Tuesday, May 7, 2013

Kesatuan wartawan kecewa Terhadap Perkauman Utusan

azlanKesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) hari ini meluahkan perasaan kecewa dan mencela Utusan Malaysia kerana memuatkan laporan berhubung sokongan Cina dalam pilihan raya umum yang disifatkan provokatif dan memesongkan pembaca.

Dalam kenyataannya hari ini, sekretariat kesatuan itu berkata, akhbar Umno itu tidak harus menyiarkan laporan sebegitu, yang disifatkan perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum.

NUJM merujuk kepada laporan muka depan dengan judul "Apa Lagi Cina Mahu?" yang antaranya menyebut, pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai pengkhianatan orang Cina dan tidak boleh dimaafkan.

azlan"Sebagai sebuah akhbar Melayu arus perdana, Utusan Malaysia tidak harusnya memainkan isu perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum," menurut kenyataan itu.

"Seperti yang kita semua tahu, Umno yang manipulasikan Utusan Malaysia di belakang tabir."

"Tapi ia bukannya akhbar parti yang hanya kepada ahli-ahli Umno, ia tidak patut dipergunakan sebagai senjata atau bahan propaganda parti politik untuk menyerang lawan politik."

NUJM juga berkata, Utusan menyembunyikan agenda di sebaliknya dan tidak menjunjung etika kewartawanan serta tidak neutral melaporkan isu berkenaan.

Sementara itu, menyentuh julukan "tsunami Cina" kepada pengundi Tiong Hua, badan wartawan itu berkata ia tidak tepat dan Utusan seolah mengungkit ketegangan dan menimbulkan kecurigaan serta mendalamkan salah faham kaum.

"Media sebagai alat komunikasi, harus menegakkan dan memartabatkan etika kewartawanan, melaporkan kebenaran, dan bukannya memainkan isu perkauman," kata NUJM lagi.

Najib pertahan Utusan

Sementara itu, Utusan Online petang ini melaporkan perdana menteri sebagai mempertahankan versi cetaknya yang mempersoalkan sokongan pengundi Cina terhadap kerajaan.

Sebaliknya beliau menyelar pihak-pihak yang sering mencari kesalahan akhbar tersebut tetapi tidak pula mempertikaikan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bertindak serupa.

"Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina," beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online di di PWTC di Kuala Lumpur hari ini. -MK

4 comments:
Write comments
  1. LIM KIT SIANG ANTI MELAYU, RASIS & CHAUVINIS!!! ORANG2 CINA TERUTAMA GURU2 CINA YG DIGAJIKAN KERAJAAN KIAN JAHAT, X TAU MALU & TAK BERSHUKUR.

    AMAT BETUL TINDAKAN UTUSAN AGAR KITA MAKLUM DENGAN ORANG2 CINA YG JAHAT INI! BERUSAHA ANTI KERAJAAN DI NEGARA CHINA / NEGARA LAIN LAH!! HIDUNG TAK MANCUNG. PIPI TERSORONG SORONG

    ReplyDelete
  2. ADMIN LAPORKAN JUGA ORANG INI (Anonymous said...
    May 8, 2013 at 10:53 AM)YANG MENIMBULKAN KETEGANGAN TERHADAP ORANG CINA..... LAPORKAN SAHAJA KEPADA POLIS, JANGAN TAK LAPOR....

    UNDI UNTUK DAP BUKAN SAHAJA DARI KAUM CINA TETAPI DARI PELBAGAI KAUM DAN AGAMA YANG SAMA-SAMA MENYOKONG PAKATAN... ANDA MEMBENCI DAP BERMAKNA ANDA MEMBENCI KAUM LAIN DARI PELBAGAI AGAMA DALAM DAP... CUBALAH...

    ReplyDelete
  3. aku mula benci..............

    ReplyDelete
  4. aku orang melayu tapi aku sayang DAP...Takbirrrrr UMNO memang umat perkauman....dah nak kalah mula menyalak.cuba fikir sejenak k.KO kate dan hina orang cina tetapi bukankah selama 55thn UMNO memerintah ko yang memberi orang cina keselesaan dalam bidang perniagaan.Orang melayu ko suruh duduk kampung tanam padi,india ko suruh duduk di estet toreh getah dan oarang cina berniaga di pekan.Apabila mereka ini orang cina sudah berjaya dan kaya ko cemburu pulak.Padahal ini semua kerja UMNO.Betul tak UMNO bengap tak lihat sejarah Malaysia.Sekarang mereka orang cina tak sokong kau nak maki hamun.melayu UMNO memeng bangang macam pemimpinnya juga.hahahahahahah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.