Walaupun laman sosial sering dijadikan platform untuk ekspresi perasaan dan emosi, namun tabiat memaparkan gambar tidak senonoh di dalamnya dilihat amat menjengkelkan.
Golongan remaja khususnya perlu berwaspada ketika mempamerkan sesuatu gambar terutamanya berkaitan peribadinya kerana ia berkemungkinan boleh memalukan keluarga mereka kelak.
Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata laman sosial Facebook misalnya, digunakan oleh semua lapisan masyarakat dan setiap pemilik akaun laman itu perlu berhati-hati memaparkan gambar peribadi mereka.
"Contohnya apabila pasangan kekasih mempamerkan gambar seperti bercium, berpelukan yang tidak senonoh, ia boleh mendorong pengguna Facebook lain terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral itu.
"Kita tahu golongan remaja memerlukan ‘ruang peribadi’ dan kurang senang jika ia diceroboh pihak lain, namun mereka harus mengetahui had mereka ketika menggunakan laman sosial, kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan imej mereka, malah imej keluarga dan negara,” katanya.
Katanya, gambar terutama wanita atau lelaki dalam keadaan mendedahkan tubuh badan tidak sepatutnya dirakam kerana ia boleh disalah guna, termasuk disebarkan secara meluas melalui laman sosial.
"Ada juga pengguna laman sosial yang suka berkongsi gambar milik orang lain hanya bertujuan untuk menjatuhkan maruah mereka atas pelbagai alasan," katanya.
Aktivis sosial itu mengingatkan golongan remaja bahawa, Facebook tidak mempunyai sebarang sekatan dan ia juga boleh mendorong golongan tertentu untuk ‘mengedit’ gambar sehingga boleh menimbulkan keadaan yang kurang senang.
"Perbuatan memaparkan gambar sebegitu akan menjadi perbualan masyarakat malah menimbulkan fitnah," katanya sambil menambah orang ramai juga memberi pelbagai komen yang tidak bermoral.
Beliau berkata sebagai rakyat dalam negara berbilang kaum, tidak perlu untuk mengamalkan budaya barat yang bercanggah dengan nilai-nilai murni. – Bernama,
Sunday, March 2, 2014
Pengguna Facebook dinasihati elak papar gambar peribadi ‘tidak senonoh’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.