Thursday, May 9, 2013

Bagaimana Kertas undi boleh terbang ke peti undi kawasan lain

Pemuda PAS Johor hari ini membuat laporan polis ke atas penemuan beberapa kertas undi dari kawasan DUN Nusa Jaya dalam satu peti undi dari kawasan berlainan.

Yang Dipertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, seorang ejen pengiraan undi PAS untuk kawasan DUN Mahkota telah menemui perkara itu ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.

Khairul Faizi, yang membuat laporan di balai polis Kluang berkata para ejen mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS untuk Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

“Kami merujuk peguam dan memutuskan untuk membuat laporan polis kerana mengesyaki peti undi untuk pengundian awal bagi Mahkot, yang dimaterai dan ditempatkan di balai polis, mungkin telah diusik,” katanya.

Beliau menambah, ejen pengiraan berkenaan bagaimanapun tidak melihat sama ada kertas undi tersebut memihak kepada Salahuddin, yang tewas di kerusi Nusa Jaya kepada calon BN Zaini Abu Bakar dengan 2,201 undi. -MK

72 comments:
Write comments
  1. Buat petisyen pilihnraya jer...cabar dmahkamah dn setahu aku banyak negeri2 yg PR bole buat petisyen

    ReplyDelete
  2. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa selain tanda pangkah X pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga diterima sebagai undi.

    ReplyDelete
  3. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan.

    ReplyDelete
  4. Tulis (perkataan) tak boleh, tapi kalau dot, tick atau apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya intention (niat) adalah untuk memilih calon itu.

    ReplyDelete
  5. Dalam garis panduan kita, apa tanda pun diterima tak semestinya pangkah tetapi jangan buat di semua kotak, katanya mengulas 332,297 kertas undi ditolak atau undi rosak pada pilihan raya umum Ahad lalu, berbanding 324,120 pada 2008.

    ReplyDelete
  6. Daripada keseluruhan undi rosak, 171,556 kertas undi adalah bagi kerusi Parlimen, manakala 151,741 lagi undi untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN).

    ReplyDelete
  7. hal ini kena disiasat. jika tidak puas hati ,buat petisyen bukan demo.

    ReplyDelete
  8. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    Menurut Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah selepas sahaja petisyen dibuat dan dikemukankan kepada Peguam Negara Mahkamah Tinggi kemudian perlu menyelesaikan perbicaraan dalam tempoh enam bulan dari tarikh petisyen difailkan manakala rayuan di Mahkamah Persekutan juga harus diselesai dalam tempoh yang sama

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  9. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    Turut menyatakan bahawa pihak Mahkamah Negara hanya akan bertindak menangani petisyen Pilihan raya sekiranya petisyen pilihan raya difailkan dan dikemukakan

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  10. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    Mengenai isu lain, turut diulas adalah berkenaan dengan beberapa laporan yang berkaitan dengan kejadian pengundi dibeberapa tempat kerana dihalang oleh pihak yang menuduh hal yang berkaitan dengan pengundi hantu

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  11. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    Selain dari itu, Jabatan Peguam Negara menurut Tun Abdul Majid turut menerima aduan berkaitan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya. Pegawai SPR didakwa melakukan kesalahan ketika bertugas pada hari pengundian 5 Mei 2013 semasa PRU-13

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  12. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    Polis masih dalam proses penyiasatan dan belum ada penangkapan dilakukan. Isu berkaitan dengan dakwat kekal yang mudah tertangganl dan bukan sebaiknya seperti yang dinyatakan oleh SPR adalah kebanyakan laporan yang diterima oleh pihak polis.

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  13. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    Laporan polis yang berkaitan dengan kes pemerhati juga turut diterima. Pemerhati itu adalah dari sebuah parti politik yang diarah keluar oleh pegawai di tempat mengundi selama 30 minit selepas tamat tempoh mengundi dan sebelum pengiraan kertas undi.

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  14. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    PETISYEN PILIHAN RAYA

    Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab- sebab Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  15. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    PETISYEN PILIHAN RAYA

    Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab- sebab Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang- undang yang dilakukan oleh calon dan ejen- ejen

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  16. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    PETISYEN PILIHAN RAYA

    Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab- sebab calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  17. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    Peraturannya selepas 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta, sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU mestilah mengemukankan petisyen ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh tersebut.

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  18. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    Jika Hakim Pilihan Raya, selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihan raya baru di bahagian pilihan raya tersebut

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  19. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    PETISYEN PILIHAN RAYA
    Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyatatau Dewan Undangan Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihanraya itu diadakan.

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  20. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    PETISYEN PILIHAN RAYA
    kes dikemukakan oleh calon atau pengundi yang mempunyai hak dalam pilihan raya itu bagi mencabar calonyang menang dan memohon Hakim Pilihan Raya membenarkan relief -relief yang dituntut seperti mana yang dinyatakan di bawah seksyen 35 Akta Kesalahan.

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  21. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    PETISYEN PILIHAN RAYA

    Pilihan Raya1954. Menurut seksyen 35A Akta yang sama setiap petisyen pilihan raya hendaklahdiselesaikan tidak lewat daripada enam (6) bulan daripada tarikh petisyen pilihan rayaitu dikemukakan. Semua petisyen pilihan raya yang telah dikemukakan di MahkamahTinggi telah pun diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  22. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    PETISYEN PILIHAN RAYA

    (a) petisyen itu bendaklah menyatakan hak pempetisyen untuk mempetisyen mengikut seksyen 34 Akta; dan

    (b) petisyen itu hendaklah menyatakan tarikh pilihan raya itu diadakan dan juga keputusannya, dan hendaklah menyatakan dengan ringkas fakta dan alasan yang berasaskannya permintaan itu disokong.

    (2) Petisyen itu hendaklah dibahagikan kepada perenggan, tiap-tiap satunya, dengan seberapa hampir yang boleh, hendaklah dikhaskan kepada suatu bahagian yang tertentu bagi perkara itu, dan tiap-tiap perenggan hendaklah dinomborkan secara berturutan, dan tiada kos boleh dibenarkan bagi rnembuat atau menyalin mana-mana petisyen yang tidak mematuhi kaedah ini pada keseluruhannya, melainkan jika selainnya diperintahkan oleh Mahkamah atau seseorang Hakim.

    (3) Petisyen itu hendaklah diakhiri dengan suatu permintaan seperti, misalnya, bahawa seseorang tertentu hendaklah diisytiharkan dilapor pilih atau dipilih dengan sewajarnya, atau bahawa pilihan raya ini hendaklah diisytiharkan terbatal, dan petisyen itu hendaklah ditandatangani oleh semua pempetisyen.

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  23. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI

    Keterangan tidak perlu dinyatakan dalam petisyen tetapi butir-butir boleh diperintahkan supaya diberikan 5. Keterangan tidak perlu dinyatakan dalam petisyen itu, tetapi Hakim boleh, atas permohonan secara bertulis daripada seorang responden, memerintahkan supaya diberikan apa-apa butir yang perlu bagi mengelakkan keadaan yang mengejutkan dan belanja yang tidak perlu, dan bagi memastikan perbicaraan yang adil dan berkesan atas apa-apa terma tentang kos dan selainnya sebagaimana yang diperintahkan.

    Jika lebih daripada satu petisyen dikemukakan yang berhubungan dengan pemilihan atau lapor pilihan yang sama, semua petisyen itu hendaklah diuruskan sebagai satu petisyen setakat mana penyiasatan mengenainya adalah berkenaan.


    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  24. KEMUKAKAN PETISYEN, TOLAK DEMONSTRASI


    Senarai undi yang dibantah jika kerusi dituntut oleh calon yang tidak berjaya

    Apabila seseorang pempetisyen menuntut kerusi itu untuk seseorang calon yang tidak berjaya, mengatakan bahawa calon itu telah mendapat undi yang terbanyak dan yang sah di sisi undang-undang, pihak yang mengadu mengenai pemilihan atau lapor pilihan itu atau yang membela pemilihan atau lapor pilihan itu hendaklah, enam hari sebelum hari yang ditetapkan bagi perbicaraan, menyerahkan kepada Pendaftar, dan dialamat, jika ada.

    SOKONG DEMOKRASI YANG SIHAT

    ReplyDelete
  25. Tindakan Anwar Ibrahim mengadakan rapat umum membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 telah menimbulkan pelbagai ketidaksenangan di kalangan rakyat biasa. Ramai yang sudah bosah dengan karenah Anwar Ibrahim dan sebahagian penyokong Pakatan Rakyat yang masih menuduh Pilihan Raya ini satu penipuan.

    ReplyDelete
  26. Setakat ini telah dikesan dua kumpulan yang telah muncul menyatakan kebosanan mereka terhadap tingkah laku Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Kumpulan pertama telah membuka satu laman Facebook yang bertajuk “Citizen Investigator / Gerakan Siasatan Rakyat”

    ReplyDelete
  27. Sementara itu, satu kumpulan lagi menghantar emel menyatakan mereka sedang merancang menjalankan penerangan mengenai isu pengundi hantu dan tuduhan pilihan raya Malaysia penuh penipuan di sekitar kuala lumpur.

    ReplyDelete
  28. Menurut kumpulan ini, walaupun sudah banyak bukti diberikan dan pembohongan mereka mengenai pengundi hantu “ditelanjangkan” namun mereka masih tidak peduli dan sentiasa mencipta isu baru. Anwar hanya mahu mewujudkan sentimen benci kerajaan dan enggan menerima kekalahan.

    ReplyDelete
  29. “Anwar perlu menerima kekalahan ini. Laporan The Starsemalam melaporkan pimpinan DAP dan Pas menerima keputusan Pilihan Raya. Malah DAP sendiri terkejut Lim Kit Siang menang di Gelang Patah. Jika DAP dan Pas boleh menerima keputusan pilihan raya mengapa tidak Anwar? Kerana beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP tak terkejut pun. Dah tau kekuatan Saya. Memang ada pengundi hantu ini. Tetapi di sesetengah kawasan para pengundi telah menghalang hantu hantu ini dari mengundi. Dan juga di sesetengah kawasan jumlah pengundi tidak mampu menghalang kebangkitan rakyat yang mengundi PR. Kalau tiada sudah tentu PR menang lebih besar.

      Delete
  30. Presiden CPPS Ramon Navaratnam pula berkata keputusan PRU13 adalah sah dan telus memandangkan tiada sebarang bukti penipuan yang ditemui. Beliau menambah bahawa keputusan PRU13 menggambarkan kemahuan rakyat.

    ReplyDelete
  31. Ramaon juga menegaskan isu-isu yang ditimbulkan terlalu kecil untuk mengubah keputusan PRU13 dan kebanyakannya telah diselesaikan oleh pegawai-pegawai SPR.

    ReplyDelete
  32. Justeru Anwar Ibrahim harus menyelesaikan ketidakpuasan hatinya melalui petisyen pilihan raya dan bukannya jalan raya. Anwar tidak wajar menghimpun penyokongnya di jalan raya bagi memberi tekanan kepada kerajaan dan Mahkamah mengikut telunjuknya.

    ReplyDelete
  33. kau nak cakap & bagi alasan2, lantak kau lah! tapi.....,

    Cina memang rasis!!!

    Cina yg ASSU / ABU memang CHAUVINIS!!!!!! aku rasa kita ni x lama lagi ni??!!!!! celaka betul Cina! pendatang yg memang x sedar diri

    ReplyDelete
  34. inilah melayu bodoh n rasis! melayu ini bukan melayu islam tetapi banglayu melayu tak beragama. sdr pendatang asing nak kata cina pula, cina memang rakyat sah malaysia bukannya pendatang kecuali kamu n banglayu2 lain . kalau rakyat malaysia tak bersatu hapuskan semua banglayu ini malaysia akan huruhara satu hari nanti. amin.

    ReplyDelete
  35. Apa Cina mahu?

    Senang saja jawap soalan ni.

    Cina mahu Anwar, tak mau Najib.
    Cina mahu PAS, tak mau UMNO.
    Cina mahu DAP, tak mau MCA.
    CIna mahu PR, tak mau BN.
    Cina mahu Besih, tak mau Kotor.
    Cina mahu undi bersama Melayu, India dan lain bangsa warganegara Malaysia, tak mau undi bersama Bangladesh dan rakyak negara luar.
    Cina mahu hidup bersama Melayu, India dan lain-lain warganegara Malaysia untuk maju bersama-sama.

    Cina hanya 20% dalam Malaysia.
    PR dapat 50.3%, BN dapat 46.8%.
    Kata la semua 20% Cina undi PR, jadi mana yang lagi 30.3% itu?

    Lagi pun bukan full 20% Cina undi DAP. Ada banyak Cina undi PKR dan PAS juga. (saya undi PKR)

    Itu pun belum kira yang sikit undi kepada BN. Ini BUKAN Tsunami Cina, ini Tsunami BN.

    ReplyDelete
  36. PERKR BENR YG KT TH TKH DLAKUKN DN TDK BOLH DINFIKN TUJUAN MH MENGKN UMNO/BN JELS TIADA HRPAN MENG TRPKSA DSAAT2 MENJELG PRU13 DSLURUH MLAYSIA PIMPINN UMNO/BN DN SPRM MEMBIARKN KERJA2 KOTOR INI MERKAHAMBRKN WG RKYAT DG BRMCM CR TIPU HELAH,MREKA DLM KELMKBUT MMBERI HBUAN WG DATG RUMAH KRUMAH, DG JNJI2 MNIS DIULG2, MEMKSA DN MENKUTKN RKYATDN UGUTN UNTK UNDI BN, DALM BUKU ELKTROL MSIH ADA TRPAMPG NAMA ORG YG TLH MNINGGL DUNIA BOLH BGUN MGUNDI, ADA ORG YG DATG LBH DARI SKLI MGUNDI, ADA ORG YG TIADA NAMA BAPANYA DATG MGUNDI,KAKITGN SPR YG TRLIBT DPAKSA UNDI BN, SPR JELAS MELAKUKN PENIPUAN YG BESAR KTK MEMBUANG UNDI POS DIDAPTI BILGN KERTS UNDI POS MELBHI ORG YG MGUNDI. BGAIMANA PETI UNDI DJMPAIDBUANG?..APA MOTIF SBHGIAN TMPAT MGUNDI KTK MS PGIRAAN UNDI LMPU DMATIKN?...APA TUJUAN BORG 13 TDK BOLH DBERIKN KPD WAKIL CALON?...TTPI HNYA KETUA PGAWAS SPR...JELS PIMPINN UMNO/BN SEKONGKL DG SPR DN BRLAKU PENIPUAN YG BESAR UNTK MENANGKN UMNO/BN ADALAH HARAM DN TDK SAH!!!!!.

    ReplyDelete
  37. Kalau sudah kalah, macam-macam perkara yang cuba ditimbulkan oleh penyokong parti pembangkang ini dengan menuduh bahawa SPR adalah menipu, tidak betul dan macam-macam lagi tuduhan yang negatif.

    ReplyDelete
  38. Dalam pusat mengundi, wakil-wakil/ejen dari setiap parti yang bertanding dibenarkan untuk masuk bagi menyaksikan proses mengundi. Jika prosesnya tidak betul maka ejen akan membuat bantahan.

    ReplyDelete
  39. Bukan setakat itu sahaja, di setiap pusat mengundi, ia akan diketuai oleh KETUA TEMPAT MENGUNDI (KTM). Dan sebagai KTM, tidak semua daripada mereka adalah pro-kerajaan TETAPI terdapat juga pro-pembangkang.

    ReplyDelete
  40. Maka, sebagai KTM pro-pembangkang, mereka juga tahu setiap perjalanan dan proses mengundi.

    ReplyDelete
  41. Bukan senang nak jadi petugas SPR. Jangan hanya pandai salahkan SPR dan KTM sahaja tanpa mengetahui tugas mereka.

    ReplyDelete
  42. Calon Boleh Fail Petisyen Jika Tidak Puas Hati Keputusan PRU-13 - SPR

    Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tempoh untuk berbuat demikian ialah 21 hari selepas tarikh pewartaan.

    Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

    Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

    "Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," katanya ketika diwawancara dalam rancangan 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, malam Isnin.

    Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.

    Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

    Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

    "Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang. Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," katanya.

    ReplyDelete
  43. Jangan Demonstrasi Jalanan Jika Tidak Puas Hati Keputusan PRU-13 - SPR

    Calon atau mana-mana rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), tidak sepatutnya berdemonstrasi di jalan raya kerana mereka boleh mengemukakan petisyen di Mahkamah Tinggi.

    "Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang. Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

    ReplyDelete
  44. Jangan Demonstrasi Jalanan Jika Tidak Puas Hati Keputusan PRU-13 - SPR

    Beliau berkata demikian semasa diwawancara dalam rancangan forum bual bicara isu semasa 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV yang disiarkan menerusi televisyen satelit Astro, malam Selasa.

    Wan Ahmad menjelaskan bahawa calon boleh mengemukakan bantahan terhadap proses pengundian di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas pewartaan keputusan oleh SPR.

    Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

    Beliau berkata petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

    ReplyDelete
  45. Jangan Demonstrasi Jalanan Jika Tidak Puas Hati Keputusan PRU-13 - SPR

    "Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," kata Wan Ahmad.

    Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan 40 petisyen pada PRU 1999.

    Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

    Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

    ReplyDelete
  46. Pilihan Raya Umum ke-13 telah berlangsung dengan aman. Majoriti rakyat Malaysia telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan yang menerajui pentadbiran negara. Tiada keganasan dan insiden besar yang menganggu proses pembuangan dan pengiraan undi.

    ReplyDelete
  47. Keputusan telah diumumkan, seperti yang dijangka tiada mana-mana parti yang menang besar. Tidak semua kawasan dimenangi oleh Barisan Nasional, dan Pakatan Rakyat tidak kalah di semua kawasan. Namun keputusan akhir masih memihak kepada Barisan Nasional dan hasrat Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan persekutuan tidak kesampaian.

    ReplyDelete
  48. Keputusan ini menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas nama Pakatan Rakyat menolak keputusan pilihan raya dan menganggapnya diselubungi penipuan.Hakikatnya, peratusan mereka yang keluar mengundi di kebanyakan kawasan adalah tinggi sesetengahnya mencapai sehingga 90 peratus. Ini menunjukkan bahawa Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, dan demokrasi telah berjalan dengan subur.

    ReplyDelete
  49. Meskipun mungkin berlaku kecacatan dalam proses pilihan raya di sana sini, namun ia tidak sampai menafikan kewibawaan dan integriti proses pilihan raya di Malaysia secara keseluruhan.

    ReplyDelete
  50. Berdasarkan hakikat tersebut, bagi pihak rakyat yang inginkan kedamaian dan keamanan, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus mengambil sikap berhemah tinggi sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh politik yang dikagumi di peringkat nasional dan antarabangsa.

    ReplyDelete
  51. Tindakan beliau yang tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya dan membawa isu ini kepada protes awam telah menimbulkan pelbagai tanda tanya. Adakah beliau tidak mengiktiraf sepenuhnya proses pilihan raya ini dan menganggap keputusan pilihan raya ini tidak sah sepenuhnya?

    ReplyDelete
  52. Jika sekiranya beliau tidak menerima keputusan ini, beliau sewajarnya mengumumkan keputusan rasmi Pakatan Rakyat untuk tidak mengiktiraf keseluruhan keputusan pilihan raya dan menolak untuk mengangkat sumpah di negeri yang dimenangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angkat sumpah untuk mengurus sebagai care taker sehingga keputusan mahkamah

      Delete
  53. Sebaliknya, jika beliau hanya mengiktiraf keputusan yang memihak kepadanya dan tidak mengiktiraf keputusan yang tidak memihak kepadanya, maka itu merupakan satu yang amat pelik dan tidak munasabah.

    ReplyDelete
  54. Pada 7 Mei lalu, Datuk Seri Anwar sendiri telah mengumumkan penubuhan kumpulan penyiasat untuk mengumpul bukti penipuan PRU13 yang diketuai oleh Rafizi Ramli.Beliau sepatutnya menunggu hasil siasatan pasukan tersebut dan mengambil tindakan berdasarkan bukti-bukti terkumpul mengikut saluran undang-undang, bukan dengan cara bermain sentimen dan membuat tindakan awal sebelum hasil kajian diperolehi.

    ReplyDelete
  55. Amat membimbangkan jika keadaan ini berterusan negara akan dilanda suasana yang tidak stabil yang berpanjangan, mengganggu pembangunan negara yang menjadi inspirasi semua rakyat Malaysia dan beliau akan dilihat sudah keterlaluan, terlalu mementingkan diri dan sangat kemaruk kepada kuasa.

    ReplyDelete
  56. Setakat ni aku tak nampak lgi dimana sikap rasis kaum Cina tu. Hanya UMNO yg anggap sebab MCA dan GERAKAN dah mampus. Cina tak sokong MCA GERAKAN dan sokong DAP PKR PAS. Apa yg rasisnya? Tapi aku sedih tengok melayu balun melayu spt kes kat Ipoh baru2 ni. melayu yg pakai baju I LOVE Najib pergi pukol melayu yg bawa bendera PAS ( flashmob PR ). Pecah muka bbudak melayu angkara bbudak melayu. Ada Cina MCA pgi pukol Cina DAP ? Takde dan takkan ada even dlm Dewan Rakyat pon apa bila YB DAP bngkit brbahas, tiada YB MCA atau GERAKAN yg bangkit mngganggu.

    ReplyDelete
  57. Serahkan kepada SPR untuk menjawab.

    ReplyDelete
  58. Mana perginya demokrasi yang kerajaan berjanji?

    ReplyDelete
  59. SPR tidak dapat memastikan PRu yang bersih.

    ReplyDelete
  60. Tindakan Anwar untuk menegakkan keadilan PRu adalah amat membanggakan.

    ReplyDelete
  61. PATI juga turun padang dan mengundi, keadaan ini sudah tidak boleh dinafikan lagi.

    ReplyDelete
  62. Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.
    Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.
    Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidak-patuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

    ReplyDelete
  63. Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
    Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tempoh untuk berbuat demikian ialah 21 hari selepas tarikh pewartaan.
    Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU 13 itu dalam masa dua minggu.

    ReplyDelete
  64. Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan bahawa UMNO tidak tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sebaliknya parti tersebut berjaya menambahkan bilangan kerusinya daripada 79 kepada 88.

    Tegas beliau, perhimpunan sempena ulang tahun ke 67 UMNO di Dewan Merdeka menunjukkan bahawa parti tersebut gagah perkasa.

    ReplyDelete
  65. Ujarnya, meskipun diasak dan diserang dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah dan mehna tetapi akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, ingin kepada kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi negara yang dibawa oleh BN diteruskan. “Saya sebagai Pengerusi BN lebih awal lagi menyatakan bahawa BN akan menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU namun yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi, yang mengatakan bahawa rakyat itulah yang akan menentukan segala-galanya setelah PRU berakhir tetapi enggan menerima keputusan demokrasi Parlimen yang telah ditentukan oleh rakyat Malaysia.”

    ReplyDelete
  66. “Mereka mengembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan dalam cerita-cerita yang tersebar dari mulut ke mulut seolah-olah satu cerita dongeng sebagai kebenaran yang mutlak. Yang menghairankan kita, orang yang dikatan cerdik pandai pun termakan dengan cerita tersebut. Inilah angkara yang telah dibuat oleh pembangkang.” Bidasnya, dakwat kekal dipertikaikan walhal dakwat kekal itulah yang dituntut mereka sebagai satu kaedah dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  67. Adakah ini ‘double standard’ kalau sistem pilihan raya ini begitu tercemar, sudah dinodai dengan penipuan walhal kenapa angkat sumpah (Ketua Menteri) di Pulau Pinang, kenapa angkat sumpah di Kelantan, kenapa sudah terima di Permatang Pauh, kenapa sudah terima di Gelang Patah. Dengan sistem yang sama digunakan tapi jika menguntungkan mereka akan diterima sebaliknya jika tidak menguntungkan akan ditolak. Inilah hipokrasi yang paling besar.” Dalam masa yang sama, beliau juga mengajak rakyat bermuhasabah dengan memperbetulkan segala kelemahan dan kekurangan di samping berterima kasih kepada semua pengundi selain mencari punca kenapa mereka tidak mengundi BN. “Jangan kita sombong, jangan kita angkuh kerana kita adalah parti yang disokong rakyat yang suka dan percaya dengan apa yang telah kita perjuangkan.”

    ReplyDelete
  68. Keprihatinan serta akujanji yang dibuat oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk terus membantu rakyat sama ada di bandar mahu pun kawasan pendalaman menjadi faktor mengapa BN terus menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya umum ke 13 yang lalu.

    Datuk Azizah Dun menyifatkan kejayaan BN mempertahankan kerusi parlimen kawasan berkenaan adalah bukti bahawa pengundi di situ lebih mengutamakan parti daripada individu demi memastikan kesinambungan pembangunan dapat terus dilaksanakan di kawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  69. “Walaupun terpaksa berhadapan dengan calon pembangkang yang mempunyai nama besar di Beaufort, namun pengundi tetap memilih BN untuk mewakili mereka kerana yakin hanya BN sahaja yang mampu membawa perubahan untuk mereka.

    “Calon pembangkang, Datuk Lajim Ukim bukan calang-calang pemimpin di Beaufort, beliau sebelum ini adalah wakil rakyat BN dan sudah tentu pengundi di sini mengenalinya termasuk jasa yang dibuat ketika menjadi wakil rakyat dahulu.

    ReplyDelete
  70. Namun pada pilihan raya kali ini, rakyat Beaufort terpaksa menolaknya selepas beliau meninggalkan BN untuk bersama pembangkang, walaupun dikenali ramai, rakyat masih terus memilih BN kerana ingin memastikan nasib mereka terus terbela berbanding dengan pembangkang yang hanya pandai membuat janji,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaannya menewaskan Lajim pada pilihan raya lalu, walaupun dikenali ramai oleh penduduk Beaufort, tetapi ia masih belum cukup untuk mendapat sokongan daripada pengundi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.