Monday, May 6, 2013

Anwar : Banyak Penipuan Dalam PRU-13

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.

"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

NONE"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.

Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.
Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini.

"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.

"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.
Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.

NONEPada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.

"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.

Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.

Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.

"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.

"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi. -MK
xxx2

Komen Anda

103 Responses to " Anwar : Banyak Penipuan Dalam PRU-13 "
Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:52 PM

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. Beliau berkata, “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:53 PM

Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. “Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba,” katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:53 PM

Dalam pada itu ketika bercakap selepas keputusan pilihan raya ini, Ustaz Hadi berkata, “Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:54 PM

“Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:54 PM

“Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang,” katanya selepas diumumkan keputusan BN berjaya membentuk semula kerajaan.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:54 PM

PAS menang 22 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 ini berkurang satu kerusi berbanding pilihan raya ke 12.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:55 PM

Tuan Guru Abdul Hadi sendiri mengekalkan kerusi Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:55 PM

PAS Terengganu berjaya menambah tiga kerusi Parlimen di samping tujuh kerusi DUN dalam pilihan raya ini.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:56 PM

Kerusi Parlimen yang dimenangi adalah Marang (Tuan Guru Abdul Hadi), Kuala Terengganu (Datuk Raja Bahrin), Kuala Nerus (Dr Khairudin Aman Razali) dan Dungun (Haji Wan Hassan).


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:57 PM

Mereka kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan di negeri itu apabila menang 15 kerusi berbanding BN 17 kerusi.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:02 PM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan rasa syukur kerana Kedah kini kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) selepas lima tahun diteraju pakatan pembangkang.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:02 PM

"Kerajaan BN akan menjalankan tugas dan menunaikan segala janji membangunkan Kedah supaya sama dengan negeri-negri lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar Kedah yang baharu


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:03 PM

Susulan kejayaan BN membentuk kerajaan negeri selepas menang majoriti mudah iaitu 21 daripada 36 kerusi dewan undangan negeri (Dun) yang dipertandingkan, anak beliau Datuk Mukhriz yang memenangi kerusi Dun Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:03 PM

Mengenai pelantikan anaknya, Dr Mahathir berkata beliau mahu Mukhriz menjalankan tugas sebaik mungkin dan berusaha sedaya upaya menunaikan janji untuk membangunkan negeri itu.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:03 PM

Bekerja baik dan bekerja kuat, jangan kira diri sendiri, jangan bagi orang tuduh terlibat dengan korupsi dan sebagainya, buat kerja secara lurus dan berkhidmat untuk negeri dan Malaysia," nasihatnya kepada Mukhriz.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:56 PM

Umno kalau nda menipu bukan UMNO namanya...
Ingat rakyat tak tau ka...semua jentera keajaan di gunakan termasuk yg terulung SPR sebagai anjing kurap BN untuk membawah pengundi bangla ke sabah sebagai pintu masuk ke semenanjung...
Di jadikan pengundi hantu,,
memang benar la kata-kata Tun Mahadir bn syaitan yg di kenali....

BN menang tapi sayang penjadi petualang dalam negara sendiri....

BAYUMURNI...


ainee said...
May 7, 2013 at 1:25 AM

DSAI telah mencabar pengumuman kontroversi yang dibuat oleh SPR bahawa gabungan Umno-BN yang dipimpin oleh Najib Razak telah memenangi majoriti kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan...


ainee said...
May 7, 2013 at 1:26 AM

Pada peringkat ini, PR tidak bersedia untuk menerima pengumuman SPR bahawa BN telah memenangi majoriti untuk membentuk kerajaan


kenny said...
May 7, 2013 at 1:32 AM

Anwar, yang kelihatan bingung dengan berita kemenangan BN itu, menjanjikan bahawa Pakatan tidak akan membenarkan suara rakyat untuk dicuri dengan amalan yang meragui itu.


kenny said...
May 7, 2013 at 1:33 AM

Walau bagaimanapun, pemilihan semula seolah-olah tidak mungkin terjadi.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 1:34 AM

dipercayai pucuk pimpinan PR akan mengkaji perkembangan terkini dan membuat pengumuman rasmi dalam masa 24 jam


anti tiada maruah said...
May 7, 2013 at 10:24 AM

kelihatan ramai penulis2 komen yang 'dibayar' dalam ruangan ini (bukan semuanya!!) . berilah komen dengan ikhlas. manusia dihormati bila ada harga diri.


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:23 AM

bagaimana dengan penipuan PR dalam memerintah Selangor, P. Pinang, Perak, Kelantan serta Kedah? PR tidak baik coz memacah perpaduan kaum yg diusaha kerajaan.

Anda benar2 berpolitik. Kini terdapat guru2 yg mengundi PR tapi menunggu kerajaan BN beri kenaikan gaji pada bulan Julai ini. pada hal meraka memang anti kerajaan!!!

tiada harga diri betul


Anonymous said...
May 7, 2013 at 11:26 AM

what about this?Anwar's exposure reagrded as attempt to ridicule ulama


Datuk Seri Anwar lbrahim's exposure of the PAS president's involvement in preparing and signing a statement with Pakatan Rakyat, giving non-Muslims the go-ahead to use the word, Allah, is seen as an attempt to ridicule the ulama.

Umno supreme council member Dr Mohd Puad Zarkashi said, other than ennbarrassing Datuk Seri Abdul Hadi Awang as PAS president, Anwar simultaneously. appeared to make an attempt to kill the role af the ulama in the party.

"He wants to show that the ulama cannot be depended upon, they are inconsistent. He wants to show that Abdul Hadi has no credibility,"he said when contacted by Bernama.

It is learnt that Anwar had made the 'exposure' at a ceramah in Ketereh. Kota Baharu last Tuesday.

Mohd Puad, who is also education deputy minister, said Anwar was not comfortable with the ulama group which was seen as hampering the ambition of the oppositian pact to rule.

Thus, he tried to instigate the PAS members that the ulama was incapable of leading the party, he added.

On the sacking of PAS ex-deputy president Nasharuddin Mat Isa from the Syura Council as Anwar's biggest success to rid the ulama. Mohd Puad did not reject an impending collision between the ulama and non-ulama groups.

The joint statement which was referred to by Anwar, was opposed to the decision of the Syura Council meeting on Jan 13, that the word Allah could not be used in the Malay version of the Bible.

Malaysian Young Ulama Gathering Committee (Ilmu) chairman Fathul Bari Mat Jahaya said, Anwar not only did not respect PAS as a partner of the pact, but also Abdul Hadi as party president.

He said, Anwar also ridiculed the Syura Council through his action, other than attempting to throw PAS into disarray.

"The decision which was made by the Syura Council, as the highest council in PAS, is ahead of the decisions of any other individual in the party, including the president.

"Abdul Hadi's view does not represent PAS overall. It is his opinion, not that of PAS. But if he (Abdul Hadi) says it is a party statement, what we know is that the statenrent of PAS is not the same," he said.

Fathul Bari also shared Mohd Puad's opinion that Anwar's action would give a negative implication to cooperation in the opposition pact, apart from causing a collision in PAS.

"This will cause the public and PAS members to lose respect for Abdul Hadi as party president," he said.

In the meantime, Fathul Bari said, Abdul Hadi must retract his early statement on the issue of the word, Allah, for the benefit of Muslims.

Jalur Tiga (Jati) president Datuk Dr Hasan Ali urged Abdul Hadi to clarify his stand on the issue to defend his credibiltty as ulama.

"Does Anwar's statement accurately reflect what happened, or does Ustaz Hadi have his own version in defending the credibility of PAS as an lslamic political party which does not conceal the truth?," he asked.

Malay rights group Perkasa information chief Ruslan Kasim said, the ulama group had been used by opportunists like Anwar.

He said, Abdul Hadi moved like the 'lallang' grass which swayed to the dictates of the wind, and was prepared to sacrifice the lslamic faith, in favour of politics.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:46 AM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang telus dan adil. "Saya kecewa dengan proses pengundian awal dan undi pos. Ia diragui dan jumlah undinya boleh dipertikaikan," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRU13 di sini, sebentar tadi.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:47 AM

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kemampuan SPR menangani masalah pengundi hantu yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum kali ini. "Saya minta SPR siasat pengundi hantu yang terdiri daripada warga Bangladesh dan Myanmar," katanya.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:47 AM

Kenyataan beliau itu anehnya dibuat selepas keputusan PRU 13 diumumkan dan tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat, jika berpihak kepada PR sudah pasti tidak akan timbul sebagaimana yang ditimbulkan itu.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:47 AM

Seolah-olah mereka cukup baik dan sempurna untuk memenangi hati rakyat, tapi hakikatnya tidak nampak apa-apa kebaikkan yang dibuat oleh PR yang boleh menyenangkan rakyat, sedangkan Barisan Nasional yang membuat kebajikan dengan berbillion ringgit pun masih kurang dihargai oleh rakyat.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:47 AM

Kita tidak hairan dengan kekalahan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan perbezaan 3,935 undi di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:47 AM

Apalah besar sangat Saifuddin kalau nak dibandingkan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas di Parlimen Bukit Katil apabila hanya mendapat 40,720 undi manakala lawannya calon dari PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendapat 46,167 undi.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:47 AM

Tapi kalau semua orang bangang macam Anwar, alama\tnya huru-hara negara ni, bila kalah tak nak terima kenyataan, elok pergi simpan jer kat Tanjung Rambutan, memang ada something ni!


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:48 AM

Bagaimanapun Anwar sebagai seorang yang mengaku muslim, sepatutnya menerima qada' dan qadar, apa gunanya muslim jika tak beriman kepada rukun iman yang keenam itu. Sudah menjadi adat bila bertanding ada menang dan ada kalah, kalau tak nak kalah jangan bertanding, conform takkan kalah.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:48 AM

Nak diikutkan, empat Menteri dan empat timbalan menteri yang tewas ni pun sukar nak terima kekalahan mereka, tapi apakan daya jika itu hakikatnya, terima saja dengan hati yang terbuka tanpa perlu menunding jari kepada sesiapa.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:48 AM

Antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:48 AM

Turut tewas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:49 AM

Belum apa-apa lagi, Ambiga dan Bersih sudah memekak tentang isu ini menunjukkan sikap berat sebelah NGO ini. Sebelum ini mereka menuduh pendatang asing ramai mengundi di Sabah, kali ini tuduhan dibuat mengatakan pengundi-pengundi Bangladesh, Indonesia & Filipina dibawa pula ke Semenanjung.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:49 AM

Penipuan Pakatan Rakyat semakin melampau, namun jawapan yang diberikan oleh pihak yang dituduhnya juga enggan diterima, sebaliknya Anwar terus membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:49 AM

Ketika diminta mengemukakan bukti, Anwar enggan menunjukkan bukti yang beliau ada, sebaliknya seolah bermain sorok-sorok denngan rakyat. Sama seperti beliau enggan bersumpah atau tunjukkan jam Omega beliau yang menjadi bukti gejala salah laku seks.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:49 AM

Nyata PR tidak meyakini mereka akan memenanngi pilihan raya ini lantas mencipta bayang-bayang ketakutan mereka menuduh pengundi hantu diseludup BN.


headhunter said...
May 7, 2013 at 11:50 AM

Cukup-cukup lah menunding jari kepada orang lain. Muhasabah diri sendiri, banyak perkara yang belum pun dijawab Anwar, kini cuba mencetuskan pelbagai syak wasangka kepada kerajaan. Kalau kalah, terima hakikat. Rakyat sudah menolak PR, dan meyakini BN, bukan menuduh tanpa bukti yang kukuh.


mantera said...
May 7, 2013 at 12:04 PM

Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujudnya penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta mendesak penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat sebagai tomahan yang bersifatkan politik.


mantera said...
May 7, 2013 at 12:04 PM

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata tomahan Anwar itu adalah tidak berasas dan tidak wajar kerana isu ini mempersoalkan kredibiliti SPR yang sebelum ini telah melakukan pelbagai langkah bagi membuktikan ketelusan dalam proses pemilihan.


mantera said...
May 7, 2013 at 12:04 PM

Satu bukti yang kukuh kita ada sekarang adalah dengan kehadiran pemerhati antarabangsa, bukankah itu menunjukkan ketelusan SPR? Apa lagi yang perlu dipersoalkan


mantera said...
May 7, 2013 at 12:05 PM

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata banyak lagi penambahbaikkan dilakukan dari awal lagi sehingga penggunaan dakwat kekal.


mantera said...
May 7, 2013 at 12:05 PM

Kawasan yang dia menang tidak dijadikan isu, sebaliknya mengeluarkan rasa tidak puas hati apabila secara keseluruhannya keputusan keluar


mantera said...
May 7, 2013 at 12:05 PM

ebenarnya Anwar terlalu yakin bahawa keputusan PRU kali ini akan memihak kepada pakatan rakyat, "sebab itu dia terlalu kecewa," apabila keputusan tidak menyebelahinya.


mantera said...
May 7, 2013 at 12:05 PM

Kalau tidak dapat terima keputusan pusat, jangan terima keputusan negeri terutamanya negeri-negeri yang dimenangi seperti Selangor dan Kelantan,


Anonymous said...
May 7, 2013 at 12:15 PM

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH...muhasabah diri kerana itulah ketentuan qada & qadar drpd ALLAH S.W.T. Rakyat telah buat pilihan. Tiba masa tumpukan & buktikan kesungguhan dalam mentadbir negeri yang ditawan agar rakyat dapat melihat kejayaan yang realiti, bukan fantasi...


Anonymous said...
May 7, 2013 at 1:32 PM

Bro bukan rakyat yang buat pilihan tapi kerajaan pilih dirinya sendiri dengan penipuan.......... SEMUA PENGUNDI TAHU DAKWAT TIDAK KEKAL TERMASUK PM..... TETAPI SPR KATA KEKAL... BODOHNYA SPR NIH....


Anonymous said...
May 7, 2013 at 2:55 PM

Pembangkang Cari Alasan Menutup Malu

Pakatan pembangkang yang sedang tertekan dengan penolakan umum terhadap agenda mereka untuk mendaki puncak kuasa, akhirnya kembali ke tabiat asal mencari alasan dan mencipta cerita fiksyen untuk menutup rasa malu.

Sepanjang proses pengundian hari ini, di sana sini penyokong PR berlagak bagaikan polis memeriksa siapa saja yang disyaki mereka sebagai pengundi hantu. Untuk menarik kepercayaan umum, diupah pula pendatang asing Bangladesh untuk berlakon sebagai pengundi hantu.

Di beberapa lokasi lain, penyokong PR menahan dan melakukan kekasaran terhadap rakyat Malaysia keturunan India selepas dituduh sebagai pengundi hantu. Ini jelas satu bentuk dikriminasi dan ia amat memalukan PR.

Manakala di media sosial terdapat satu kes unik apabila seorang lelaki India rakyat Malaysia yang merupakan anak angkat kepada Cina keluarga Cina disangkakan sebagai pengundi hantu hanya kerana namanya Chua Lai Fatt.

Sementara itu di lokasi yang berlainan, pemimpin dan penyokong PR sibuk mempertikaikan isu dakwat kekal tanpa menyedari penggunaan dakwat kekal diguna pakai selepas menerima desakan oleh NGO Bersih yang pro PR.

Sedangkan tika itu SPR telah bersetuju untuk memperkenalkan teknologi biometrik bagi mengesan dan mengesahkan status seseorang pengundi tapi dibantah kononnya ia mudah dimanipulasi.

Ada maklumat menyebut, PR sengaja mengarahkan penyokongnya menyapu jari dengan minyak supaya bila dicalitkan dengan dakwat kekal ia akan mudah tanggal. Itu satu bentuk penipuan yang berunsur provokasi yang tak sepatutnya dilakukan.

Hakikatnya apa sahaja lakonan, provokasi atau kelemahan yang sengaja dimanipulasi oleh PR, ia hanyalah alasan semata-mata untuk menutup rasa malu kerana agenda mereka untuk merampas kuasa tidak mendapat sokongan majoriti.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:01 PM

Seorang pemerhati politik menyifatkan dakwaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak telus dengan kewujudan pengundi 'hantu' dan lain-lain lagi, sebagai kenyataan pihak yang tidak boleh menerima kekalahan.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:15 PM

Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata hakikatnya rakyat Malaysia sudah membuat keputusan dan pihak yang berkenaan sewajarnya menerima keputusan itu sebagai sebahagian daripada proses demokrasi.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:16 PM

"SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sudah jalankan tugas sebaiknya dengan telus dan terbuka, malah ada pemerhati luar dan antarabangsa. Sepatutnya tidak perlu timbul keraguan," katanya kepada Bernama, di sini.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:16 PM

Menurutnya jika Barisan Nasional (BN) boleh menerima kemerosotan pencapaian mereka dengan terbuka termasuk kekalahan nama-nama besar, pembangkang juga harus begitu.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:16 PM

"Ini kerana pilihan raya dijalankan dengan bersih dan terbuka," katanya. Pada pilihan raya yang berlangsung semalam, BN membentuk kerajaan dengan kemenangan 133 daripada 222 kerusi parlimen. Pada 2008, BN menang 140 kerusi.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:17 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:17 PM

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata realitinya ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh dalam PRU13, Ahad lepas.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:19 PM

"Kita harus sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP telah menggambarkan kepada masyarakat Cina (kononnya) mereka boleh mengubah kerajaan...malah slogan yang digunakan seolah-olah (kalau) orang Cina sokong pembangkang, mereka boleh ubah kerajaan.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:20 PM

"Hakikat dan realitinya walaupun sebahagian besar (masyarakat Cina) sokong pembangkang, tetapi kerajaan tidak tumbang, kerajaan BN masih kekal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan anggota parlimen baharu BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:20 PM

Najib menarik perhatian walaupun sokongan kaum Cina terhadap DAP di sesetengah kawasan dilihat mencecah antara 85 dan 95 peratus, namun kerajaan BN masih kekal kerana kaum Bumiputera dan India di banyak kawasan lain masih percaya kepada gabungan itu.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:21 PM

"(Ini) seperti janji pada 16 Sept (2008 untuk menawan Putrajaya). Storyline (jalan cerita) ini (untuk tukar kerajaan) tidak betul dan banyak ditokok tambah, direka cerita," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:21 PM

Najib berkata satu lagi penipuan yang dilakukan pembangkang pada PRU13 ialah dakwaan tidak logik BN membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi untuk memastikan kemenangannya.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:21 PM

"Kalau ikut logik, nak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang...bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:22 PM

Namun, beliau berkata sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas," tegasnya.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:22 PM

"Ini satu penipuan besar sehingga orang yang mengundi pada hari berkenaan percaya dan yakin (kononnya) kami mengundi nak selamat Malaysia daripada dikuasai oleh (warga) Bangladesh. Sampai ke peringkat ini penipuan semata-mata nak jadikan orang marah kepada kerajaan dan nak rebut kuasa," kata Najib.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:22 PM

Najib, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri semalam, percaya jika kaum Cina memberi sokongan kepada BN seperti yang dilihat pada 2008, tidak mustahil gabungan itu memperoleh kemenangan dua pertiga pada PRU13 Ahad lepas.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:22 PM

Sambil menegaskan masyarakat Cina sebenarnya telah dipermainkan pembangkang, beliau berkata penjelasan segera perlu diberi untuk menyedarkan mereka mengenai realiti sebenar.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:23 PM

Pada asasnya, undi di kawasan yang didominasi orang Melayu telah meningkat berbanding 2008, katanya. "Pada 2008, Umno menang 79 (kerusi Parlimen), dan kali ini 88 kerusi, bermakna undi Melayu telah bertambah di seluruh negara," katanya sambil menambah kata bahawa untuk mengatakan undi Melayu di kawasan bandar telah menurun tidak begitu tepat.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:23 PM

"Sudah tentu bukan semua orang menyokong BN tetapi pada dasarnya, sokongan orang Melayu telah meningkat di kawasan-kawasan bandar," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:24 PM

Mengenai perubahan yang perlu dilakukan kerajaan untuk menangani apa yang dilihat sebagai trend perubahan sokongan kaum Cina, perdana menteri berkata perkara itu tidak boleh dilakukan secara terburu-buru. Ini kerana kajian mendalam serta perbincangan bersama parti komponen BN perlu dilakukan terlebih dahulu, jelasnya.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:24 PM

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tempoh untuk berbuat demikian ialah 21 hari selepas tarikh pewartaan. Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:24 PM

Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan. "Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," katanya ketika diwawancara dalam rancangan 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, Isnin malam.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:24 PM

Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen. Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:24 PM

Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:25 PM

Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:25 PM

"Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mengadakan pilihan raya yang paling kompetitif dalam sejarah negara," menurut kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika di sini, yang memetik pemangku timbalan jurucakap di Jabatan Negara Amerika, Patrick Ventrell. "Kami puas hati melihat rakyat Malaysia pelbagai peringkat terlibat dalam proses pengundian dalam jumlah yang besar dengan semangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:25 PM

Ventrell berkata Amerika berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan baharu setelah ia dibentuk. PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu. Pada Isnin, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:25 PM

Dalam kenyataan itu, Ventrell turut menggesa semua pihak supaya menghormati kehendak pengundi. Menyentuh kebimbangan negara berlaku kepincangan dalam proses mengundi, beliau berkata menangani isu sedemikian adalah penting untuk menguatkan keyakinan dalam proses pengundian.


Hidup Di Sabah said...
May 7, 2013 at 10:26 PM

Najib yang juga pengerusi BN, turut menerima ucapan tahniah melalui telefon hari ini daripada rakan sejawatannya daripada New Zealand, John Key, menurut seorang pegawai perdana menteri.


Eddy said...
May 8, 2013 at 10:40 AM

Banyak juga sindiket yang tidak baik dikesan.


Filip said...
May 8, 2013 at 10:41 AM

Demokrasi negara sudah kiamat.


Linday said...
May 8, 2013 at 10:48 AM

Serahkan kepada piahk berkuasa untuk membuat siasatan.


Bob said...
May 8, 2013 at 10:50 AM

Tiada kaitan dengan kaum dan bangsa dalam PRU13. Semua mengundi demi masa depan yang cerah.


Sannu said...
May 8, 2013 at 10:52 AM

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman."

Hakikatnya bukan mudah boleh diterima sebenarnya.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 1:32 PM

WAHAI ANDA RAKYAT MALAYSIA YANG MELIHAT DAN MENYAKSIKAN SENDIRI PENIPUAN.. AYO BANGKIT LAPORKAN KEPADA PAKATAN SAHAJA SUPAYA MENDAPAT KEADILAN..... JANGAN TAKUT ... REZEKI BUKAN HNAYA DARI BN TETAPI SEBENARNYA DARI ATAS...


Anonymous said...
May 8, 2013 at 4:18 PM

DSAI tidak dapat menerima kekalahan Datuk Lajim dan menuduh ada penipuan sehingga membawa kekalahan kepada Datuk Lajim. Kalau benar ada penipuan, kenapa Datuk Lajim menang DUN Klias? Kalau Datuk Lajim menang di Parlimen Beafort, adakah PR akan diistiharkan menang PRU13 dan dia menang disebabkan oleh peniuan?
13 kepimpinan komponen BN tewas termasuk mereka yang bergelar menteri dan pemimpin tertinggi PR seperti Harun Din, Mat Sabu, Husam dll juga tewas dklm PRU13 ini. Adakah kekalahan mereka ini juga disebabkan oleh penipuan?
Adakah penipuan juga menyumbang kepada kemenangan besar calon DAP?
DSAI menang di Permatang Pauh dg majoriti undi yang merosot? Adakah kemerosotan majoriti DSAI ini disebabkan penipuan? Adakah kemerosotan majoriti undi Nurul Izzah di lembah pantai itu di sebabkan penipuan juga? BN hanya menang 133 berbanding 140 dlm PRU12. Adakah kemerosotan kerusi yang di menangi oleh BN ini juga disebabkan oleh penipuan? BN memerlukan kemenagan 2/3 tetapi masih juga gagal. Adakah penipuan yang menyumbang kepada kegagalan BN mendapatkan kemenagan 2/3? Fikir-fikirkan lah Datuk Seri.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:15 AM

Keraguan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang berhubung penggunaan dakwat kekal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini sememangnya sudah dapat dijangkakan.Bahkan ia sebahagian daripada berbagai tuduhan tidak berasas yang akan dibangkitkan mereka bagi mempersoalkan kredibiliti proses pilihan raya di negara ini.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:16 AM

Pemerhati politik berpendapat, dengan menimbulkan isu itu, pembangkang cuba menggambarkan akan berlaku penipuan dalam pilihan raya ini dan alasan itu kemudian akan digunakan untuk membantah keputusan PRU-13 sekiranya mereka kalah.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:18 AM

Justeru, tidak hairanlah kenapa isu dakwat kekal itu ditimbulkan apabila ia mula digunakan oleh anggota keselamatan negara. Beberapa pemimpin pembangkang mendakwa kononnya dakwat itu boleh tanggal apabila dibasuh atau dicuci dengan sejenis cecair.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:18 AM

Dalam perkembangan terbaru itu, pegawai tentera, Mejar Azmee Buang, yang menjalankan tanggungjawabnya mengundi di Kem Sungai Besi, ditemui beberapa ahli pembangkang ketika dalam perjalanan balik ke Sentul untuk mengambil isterinya ke pusat mengundi.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:19 AM

Mereka termasuk calon PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang memintanya supaya menunjukkan jari yang dicalit dengan dakwat tersebut. Seorang daripada ahli pembangkang itu kemudian cuba mencucinya dengan Dettol tapi dakwat kekal itu masih terlekat pada jarinya.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:19 AM

Azmee agak terkejut apabila calon PKR Batu, Tian Chua, membuat aduan polis menyatakan dakwat itu sudah hilang daripada jarinya sedangkan ia masih ada.
“Saya nafi bahawa dakwat itu sudah hilang. Saya mendesak mereka menarik balik aduan itu kerana ia mengaibkan saya,” katanya.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:20 AM

Bagi penganalisis politik, Prof Dr Chandra Muzaffar, apa yang berlaku itu adalah usaha terancang untuk menimbulkan keraguan mengenai pengendalian pilihan raya di negara ini.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:21 AM

Dr Chandra berkata, apa yang penting ialah dakwat itu kekal selama beberapa hari.
“Kita tahu mereka sedang berusaha untuk mencemarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tersusun dan teratur untuk menghancurkan kredibilitinya.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:22 AM

Apa yang dilalui pegawai tentera berkenaan beberapa hari lalu sudah tentunya menjejaskan kredibilitinya selaku penjawat awam, walaupun bukan beliau yang menimbulkan keraguan itu. Adalah tidak adil bagi beliau dijadikan mangsa muslihat pembangkang.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:22 AM

Jelas, ia satu kepalsuan yang disebarkan oleh pembangkang menerusi internet untuk mempengaruhi orang ramai. Pastinya, tindakan ini juga menyalahi etika pilihan raya.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 9:28 PM

Sebenarnya hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui apakah PRU13 ini telus atau ada penipuan.Ingatlah janji Allah itu benar...Setiap sesuatu walau sebesar zarah ada pembalasannya...

Sekiranya kemenangan dengan cara yang telus,redhalah rakyat telah membuat pilihan...Semuanya termasuk gaji,kuasa dan penghormatan memang kepunyqan mereka.

Tetapi ingatlah jika sekali2 ianya ada unsur penipuan,mereka dan Allah yang mengetahui.Tenangkah tidur mereka dengan pendapatan haram,
tidak berkah hasil penipuan dan mengambil hak orang yang lebih layak?
Sesungguhnya semua ini apabila tiba masanya mereka perlu menjawab di hadapan Allah dan sesungguhnya azab Allah amatlah keras!.


sabahan next generation said...
May 11, 2013 at 4:32 PM

(Hidup Di sabah ) you're really stupid person. I believe you is not sabahan people. We're truly sabahan. we know what exactly happened in sabah. try to ask randomized people in sabah regarding all this@pru 13 for example. Trust me when you ask 10 people, maybe only 1 person agree. 90% will says SPR @BN. using money politic to win this election. how azizah in beufort win? Investigate bank rakyat in beufort. BN @ PM deposite a million ringgit for azizah for what? ask beufort people how much they get from BN for not attending but their voting will automatically goes to BN ? RM1k/head. don't believe me. Go and ask themselves!!


sabahan next generation said...
May 11, 2013 at 4:43 PM

Dakwat kekal? For this person whom may concern, i ask you, when all army start voting.31st April.
It's about 6 days until may 5. It's gone Mr. how if they go voting again on 5 may 2013. no need to find hard things to cleanup the ink. It's just using lime to cleanup it. Believe me.try must try.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 4:47 PM

bn xkn kacau tempt DSAI dengan taktik sama seperti tmpt lain. nanti peach rahsia.malu la. Btw tak?


Anonymous said...
May 11, 2013 at 4:50 PM

Halo Linda. X gunanya serahkan perkara .ni kepada pihak berkuasa. Dorg pun macai jilat pantat BN.


Anonymous said...
November 8, 2013 at 10:50 AM

The Asean Oil & Gas Expo 2012 (AGEX 2012), starting Tuesday to Nov 1, expects sale to increase to US$100 million compared with US$80 million at last year’s AGEX.


Anonymous said...
November 8, 2013 at 11:33 AM

Soo said among the high-profile industry players at the expo were Petroliam Nasional Bhd, Labuan Shipyard and Engineering Sdn Bhd, Asian Supply Base Sdn Bhd and Halliburton.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx