Monday, May 20, 2013

Beri kerakyatan di Sabah Tertinggi

Daripada 1963 hingga 2012, jumlah kerakyatan yang diberikan kepada warganegara asing di Sabah sebelas kali ganda lebih tinggi daripada negeri jirannya Sarawak, suruhanjaya diraja siasatan berkaitan diberitahu.

Saksi ke-63 Abu Bakar Mat yang juga pengarah Jabatan Pendaftaran Sarawak berkata, dalam tempoh itu, seramai 5373 orang diberikan kerakyatan di Sarawak.

"Di Sabah, jumlahnya 66,000 dalam tempoh yang sama," kata pegawai pengendali Manoj Kurup semasa prosiding di Mahkamah Tingggi Kota Kinabalu hari ini.

Ditanya kenapa jumlahnya kau berbeza, Abu Bakar berkata, secara peribadinya, beliau merasakan Sarawak berbeza dengan Sabah daripada aspek lokasi dan secara politik. -MK

117 comments:
Write comments
  1. Jika pada tahun 2009, jumlah masyarakat Melayu Pulau Pinang melebihi kaum Cina tetapi statistik 2010 menunjukkan jumlah tersebut berkurangan daripada 654,300 orang kepada 636,136.

    ReplyDelete
  2. Sebaliknya, kaum Cina kini sah merupakan kaum majoriti di negeri ini selepas merekodkan kependudukan sebanyak 42.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri tersebut, ataupun 2.2 peratus melebihi kaum Melayu.

    ReplyDelete
  3. Menurut laporan terkini Bahagian Statistik dari Jabatan Perangkaan, bilangan orang Cina di Pulau Pinang ialah 670,400 orang berbanding dengan 636,136 orang Melayu pada tahun lalu.

    ReplyDelete
  4. Dari segi peratusan, kaum Cina merangkumi 42.9 peratus daripada 1.5 juta penduduk di Pulau Pinang, diikuti oleh kaum Melayu dengan 40.7 peratus dan kaum India (9.8 peratus).

    ReplyDelete
  5. Lain-lain bangsa yang terdiri daripada bukan warganegara dan Bumiputera pula merekodkan 6.6 peratus daripada jumlah penduduk.

    ReplyDelete
  6. Laporan bertajuk Taburan Penduduk dan Sifat-Sifat Asas Demografi 2010 itu adalah berdasarkan banci yang dijalankan di seluruh negara pada tahun lalu. Pada 2009, penduduk Melayu adalah sebanyak 654,300 orang, melebihi orang Cina seramai 651,600 atau perbezaan sebanyak 0.1 peratus.

    ReplyDelete
  7. Ia turut menyatakan masyarakat India meningkat daripada 153,100 orang kepada 155,600 orang pada 2009. Penduduk Pulau Pinang berkurangan sebanyak satu peratus berbanding dengan tahun lalu.

    ReplyDelete
  8. Kumpulan pada peringkat umur 25 hingga 29 tahun mempunyai bilangan penduduk paling ramai iaitu 151,735 orang. Bilangan lelaki melebihi wanita di negeri tersebut dengan lelaki mencatatkan sebanyak 782,061 orang manakala wanita (779,322 orang).

    ReplyDelete
  9. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa pentadbirannya. Namun katanya, pemberian kerakyatan itu dilakukan mengikut undang-undang yang sah.

    ReplyDelete
  10. Menurutnya, apabila menjadi perdana menteri, beliau berkuasa dalam menentukan pelaksanaan dasar- dasar kerajaan.“Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  11. Mereka( rakyat asing) berhak menjadi rakyat dan yang menjadi masalah ialah ada orang tidak senang jika ada orang lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka (rakyat asing) memang tinggal di Malaysia. Itu yang menimbulkan masalah,” katanya lagiTun Dr Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  12. Beliau berkata, rakyat asing berhak mendapat kerakyatan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan. Iaitu mengikut undang-undang kewarganegaraan dalam perlembagaan.

    ReplyDelete
  13. Ujar beliau lagi , “Saya bagi di zaman saya (menjadi perdana menteri) kerana mereka berulang alik dari selatan Filipina ke Sabah tidak menerima sempadan Sabah yang digariskan penjajah.

    ReplyDelete
  14. Di Sumatera dan Semenanjung, kita (Semenanjung) menerima rakyat asing ini sebagai rakyat di sini, katanya lagi.

    ReplyDelete
  15. Dr Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melakukan perkara lebih teruk dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing. "Dia (Tunku Abdul Rahman) beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah? Ujarnya lagi.

    ReplyDelete
  16. Pemberian kad pengenalan kepada warga asing boleh dilaksanakan asalkan ianya melalui proses perundangan yang sah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad.Perdana menteri itu turut berkata kredit juga seharusnya diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya kerana bersedia untuk melaksanakan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.Selagi kita beri IC mengikut undang-undang tiada masalah katanya.

    ReplyDelete
  17. Masyarakat Cina dan India juga dapat kerakyatan semasa zaman British dahulu, selagi ia berdasarkan undang-undang, ia tak salah, itu bukan isu besar," kata Najib.

    ReplyDelete
  18. Jelas Pengerusi BN itu juga, pelaksanaan RCI di Sabah itu adalah manifestasi ikhlas kerajaan BN untuk menyelesaikan isu yang telah membelenggu penduduk Sabah sejak sekian lama.

    ReplyDelete
  19. Penubuhan RCI adalah manifestasi keihklasan kami untuk selesaikan perkara itu dan patut beri kredit kepada BN, ia perlu dilihat secara positif," kata Presiden Umno itu lagi.

    ReplyDelete
  20. Jelas Najib, rakyat tidak seharusnya menilai perkara itu terlalu awal memandangkan masih ramai saksi yang belum tampil, dan RCI itu juga masih lagi membuat sebarang keputusan dan hukuman atau apa-apa keputusan adalah di tangan suruhanjaya.

    ReplyDelete
  21. Biarkan suruhanjaya jalankan kerja mereka , selagi ia tidak ditafsir secara salah, ia adalah cubaan ikhlas kami untuk selesaikan isu rakyat Sabah,kata Najib Tun Razak dan menambah RCI itu juga dilaksanakan atas permintaan daripada BN Sabah.

    ReplyDelete
  22. Tun Mahathir turut menyatakan walaupun warga asing ini diberikan kerakyatan sebagai warganegara ia tidak menjadi kesalahan kerana mereka juga perlu mematuhi semua undang-undang negara serta menambah pentadbirannya tidak pernah memaksa mereka untuk mengundi kerajaan Barisan Nasional semasa pilihan raya.

    ReplyDelete
  23. Mereka (warga asing yang diberi kerakyatan) boleh mengundi sesiapa sahaja, itu adalah hak mereka dan kerajaan tidak pernah paksa mereka untuk mengundi," terang beliau lagi.

    ReplyDelete
  24. Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.

    ReplyDelete
  25. Rakyat peribumi sabah akan banteras sendiri ic palsu nih.... kerajaan tak boleh diharap dah....

    ReplyDelete
  26. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian status kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah tidak menjadi kesalahan kerana ia dibuat mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  27. Katanya, pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai perkara itu perlu dilihat secara positif kerana ia juga menunjukkan keihlasan Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan masalah di Sabah.

    ReplyDelete
  28. “Keputusan RCI adalah tanda keikhlasan kita dalam menyelesaikan masalah ini. Selagi ia dibuat mengikut undang-undang ia bukan menjadi isu yang besar.

    ReplyDelete
  29. Najib berkata keputusan yang dibuat telah melalui banyak proses dan melibatkan ramai saksi. Justeru beliau berkata perkara ini tidak perlu diperbesarkan.

    ReplyDelete
  30. pemberian status kerakyatan turut berlaku di negara lain. Biar pihak suruhanjaya yang buat kerja itu dan menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  31. Tambahnya, penubuhan RCI adalah permintaan daripada parti komponen BN Sabah sendiri yang mahukan perkara ini diselesaikan dan beliau menghormati permintaan itu.

    ReplyDelete
  32. Pujian harus diberikan kepada BN. Ini menunjukkan kita prihatin dan ikhlas menyelesaikan masalah rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  33. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang mengakui mengetahui mengenai proses pemberian status kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah.

    ReplyDelete
  34. Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun berkata status warganegara dibuat selepas mengambil kira syarat-syarat kelayakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

    ReplyDelete
  35. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa pentadbirannya.

    ReplyDelete
  36. Namun katanya, pemberian kerakyatan itu dilakukan mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  37. Menurutnya, apabila menjadi perdana menteri, beliau berkuasa dalam menentukan pelaksanaan dasar- dasar kerajaan.

    ReplyDelete
  38. “Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  39. Mereka( rakyat asing) berhak menjadi rakyat dan yang menjadi masalah ialah ada orang tidak senang jika ada orang lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka (rakyat asing) memang tinggal di Malaysia. Itu yang menimbulkan masalah,.

    ReplyDelete
  40. rakyat asing berhak mendapat kerakyatan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.

    ReplyDelete
  41. Saya bagi di zaman saya (menjadi perdana menteri) kerana mereka berulang alik dari selatan Filipina ke Sabah tidak menerima sempadan Sabah yang digariskan penjajah.

    ReplyDelete
  42. Di Sumatera dan Semenanjung, kita menerima rakyat asing ini sebagai rakyat di sini ,Dr Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melakukan perkara lebih teruk dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

    ReplyDelete
  43. Dia (Tunku Abdul Rahman) beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah? “Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  44. When it comes down to brass tacks, mere fraudulent practices in the GE, abominable as they are to those who claim the moral high ground, are not the main consideration in law.

    ReplyDelete
  45. One mitigating circumstance against the party being declared unlawful was that it had helmed the country since independence for Malaya in 1957 and steered the birth of Malaysia in 1963.

    ReplyDelete
  46. That approach could not be misconstrued as judicial activism using the fig leaf that our system of justice is adversarial.

    ReplyDelete
  47. There should be a system in place for the Court, in case of election petitions alleging fraud, to scrutinize the ballot papers and determine who collected whose vote.

    ReplyDelete
  48. Kerakyatan amat penting untuk kita semua.

    ReplyDelete
  49. In Malaysia, race, religion or corruption comes into play when development takes a backseat

    ReplyDelete
  50. n situations like this, non-performing politicians have a field day in exploiting race and religion blocks to their advantage and they often succeed.

    ReplyDelete
  51. Pakatan Rakyat combine shepherded by Anwar Ibrahim and Bumburing’s Angkatan Perubahan Sabah (APS) and Lajim Ukin’s Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), which still believes that it can acquire power in Kota Kinabalu by manipulating the state’s race and religious arithmetic in its favour.

    ReplyDelete
  52. It would be in the larger interest of the state of Sabah and its people if this election puts to rest the notion that power can still be captured based on old social divisions and grievances.

    ReplyDelete
  53. It is important for Sabah’s political economy to move on to a politics of aspiration, where people vote for a party or coalition that delivers governance.

    ReplyDelete
  54. Tetapi apa tindakan kepada PTI ini adakah mereka akan dihalau keluar atau di jadikan anak emas Sabahan tetapi james jonh kutuk cina pada hal cina dah lama sebelum merdeka lagi dan menyumbang kekayaan negara tapi penganas yang dibagi ic macamana.

    ReplyDelete
  55. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu faktor geografi dan politik menyebabkan jumlah populasi pendatang asing di negeri itu meningkat dengan drastik sejak tahun 1963 sehingga 2012.

    ReplyDelete
  56. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sarawak Datuk Abu Bakar Mat berkata faktor tersebut menyebabkan pengeluaran kad pengenalan (IC) biru kepada golongan pendatang meningkat di Sabah dalam tempoh 49 tahun itu.

    ReplyDelete
  57. Menjawab soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, Abu Bakar berkata sebanyak 5,753 IC biru dikeluarkan kepada warga asing di Sarawak selepas mereka memperoleh taraf sebagai warganegara sejak 1963 sehingga akhir tahun lepas.

    ReplyDelete
  58. Ditanya Manoj mengenai pendapatnya mengapa jumlah pengeluaran IC di Sarawak amat ketara perbezaaanya berbanding 66,000 di Sabah dalam tempoh yang sama, Abu Bakar berkata ia bergantung kepada keadaan di negeri masing-masing.

    ReplyDelete
  59. "Secara peribadi saya nampak lokasi di Sarawak berbeza dengan di Sabah. Kedudukan geografi di Sabah yang hampir dengan Filipina dan juga faktor politik menyebabkan jumlah populasi warga asing meningkat di Sabah berbanding di Sarawak," katanya.

    ReplyDelete
  60. Saksi ke-63 itu juga berkata kedudukan Sabah yang berdekatan dengan perairan laut dan juga bersempadan dengan Filipina juga merupakan faktor pendatang asing berhijrah ke negeri itu berbanding Sarawak.

    ReplyDelete
  61. Ketika ditanya mengenai cadangannya bagi menangani masalah pendatang asing di Sabah, Abu Bakar berkata ia boleh dilakukan dengan mengetatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan sempadan negeri itu dan juga dengan mewujudkan lebih banyak pintu masuk imigresen bagi memastikan kemasukan secara sah.

    ReplyDelete
  62. Abu Bakar yang memegang jawatan itu sejak tahun 2003 juga berkata pada 1966 sehingga 1980 permohonan IC di Sarawak mestilah disertakan dengan sijil perakuan taraf dan sijil kelahiran. Beliau berkata selepas 1980 hanya sijil kelahiran sahaja diperlukan untuk memohon IC dan sijil perakuan taraf tidak boleh lagi digunakan.

    ReplyDelete
  63. Prosiding di hadapan lima anggota panel diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong juga diberitahu bahawa implikasi sosial seperti gejala dadah, mencuri, kesihatan, dan kebersihan banyak berlaku di negeri itu disebabkan masalah setinggan yang didiami rakyat tempatan dan juga warga asing.

    ReplyDelete
  64. Ditanya pegawai pengendali Jamil Aripin, Mohammed Amir berkata pihaknya sentiasa memantau dan menjalankan operasi merobohkan setinggan di situ.

    "Setakat bulan Mei tahun ini sebanyak 253 buah rumah setinggan dirobohkan. Pada 2012 sebanyak 324 buah struktur setinggan dirobohkan, pada 2011 sebanyak 714 dirobohkan, 2010 pula sebanyak 510 buah dirobohkan dan pada 2009 sebanyak 1,520, buah rumah berjaya dirobohkan," katanya.

    ReplyDelete
  65. Saksi ke-64 itu berkata penghuni setinggan terdiri daripada rakyat tempatan dan juga warga asing yang mendiami di kawasan tanah milik kerajaan dan juga di tanah lot milik persendirian.

    Beliau menjelaskan terdapat kemudahan bekalan air, elektrik yang dibuat sambungan secara tidak sah di samping jalan raya.

    ReplyDelete
  66. Saksi itu juga berkata kebanjiran warga asing di bandaraya itu banyak menyumbang kepada aktiviti yang tidak bermoral kerana ramai antara mereka bekerja di pusat hiburan di samping pihaknya menerima ancaman dan kenderaan mereka dirosakkan semasa operasi meroboh setinggan itu. Mohammed Amir juga menafikan dakwaan terdapat pendatang asing memperoleh lesen perniagaan menggunakan IC palsu.

    ReplyDelete
  67. "Berkemungkinan mereka adalah sebagai rakan kongsi, tetapi jika ada sudah pasti pihak kami akan menolak permohonan mereka," katanya lagi yang tugasnya antara lain memproses lesen perniagaan dan mengawal selia pertumbuhan setinggan di bandaraya itu.

    ReplyDelete
  68. Abd Rahim Katiman, pembantu penguatkuasa Majlis Daerah Tenom pula memberitahu Suruhanjaya bahawa pada tiap-tiap tahun pihaknya akan ke kawasan setinggan untuk memastikan rekod sentiasa dikemas kini.

    ReplyDelete
  69. Beliau berkata di Tenom hanya terdapat satu kawasan setinggan sahaja dengan 34 buah rumah dan 174 penghuni yang terdiri daripada warga Pakistan, Suluk Bajau Jawa dan Murut dan mereka bekerja sebagai petani, peniaga dan buruh.

    ReplyDelete
  70. Saksi ke-65 itu juga berkata sehingga 2007 hingga 2013 pihaknya tidak menerima sebarang aduan pendatang asing menjalankan perniagaan di situ.

    ReplyDelete
  71. Kassim Selamat, ketua unit setinggan Majlis Perbandaran Sandakan berkata seramai 32,095 orang tinggal di 43 koloni setinggan dan 19,370 adalah bukan warganegara Malaysia. Bagaimanapun beliau tidak pasti mereka dari negara mana tetapi kebanyakannya adalah dari selatan Filipina.

    ReplyDelete
  72. Beliau juga bersetuju bahawa Sandakan mempunyai masalah pendatang warga asing yang sangat ramai dan tinggi akibat kebanjiran pendatang asing di situ. Kassim berkata sebanyak 4,620 buah rumah setinggan dirobohkan sejak tahun 2000 hingga 2008 manakala sebanyak 1,080 berjaya dirobohkan antara tahun 2009 hingga 2012.

    ReplyDelete
  73. Saksi ke-66 itu berkata sebelum dirobohkan pihaknya akan memberi notis 14 hari atau sebulan sebelum kerja-kerja meroboh dilakukan. Majid Patola, yang bertugas sebagai merinyu Perbandaran Tawau dalam keterangannya berkata seramai 19,455 penghuni setinggan di situ dengan 11,904 adalah bukan warganegara.

    ReplyDelete
  74. Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

    Pepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

    ReplyDelete
  75. Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

    Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

    Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

    ReplyDelete
  76. Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.

    Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.

    ReplyDelete
  77. Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?

    Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

    ReplyDelete
  78. nampaknya majoriti rakyat sabah sokong dengan peningkatan pendatang yang dapat ic di sabah. ok lah, kalau mcm tu tunggulah saat dan ketika nanti, sabah akan dirampas oleh pendatang terutama dari filipina. ini akan benar2 terjadi. satu hari nanti, anak2 dusun, kadazan, murut, dsb akan mengisi kerja buat bangunan atau longkang. org filipin akan berkuasa di sabah tidak lama lagi. ingat'' bangsa mereka rela mati demi untuk dapatkan sabah.

    ReplyDelete
  79. kadazan/dusun menyokong PATI di sabah

    ReplyDelete
  80. wei orang2 BN.....,korang baca tak kenyataan diatas...kenapalah korang masih tetep setia pada PENGKHIANAT NEGARA ni...alahai..langsung takde perasaan bersalah..hati dah beku dan mati..adakah salah kalau korang yg taknak berfikir ni digelar LEMBU?!!!

    ReplyDelete
  81. Itu sebabnya kehadiran orang2 sulu tak dapat dikesan di Sabah, mereka dah jadi rakyat Malaysia, macam api dalam sekam.., dah kena...

    ReplyDelete
  82. ya btul tu.kao bukan org2 ni yg ada d sabah, BN xkn pernah menang.dulu PBS yg kuat tu pasal BN susah mo menang tp skg bila betambah2 org tu d sabah, makin menjadi la..

    ReplyDelete
  83. Skang BN dah menang diSabah.. pada pemimpin yg sebelum PRU13 aritu kata mahu semua kad pengenalan warga Sabah yg dikeluarkan dgn status meragukan.. mulakan kerja.. rakyat telah bagi mandat.. jgn tunggu PRU14 bari nak keluarkan kenyataan yg sama....

    ReplyDelete
  84. Rakyat diKampong tak ambil hal,masalah kerakyatan,yang meraka tahu dapat BR1M,Undilah Bn..he..he padan muka kamurang..

    ReplyDelete
  85. demografi sarawak hanya 30% bumiputra islam, dan orang dayak majoriti 45% yang patuh bawah BN..jd pimpinan UMNO tidak melihat demografi penduduk sarawak menjadi ancaman kepada politik korup UMNO/PBB..

    Di sabah penduduk kadazan dan cina hanya memilih pemimpin yang mempunyai etika dan tidak korup mewakili mereka.Ini menjadi ancaman kepada survival UMNO yang hanya tahu menaikkan isu perkauman untuk berkuasa..jadi pimpinan UMNO mengimport pendatang filipina, indonesia dll untuk menjadi warga sabah hingga mencecah 50% dari demografi dan rompakan professional hasil bumi sabah dapat diteruskan..padan muka kamurang macam anjing kurap.

    ReplyDelete
  86. --> HANCUSS !! - - TAK MENGAKU LAGI TU.......Siap nak marah INI NEGARA BAPAK AKU PUNYA..Tak suka Ngah Kau Berambus Dari M'sia - Apa tindakan terhadap orang yang jual negara & pengkhianat negara. - Sudah jelas segala2nya, jangan jadikan Cina kambing hitam lagi. Siapa yg Pengkhianati Sebenarnya - Apakah ertinya byk bukti telah dikemukakan ttp pendakwaan tidak akan dilaksanakan ? - X-payh buat pengundian lah mcam ni, bazir mase n duit je bangla nasional sure memang sampai kiamat - Itu sebabnya kehadiran orang2 sulu tak dapat dikesan di Sabah, mereka dah jadi rakyat Malaysia Outomatic - Likes Share

    ReplyDelete
  87. Rakyat Sabah menjadi pengemis dibumi sendiri kerana terpaksa bersaing dgn pendatang yang dapat ic...Contoh peneroka Felda Sahabat...peringkat awalan dulu kebanyakan rakyat Sabah menolak utk menjadi peneroka..maka Felda terpaksa iklankan melalui radio saban hari...akhirnya mungkin terdesak sesiapa saja yang ada IC dan berkeluarga dapat menjadi peneroka Felda agaknya...tatap BN

    ReplyDelete
  88. hahahaha.........aku tak hairan umnobeen kat sabah menang kerana Sabah adalah simpanantetap Umnobn, inikata2yang diucapkan oleh Najib sendiri semasa kunjungannya kat kota Belud.najib faham akan kedudukan sebenarnya.lihat saja pendatang asing yang diberi kerayatan 66,000 ini bukan sedikit.kami Rakyat sabah dan masa depan kami akan kehilangan generasi disebabkan oleh PTI.Saya berharap rakyat sabahan akan bangkit untuk mempertahankan hak2 kita yang telah hilang disebabkan pemerintahan umnobn
    yang tidak adil dan senentiasa menindas rakyat sabah.Sabah kaya dengan hasil tetapi Termiskin dalam dunia.

    ReplyDelete
  89. JUMLAH PEMBERIAN KEWARGANEGARAAN SECARA SONGSANG KURANG DI NEGERI SARAWAK KERANA UMNO BELUM BERTAPAK DI NEGERI TERSEBUT.....

    ReplyDelete
  90. The government has spent RM21.7 million for the past six years in healthcare on foreigners in Sabah who did not pay for their treatments, a Health Department official told the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants here today.

    ReplyDelete
  91. The number of immigrant patients, mostly comprising Filipinos and Indonesians, in government hospitals has also risen over the years to 40,826 people in 2011 that received inpatient treatment, or 19 per cent of patients in total.

    ReplyDelete
  92. Foreign patients coming to the hospitals, whether they are outpatient or inpatient, are an increasing burden to us,” said Dr Maria Suleiman, the principal assistant director (Epidemiology) at the Sabah Health Department, at the RCI here today.

    ReplyDelete
  93. She also revealed that foreigners comprised 25 per cent of births at government hospitals in 2011, or 14,096 babies.

    ReplyDelete
  94. From 2000 to 2011, foreigners gave birth to 122,882 babies at government hospitals, averaging about 22 per cent of total births.

    ReplyDelete
  95. “Foreigners giving birth at government hospitals are worrying to us because the total number of births is 122,882,” said Maria.

    ReplyDelete
  96. About 28 per cent of Sabah’s 3.2 million-strong population are foreigners, totalling a whopping 889,000 people.

    ReplyDelete
  97. Maria also noted that Malaysians, in contrast, owed the government RM7.7 million in unpaid medical bills from 2007 to 2012.

    ReplyDelete
  98. A total of 1,009,716 foreigners received outpatient treatment at government hospitals from 2000 to 2011, while 295,053 foreigners were warded in the same period.

    ReplyDelete
  99. The number of foreigners that received outpatient treatment has been increasing steadily from 56,956 patients in 2008, or 2.6 per cent, to 81,651 patients in 2011, or 3.3 per cent.

    ReplyDelete
  100. “This is a significant number that affects the healthcare system,” said Maria. The senior health official, who has worked in the government for 22 years, also said that there were 7,550 cases of communicable diseases among foreigners from 2010 to 2012, including measles, cholera, leprosy and hepatitis.

    ReplyDelete
  101. The number of foreigners infected with communicable diseases, however, has been slipping from 2,898 cases in 2010 to 2,143 cases in 2012. Maria expressed concerns over the increasing number of foreign patients, saying: “The cost of treatments is huge.”

    ReplyDelete
  102. “Communicable diseases are always happening in Sabah too,” she added. Maria, however, did not have at hand the total cost of healthcare for foreigners.

    ReplyDelete
  103. “Communicable diseases are always happening in Sabah too,” she added. Maria, however, did not have at hand the total cost of healthcare for foreigners.

    ReplyDelete
  104. “The influx of immigrants is a national problem. The government needs to do something to return the rights of citizens – the right to medical treatment and health,” said Maria.

    ReplyDelete
  105. “The presence of foreigners has a big impact. But for humanitarian reasons, we still have to treat sick people,” she added. The inquiry before a five-man panel led by former Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong resumes tomorrow.

    ReplyDelete
  106. semoga RCI dapat menyiasat dan mencari penyelesaian mengenai masalah PTI dan isu kerakyatan songsang ini

    ReplyDelete
  107. harap RCI dapat menegakkan kebenaran di Sabah..

    ReplyDelete
  108. semoga semua isu mengenai PTI yang berlaku di Sabah akan diselesaikan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  109. diharapkan kerajaan ikhlas untuk menyelesaikan isu PATI di negeri ini.

    ReplyDelete
  110. RCI secretary Datuk Saripuddin Kasim said the inquiry will sit for eight days until May 29.

    ReplyDelete
  111. Sayang laporan ini tak cukup detail. Apapun harap RCI dapat merungkai segala persoalan :)

    ReplyDelete
  112. Prosiding RCI mengenai pendatang tanpa izin di Sabah di Sambung dengan saksi ke 62 dipanggil…

    Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah disambung untuk hari kedua di Mahkamah Persekutuan Kota Kinabalu dengan saksi ke-62 dipanggil semula untuk memberi keterangan.

    ReplyDelete
  113. Timbalan Penguasa Penjara Kota Kinabalu, Kalbin Mohd Said menjelaskan, sejumlah 614-ribu 355 ringgit dibelanjakan bagi menampung kos pengurusan pesalah-pesalah juvana warga asing bagi tempoh 2007 hingga 2012. Kos itu meliputi makan dan minum, rawatan perubatan, tempat tinggal, pakaian, kos elektrik dan air serta pelbagai program pemulihan.

    ReplyDelete
  114. Menjawab soalan Pegawai Pengendali Datuk Azmi Ariffin, beliau berkata, kos itu digunakan untuk 47-pesalah juvana lelaki di Sekolah Henry Gurney Keningau dan 4-pesalah juvana wanita di Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  115. Selain Kalbin, empat lagi saksi dipanggil termasuk Saksi ke-74 iaitu Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Lahad Datu, Mohd Fauzi Abd Kadir yang ditanya mengenai masalah setinggan membabitkan warga asing di kawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  116. Semua saksi yang dipanggil juga menyifatkan kewujudan penempatan setinggan yang membabitkan pendatang tanpa izin banyak menimbulkan masalah dari segi kebersihan, kesihatan dan peningkatan masalah sosial.

    ReplyDelete
  117. Negara lain bila menganugerahkan kerakyatan maka dipilih dari kalangan yang berguna, terpelajar, mempunyai asset yang berguna, pakar dan sebagainya. Malaysia pula memilih yang sebagainya.

    Patut lah kadar jenayah meningkat dan menyusahkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.