Wednesday, May 8, 2013

Kemenangan Calon Melayu DAP Pecahkan Tembok Perkauman



Momokan perkauman sempit dan jahat Umno Barisan Nasional (BN) terhadap DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab dan Parlimen Raub, Pahang dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi Dun Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi.

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi.

Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi.

Biarpun kempen PRU 2013 di Johor dicemari dengan momokan politik perkauman pihak lawan, calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim mendapat 19,581 undi, peningkatan 8,650 undi berbanding hanya 10,931 pada PRU 2008 lalu.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai berjaya dimenangi calon MCA-BN, Datuk Wee Jeck Seng yang mendapat 25,038 undi.

Keputusan memberangsangkan calon Melayu DAP itu membuktikan DAP semakin diterima baik rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang semakin terbuka dan bijak selain momokan perkauman Umno BN tidak berjaya menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, khususnya DAP di seluruh negara.

PRU kali ini menyaksikan BN kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi yang dimenangi pada PRU 2008 lalu.

12 comments:
Write comments
  1. Terima Kasih Ya Allah atas rahmatmu menjaga umat Islam Melayu di Malaysia dengan qada dan qadar mu memberi kemenangan kepada UMNO dan BN. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH.


    Wahai bangsaku Melayu betapa hebatnya apa yang diterjemahkan bangsa Cina Dalam PRU-13 ini. Masih tidak nampakkah kita bangsa Melayu perpecahan kita sesama Melayu ? Bangsa Cina telah mengajar orang Melayu macam mana kaum Cina bersatu. Lim Kit Siang dengan Agenda ABU (Asal Bukan UMNO)dihayati bangsa Cina. Ia myebabkan bangsa ini amat ego & riang dengan perpecahan Melayu kini!


    Renungkan lah wahai bangsa Melayu ku apa yang telah diterjemahkan dalam PRU-13 ini.

    ReplyDelete
  2. Begitulah berhasilnya red bean army DAP yg berjaya mengindoktrinasikan kaum cina melalui medan maya eg. internet, blog, serangan fb, tweeter, instangram dll....dgn rasis, tipuan, fitnah, ugutan hingga mca hampir terkubur...dan melayu PAs dan PKR pulak.."
    menang sorak kampung tergadai"...

    ReplyDelete
  3. Saya sebagai orang melayu tidak pernah pun wujudnya perasaan saya untuk membenci bangsa lain dalam pakatan ini. Kita dalam satu negara harmoni harus tidak berfikiran kolot seperti puak tv3. Cina bukan ancaman kita. Kita tidak mahu kerakusan yang menghimpit rakyat. Itulah baru namanya untuk penyokong BN " menang sorak kampung tergadai".

    ReplyDelete
  4. Melayu dan Bumiputera masih boleh berbangga bahawa tanpa sokongan cina BN masih boleh memerintah. Bayangkan kekuatan politik melayu dan bumiputera kalau semua melayu dan bumipuetra yang berada dlm PKR dan PAS bersatu di bawah satu lambang.
    Bersatu teguh, bercerai roboh.

    ReplyDelete
  5. klu x memainkan isu perkauman n agama, sudah lama UMNgOk masuk longkang!!!

    ReplyDelete
  6. Dari zaman parti PARIKATAN sehingga zaman BN, isu perkauman dan agama menjadi mainan politik pembangkang dan juga UMNO/BN. Namun UMNO terus gah.

    ReplyDelete
  7. berdasarkan kepada keputusan PRU13, adalah tidak wajar membuat andaian wujudnya sentimen perkauman berdasarkan pola pengundian. Ini disebabkan jumlah undi yang diperoleh oleh DAP di kawasan Cina turt didukungi oelh sebahagian undi kaum melayu. mana mungkin 100% pengundi Cina memangkah calon DAP untuk mencatat jumlah undi yang diperoleh. mana mungkin juga jumlah hadir penundi itu kaum 100% kaum Cina. Selain itu juga, di kawsan yang mencatat jumlah pengundi Cina hanya melebihi 5 hingga 10 % pengundi Melayu, calon DAP memperoleh undi yang melebihi 70 - 80% jumlah pengundi sedangkan jumlah kaum cina hanya berada dalam peratusan 55 - 75 % sahaja.

    Kita harus menerima hakikat, sebahagian dari masyarakat Cina adalah golongan peniaga. mereka inginkan perniagaan yang dijalankan berjalan lancar, tidak banyak birokrasi dan tekanan. periuk ekonomi direbut secara sihat. atas sebab itu mereka bangkit untuk mendapatkan hak tersebut.

    Masyarakat Cina juga terlibat sama dalam menentukan kemajuan dan kejayaan negara ini sejak sebelum merdeka sehingga hri ini. Oleh itu, meraka juga seharusnya dapat menikmati keistimewaan sepertimana wargamalaysia yang lain. Kejatuhan negara ini juga akan turut meninggalkan kesan terhadap mereka. Setelah bertahun-tahun merdeka kenapa kaum mereka sering dijadikan modalyang tidak sihat oleh parti pemerintah?

    ReplyDelete
  8. Ini cadangan saya:-

    1. Cari pelapis muda dalam kabinet kerajaan.

    2. Kekalkan PM Najib sepenggal lagi.

    3. Muhyiddin tidak mantap menjadi PM Malaysia. (Hujah tak tepat dan cermat..)

    4. Hadkan campurtangan Rosmah dalam kerajaan. (Meluat dan antara faktor kurang sokongan).

    5. Jangan bermusuh dgn kaum cina.. ( we won't win.. )

    6. Fokus mantapkan ekonomi dan kurnagkan penindasan terhadap selain UMNO dan pejawat awam. (Malapetaka Ali Rustam jadikan tauladan..)

    ReplyDelete
  9. Apa Cina mahu?

    Senang saja jawap soalan ni.

    Cina mahu Anwar, tak mau Najib.
    Cina mahu PAS, tak mau UMNO.
    Cina mahu DAP, tak mau MCA.
    CIna mahu PR, tak mau BN.
    Cina mahu Besih, tak mau Kotor.
    Cina mahu undi bersama Melayu, India dan lain bangsa warganegara Malaysia, tak mau undi bersama Bangladesh dan rakyak negara luar.
    Cina mahu hidup bersama Melayu, India dan lain-lain warganegara Malaysia untuk maju bersama-sama.

    Cina hanya 20% dalam Malaysia.
    PR dapat 50.3%, BN dapat 46.8%.
    Kata la semua 20% Cina undi PR, jadi mana yang lagi 30.3% itu?

    Lagi pun bukan full 20% Cina undi DAP. Ada banyak Cina undi PKR dan PAS juga. (saya undi PKR)

    Itu pun belum kira yang sikit undi kepada BN. Ini BUKAN Tsunami Cina, ini Tsunami BN.

    ReplyDelete
  10. Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

    ReplyDelete
  11. Saya rasa DAP Tidak akan berganding bahu denagn setan seperti UMNO-BN...Kenapa? Tak payah kita kira sampai habis jari...siapakah yang menghantar anak Uncle Lim ke penjara kerana mempertahankan hak seorang budak perempuan bawah umur dari orang tua gila seks? Dalam tahun-tahun bila Lim Guan Eng duduk dipenjara, dia bukankah telah mempunyai keluarga sendiri? Adakah Uncle akan lupa bahawa itu hanyalah permulaan perbuatan keji yang dilakukan oleh parti kerajaan hingga selepas itu dus lagi orang 'terjatuh' dari tingkap masa soalsiasat, ada anak orang mati dalam penjara dll....Bolehkah DAP telan dan lupa semua maki-hamun yang dihadiahkan sehingga baru-baru ini? Just ceuase Najib said it's time for national reconcilation (konon), soalan-soalan untuk apa yang telah berlaku tidak mungkin boleh disapu bawah permaidani la woi....

    ReplyDelete
  12. Selagi DAP berpegang dan patuh pada perlembagaan negara ini..selagi itulah mereka juga menghormatinya. Dan terbukti mereka telah menjadikan perlembagaan itu tempat berpegangnya. Ada faham?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.