Lima dilaporkan meninggal dunia ketika menghadiri Festival Future Music Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di Stadium tertutup Bukit Jalil malam tadi.
"Lima yang meninggal dunia termasuk tiga berbangsa Melayu, seorang Cina dan seorang India. Seorang meninggal dunia di tapak konsert, manakala seorang lagi dalam perjalanan ke hosiptal, manakala tiga yang lain meninggal dunia di hospital. Mereka berusia sekitar 21 sehingga 28 tahun," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.
Manakala empat yang lain dilaporkan dalam keadaan kritikal dipercayai turut mengambil dadah berlebihan. Dua dari mereka adalah warga tempatan manakala dua yang lain warga Singapura.
Polis percaya dadah diperolehi sebelum mamasuki stadium.
“Keempat-empat yang kritikal telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” menurut polis.
Susulan itu konsert hari ketiga yang seharusnya berlangsung malam ini dibatalkan.
Sepanjang dua hari festival berlangsung yang bermula Khamis lalu, polis turut menahan 22 individu yang dikaitkan dengan dadah.
“Pasukan narkotik dari ibu pejabat Bali Polis Cheras telah menahan tiga individu warga asing yang memiliki pil ecstasy pada hari pertama festival. 12 lagi warga asing dan tujuh rakyat tempatan ditahan pada hari berikutnya kerana dikaitkan dengan dadah.”
Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi. -astroawani
Saturday, March 15, 2014
Lima Maut Di Pesta Festival Future Music Asia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.