Friday, March 21, 2014

FMFA : Penganjur edar kondom kepada pengunjung konsert?

Kematian enam anak muda didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) minggu lalu mengejutkan rakyat Malaysia. Konsert berkenaan didakwa turut dicemari dengan ‘pemberian’ kondom yang menyebabkan berlakunya pergaulan...

Akhbar Taiwan dakwa Malaysia bohong tentang MH370?

Kita ketepikan buat seketika apa ideologi politik kita dalam memerhatikan isu kehilangan MH370 ini...Kita perhatikan dari sudut yang lebih luas iaitu dari kacamata dunia.. Jika kita sering membaca laporan-laporan yang disiarkan oleh media-media dari negara...

MH370 : Malaysia halang wartawan antarabangsa buat liputan?

Inikah yang dimaksudkan sebagai sehabis telus oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu? Beliau telah menegaskan, kerajaan telah sehabis telus sehingga sanggup mengetepikan...

Australia yakin dapat sahkan serpihan dalam 2-3 hari

Australia menjangkakan dapat memberi pengesahan segera berhubung sama ada serpihan dilihat adalah daripada pesawat MH370, kata satu laporan. Bagaimanapun, usaha pertama pesawat peninjau untuk menjejak objek berkenaan gagal disebabkan cuaca buruk. Pihak berkuasa akan mengetahui...

Australia Temui 2 Objek Besar Disyaki Serpihan MH370

Imej 24 meter tenggelam timbul di permukaan air, mungkin serpihan pesawat, kata Australia Dua imej yang ditemui oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang...

Wednesday, March 19, 2014

Video Konsert FMFA Yang Mengakibatkan 6 Maut

erikut dipaparkan video Konsert FMFA 2014 yang mendapat restu Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, yang telah mengakibatkan 6 orang maut dan berbelas yang lain mendapat rawatan akibat dadah. Mengapa GB katakan konsert ini mendapat restu...

Batalkan satu lagi pesta liar: Life in Color Malaysia

Negara gempar apabila berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan sewaktu mereka menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil...

MH370 : Media asing libatkan Anwar?

Dakwaan penglibatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kehilangan MH370 dipolitikkan oleh media asing, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Pemangku Menteri Pengangkutan berkata demikian ketika disoal wartawan mengenai penglibatan Anwar dalam kehilangan penerbangan Malaysia...

Pasangan Suami Isteri Di Bogor Ini Tahu Lokasi Jatuhnya MH370

Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang...

Monday, March 17, 2014

Future Music Festival Asia: Malapetaka yang dicari

Sudah jatuh ditimpa tangga, peribahasa yang tepat menggambarkan nasib yang menimpa Malaysia dalam tempoh seminggu yang berlalu. Misteri kehilangan MH370 masih belum selesai, tiba-tiba Malaysia dikejutkan pula dengan kematian tragis aset negara, sehingga kini 6...

PKR lawan BN di Balingian

Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili mengumumkan bekas...

Felixia Seru Ambil Iktibar Daripada Insiden #FMFA 2014

SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah,”...

Teori pesawat dirampas guna 'telefon bimbit'

LONDON - Pakar-pakar keselamatan bimbang kemungkinan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) dirampas menggunakan 'telefon bimbit', lapor akhbar Daily Express semalam. Beberapa pakar perisikan percaya pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dikawal oleh...

Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat

Penyiasatan terhadap pesawat MH370 yang hilang masih belum dapat membuktikan juruterbang sengaja membawa pesawat Boeing 777-200ER itu ke satu destinasi lain, lapor portal Daily Beast. Dalam satu artikel bertajuk "The baseless rush to blame the...

Dr M : Malaysia perlu bersedia berdepan krisis kewangan

Malaysia perlu bersedia untuk berdepan dengan satu lagi krisis kewangan dunia yang dijangka berlaku berikutan kenaikan harga dan kurang kuasa membeli. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed (gambar) berkata negara perlu merangka strategi berdasarkan...

Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat

China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10. Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saturday, March 15, 2014

Misteri Dalam Radar TUDM Adalah Pesawat MH370

Titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk...

Keluarga mangsa MH370 rasa ada sesuatu yang disembunyikan?

Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kehilangan MH370 patut dibuat lebih awal bahkan keluarga mangsa terasa ada sesuatu yang disembunyikan. Muhammad Razahan dan isterinya Norli Akmar Hamid dalam perjalanan...

Pakar percaya MH370 belum terhempas

Pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu yang menimbulkan 1001 pertanyaan sehingga kini (14 Mac), dipercayai masih lagi belum terhempas, tegas pakar penerbangan, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Katanya, kesimpulan sama ada pesawat itu...

Lima Maut Di Pesta Festival Future Music Asia

Lima dilaporkan meninggal dunia ketika menghadiri Festival Future Music Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di Stadium tertutup Bukit Jalil malam tadi. "Lima yang meninggal dunia termasuk tiga berbangsa Melayu, seorang Cina dan seorang India. Seorang...

Jais ambil tindakan undang-undang terhadap Raja Bomoh

"Raja Bomoh" yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam...

Bekas Timbalan Menteri Shariff Omar Sertai PKR

Kajang: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak hampir setahun selepas beliau dipecat dari Umno. Gambar fail. "Saya datang dari Pulau Pinang untuk...

Friday, March 14, 2014

‘Raja bomoh’ mahu tampar Khairy Jamaluddin

"Raja bomoh" Ibrahim Mat Zain yang kini menjadi perhatian media antarabangsa mengancam untuk menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap. Ibrahim marah dengan kenyataan Khairy yang juga merupakan ahli Parlimen...

PRK Kajang :Pemimpin Umno Serah Borang Sertai PR

Stadium Kajang malam ini bakal menyaksikan pemimpin Umno setempat beserta ahli-ahlinya dan beberapa NGO melayu Pro-Umno, akan umum keluar Umno dan serah borang menyertai Pakatan Rakyat. Berikutan hilangnya kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin Barisan Nasional menerajui...

Data Radar Tunjukkan MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Andaman

Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat. Dua...

Saintis China kait gegaran dengan MH370

Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 nampaknya berbalik semula ke kawasan antara timur dan barat Semenanjung Malaysia , ekoran maklumat terbaru dari saintis China mengenai kemungkinan pesawat itu mencetuskan gegaran apabila jatuh ke laut...

Tok Bomoh Ugut Saman Orang Yang Tuduh Amalannya Khurafat!

Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam....

Thursday, March 13, 2014

Satelit China Temui Bangkai Pesawat Disyaki MH370

Sebuah satelit negara China yang mengkaji kehilangan pesawat MH370 telah menemui satu kawasan yang disyaki berlaku kemalangan di laut", yang menurut pakar merupakan satu petunjuk kukuh di dalam usaha mencari pesawat yang hilang tersebut. Tiga...

MH370 : Hishamuddin diserang wartawan asing?

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein diserang wartawan media antarabangsa ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau dan beberapa agensi kerajaan didapati bercanggah antara satu sama lain. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali,...

Pekerja pelantar minyak mendakwa melihat pesawat MH370 terhempas

Seorang pekerja pelantar minyak mendakwa melihat pesawat MH370 terhempas semasa bekerja di selatan pantai Vietnam. Laporan menyatakan lelaki itu menghantar email kepada majikannya menyatakan dia menyaksikan kemalangan itu. “Saya percaya saya melihat kapal terbang Malaysia...

Guna Bomoh Malukan Malaysia Dimata Dunia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kerajaan mengupah 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang muncul di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing. "Tentang bomoh tadi,...

MH370: Media Antarabangsa Lapor Pemimpin Malaysia "Tak Ada Otak"?

Sebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ada otak (“brainless”) apabila membenarkan bomoh untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

IBTimes melaporkan seorang pengguna Weibo, sebuah laman sosial media China, berkata: "Buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia, saya merasa malu, bukan kerana salah laku apa-apa tetapi kerana memiliki perdana menteri yang tidak ada otak.

"Berhentilah dari menjatuhkan air muka rakyat Malaysia," kata penulis itu sebagaimana dilaporkan oleh IBTimes.

Respon ini selepas tindakan kerajaan membenarkan seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual untuk mencari di mana pesawat MH370 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan tikar terbang.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama menyifatkannya sebagai tindakan khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan “tikar terbang” yang dilakunkan oleh seniman agung Tan Sri P. Ramlee. -TMI
Page 1 of 1132123»