Semalam pihak polis telah mendedahkan foto dua individu yang menaiki
pesawat MH370 pada dengan pasport curi. Namun, dua foto berkenaan
diragui dan telah mendapat pelbagai ulasan dan kritikan di laman sosial.
Gambar tersebut adalah "screencapture" dari video yang disebarkan.
Begitu aneh, bagaimana dua individu yang berlainan, yang kelihatan badannya dan kepalanya berbeza, tapi kedudukan kaki dan latar lantainya sama.
Tidak mungkin samasekali kedudukan kaki kedua-dua pemuda itu benar-benar
kelihatan sama sedangkan muka masing-masing sedang menghadap arah
berlainan. Bahagian kaki itu serupa sangat dan seperti di"photoshop"kan.
Semalam polis mendedahkan identiti pemuda berkenaan, dikenalpasti
sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19, pemegang pasport dikeluarkan
negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya dan yang kedua
juga warga Iran bernama Delajar Syed Mohamad Reza, 30.
Selain dari foto yang mencerigakan itu, pemuda itu nampaknya tidak
menepati dengan ciri-ciri yang didedahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan
Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang menyatakan
"kedua-dua individu itu tidak kelihatan seperti orang Asia.".
Malah mengikut Azharuddin, pemuda itu "berkulit hitam" dan tanyanya: "Kamu tahu pemain bola (bernama) Balotelli?"
Pihak polis perlu tampil menjelaskannya sebelum lebih ramai membuat tanggapan bahawa ia adalah sekeping gambar palsu.
Ini mengingatkan kita tentang Ahmad Zahid Hamidi (ketika itu Menteri
Pertahanan) yang menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang
dipertikaikan.
Apa hal sebenar di belakang semua ini?
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.