Monday, May 20, 2013

Exco Selangor: DAP dan PAS bergaduh?

Maka riuhlah media arus perdana milik BN yang ingin sangat memberikan gambaran bahawa DAP dan PAS sedang bergaduh bagi merebut kerusi exco di Selangor. Dikatakan DAP inginkan empat kerusi exco dan begitu juga PAS! Hakikat sebenarnya, tiada siapa yang sedang berebut apatah lagi sedang bergaduh. Begitu juga isunya tempoh hari berhubung jawatan MB. Cuma ‘rebut’ rekaan mereka sahaja.

Masalah sebenar

Sebenarnya masalahnya terletak pada jumlah kerusi exco yang ada hanya 10. Sedangkan parti-parti dalam PR ada 3. Jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti pula lebih kurang sama, berbeza dengan tahun 2008. Pada tahun 2008, apabila PAS hanya memengangi 8 kerusi, DAP 13 dan PKR 15 (pada asal), maka agihan kerusi exco lebih mudah. Jelas siapa patut mendapat lebih dan siapa kurang. Maka dipersetujui pada 2008 PKR mendapat jawatan MB dan 4 exco dan DAP pula 3 exco dan jawatan Speaker. PAS yang mendapat 8 kerusi DUN diberikan 3 kerusi exco, iaitu jumlah yang sebenarnya melebihi nisbah kerusi yang ada pada PAS pada ketika itu. Maka isu agihan diselesaikan tanpa perbincangan panjang.

Kali ini, suasananya agak berbeza. Ketiga-tiga parti mendapat jumlah kerusi yang boleh dikatakan sama. Maka timbul persoalan bagaimana dibahagikan 10 kerusi di antara 3 parti? Mustahil untuk setiap parti memegang 3.333 kerusi exco! Oleh itu pecahannya semestinya 3, 3 dan 4. Oleh itu dipersetujui bahawa parti yang mendapat MB akan mendapat hanya 3 kerusi exco. Begitu juga yang mendapat jawatan Speaker. Parti yang tidak memegang jawatan MB atau Speaker sahaja akan mendapat 4 kerusi exco.

Jawatan MB dan Speaker dibawa masuk dalam perkiraan ini untuk menjadikan jumlahnya keseluruhannya 12 supaya dapat dibahagi 3 dengan tepat. Maka setiap parti dapat 4, termasuk jawatan MB dan Speaker.

Speaker dari DAP atau PAS?

Oleh kerana PKR mendapat jawatan MB, maka PKR mendapat 3 kerusi exco. Maka agihan untuk PKR selesai. Yang tinggal hanyalah PAS dan DAP. Maka dinyatakan oleh DAP bahawa mereka telah memegang jawatan Speaker sudah 5 tahun. Maka kalau boleh DAP minta PAS pula memegang jawatan Speaker untuk penggal ini.

Bagi pimpinan PAS permintaan ini tidak merupakan masalah besar. Kita faham bahawa semua exco perlu laksanakan dasar PR dan bukan dasar parti masing-masing. Ini adalah kerana yang memerintah adalah kerajaan PR dan bukannya kerajaan parti masing-masing. Maka siapa sekalipun menjadi exco, dia akan terikat dengan dasar yang ditetapkan oleh PR secara bersama. Oleh itu tawaran supaya PAS pegang jawatan Speaker dan 3 exco tidak ditolak mentah-mentah.

Jawatan Speaker ada yang anggap tidak penting. Sekiranya benar, mengapa di Perak BN bersusah-payah membawa polis masuk ke dalam DUN dan heret Speaker dan menguncinya di dalam bilik stor? Ini bukti bahawa kerusi Speaker begitu penting untuk menguasai DUN.

Sikap PJ PAS Selangor: Dr Rani

Saya merasa cukup senang dan selesa dengan sikap PJ PAS Negeri Selangor dalam soal sebegini. Beliau faham bahawa bukan jawatan yang ingin direbut. Dan bagi PAS, yang penting adalah untuk memikat hati rakyat, bukan ingin tunjuk betapa gahnya PAS dengan bilangan kerusi exco atau sebaliknya. Maka mencari penyelesaian yang adil sambil mengambil kira suasana dan keadaan adalah yang diutamakan. Ini adalah kerana apa yang diinginkan ialah kerajaan dibentuk dengan kadar segera supaya boleh mula berkhidmat pada rakyat. Bukan bergaduh mengenai jawatan.

Dalam pada itu, tidak dapat tidak perbandingan dibuat dengan PJ Negeri yang lama. Jauh sangat bezanya dengan sikap PJ lama, berkata seorang hamba Allah. Kalau PJ lama sudah hampir pasti kita berperang! 8 kerusi pun mahu jadi MB, apatah lagi dengan 15 kerusi!

Maka dijawab kepada DAP bahawa PAS boleh merima tawaran tersebut, di atas semangat setia-kawan dan mengenangkan betapa DAP menyokong cadangan PAS diberi 3 kerusi exco pada tahun 2008 walaupun PAS hanya berhak untuk mendapat 2 berdasarkan jumlah kerusi ADUN yang dimengangi ketika itu. Tetapi telah pun dijelaskan bahawa akhirnya ianya akan tertakluk juga kepada pandangan DYMM Sultan Selangor.

Pandangan DYMM Sultan Selangor

MB akan mengadap Sultan dan membawa cadangan pembentukan exco seramai 10 orang. Pada masa yang sama, kami difahamkan bahawa DYMM Sultan ingin melihat exco terdiri dari 6 Melayu dan 4 bukan-Melayu. Ini berbeza dengan 2008 di mana exco terdiri dari 5 Melayu dan 5 bukan-Melayu. Perbezaan ini adalah hasil dari jumlah kerusi majoriti Melayu yang memihak pada PR telah bertambah. Dahulu UMNO 18 kerusi, sekarang hanya 12. PAS sendiri pun sudah ada 15, mengatasi UMNO, ini belum di ambil kira lagi kerusi yang ada pada PKR.

Sekiranya permintaan DYMM Sultan adalah 6 Melayu dan 4 bukan-Melayu, maka agak sukar untuk diberikan 4 kerusi exco kepada DAP. Ini kerana, kalau diberikan 4 kerusi exco pada DAP, maka semua exco bukan Melayu adalah dari DAP dan ini akan menyulitkan PKR. PKR terpaksa melantik semua exco Melayu dan ini akan menjadi masalah bagi PKR kerana mereka juga mempunyai ahli dan penyokong bukan-Melayu yang ramai. Dan sepertimana yang kita semua sedia maklum, beberapa ADUN PKR adalah bukan-Melayu. Dalam keadaan seperti itu, maka DAP perlu menerima tawaran jawatan Speaker dan 3 exco supaya 1 exco bukan-Melayu boleh dilantik oleh PKR.

Dalam erti-kata lain, DAP hanya boleh mendapat 4 kerusi exco sekiranya terdapat 5 exco bukan-Melayu. Dalam keadaan itu PKR masih boleh melantik seorang exco bukan-Melayu dari PKR. Sekiranya bukan-Melayu hanya 4 orang dalam exco, maka DAP perlulah merima 3 exco dan Speaker supaya 1 exco bukan Melayu tetap dapat dilantik dari PKR.

Maka dipersetujui bersama bahawa MB akan berusaha untuk mendapat persetujuan DYMM Sultan supaya dikekalkan jumlah exco bukan-Melayu sebagai 5 dan exco Melayu juga 5 supaya DAP boleh mendapat 4 kerusi exco. Walau bagaimanapun, sekiranya DYMM Sultan tetap dengan pendiriannya, maka MB wajar menerimanya dan akur dengan kehendak DYMM Sultan. Sekiranya ini berlaku, maka DAP akan diminta menerima tawaran Speaker dan 3 exco sambil tawaran 4 exco akan diserah kepada PAS.

Kesimpulan

Ini merupakan pertimbangan yang dilakukan dalam suasana persahabatan dan kerjasama yang baik dan mantap sepertimana yang telah terjalin sejak sekian lama. Semua memahami bahawa perjuangan ini bukan untuk jawatan tetapi untuk membentuk kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan untuk rakyat negeri Selangor secara khususnya. Isu jumlah kerusi exco tidak dijadikan sebab berbalah. Hanya media BN sahaja yang mereka cerita bagi cuba menutup kepincangan yang berlaku pada PRU13.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

84 comments:
Write comments
  1. PR sgt MANTAP dan jauh berbeda dari UMNO/BN jambalang yg menang tipu kerajaan yg TAK SAH lg HARAM.

    ReplyDelete
  2. Inilah kerajaan PR yang mempunyai sifat rendah diri dan mati kerana benar

    ReplyDelete
  3. PAS mana ada t***r. Tidak ada satu pun perkara yang PAS mampu pertahankan apabila berhadapan dengan DAP dan PKR.

    ReplyDelete
  4. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

    ReplyDelete
  5. "Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR," demikian penjelasan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama PR dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  6. Ini merujuk kepada pertindihan kerusi di kawasan DUN Kota Damansara di mana PAS telah menghantar calonnya menyebabkan pertembungan dengan calon PR iaitu Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR.

    ReplyDelete
  7. PAS sama sekali tidak akan redha dengan pencalonan tokoh politik yang berfahaman sosialis dan komunis. Itu pendirian PAS seminggu yang lalu yang sewajarnya dipertahankan kebenarannya.

    ReplyDelete
  8. Hampehnya PAS terpaksa sujud terhadap apa jua keputusan pakatan haram. Tekanan demi tekanan yang diterima dari PKR dan DAP,menyebabkan PAS akhirnya mengalah memberi laluan kepada calon PSM yang seminggu lalu dipandang keji dek kerana Dr Nasir berfahaman sosialis, bab kata Nik Aziz ideologi itu ibarat adik kepada komunis.

    ReplyDelete
  9. Mengikut kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, keputusan PAS menarik diri di DUN Kota Damansara adalah untuk mengekalkan status quo kerana kerusi itu sememangnya kuota PKR. Baru sekarang mahu sedar, maksudnya memang parah benar masalah kesepakatan dalam PR.

    ReplyDelete
  10. Misteri kesungguhan Mat Sabu memuja kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis di Bukit Kepong terbongkar .Akhirnya PAS akan bekerjasama untuk menjayakan visi golongan yang berfahaman komunis.

    ReplyDelete
  11. Kalimah Allah S.W.T, hudud, negara Islam dan kemurtadan telah digadaikan. Memang mudah benar PAS tewas dan tunduk kepada DAP dan PKR. Bahaya kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  12. Hanya UMNO yang mampu menjaga maruah Islam. Sekiranya penyokong PAS benar-benar sayangkan Islam maka mereka wajib menyokong UMNO dan bergabunglah demi agama bangsa dan tanahair.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus diselar kerana dilihat gagal mentadbir dan mempertingkat pembangunan di negeri ini.

    ReplyDelete
  14. Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata apabila mendapat kuasa selepas pilihan raya umum (PRU) 2008, kerajaan negeri sepatutnya menjalankan urus tadbir negeri dan rakyat dengan baik.

    ReplyDelete
  15. Tetapi ini tidak berlaku berikutan pelbagai isu yang timbul melibatkan perkara seperti pelupusan sampah, alam sekitar dan pelaburan, katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat jentera BN Parlimen Kota Raja.

    ReplyDelete
  16. Mohd Zin turut mendakwa perlombongan pasir haram di kawasan sungai menjadi antara punca kejadian banjir kilat di Selangor.

    ReplyDelete
  17. .kepincangan dn pencemaran politik dn pentadbiran kerajaan negeri selangor dipertikaikan dgn lantang dn kuat oleh pemimpin pkr sendiri iaitu azmin ali.

    ReplyDelete
  18. sudah menjadi rahsia umum ketidakpuasan hati azmin ali timbalan presiden pkr dgn urus tadbir politik mb selangor khalid gagap.dn kita semua tahu bagaimana azmin dgn terang meluahkan rasa hatinya mahu menjadi mb selangor.

    ReplyDelete
  19. kepincangan urus tadbir politik kerajaan selangor dilaungkan oleh pkr sendiri dn bukannya drpd bn umno.

    ReplyDelete
  20. kerakusan dap ronnie liu dn penindasan keatas bangsa melayu dikatakan menjadi punca mkemarahan azmin ali kpd pentadbiran khalid ibrahim selaku mb selangor.

    ReplyDelete
  21. Barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) akan diwakili empat calon daripada PAS dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP.

    ReplyDelete
  22. Memaklumkan akan mengguna pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: PAS), beliau sekaligus mengesahkan cakap-cakap akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan EXCO berikutan penguasaan PAS dan DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

    ReplyDelete
  23. Pas Selangor membidas DAP, sekutunya dalam pakatan pembangkang negeri, kerana mempertikaikan agihan kerusi barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 17 Mei lalu.

    ReplyDelete
  24. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abd. Rani Osman berkata, Timbalan Pengerusi DAP negeri, Tony Pua tidak sepatutnya mempertikaikan cadangan yang dikemukakan Abdul Khalid tersebut dan mendakwa DAP perlu mendapat lebih wakil Exco berbanding Pas.

    ReplyDelete
  25. “Tidak perlu pertikai keputusan Menteri Besar Selangor kerana ia pilihan yang sahih dan sebarang pilihan yang dibuat oleh Abdul Khalid mesti diterima semua parti (dalam pakatan pembangkang).

    ReplyDelete
  26. “Kita perlu terima apa sahaja keputusan Menteri Besar Selangor buat masa ini kerana pada akhirnya ia memerlukan perkenan Sultan Selangor. Masalah tidak puas hati dengan PKR dan PAS. DAP lantang bersuara.

    ReplyDelete
  27. DAP membantah formula 3:3:4 yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk pembentukan kerajaan negeri Selangor. Bagus DAP dalam PR tidak sefahaman.

    ReplyDelete
  28. Formula 3:3:4 adalah merujuk kepada pembahagian exco kerajaan Selangor bermaksud tiga jawatan exco untuk PKR, tiga exco untuk DAP dan empat exco untuk Pas. Kita dapati senarai nama berlainan. Kita mahu tahu kenapa,.

    ReplyDelete
  29. Tony menegaskan bahawa Abdul Khalid dan Pakatan Rakyat Selangor telah bersetuju dalam mesyuarat pada Khamis lalu bahawa DAP akan mendapat empat kerusi exco, manakala PAS akan mendapat tiga. Tetapi berubah dengan tidak ada persetujuan daripada pihak DAP.

    ReplyDelete
  30. Tony berkata pemimpin DAP Datuk Teng Chang Khim dan Teresa Kok telah cuba menghubungi Khalid untuk mendapatkan penjelasan, tetapi tidak berhasil.

    ReplyDelete
  31. Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dilaporkan Mstar berkata beliau bersetuju dengan Pua bahawa parti itu memang dijanjikan dengan empat kerusi. Apa sudah jadi dengan PR ini. Cakap bersatu tapi masalah kecil sebegini pun tidak adapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  32. Sambil mengakui bahawa parti itu “tidak berpuas hati”, Kok cuba untuk meredakan ketegangan, dengan memperjelaskan bahawa ia adalah “salah faham kecil”. Tapi ini bukan lagi kecil dari mula sudah pandai main tipu.

    ReplyDelete
  33. DAP rasa seperti terancam jika PAS lebih mendahului mereka. Sebab itulah kenapa DAP cuba untuk menentang.

    ReplyDelete
  34. Walaupun pilihan raya umum ke-13 sudah lebih dua minggu berlalu dan pihak pakatan menang lebih selesa dan mengekalkan penguasaan di negeri Selangor, namun sehingga ke hari ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masih gagal mewujudkan barisan EXCO kerajaan negeri, membuktikan bahawa pihak pakatan ini hanya ‘tidur sebantal tapi mimpi lain-lain’.

    ReplyDelete
  35. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, senario politik pakatan di Selangor ini membuktikan tidak wujud konsep persepakatan dan permuafakatan dalam menentukan barisan kepimpinan negeri, sedangkan pada dasarnya, PRU13 ini, penguasaan mereka lebih baik berbanding pada PRU12.

    ReplyDelete
  36. “Ini berbeza dengan BN, kita mempunyai prinsip yang jelas siapa yang layak dan sewajarnya menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada kepimpinan kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan BN.

    ReplyDelete
  37. “Dalam masa yang sama, perlantikan menteri kabinet ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan ianya diterima baik oleh akar umbi,” ujarnya yang juga mantan Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional.

    ReplyDelete
  38. Tambahnya, konsep persepakatan dan permuafakatan dalam BN ini tidak wujud dalam pakatan pembangkang kerana mereka saling berebut kuasa dari jawatan Perdana Menteri sehinggalah ke jawatan Exco Kerajaan negeri, contohnya di Selangor.

    ReplyDelete
  39. Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali difahamkan mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu sehingga tercetus sedikit pertikaian dan drama dan berakhir selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah Selasa lalu, lebih seminggu selepas selesai pilihan raya umum 5 Mei.

    ReplyDelete
  40. Khalid telah dilantik semula sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013 dengan meraih 44 kerusi 56 kerusi DUN.

    Pas dan DAP memenangi 15 kerusi setiap satu, manakala PKR pula 14 kerusi

    ReplyDelete
  41. DAP sememangnya tidak yakin dan percaya kepada rakan sekutunya Pas, dan hanya memperkudakan Pas untuk meraih sokongan daripada pengundi Melayu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    ReplyDelete
  42. Timbalan Perdana Menteri berkata kenyataan terbuka pemimpin DAP yang menyeru orang bukan Islam tidak menyokong Pas pada pilihan raya umum ke-13 ini, menyerlahkan lagi pekung di dada pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan Pas.

    ReplyDelete
  43. Beliau berkata ini suatu tindakan yang luar biasa kerana kalau dalam pakatan biasanya mereka meminta sokong siapa sahaja calon yang mereka letak sama ada dari Pas atau DAP. Tetapi meraka berbalah kerana tidak bersetuju dalam pencalanon lalu.

    ReplyDelete
  44. Kata Timbalan perdana Menteri lagi, Ini sudah terserlah terbuka pekungnya kerana hari-hari mendatang ini adalah hari penentu, jadi ada pemimpin dalam pakatan yang lama terpendam, memang tidak setuju dengan kerjasama ini, sebab itu dia (Muhyiddin) secara terbuka minta jangan sokong Pas.

    ReplyDelete
  45. Akhbar juga ada melaporkan Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez menyeru pengundi bukan Melayu supaya menolak PAS pada PRU13 ini memandangkan mereka dilihat tidak konsisten dalam pendirian melaksanakan hukum hudud.

    ReplyDelete
  46. Muhyiddin berkata kenyataan sebegitu, bermakna mereka sudah menyatakan tidak bersepakat dan sebab itu ada pemimpin Pas menyatakan selepas pilihan raya umum ini perlu diadakan muktamar khas untuk membincangkan hala tuju masa depan Pas dalam pakatan.

    ReplyDelete
  47. Tambahan lagi kata Muhyiddin Sudah ada kesangsian di kalangan anggota mereka, adakah wajar Pas terus kekal dalam pakatan, hal ini bahaya bagi demokrasi di Malaysia, kalau rakyat tersalah pilih dan pilih mereka yang sesama mereka tidak bersetuju dengan banyak perkara, ada yang akan tinggalkan pakatan, kerajaan pakatan akan terumbang-ambing," katanya sambil berharap rakyat berhati-hati dan yang terbaik pilih Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  48. Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin pakatan rakyat itu 'menjadi' pada pilihan raya umum 2008 kerana ketika itu mereka tidak mengetahui "isi hati" masing-masing, maka rakyat mengundi pakatan tersebut, tetapi selepas lima tahun, ketidaksepakatan antara mereka sudah terserlah ibarat 'retak menanti belah'.

    ReplyDelete
  49. Mungkin mereka fikir strategi mereka menjadi pada PRU 2008, waktu mana mereka belum tahu isi hati masing-masing, maka rakyat mengundi mereka dan mereka menang Kelantan, Kedah (Pulau Pinang, Selangor), sebab itu dia terdorong untuk teruskan kerjasama.Tapi satu persatu ahli meraka berbalah dan ada yang keluar parti pakatan juga.

    ReplyDelete
  50. Selain itu lagi selepas lima tahun berlalu, baru PR dapat lihat dari segi ideologi, isu yang diperjuangkan tidak sama seperti negara Islam, ini jelas tidak disepakati, kini mereka buat pendirian, mereka tidak bersatu cuma pemimpin di atas yang tunjuk begitu (sepakat) tetapi pemimpin di bawah ramai anggota tolak pakatan yang rapuh ini daripada diteruskan," katanya TPM lagi.

    ReplyDelete
  51. sekiranya rakyat memberi mandat kepada pakatan DAP-PKR-Pas untuk memerintah negara sudah pasti akan timbul banyak masalah yang boleh menjadikan negara tidak stabil.

    ReplyDelete
  52. Ditanya dana asing yang dikatakan dibawa masuk membiayai kempen pembangkang, Muhyiddin berkata pihak berkuasa berkaitan akan memantau perkara tersebut dan mengingatkan jangan ada mana-mana pihak yang membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.

    ReplyDelete
  53. Kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez supaya pengundi bukan Islam di negeri itu menolak Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 menunjukkan pertembungan ideologi antara Pas dan DAP yang tidak mungkin mencapai garis persamaan.

    ReplyDelete
  54. Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata, walaupun DAP, Pas dan PKR cuba menunjukkan seolah-olah sentiasa bersatu sebagai satu pakatan, hakikatnya mereka mengalami pertembungan ideologi yang kronik.

    ReplyDelete
  55. Mereka(DAP-PAS) mempunyai ideologi yang berbeza antara satu sama lain dan hanya berpakat untuk berkuasa tetapi tidak mempunyai ideologi bersama.

    ReplyDelete
  56. Pakatan juga, katanya, menghadapi masalah apabila keputusan hanya dibuat oleh beberapa kerat pemimpin atasan yang tidak mahu merujuk kepada akar umbi bagi mendapatkan pendapat.

    ReplyDelete
  57. Mereka tidak mahu mendengar akar umbi dan sebab itu timbul masalah seperti yang dikatakan oleh Norman.Pucuk pimpinan dapat dilihat lemah dengan timbulnya persengketaan antara ahli-ahlinya.

    ReplyDelete
  58. Kita juga perlu lihat sejarah parti pembangkang yang sering berkahwin dan bercerai setiap kali pilihan raya akibat pertembungan ideologi ini," ujar David Dass.

    ReplyDelete
  59. Selepas PRU13, kita dapat melihat bagaimana perjalanan parti-parti pembangkang iaitu gabungan parti PKR-PAS-DAP. Ketiga-tiga parti ini jelas menunjukkan mereka masih lagi tidak boleh bersatu hati apatah lagi sepakat dalam mencapai keputusan dalam sesuatu perkara.

    Selepas Pakatan Rakyat menang di Selangor pada pilihan raya 5 Mei lalu, mereka bertelagah sesama sendiri tentang calon Menteri Besar Selangor yang paling layak untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Kalau diikutkan, PAS adalah paling layak untuk meletakkan calon sebagai MB Selangor setelah PAS dan DAP memenangi jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) 15 kerusi berbanding PKR hanya 14 kerusi sahaja.

    ReplyDelete
  60. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman juga bersedia untuk memegang jawatan sebagai MB negeri itu sementalah pimpinan tertinggi PR mendakwa Khalid tidak begitu jitu dan telus dalam melaksanakan tugasnya.

    Wajarlah PAS diberikan peluang untuk mentadbir dan menjaga Selangor. Tetapi, dengan perkenan Sultan Selangor, Khalid telah dilantik menjadi MB sekali lagi untuk penggal ini.

    Namun, dalam isu ini, ramai yang mungkin tidak sedar kedudukan PAS yang telah pun diketepikan oleh PR.

    ReplyDelete
  61. Buktinya, walaupun Rani tidak diangkat menjadi MB Selangor, beliau memberitahu akan terus menyokong Khalid dalam membangunkan dan menjaga negeri Selangor.

    Rani mempunyai permintaan dalam isu ini di mana beliau sendiri mahu menjaga kepimpinan dan kepentingan parti PAS.

    Beliau mahukan wakil rakyat dari PAS diberikan lebih banyak jawatan exco kerajaan negeri dan memberitahu banyak calon yang layak untuk disenaraikan.

    Itulah permintaan Rani memandangkan PAS tidak diberikan sebarang ‘keistimewaan’ dalam exco kerajaan negeri sejak lima tahun lalu.

    ReplyDelete
  62. Kalau diikutkan, tidak ada salahnya dengan permintaan dan kehendak Rani itu.

    Ia sedikit sebanyak dapat membantu memperbaiki kembali segala imej dan masalah yang timbul yang telah dilakukan oleh Khalid lebih-lebih lagi mengenai soal agama negeri. Namun, selepas Rani menyuarakan permintaannya itu, ia telah dibangkang oleh parti DAP sendiri.

    ReplyDelete
  63. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim membangkang sekeras-kerasnya bahawa PAS tidak boleh meminta pertambahan jawatan exco kerajaan negeri. Khim memberitahu permintaan Rani itu hanyalah berunsurkan kepentingan sendiri.

    Jelas di sini, kedudukan PAS dalam PR tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk perjuangan keadilan mereka.

    ReplyDelete
  64. Keringat dan khidmat PAS hanya diperlukan di waktu mereka mahu meraih undi sebelum pilihan raya. Tetapi, kedudukan PAS akan ditolak ketepi bila PR mencapai apa yang dihajati. Lebih parah, Pas kini terpaksa mengorbankan perjuangan Islamnya demi kejayaan PKR dan DAP.

    PAS perlu sedar, sejak dari dahulu hingga kini, mereka hanya menjadi tumpangan kepada PR sahaja. Yang layak bersuara hanyalah PKR dan DAP sahaja.

    Tidak mustahil lama-kelamaan nanti, PAS tidak lagi akan dipandang dan diperlukan oleh PKR dan DAP.

    ReplyDelete
  65. Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak boleh menerima kegagalan beliau menduduki Putrajaya, Pas pula dengan berlapang dada dan akur dengan kehendak pengundi yang memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

    ReplyDelete
  66. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap itu sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah.

    ReplyDelete
  67. "Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri.

    ReplyDelete
  68. "Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya maka sebab itu Allah tangguhkan dulu kemenangan kita supaya kita betul-betul bersedia.

    ReplyDelete
  69. "Dan apabila Allah memberikan kita kemenangan nanti kita mesti melaksanakan amanah yang diberikan itu dengan baik dan memenuhi kehendak serta hasrat rakyat," katanya.

    ReplyDelete
  70. Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13 sebaliknya terus mengadakan siri perhimpunan haram di seluruh negara untuk mengajak rakyat membantah keputusan PRU-13 lalu dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  71. Ini termasuk mendakwa pakatan pembangkang sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang walaupun kenyataannya BN memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pakatan DAP, PKR dan Pas hanya memenangi 89 kerusi.

    ReplyDelete
  72. Kenyataan PAS ini sudah pasti menempelak keghairahan Anwar dan kuncu-kuncunya yang masih hidup dalam angan-angan setelah gagal 'menawan' Putra Jaya.

    ReplyDelete
  73. Tetapi kita faham tindakan Anwar itu kerana beliau telah berjanji untuk undur diri dari arena politik jika gagal di PRU13 ini. Jika beliau tidak menimbulkan konflik maka rakyat akan fokus melihat beliau keluar dari politik negara ini untuk selama-lamanya.

    ReplyDelete
  74. Tambahan pula, Anwar telah mungkir janji sebelum ini seperti isu 16 September dan sebagainya. Kali ini Anwar sudah pasti mencari helah untuk tidak menunaikan janji beliau itu.

    ReplyDelete
  75. Najib: Kerajaan tidak tumbang walaupun sebahagian kaum Cina pilih pembangkang

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang seperti yang dilihat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata realitinya ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh dalam PRU13.

    ReplyDelete
  76. "Kita harus sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP telah menggambarkan kepada masyarakat Cina (kononnya) mereka boleh mengubah kerajaan...malah slogan yang digunakan seolah-olah (kalau) orang Cina sokong pembangkang, mereka boleh ubah kerajaan.

    "Hakikat dan realitinya walaupun sebahagian besar (masyarakat Cina) sokong pembangkang, tetapi kerajaan tidak tumbang, kerajaan BN masih kekal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan anggota parlimen baharu BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

    ReplyDelete
  77. Perjumpaan tertutup selama hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

    Najib menarik perhatian walaupun sokongan kaum Cina terhadap DAP di sesetengah kawasan dilihat mencecah antara 85 dan 95 peratus, namun kerajaan BN masih kekal kerana kaum Bumiputera dan India di banyak kawasan lain masih percaya kepada gabungan itu.

    ReplyDelete
  78. Menurutnya, apa yang digambarkan pembangkang terutama DAP merupakan satu penipuan besar terhadap kaum Cina sehingga masyarakat itu yakin undi mereka dapat mengubah kerajaan sedia ada.

    "(Ini) seperti janji pada 16 Sept (2008 untuk menawan Putrajaya). Storyline (jalan cerita) ini (untuk tukar kerajaan) tidak betul dan banyak ditokok tambah, direka cerita," katanya.

    ReplyDelete
  79. Najib berkata satu lagi penipuan yang dilakukan pembangkang pada PRU13 ialah dakwaan tidak logik BN membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi untuk memastikan kemenangannya.

    "Kalau ikut logik, nak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang...bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi," katanya.

    ReplyDelete
  80. Namun,beliau berkata sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas," tegasnya.

    "Ini satu penipuan besar sehingga orang yang mengundi pada hari berkenaan percaya dan yakin (kononnya) kami mengundi nak selamat Malaysia daripada dikuasai oleh (warga) Bangladesh. Sampai ke peringkat ini penipuan semata-mata nak jadikan orang marah kepada kerajaan dan nak rebut kuasa," kata Najib.

    ReplyDelete
  81. Najib, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri semalam, percaya jika kaum Cina memberi sokongan kepada BN seperti yang dilihat pada 2008, tidak mustahil gabungan itu memperoleh kemenangan dua pertiga pada PRU13
    Ahad lepas.

    Sambil menegaskan masyarakat Cina sebenarnya telah dipermainkan pembangkang, beliau berkata penjelasan segera perlu diberi untuk menyedarkan mereka mengenai realiti sebenar.

    ReplyDelete
  82. Beliau turut menolak tanggapan peralihan besar sentimen pengundi Melayu di bandar menyumbang kepada kemerosotan sokongan kepada BN kerana berdasarkan fakta, undi Melayu di kawasan bandar meningkat berbanding 2008.

    Pada asasnya, undi di kawasan yang didominasi orang Melayu telah meningkat berbanding 2008, katanya.

    ReplyDelete
  83. "Pada 2008, Umno menang 79 (kerusi Parlimen), dan kali ini 88 kerusi, bermakna undi Melayu telah bertambah di seluruh negara," katanya sambil menambah kata bahawa untuk mengatakan undi Melayu di kawasan bandar telah menurun tidak begitu tepat.

    "Sudah tentu bukan semua orang menyokong BN tetapi pada dasarnya, sokongan orang Melayu telah meningkat di kawasan-kawasan bandar," katanya.

    ReplyDelete
  84. Mengenai perubahan yang perlu dilakukan kerajaan untuk menangani apa yang dilihat sebagai trend perubahan sokongan kaum Cina, perdana menteri berkata perkara itu tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.

    Ini kerana kajian mendalam serta perbincangan bersama parti komponen BN perlu dilakukan terlebih dahulu, jelasnya. - Bernama

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.