk jadi PM.

Beliau pernah janji untuk bersara jika gagal jadi PM. Sekali lagi penipu besar ini memungkari janji sendiri.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 6:47 PM

KESEMUA CORETAN KATA2 DIATAS ADALAH MAINAN PENYOKONG UMNO/BN YG CUBA MEMUTERBELIT KEBENARAN PENIPUAN SPR DN PEMIMPIN UMNO/BN YG SEKONGKOL. DISINI SY NYATAKN APA YG BERLAKU TELAH DILAKUKAN OLEH SPR UNTK MEMENANGKN KEPIMPINAN UMNO YG MEMANG TIADA HARAPAN UNTK MENANG. MEREKA KELAMKABUT MGHAMBUR WANG RAKYAT DISAAT2 SUDH SAMPAI PRU13! BERJANJI HNYA UNTK SEDAP MULUT MENIPU RAKYAT!! DALAM BUKU ELEKTROL PRU MASIH TERPAMPANG NAMA ORG YG TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA!!! ADA NAMA ORG YG DATNG MGUNDI TETAPI TIADA BIN?...!!!! ADA YG DATANG BOLEH MGUNDI LBH DARI SEKALI!!!!! KAKITANGN SPR KETIKA MGUNDI DIPAKSA UNTK UNDI BN!!!!!! SPR MELAKUKAN PENIPUAN YG BESAR KETIKA MEMBUANG UNDI POS DIDAPATI BILANGAN KERTAS UNDI MELIBIHI ORG YG MGUNDI!!!!!!! JK TDK PERCAYA, BOLEH SEMAK KERTAS UNDI POS BERBANDING KEHADIRAN ORG PGUNDI POS YG MGUNDI!!!!!!!! PERSOALANNYA, APA MAKNA PETI UNDI DIJUMPA TELHA DIBUANG OLEH SPR DN BEBERAPA TMPAT LAMPU LETRIK DISAAT2 SEDANG MGIRA KERTAS UNDI LAMPU LETRIK DIMATIKAN SERTA BORANG SPR 13 TDK DBAGI KPD YG POLING EJEN DN KERANI HNYA KETUA PGAWAS SPR?.....................JELAS BERLAKU PENIPUAN DN KEMENANGAN UMNO/BN ADALAH HARAM TAK SAH!.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 7:24 PM

Anonymous said...
May 10, 2013 at 5:06 PM..bodoh punya komen..


Anonymous said...
May 10, 2013 at 7:28 PM

Teruskan kesinambungan yg ada.. Sdr. Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan Azmin sebagai Pengerusi PKR negeri...


Anonymous said...
May 10, 2013 at 9:06 PM

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.


arafat said...
May 10, 2013 at 9:37 PM

YB Azmin memang bagus dan diakui bagus. Cuma tidakkah terfikir, BN akan mngaut keuntongn atas apa yg sdr YB lakukan. Khabarnya Zuraida Kamarudddin pon sama iaitu spt mmpertikaikn perlantikkan semual TS Khalid ke jawatan MB Sel. Di Kelantan...22 thn TG nik Aziz jadi MB dan bukan takde org PAS yg mampu mngajar agama dan mntafsir alquran. Tetapi ada mereka berebut atau prtikai perlantikkan Tuan Guru sejak sekian lama ke jawatan MB ? Takde,sebab itu UMNo takde peluang utk mnangguk di air keruh. Tapi sdr YB azmin dgn Zuraida Kamaruddin ni mcm 'duri dalam daging'pd ikatan PR di Sel. PAS Kedah tumbang kerana selepas PRU ke 12,ada exco yg merah mata dgn projek yg trlepas pd kontraktor UMNo dr ust Azizan walau MB Kedah dr PAS dan berlaku boikot mmboikot Majlis brsama MB. Sekarang,nah mampus Kedah pd BN balik. Spr Perang Uhud le gamaknya. Islam dah menang tapi nafsu syaitan mnyelubungi hati dan perasaan umat islam,mereka berebut2 harta ghanimah dan hasilnya,nah...kaum kafir quraisy brtindak balas dan bermandi darah le umat silam trmasuk baginda Nabi SAW. Itu hikamhnya...


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:30 PM

Berita terkini yang diterima petang tadi mengatakan bahawa Azmin Ali mengadakan sidang media untuk mengumumkan perletakan jawatannya di dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Tempat tidak dinyatakan. Mungkin atas faktor keselamatan.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:31 PM

Perkara ini telah disahkan menerusi twitter milik suami Erra Fazira iaitu Engku Imran yang memberitahu perkara tersebut.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:31 PM

Sebelum ini difahamkan Azmin Ali akan membuat sidang media esok di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:31 PM

Sidang tersebut adalah bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:31 PM

Malah ada perkhabaran yang mengatakan bahawa Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Khalid Gagap dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor. Sejauh mana kebenaran berita ini, sama-sama kita nantikan.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:08 AM

Menteri Besar Selangor yang baru tidak perlu 'pak turut' yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:08 AM

Gelaran 'pak turut' itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:09 AM

Sebelum ini, Azmin dilaporkan kecewa selepas dipinggirkan daripada jawatan Menteri Besar.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:09 AM

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat bersama pimpinan PKR Selangor Azmin berkata Selangor perlu diketuai oleh seorang yang berfikiran tegas dan mempunyai visi yang jelas.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:10 AM

Azmin, yang dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dalam pengundian yang diadakan pada Ahad, berkata beliau akan mendedahkan mengenai isu dalaman parti itu dalam sidang media yang akan diadakan pada Jumaat.Beliau akan menerangkan isu nepotisme dalam PKR dan apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.


anon said...
May 11, 2013 at 12:55 AM

sejauh mana kebenaran berita ini, sama-sama kita nantikan sendiri dari Azmin Ali nanti


ainee said...
May 11, 2013 at 12:58 AM

for PKR/BN supporters, i urge not to make a wild speculation on this matter


ainee said...
May 11, 2013 at 12:59 AM

I am sure everything will be explained as well by AA himself in the upcoming conference


anon said...
May 11, 2013 at 12:59 AM

sementara itu, harap tidak ada kekecohan atau pertikaian berlaku dalam parti itu


kamree said...
May 11, 2013 at 1:02 AM

jika peletakan jawatan Azmin adalah atas kehendaknya sendiri, maka kita patut menghormati keputusan beliau


Anonymous said...
May 12, 2013 at 7:39 AM

salam, berkenaan pengundi hantu. Saya salah seorang KTM (Ketua Tempat Mengundi) bertempat di Semenyih. Kerani-kerani saya rata-rata menyokong PR. Setakat kami bertugas ketika itu lebih kurang 90% pengundi hadir utk membuang undi. Terbukti isu pengundi hantu adalah omong kosong, dn tidak benar sama sekali. Ejen-ejen yg hadir juga mengakui proses undi adalah telus. kerani-kerani saya juga bersetuju dgn proses undi. Kerana mereka melihat tiada masalah pada setiap saluran.
Janganlah kita membuat onar kpd SPR, kerana yg menjalankan proses undi adalah guru-guru yang telah diberikan kursus sebaiknya, juga telah dibekalkan dgn video pelaksanaannya. Ejen setiap parti juga telah diberikan salinan borang 13,mereka boleh membuat semakan antara mereka sama ada keputusannya sama atau tidak dengan keputusan keseluruhan di pusat mengira undi.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 12:48 PM

Mampus la Azmin Ali..pergolakan yang ketara


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:32 PM

He should be expelled


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:42 PM

Azmin ALi bikin malu jer


Anonymous said...
May 12, 2013 at 11:06 PM

He deserves to be in somewhere far


Anonymous said...
May 12, 2013 at 11:08 PM

PKR MEMANG BERGOLAK BETUI


Anonymous said...
May 12, 2013 at 11:12 PM

Lelaki ini harus dihumban jauh


Anonymous said...
May 12, 2013 at 11:18 PM

Pergolakan dalam keluarga sendiri pun tia terjaga


Anonymous said...
May 12, 2013 at 11:20 PM

He don't deserve to speak out


Anonymous said...
May 12, 2013 at 11:21 PM

former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said Umno had every reason to celebrate the party's victory as it had managed to win 88 of the parliamentary seats, compared to 79 in the general election in 2008.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 11:21 PM

he supported Najib's call that Umno members should engage in self-acknowledgement and ponder why the party had lost its former strength and no longer able to draw the support of certain parties.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 11:21 PM

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin said while Umno members should understand Najib's message to move forward, the BN structure should be reviewed to enable the cooperation with other BN components parties to be further enhanced, in preparation for the next general election.


Yusri said...
May 13, 2013 at 11:47 AM

Lompat parti satu kebiasaan.


Yahya said...
May 13, 2013 at 11:48 AM

Semua isu harus diuruskan dengan baik agar tidak merosakkan keyakinan yang diberi.


Nurul said...
May 13, 2013 at 11:50 AM

Mereka harus bersefahaman, isu dalaman harus diselesaikan.


Exco said...
May 13, 2013 at 11:52 AM

Anwar akan mendedahkan lebih banyak bukti.


Josh said...
May 13, 2013 at 11:52 AM

Azmi dengan Khaliq tidak sehaluan?


Anonymous said...
May 13, 2013 at 12:34 PM

Azmin gila kuasa ke?????????


Anonymous said...
May 13, 2013 at 4:24 PM

Taniah Tan Sri, PR Selangor telah membuat keputusan yang terbaik. Tan Sri sebagai Administrator yang terbaik di Selangot masakini.Orang buta sahaja tidak nampak apa yang telah dibuat oleh TS
semasa lima taghun menjadi sebagai Menteri Besar Selangor.GO AHEAD WITH YOUR NEXT MOVES.


Anonymous said...
May 14, 2013 at 4:00 PM

JANGAN PANDAI-PANDAI MENCERCA YB AZMIN ALI! BELIAU BERJAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR. BELIAU DILANTIK AKAR UMBI PEJUANG KEADILAN RAKYAT. SEMANGAT, KATA-KATA & PEMIKIRANNYA MASIH SAMA. KAMI SOKONG AZMIN!


*REFORMASI, REFORMASI, REFORMASI


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:19 PM

Bukan satu rahsia lagi cita-cita Azmin Ali untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:19 PM

Dari segi kelayakan politik, sudah tentu TS Khalid Ibrahim yang ditolak sendiri orang PKR di tempatnya tidak menandingi kehebatan Azmin Ali.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:19 PM

Kaliber dan kepimpinan Azmin Ali lebih jauh baik dari TS Khalid ibrahim yang mengharapkan sokongan Wan Azizah dan Nurul Izzah.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:20 PM

Rakyat menantikan apakah kesudahan drama ini? Kekecewaan sudah diluahkan. Malah Azwan Ali juga sudah melancarkan perang saraf menyokong Azmin Ali sebagai Menteri Besar.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:21 PM

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.”
Dalam mesej tweetnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:22 PM

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:23 PM

Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:23 PM

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:23 PM

“

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:23 PM

“Gagal ke Putrajaya. Salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:24 PM

Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:24 PM

Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:24 PM

Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:25 PM

Zuraida memberitahu Antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:26 PM

PERBALAHAN parti-parti komponen di Selangor berhubung jawatan Menteri Besar khabarnya semakin hangat. Sumber laman ini memaklumkan bahawa walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan di Bandar Tun Razak 15 April lepas bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal dalam jawatan tersebut, tapi ada perkembangan terbaru apabila PAS dikatakan turut menunjukkan minat.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:27 PM

Sebab itu tempoh 1 minggu diperlukan untuk menyelesaikan semua masalah tersebut.

Ini masalah apabila Pakatan Rakyat tidak didaftarkan, arahan Anwar tidak langsung dipatuhi. Kalau Anwar dah kata Khalid, Khalidlah, kenapa pula PAS mahu masuk campur juga?


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:27 PM

Dari apa yang kami dimaklumkan, PAS mula ‘besar kepala’ setelah parti tersebut berjaya memperolehi jumlah kerusi yang sama banyak dengan DAP dan satu kerusi melebihi PKR. PAS dan DAP masing-masing berjaya menang sebanyak 15 kerusi, sementara PKR 14 kerusi. Keadaan inilah yang menyebabkan PAS berasa calon dari parti tersebut rakyat menjadi Menteri Besar.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:27 PM

Cadangan ini bagaimanapun ditolak sepenuhnya oleh DAP yang tidak mahu parti yang berunsurkan perjuangan Islam itu mengetuai kerajaan negeri Selangor. DAP khabarnya telah bersetuju dengan cadangan Anwar agar Khalid dilantik semula tapi ditolak bulat-bulat oleh PAS pula.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:27 PM

Maka itu laman ini berpandangan, adalah lebih baik Azmin Ali dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Walaupun Azmin diketahui ada banyak masalah peribadi yang membelenggu dirinya, tapi semua itu tidak begitu menjejaskan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar nanti.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:28 PM

Selain itu, pemilihan Azmin dapat meredakan ketegangan antara masing-masing PAS dan DAP.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:28 PM

DAP perlu mengalah kerana jika tidak, PAS akan memilih untuk bekerjasama dengan BN.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:28 PM

Walaupun perkara tersebut tidak menjejaskan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor, tapi ia membolehkan BN memperolehi sokongan 2/3 di Parlimen!!


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:29 PM

Justeru memang wajarlah Azmin dilantik ke jawatan tersebut. PAS dan DAP mungkin boleh berbincang untuk jawatan lain dalam Exco.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:30 PM

Peluang itu banyak kerana Exco sebelum ini dibebankan dengan terlalu banyak portfolio sehingga menjejaskan prestasi masing-masing.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:31 PM

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi amaran agar krisis PKR Selangor ditamatkan segera untuk membolehkan pembentukan kerajaan baru dibentuk semula. Semakin bermasalah betul di Selangor iin.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:31 PM

“Kami sangka Selangor akan lebih cepat daripada kita (kerajaan Pulau Pinang), tetapi masih ada masalah. Saya rasa ia perlu diselesaikan dengan cepat… Ini semua kerana ahli yang tamak kerusi. Tapi Azmin memang tidak layak kerana orang yang dicadangkan itu tewas pada PRU13 di kawasan selangor.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:32 PM

Guan Eng dilaporkan Mstar turut membidas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang menolak campurtangan DAP dan PAS dalam isu tersebut.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:32 PM

Beliau berkata, rakyat mengundi untuk pakatan di Selangor bukan untuk kem A atau B dalam PKR, tetapi untuk Pakatan, iaitu DAP, PKR dan Pas, justeru itu masalah Pakatan di negeri itu adalah masalah bersama.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:33 PM

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim berkata Pas tidak wajar menuntut lebih banyak jawatan exco dalam kerajaan Selangor kerana Pakatan bergerak secara koletif antara ketiga-tiga parti, PKR, DAP dan Pas.


Hidup Di Sabah said...
May 14, 2013 at 10:33 PM

Nampak sangat PR berebut kerusi untuk parti mereka. Chang Khim yang juga bekas speaker kerajaan negeri sebelum ini berkata sebarang tuntutan Pas perlu mengambil kira kedua-dua partinya sekutunya berlandaskan konsep adil dan saksama.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx