Tuesday, May 7, 2013

Polis menyiasat Utusan dan dua penulis blog

Polis sedang menyiasat Utusan Malaysia di atas dakwaan menghasut, beberapa jam selepas akhbar milik Umno itu membangkitkan kebencian dengan laporan muka hadapan yang menyalahkan masyarakat Cina di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.



Polis juga menahan dua penulis blog, Papa Gomo dan King Jason untuk soalsiasat.

“Satu laporan polis diterima berkenaan siaran Utusan Malaysia yang berbaur hasutan. Kes disiasat di bawah Sek 4(1)(c) Akta Hasutan 1948,” tulis polis dalam akaun Twitter mereka, @PDRMsia.

Di bawah undang-undang ini, sesiapa yang didapti bersalah akan didenda tidak lebih dari RM1,000 bagi kesalahan pertama atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berulang, mereka yang didapati bersalah akan berhadapan dengan penjara maksimum tidak lebih dari lima tahun.

“PDRM tidak akan teragak2 utk memburu/menangkap mana2 pihak yg mencetuskan isu perkauman@ hasutan menerusi rangkaian media sosial , kata Ketua Polis Negara (KPN) dalam akaun Twitter rasmi polis.

Tan Sri Ismail Omar menambah, pilihan raya umum ke 13 yang dijalankan pada Ahad lalu “berjalan lancar tanpa insiden yang besar dan semua pihak menunjukkan kematangan melaksanakan demokrasi.”

Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Ahli politik dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah menyelar percubaan akhbar itu untuk menimbulkan ketegangan kaum.

Sesetengah ahli politik dari BN seperti Datuk Saifuddin Abdullah yang kalah di kerusi Parlimen Temerloh, menyertai rakan-rakannya dari PAS dan PKR untuk menghentam laporan provokatif dari Utusan - akan menggagalkan perdamaian kebangsaan dicadangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selepas pilihan raya pada Ahad.

Akan tetapi perdana menteri yang baru mengangkat sumpah untuk penggal kedua itu membela Utusan dengan mengatakan DAP yang majoritinya Cina telah mengelirukan orang Cina menyebabkan mereka berfikir mengundi parti tersebut akan menyebabkan pertukaran kerajaan.

“Kamu menyalahkan Utusan akan tetapi kamu tidak tanya tentang akhbar Cina,” kata Najib dalam sidang akhbar apabila ditanya bagaimana untuk mencapai perdamaian kebangsaan jika Utusan Malaysia masih memainkan isu-isu perkauman.

Beliau tidak menyatakan apa yang dibantah dalam akhbar berbahasa Cina.

Najib mengatakan awal pagi Isnin kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai “tsunami Cina” dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Polis menahan penulis blog berumur 33 tahun yang memiliki blog Papa Gomo di stesen minyak berdekatan dengan Danau Kota, manakala seorang lagi penulis blog berumur 38 tahun - dikatakan pemilik blog King Jason di tahan di Kampung Jawa, Klang hari ini, The Star Online melaporkan hari ini memetik Datuk Syed Ismail Syed Azizan - merupakan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi Kuala Lumpur.

Papa Gomo memuat naik entri awal pagi ini bertajuk, “Mesej Sebaran Cina DAP Yang Dahagakan Kuasa” yang mendapat 54 komen.

Semalam beliau memuat naik satu lagi entri bertajuk,” Bangsa Cina DAP Wajib Ditentang Walaupun Bermandi Darah” yang diambil dari pamplet mengenai percubaan Cina untuk mengambil alih negara ketika pemimpin Melayu lemah.

King Jason pula menulis di blognya kingofgoblok.blogspot.com mengatakan BN membeli undi dalam pilihan raya pada Ahad. -TMI
xxx2

Komen Anda

11 Responses to " Polis menyiasat Utusan dan dua penulis blog "
Anonymous said...
May 8, 2013 at 10:52 AM

Akhbar Utusan ini harus diambil tindakan yang tegas jika tidak akan diikuti oleh akhbar lain dengan alasan kalau utusan tidak diambil tindakan maka mereka juga harus dibenarkan menyiar artikel berbau hasutan. Tapi awal-awal lagi Najib pertahankan akhbar Utusan!


Anonymous said...
May 8, 2013 at 10:56 AM

Kekalahan teruk BN di kawasan Cina salah satu puncanya ialah sokongan kuat Ibrahim Ali yang banyak mengguris hati kaum Cina kepada UMNO!


arafat said...
May 8, 2013 at 12:30 PM

najib dan ali rustam pon sama,kan dia perlekeh/sindir kaum cina dgn kata2 brbaur kejian spt tak kenangbudi beliau sbg KM manakala najib kata UMNO/Bn tak harap pd undi cina pon. Mereka ada Iban, Melanau, Bidayauh dll di Srwak. Itu juga bole mnimbulkn keresahan kaum cina DAN dlm jngkamasa panjang,tak mustahil cina keluar gerakan,mca,pkr atau seumpamanya dan brgabung atas satu payung ytk bangkit menentang melayu spt yg UMNo beri jalan kpd kaum itu utk bangkit melalui brbagai2 risalah hasutan agar melayu mmbenci cina india. sebenarnya kaum dmalaysia banyak dsatukn oleh DS Anwar dlm PR,cuma org umno bebal dan tak nampak apa yg akan trhasil dr gabungan rakyat. Yg mereka nampak PAS tunggangn Karpal dan Anwar agen cina. Melayu di PPiang pupus bukan zaman DAP pon. Zaman UMNO yg beri kerusi KM pd GERAKAN lg. Itu hakikat ygramai melayu trtaipu dgn permainan kotor UMNO.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 1:07 PM

Haramkah sahaja blog papagomo nih.... tiada nilai murni langsung... Pendidikan yang dokong oleh kerajaan menekankan nilai moral tetapi dalam masa yang sama menghalalkan blog porno dan penghasut dan pemfitnah.... kenapa kerajaan masih tidak menutup blog itu?


Anonymous said...
May 8, 2013 at 1:10 PM

INGAT!!! DAP BANYAK MENANG BUKANNYA PARTI INI MERAIH SOKONGAN HANYA DARI KAUM CINA SAHAJA TETAPI DARI PERLBAGAI KAUM DAN AGAMA DI SABAH.... DAP BUKAN PARTI PERKAUMAN SEPERTI YANG DI SEBARKAN OLEH PARTI LAWANNYA...


Anonymous said...
May 8, 2013 at 1:12 PM

sHARIZAD MOHAMAD DIAH NIH SIAPA????? MAU POTONG APA KAMU SAMA CINA HAAA?????????????


Anonymous said...
May 8, 2013 at 3:27 PM

salam, sejak bn/umno mainkan isu perkauman sy dah benci n tak sokong bn lagi. isu allah,isu cina-melayu, isu krestian, isu lucah n byk lg semuanya haram merosakkan akidah malaysia. melayu yg bodoh n iban melanau yg bodoh masih tak sedar kesucian mrk dipermainkan malah sanggup jual maruah rakyat demi wang tak ke bodoh kaum ini. selagi melayu,iban,melanau dll terus bodoh maka jgn harap kaum kamu akan hidup senang kecuali kaum kat bandar sj sebab kaum sini lebih bijak n berpengatahuan tinggi. amin.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 4:51 PM

Kenapa hendak marah dengan kaum Cina semata-mata mereka memilih pembangkang? Tidakkah kita ingat selama ini kaum Cina telah memberikan sokongan kepada BN? Malahan kaum Cina juga merupakan kaum yang bersama-sama memainkan peranan untuk melengkapkan pencapaian kemerdekaan kita. Pencapaian kemerdekaan negara bukannya hanya dilengkapkan oleh orang Melayu, kaum Cina dan India pun memainkan peranan mereka yang tidak kurang besarnya.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 4:53 PM

BN patut bertanya kepada mereka sendiri kenapa BN ditolak oleh kaum Cina dan sebahagian kaum Melayu dan India? Kenapa ia berlaku? Jika UMNO dengan cara terbuka memainkan isu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu kenapa pimpinan UMNO pula menyebut tentang isu rasis ini apabila orang Cina bersatu di belakang DAP?

Apakah hanya UMNO sahaja mempunyai kekebalan memainkan isu perkauman itu dan DAP tidak boleh disokong oleh kaum Cina? Memainkan isu rasis merupakan tindakan yang sangat buruk kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah sampai bila-bila. Saya sendiri menjadi mangsa mereka yang rasis dengan menuduh saya sebagai orang yang anti Islam, anti-Melayu, penderhaka kepada bangsa dan berbagai-bagai lagi tuduhan apabila saya menyertai DAP.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 4:54 PM

Oleh yang demikian saya amat keliru dengan tindakan pihak yang menuduh kaum Cina menyebabkan kejatuhan sokongan terhadap BN. Jika benar pun apa yang dituduh itu apa yang menjadi masalahnya? Kenapa semasa kaum Cina berduyun-duyun menyokong BN dulu tidak diingati?


Anonymous said...
May 10, 2013 at 3:46 AM

AKU DAH CAKAP...PAPA GOMO NI MEMANG HARAMJADAH DAN DAJJAL BELAAN UMNO BANGSAT!!!


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx