Monday, May 6, 2013

Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah

Kabinet baru Sabah dibentuk beberapa hari lagi: Musa AmanKabinet baru kerajaan negeri Sabah yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) akan dibentuk dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Musa, yang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada jam 5.10 petang tadi, berkata beliau tidak menolak kemungkinan kabinet negeri itu dibarisi oleh beberapa muka baru.
Bagaimanapun, Pengerusi BN negeri itu tidak menolak andaian memilih semula bekas menteri yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam.

Sambil mengulangi penghargaan kepada rakyat Sabah kerana masih memberi kepercayaan kepada BN, Musa menyifatkan kemenangan itu adalah kemenangan bersama rakyat dan juga jentera parti.

"Saya berjanji akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Menteri dengan bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan lebih banyak kehendak rakyat dapat direalisasikan dan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan," katanya pada sidang media di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya di sini, hari ini.

Beliau juga optimis bahawa kerjasama yang terjalin dengan kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal terjalin, meskipun berlaku beberapa kejutan pada keputusan PRU13.

Musa, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dengan majoriti 11,569 undi, percaya kejayaan BN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada PRU13 membuktikan Sabah masih menjadi simpanan tetap parti itu.
Mengulas mengenai kegagalan BN di beberapa kawasan yang majoriti penduduk Cina dan Kadazandusun, Musa berkata pihaknya akan mengkaji mengapa perkara itu boleh berlaku agar dapat diperbaiki pada pilihan raya akan datang.

BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN.

Bagaimanapun, BN Sabah kali ini kehilangan 12 kerusi DUN berbanding tiga pada PRU 2008.

Sementara PKR berjaya menembusi tujuh kawasan DUN iaitu Api-api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparuli, Klias dan Inanam.

DAP pula yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas. Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor.

- BERNAMA
xxx2

Komen Anda

96 Responses to " Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah "
Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:04 PM

Sabah Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Musa Aman was sworn in Monday as the chief minister of Sabah before Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin at the Istana Negeri, here.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:05 PM

This is Musa's fourth term as the chief minister, having been first appointed to the post in 2003 under the rotation system.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:05 PM

He led the Sabah BN to victory in the general election in 2004 and again in 2008.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:05 PM

In the 13th General Election yesterday, the BN retained power in with a two-third majority, securing 48 of the 60 seats in the state legislative assembly. In this election, 12 seats were won by the opposition, up from the three in 2008.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:06 PM

The PKR won seven seats, namely Api-Api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparulli, Klias and Inanam; the DAP increased its one seat to four, taking Luyang, Kapayan, Sri Tanjong and Likas while the State Reform Party (STAR) won the Bingkor seat. Musa retained his Sungai Sibuga seat with a majority of 11,569 votes.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:14 PM

Kabinet baharu kerajaan negeri Sabah yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) akan dibentuk dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:18 PM

Sehari selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-13, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, sementara di beberapa negeri turut menyaksikan pelantikan rasmi pemimpin negeri masing-masing.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:19 PM

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada pukul 4.07 petang berikutan kemenangan 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang membolehkan parti itu membentuk semula kerajaan Persekutuan.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:19 PM

Najib, 59, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:20 PM

Dua negeri iaitu Kedah dan Kelantan menerima Menteri Besar yang baru, manakala Sabah mengekalkan Ketua Menteri yang sama.


jui said...
May 7, 2013 at 2:08 AM

Kabinet baru kerajaan negeri Sabah yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) akan dibentuk dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

semoga kemenangan Sabah BN ini dapat diterima oleh rakyat Sabah dengan hati terbuka dan tenang


amin said...
May 7, 2013 at 2:11 AM

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan kemenangan Barisan Nasional di Sabah dan pengekalan kerusi Parlimen Semporna sebagai mencerminkan keyakinan rakyat terhadap BN untuk terus memimpin negari ini dan memastikan kesejahteraannya.


amin said...
May 7, 2013 at 2:11 AM

menurut Shafie, secara purata, calon-calon BN menang di hampir semua kawasan luar bandar.


amin said...
May 7, 2013 at 2:13 AM

dipercayai bahawa pencapaian ini adalah disebabkan oleh usaha-usaha BN dan matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan kawasan luar bandar dari segi insfrastructure, pembangunan insan dan ekonomi


anon said...
May 7, 2013 at 2:14 AM

Selepas pilihan raya umum semalam, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:19 AM

sebarang cubaan untuk mengganggu proses pilihan raya hanya akan memburukkan imej negara di mata dunia...


mantera said...
May 7, 2013 at 11:36 AM

Umno Sabah, di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah., kekal sebagai tonggak kepada Barisan Nasional (BN) setelah meraih kemenangan kukuh bagi parti gabungan itu yang akan menentukan masa depan Sabah untuk tempoh lima tahun lagi.


mantera said...
May 7, 2013 at 11:37 AM

Diterajui Musa, yang juga Pengerusi BN negeri, BN Sabah yang dianggap sebagai 'simpanan tetap bagi BN", memenangi lebih daripada dua pertiga majoriti, dengan UMNO menyumbang 31 kerusi negeri pada pilihan raya umum ke-13,


mantera said...
May 7, 2013 at 11:37 AM

BN Sabah kembali berkuasa selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta mengekalkan 22 daripada 25 kerusi parlimen bagi membantu membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah 133 kerusi.


mantera said...
May 7, 2013 at 11:37 AM

Pada pilihan raya umum 2008, BN Sabah memenangi 59 daripada 60 kerusi negeri dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen, terlepas kerusi DUN Sri Tanjung dan kerusi Parlimen Kota Kinabalu kepada pembangkang.


mantera said...
May 7, 2013 at 11:37 AM

Pada pilihan raya umum pada Ahad, BN telah meletakkan calon di semua kerusi parlimen, dengan Star bertanding di 21 kerusi, PKR (19), Bebas (15), SAPP (8), DAP (4) PAS (dua) dan Kita (1).

STAR dan sekutu bebasnya yang mempunyai 49 calon bagi kerusi DUN, PKR 43, SAPP 41, PAS sembilan, DAP tujuh, Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP) tiga dan Kita satu.

DAP memenangi kesemua tiga kerusi yang dipertandingkan di kawasan Parlimen Kota Kinabalu manakala PKR memenangi kerusi negeri Api-Api.


mantera said...
May 7, 2013 at 11:37 AM

Saya dan rakan-rakan saya terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakyat. Kami sedar ini bukan satu keistimewaan tetapi mandat yang diamanahkan kepada kita oleh rakyat.

"Apa yang penting, kita terus bekerja dan saya percaya Sabah di bawah BN akan terus maju," katanya.


mantera said...
May 7, 2013 at 11:38 AM

Korban pilihan raya BN terbesar ialah Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K Liew serta Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai, yang tewas dalam perebutan kerusi parlimen Penampang dan kerusi DUN Sandakan serta Api-Api.

Dompok terlepas kerusi Parlimen Penampang kepada pendatang baharu Darrel Leiking daripada PKR, yang mendapat 22,598 undi untuk menang dengan 10,216 undi majoriti, manakala Liew kalah kepada DAP di Sandakan.

Kekalahan Presiden Upko agak mengejutkan kerana beliau dilihat sebagai pelindung kepentingan kaum Kadazan, Dusun dan Murut


mantera said...
May 7, 2013 at 11:38 AM

PKR memenangi tujuh kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen, DAP memenangi empat kerusi DUN dan dua kerusi parlimen, manakala Star memenangi satu kerusi negeri di kawasan Bingkor.

SAPP kalah teruk setelah semua calonnya tewas dalam perebutan kerusi Parlimen dan DUN.


mantera said...
May 7, 2013 at 11:38 AM

BN sebaliknya, mempunyai banyak sebab untuk berpuas hati kerana prestasi yang kukuh dari segi bilangan undi majoriti yang diterima di sekurang-kurangnya 32 kawasan DUN.

Musa memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga dengan majoriti yang lebih besar (11,569 undi), manakala calon-calon BN di 12 kerusi Parlimen juga mencatatkan peningkatan ketara dalam undi majoriti.


mantera said...
May 7, 2013 at 11:38 AM

Kawasan persekutuan termasuk Kudat, Kota Belud, Putatan, Papar, Kimanis, Sipitang, Beluran, Libaran, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Tawau.

BN mencatatkan prestasi cemerlang di DUN Sulaman, Karambunai, Kawang, PantaiManis, Sindumin, Sekong, Kuamut, Sukau, Tungku, Kunak, Balung, Apas, Tanjong Batu dan Sebatik.


mantera said...
May 7, 2013 at 11:38 AM

Kerusi DUN yang dimenangi pembangkang dengan undi majoriti tipis adalah Matunggong (320) dan Tamparuli (383), manakala calon Bebas di Api-Api mendapat hanya 14 undi.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 12:45 PM

BIG CONGRTS! HE'S KEEP ON HIS BRAND! AND KEEP ON WIN PEOPLE'S HEART

Musa Aman : The Politician, the Brand, The Man

PART 1


There are a total of 358 candidates representing the Barisan National the Pakatan Rakyat, Sabah Star, SAPP and Independents going for 60 State and the 25 Parliamentary seats, all up for grabs in Sabah for the 13th GE on May 5. The interest and the buzz that Sabah elicits when it goes to polls – both from the common people and the media – is obviously unprecedented.

While a state like Sarawak which went to the polls in 2011 attracts attention for its sheer size and the fact that it is politically volatile, Sabah on the other hand has captured the imagination of the people for a decade now due to one very shining personality – Musa Aman. The hype that has been generated as far as the May 5th 13th general elections are concerned has become manifold because these polls are virtually being seen as a referendum for Musa to continue as chief minister.

So the question being asked now is not whether Musa will win or not and hold CM-ship for a record third time in a row, but how big a margin of victory would it be for Musa. The central leadership has to seriously work on the development plank so that Sabah regains its past glory of being the richest state in Malaysia including settling once and for all the “Mother of All Problems” – the influx of millions of illegals and they gaining Malaysian identity.

Yes, for Musa, these Assembly elections are not just about winning a third straight term (though Musa becoming CM for fourth time seems just as inevitable). For the Sungai Sibuga seat where Musa the incumbent is contesting, its a five-corned fight as he faces PKR, SAPP, Star Sabah and an Independent candidate. Upon careful analysis of his speeches and poll campaign, it is evident that he left no stones unturned to stake his claim to be chief minister again and winning the Sungai Sibuga state seat is a foregone conclusion.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 12:46 PM

BIG CONGRTS! HE'S KEEP ON HIS BRAND! AND KEEP ON WIN PEOPLE'S HEART

Musa Aman : The Politician, the Brand, The Man

PART 2


While on the one hand he has been unresponsive as far as accusations of the state opposition leadership are concerned on the issues of development, illegals, drop in palm oil prices and so on, he has been relentlessly working hard with Najib Tun Razak at the Centre – be it the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegals, security, poverty reduction, price rise or inflation. The message that he obviously wants to send to Sabahans is apparent – he is the right man to lead Sabah.

People who have followed the incumbent Chief Minister of Sabah for years can vouch for the major personality change he has undergone – Musa has gone from being a politician to a BRAND. From his well deliberated speeches to his carefully tailored suit and to his social media savviness (Facebook, Twitter or the blogosphere), Musa and his managers have managed to carve a larger-than-life image of him. So much so that when one thinks of Sabah the first thing that comes to mind is Musa Aman. Think about it – a decade back when one talked of Sabah, the first thing that would come to mind was the Sipadan Island kidnappings by the Abu Sayyaf .

With an apparent lack of emotive issues in the present edition of the polls, Musa has made a bid to woo the so called “neo-middle class”, promising security and peace and houses and made them central to his game plan. He also promised urban housing for low income groups and jobs for youths with an eye on the 30 percent population which lives in urban Sabah. This was also aimed at neutralizing similar proposals made by the Pakatan Rakyat Sabah and local opposition parties. Clearly Musa is out for the kill in the run-up to the most keenly watched elections in recent times and what was being described as his toughest electoral battle till now.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 12:47 PM

BIG CONGRTS! HE'S KEEP ON HIS BRAND! AND KEEP ON WIN PEOPLE'S HEART

Musa Aman : The Politician, the Brand, The Man

PART 2




The reduction of poverty rate from 19.7 per cent in 2009 to 8.1 per cent in 2012 which is the biggest reduction in Malaysia is one of the biggest achievement of Musa. We need to acknowledge this.

The man’s personal integrity is said to be above board, having said to have no tolerance for corruption, be a workaholic and made development and progress his mantra throughout his governance. His subordinates have also claimed he is not arrogant and not dictatorial and one who can accept dissent and disagreement in his scheme of things. Musa has been infallible from the start and had an air of self-confidence around him, there were no setbacks in the run-up to the polls. The man may leave many exasperated at times, be it members of his own party or the fragmented opposition in Sabah but his demeanor remains unflinchingly calm.

Post Script: Musa Aman may project himself as an administrator par excellence with sharp political skills who appears to be a superman. But at the end of it all he is also a human being with his own worries and fears though he may not show it. The foremost apprehension that must be on his mind is whether he can retain two-thirds of the assembly seats successfully and fulfill his next ambition.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 1:10 PM

Due to Star, opposition is meaningless wrong formula, if we want PR use one and one fight


Anonymous said...
May 7, 2013 at 1:19 PM

Kenapa lagi si musa ini jadi KM.... mana dah janji BN penggiliran KM nih..... Tak setujulah..... lagipun nama dia dah tercalit pelbagai tuduhan rahsuah.....


Anonymous said...
May 7, 2013 at 1:25 PM

Saya dah agak dah SAPP dapat telur.... bagus lagi hari tu bergabung dengan pakatan..... bodoh.... Star pun sama pemecah undi sahaja.... bodoh kau jefry. Sekarang tiada apa-apa lagi yang kau boleh perjuangkan jefry kecuali kau ni lah pemecah belah rakyat sabah.... kau mahu perubahan tapi tidak bergabung dengan pakatan.... kalau hari tu kau bergabung dengan pakatankan bagus.... Anuar ibrahim pun teruk juga kenapa terlampau yakin menang.... sepatutnya pertimbangkanlah untuk berunding dengan Star dan SAPP.... tak reti buat strategi tapi nak menang.... jadi sekarang apa??????? ha?????? LAIN KALILAH........ BODOH KAMU SEMUA..............


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:07 PM

PRU-13 memperlihatkan sekali lagi kerajaan pemerintah terus dikekalkan sebagai pemerintah untuk lima tahun akan datang.

Tentangan sengit antara BN dan juga lawan utama PKR di lihat paling sengit di Sabah dan Sarawak kerana DSAI berusaha untuk memecahkan tradisi "fixed deposit" yang dilaungtkan oleh Perdana Menteri ketika berada di Sabah untuk tujuan kempen PRU-13


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:10 PM

MANDAT BN

Visi, wawasan dan hala tuju Barisan Nasional (BN), termasuk Umno, yang jelas dalam membangunkan negara adalah antara lima sebab yang digariskan oleh Perdana Menteri mengapa parti komponen itu perlu diberi mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

TERUSKAN PENCAPAIAN CEMERLANG


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:11 PM

MANDAT BN

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata sebagai sebuah parti berpengalaman, Umno selaku parti tunjang dalam BN sentiasa memacu dan menggerakkan pelbagai idea dan transformasi ke arah masa depan negara yang gemilang berbanding pakatan pembangkang yang masih kabur mengenai perkara itu.

Selain itu, Umno dan BN turut merupakan satu pakatan yang terikat kepada dasar-dasar yang disokong secara bersama dan tidak ada percanggahan sama ada dari segi dasar mahupun ideologi, dan ini berbeza dengan parti lawan yang seringkali mengeluarkan pendapat yang bertentangan walaupun atas soal-soal asas dan fundamental, katanya.

“Ketiga, kita mempunyai ‘track record’ pencapaian yang terbukti dan tidak boleh disangkal dalam mengurus negara di mana kita juga telah dapat meyakinkan rakyat bahawa peta jalan ke hadapan adalah berdasarkan kemampuan kita untuk melaksanakannya selama ini.

“Maknanya, keyakinan rakyat bahawa kemampuan kita untuk melaksanakan agenda negara iaitu transformasi besar yang ingin kita perlihatkan,” katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib berkata sebagai sebuah kerajaan, Umno dan BN memiliki kekuatan moral yang kukuh dan sentiasa berpegang kepada janji di mana setiap janji yang dibuat dipastikan supaya ditunaikan serta tidak akan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi.

TERUSKAN PENCAPAIAN CEMERLANG


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:12 PM

MANDAT BN
Beliau berkata janji kerajaan BN adalah jelas untuk kepentingan rakyat dan sentiasa ditunaikan berdasarkan prinsip janji ditepati berbanding janji pakatan pembangkang yang bertujuan memperdaya pengundi demi memenuhi matlamat untuk menakluki Putrajaya.

Pengerusi BN berkata sebab terakhir yang perlu diberi perhatian ialah rakyat tidak perlu menggadai masa depan dengan menyerahkan negara kepada parti yang tidak boleh menjanjikan masa depan lebih baik ketika kredibiliti mereka juga dipertikaikan.

“Masa depan kita, masa depan anak-anak kita terlalu mahal untuk diperjudikan, sebaliknya dengan Barisan Nasional tahap keyakinan lebih tinggi… ini dapat dilihat dari segi prestasi pasaran dengan kemasukan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara,” katanya.

Mengenai mengapa orang Melayu tidak menggunakan agama sebagai asas penyatuan seperti yang dilakukan kaum lain, Najib berkata: “Orang Melayu telah dikelirukan dengan hasutan dan fitnah yang bertalu-talu terhadap pemimpin Umno dan Umno itu sendiri, walaupun dakyah-dakyah tersebut merupakan serangan politik dan tidak ada asasnya.”

Najib berpendapat orang Melayu juga terpedaya dengan imej luaran seperti label parti yang dikatakan parti Islam dan rupa pemimpin yang mereka anggap lebih Islamik.

Beliau berkata sepatutnya sesebuah parti itu dinilai dari segi pengisian dan agenda yang boleh meninggikan perjuangan dan syiar Islam, dan Umno telah membuktikan parti itu dapat memperjuangkan tuntutan Islam berdasarkan Maqasid Syariah.

“Sejak dulu lagi kita perjuangkan Islam, bermula dengan Perlembagaan, pembentukan institusi-institusi Islam serta program-program Islam yang kita telah wujudkan dan martabatkan seperti perbankan Islam,” katanya.

Ditanya harapan beliau kepada para perwakilan selepas tamat perhimpunan kali ini, Najib berharap seluruh warga Umno yang hadir dapat menghayati mesej yang diterapkan seterusnya menterjemahkan dalam bentuk tindakan serta sikap masing-masing.

“Umpamanya, banyak penegasan akan dibuat tentang bagaimana mereka harus mendepani cabaran PRU-13 dan bagaimana kita harus meletakkan persediaan kita secara mantap bukan sahaja dari segi persiapan fizikal seperti bilik gerakan, bantuan material dan sebagainya tetapi juga dari segi semangat dan sikap untuk meletakkan kemenangan pilihan raya sebagai yang perlu diutamakan dan tidak ada apa-apa perhitungan yang lain meskipun sesuatu itu memang sangat dihajati oleh kita,” katanya.

Beliau juga berharap perwakilan yang berbahas mampu mengupas, menjawab dan menangkis sebarang isu nasional serta tohmahan yang dihalakan kepada parti.

TERUSKAN PENCAPAIAN CEMERLANG


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:20 PM

There are a total of 358 candidates representing the Barisan National the Pakatan Rakyat, Sabah Star, SAPP and Independents going for 60 State and the 25 Parliamentary seats, all up for grabs in Sabah for the 13th GE on May 5. The interest and the buzz that Sabah elicits when it goes to polls – both from the common people and the media – is obviously unprecedented.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:21 PM

While a state like Sarawak which went to the polls in 2011 attracts attention for its sheer size and the fact that it is politically volatile, Sabah on the other hand has captured the imagination of the people for a decade now due to one very shining personality – Musa Aman. The hype that has been generated as far as the May 5th 13th general elections are concerned has become manifold because these polls are virtually being seen as a referendum for Musa to continue as chief minister.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:21 PM

So the question being asked now is not whether Musa will win or not and hold CM-ship for a record third time in a row, but how big a margin of victory would it be for Musa. The central leadership has to seriously work on the development plank so that Sabah regains its past glory of being the richest state in Malaysia including settling once and for all the “Mother of All Problems” – the influx of millions of illegals and they gaining Malaysian identity.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:21 PM

Yes, for Musa, these Assembly elections are not just about winning a third straight term (though Musa becoming CM for fourth time seems just as inevitable). For the Sungai Sibuga seat where Musa the incumbent is contesting, its a five-corned fight as he faces PKR, SAPP, Star Sabah and an Independent candidate. Upon careful analysis of his speeches and poll campaign, it is evident that he left no stones unturned to stake his claim to be chief minister again and winning the Sungai Sibuga state seat is a foregone conclusion.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:21 PM

While on the one hand he has been unresponsive as far as accusations of the state opposition leadership are concerned on the issues of development, illegals, drop in palm oil prices and so on, he has been relentlessly working hard with Najib Tun Razak at the Centre – be it the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegals, security, poverty reduction, price rise or inflation. The message that he obviously wants to send to Sabahans is apparent – he is the right man to lead Sabah.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:22 PM

People who have followed the incumbent Chief Minister of Sabah for years can vouch for the major personality change he has undergone – Musa has gone from being a politician to a BRAND. From his well deliberated speeches to his carefully tailored suit and to his social media savviness (Facebook, Twitter or the blogosphere), Musa and his managers have managed to carve a larger-than-life image of him. So much so that when one thinks of Sabah the first thing that comes to mind is Musa Aman. Think about it – a decade back when one talked of Sabah, the first thing that would come to mind was the Sipadan Island kidnappings by the Abu Sayyaf .


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:22 PM

With an apparent lack of emotive issues in the present edition of the polls, Musa has made a bid to woo the so called “neo-middle class”, promising security and peace and houses and made them central to his game plan. He also promised urban housing for low income groups and jobs for youths with an eye on the 30 percent population which lives in urban Sabah. This was also aimed at neutralizing similar proposals made by the Pakatan Rakyat Sabah and local opposition parties. Clearly Musa is out for the kill in the run-up to the most keenly watched elections in recent times and what was being described as his toughest electoral battle till now.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:22 PM

The reduction of poverty rate from 19.7 per cent in 2009 to 8.1 per cent in 2012 which is the biggest reduction in Malaysia is one of the biggest achievement of Musa. We need to acknowledge this.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:22 PM

The man’s personal integrity is said to be above board, having said to have no tolerance for corruption, be a workaholic and made development and progress his mantra throughout his governance. His subordinates have also claimed he is not arrogant and not dictatorial and one who can accept dissent and disagreement in his scheme of things. Musa has been infallible from the start and had an air of self-confidence around him, there were no setbacks in the run-up to the polls. The man may leave many exasperated at times, be it members of his own party or the fragmented opposition in Sabah but his demeanor remains unflinchingly calm.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:23 PM

Musa Aman may project himself as an administrator par excellence with sharp political skills who appears to be a superman. But at the end of it all he is also a human being with his own worries and fears though he may not show it. The foremost apprehension that must be on his mind is whether he can retain two-thirds of the assembly seats successfully and fulfill his next ambition.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 3:29 PM

WE CHOOSE MUSA AMAN

Most newspaper has not often taken political sides. Indeed, Malaysian journalism has not had the western tradition of the media declaring its political preferences. In Sabah, however, which has now entered a probable election period, the choice is clear and preferences should be stated.

Sabah’s voters have to choose between five more years of a government led by Musa Aman, or five years or less of confusion created by an uncertain and split verdict, or five years of some nameless politician serving his tenure in Kota Kinabalu at Putrajaya’s beck and call.

GOOD JOB MUSA


Anonymous said...
May 7, 2013 at 3:30 PM

WE CHOOSE MUSA AMAN

There are many reasons why Sabah deserves Musa Aman. First, he is a decent chap. In the rough and tumble of Sabah politics it is not easy to come across men and women of basic and simple decency.

That in itself should be a good reason for his remaining at the forefront of Sabah politics. Second, he has done an impressive job.

While the Pakatan Rakyay plus SAPP has every right to criticise his government and question his record, the fact remains that Musa Aman has done more for Sabah than any other chief minister of this hapless state in the past five decades. Consider some simple numbers.

GOOD JOB MUSA


Anonymous said...
May 7, 2013 at 3:30 PM

WE CHOOSE MUSA AMAN

According to the state’s economic survey published earlier this year, Sabah’s economy registered an annual growth rate of 8 percent over the five-year period from 2004-05 to 2009-10, covering most of the term of Musa Aman.

It was only 3.5 percent per year in the previous eight years. This should rule out the idea of returning to an opposition regime. Sabah’s per capita income rose from RM4402.6 per year in 1990 to RM 8441.7 in 2010. This impressive growth comes from an across the board improvement in the state’s performance, barring the industrial sector.

Sabah’s agriculture sector, construction, education, health and services sectors have all witnessed impressive growth. Manufacturing and services have been identified as the main growth sectors accounting for 6.9 percent of the total 8.0 percent GDP growth.

GOOD JOB MUSA


Summer gag said...
May 7, 2013 at 3:31 PM

WE CHOOSE MUSA AMAN

The manufacturing sector alone is expected to contribute 33.1 percent to the total share of the GDP by the year 2010 from 9.1 percent in 1990. It is only in the industrial sector that the state’s economic survey shows low growth.

The services sector, which consists of wholesale and retail, restaurants and hotels, transportation and communication, and other services is targeted to account for 39.3 percent of total GDP by 2010 with an average annual growth rate of 8.9 percent. Sabah has less than 25 per cent share of Malaysia’s agro-processing industries.

Despite the much improved performance of agriculture, health and education, Sabah remains a laggard and has a long way to go before it can catch up even with some of the more developed states, not to mention the states of Penang and Selangor.

GOOD JOB MUSA


Summer gag said...
May 7, 2013 at 3:32 PM

WE CHOOSE MUSA AMAN

However, if Sabah has to have a chance, if it has to finally catch up with Selangor and Penang, it needs another five years of the kind of development-oriented administration that Musa Aman gave the state.

If Sabah can move closer to the national average in terms of the various indicators of development, that national average will itself rise significantly. Malaysia cannot sustain growth rates of over 8 and 9 per cent, not to mention 10, if populous and large states like Sabah and Sarawak remain stuck in the morass of backwardness, both economically and socially.

Musa Aman has remained focused on development. He is a model chief minister that other BN states should also aspire for.

GOOD JOB MUSA


BNdabest said...
May 7, 2013 at 7:53 PM

Tidak dinafikan, tidak ada pemimpin politik di Sabah yang telah menjadi popular seperti Musa Aman sejak penubuhannya pada tahun 1963. Musa Aman telah mempersona golongan miskin dan Bumiputera.


BNdabest said...
May 7, 2013 at 7:55 PM

Shafie Apdal adalah pemimpin Suluk dan Lajim Ukin adalah pemimpin Bisaya. Kedua-duanya tidak dinafikan mempunyai pengaruh, namun tidak dapat menandingi pengaruh Musa ke atas minda masyarakat di kawasan bandar atau luar bandar.


BNdabest said...
May 7, 2013 at 7:57 PM

Dalam tempoh 5 tahun lalu, selepas dijolokkan dengan gelaran "Ketua Menteri Terbaik" Sabah, Musa Aman telah menukar komunikasinya dengan rakyat dengan komunikasi pembangunan.


BNdabest said...
May 7, 2013 at 7:58 PM

Terdapat kegilaan untuk mengkreditkan Musa Aman untuk setiap perkara yang baik berlaku di Sabah. Dalam tempoh lima tahun lepas, pendapatan pertanian semakin pesat membangun dan hartanah membuat kelas pertengahan menjadi keluarga jutawan. Ramai pengundi kelas pertengahan mengatakan "peraturan Musa adalah bertuah."


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:26 PM

Tahniah diucapkan jangan lupa janji pada rakyat.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:27 PM

Dalam kesibukan seharian adalah dinasihatkan agar rakyat tidak dipinggirkan


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:28 PM

I hope the mandate given will be used correctly.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:30 PM

the mandate given by the people to continue helming the nation was a huge trust which must be carried out properly.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:32 PM

Jangan siakan pengorbanan pengundi anda


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:33 PM

Another leader to emerge


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:34 PM

We need to move out from the old mentality


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:34 PM

Jauhi anasir jahat


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:35 PM

Kemenangan adalah dari semua pihak


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:35 PM

Make sure you will do what you have preached.


Welly Kang said...
May 8, 2013 at 8:00 AM

Sabah terus berkembang.


Wai Ling said...
May 8, 2013 at 8:01 AM

Yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin.


LLS said...
May 8, 2013 at 8:02 AM

Kepentingan rakyat masih diutamakan.


Mogan said...
May 8, 2013 at 8:02 AM

Good luck to Sabah.


Khairul said...
May 8, 2013 at 8:52 AM

Jangan sia-siakan kepercayaan yang rakyat berikan.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 3:25 PM

Barisan Nasional (BN) hari ini menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 3:26 PM

Menurut Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, enam sebab tersebut ialah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 3:26 PM

Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto bertajuk "Menepati Janji Membawa Harapan" itu.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 3:28 PM

BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian, menurutnya.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 3:28 PM

"Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji. Selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia," menurut manifesto bertemakan "Rakyat Didahulukan" itu.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 3:30 PM

"Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini. Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan kita."


Anonymous said...
May 8, 2013 at 3:30 PM

Menurut manifesto itu, politik yang dibawa BN ialah politik perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 3:31 PM

Gabungan pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 3:32 PM

BN juga terus memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar, menurut manifesto itu.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 6:17 PM

KIta tunggu dan lihat sejauhmana janji-janji tambahan BN Sabah dilaksanakan. Penggundi boleh menggumpul bukti-bukti terhadap sebarang pelangggaran janji yg dbuat dan menyalurkan kepada YB Pembangkang untuk menyuarakannya semasa Dewan Undangan Negeri bersidang. Bukti-bukti itu jangan di salurkan kepada YB Kerajaan sebab sudah pasti mereka tidak akan membangkitkan isu itu sekiranya isu itu melibatkan pelanggaran oleh kerajaan BN.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 8:24 PM

cakap besar lah kamu kalau dah menang kalau baru nak undi kala kala pemintah sedekah.ingat rakyat dah menolak kamu cuma tanya lah mereka adakah mereka jujur tampa merasuah pengundi.tepuk dada tanya selera


Anonymous said...
May 11, 2013 at 8:00 AM

SABAH MASIH DI BAWAH TAMPUK PEMERINTAHAN YANG MENGAMALKAN RAHSUAH DAN MEMPERKAYAKAN PERIBADI DAN KRONI SAHAJA.... SEMUA TANAH DISABAH INI AKAN DI AMBIL OLEH KERAKUSAN SI MUSA INI....


Anonymous said...
May 11, 2013 at 8:03 AM

MENANG BERGAYA DENGAN PENIPUAN.... AWAS KEMENANGAN INI BERSIFAT SEMENTARA KERANA KITA SEMUA DAH TAHU RAKYAT MEMILIH PAKATAN.... TUNGGU SAHAJALAH SIASATAN SEDANG GIAT DIJALANKAN... PENGERUSI SPR AKAM MERINGKUK DI PENJARA NANTI...


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:07 AM

kalau nak tahu cara cara penepuan SPR tanya saja mana mana pusat mengundi dan orang yang bertangung jawap adalah PENYELIA DI PUSAT PENGUNDI.APA MEREKA BUAT KAMU TANGGUNG LAH DOSA DOSA RAKYAT MALAYSIA


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:17 AM

KEPADA MANTAN PEMIMPIN pkr BATU SAPI zAINUDDIN @SIMON JGN LAH NAK MEMBURUKKAN datuk anwar ibrahim masa ko dalam PKR bukan main lagi ko puja dia dan ko burukkan Pemimpin bn.bila dah lompat katak plak ko burukan pkr.ko sapa juga tak ada jawatan pun MERAJUK KERNA TAK TERPILIH SEBAGAI CALUN PKR


Anonymous said...
May 13, 2013 at 7:58 PM

PAKATAN RAKYAT SEDANG MENGUMPUL BUKTI PENIPUAN PRU 13.... SABAR SEMUA...


Anonymous said...
May 14, 2013 at 8:16 AM

TER UTAMA BAGI PERLIMAN LIBARAN DI SANDAKAN SABAH BILA MASA PULA SI JUSLIE AJIROL KEDEKUT INI DAPAT MEJORITI SAMPAI 11.000 NI.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:20 PM

Rakyat yg berpendidikan perlu fahamkan org kg bahawa betapa pentingnya kesedaran utk menghapuskan/mengurangkan indek rasuah negara..pemimpin perlu telus,perlu bijak dan jgn biarkan pemikiran di pengaruhi rasa tamak,melewati batas-batas akaliah yg konsisten dan pro.. jgn tunjukkan kelemahan minda yg melampau semata-mata melindungi kesalahan yg sememangnya SALAH tapi pelik ada juga yg masih mahu menafikanya. maka janji allah swt itu benar-benar belaka. sememangya manusia ini lemah dan perlu di bimbing ke jalan yg benar dan lurus.insyallah..


Anonymous said...
June 5, 2013 at 12:14 PM

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman advised the new cabinet ministers not to abuse the trust and mandate given to them by the electorates. They must also double their efforts in implementing government policies as well as development agenda for the betterment of the people’s welfare, he said at a press conference after chairing the first state cabinet meeting after the 13th general election.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 12:14 PM

“I took the opportunity to advise the cabinet ministers, especially the new ones and reminded them that they must put the mandate given by the rakyat to BN to good use. They must also think about the outcome of the programs and policies so that their KPI can improve from time to time.“We cannot take things lightly, we must be serious in carrying out all that we have planned so that the rakyat get the maximum benefits. We have, all this while established good cooperation between BN leaders and the state as well as federal civil servants. We will continue this because we know how important cooperation is towards the successful implementation of what we have planned for the rakyat,” Musa said.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 12:14 PM

“This is what I have asked from the new ministers and I also reminded the cabinet that their appointment is not a privilege but a responsibility,” he said.He stressed that Sabah BN has to work as a strong team and each and every one of the ministers must focus on the duties as well as responsibilities pertaining to the programs and projects that are entrusted to their respective ministries.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 12:14 PM

“It is important for the state cabinet to implement a paradigm shift and mindset change when carrying out the duties they are given,” he said adding: “Make sure there are no delays, bureaucracy or making last minute decisions as well as finishing jobs at the last minute.”Commitment, cooperation and coordination must continue to improve and the attitude of “this is not under my purview or it is not my problem” must be discarded, Musa said, adding that even though it is not under their purview, they must be proactive and find ways to assist in resolving issues that are referred to them.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 12:15 PM

“As a considerate government which has the rakyat’s interest at heart, we must always be responsive and attentive as well as take prompt action to resolve problems the rakyat are facing whether in their respective constituencies or those that are referred to their ministries,” he said.Musa also reminded them that as administrators, the government required high commitment and support from all the civil servants as the implementing agency and department, as the effectiveness and success of all development policies and agendas depended largely on the state dedication as well as cooperation of state and federal civil servants.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 12:15 PM

“The time for politics and polemics is over; it is time for us to move forward, work, serve and do our best for the people’s prosperity as well the development of the state,” he said.Musa also assured electorates in opposition-held areas that the BN government is a responsible as well as committed one so it will continue to carry out the development projects planned.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 12:15 PM

“On-going projects will continue because we are the BN government which is responsible to the rakyat, not the opposition. We work for the rakyat,” he said.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx