Wednesday, May 8, 2013

LIVE Himpunan Rakyat Tolak PRU-13

Lebih 100,000 orang berkumpul di Stadium Kelana Jaya bagi membantah penipuan dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang tadi, ia tidak menghalang mereka berkumpul di stadium itu.

Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan jam teruk sejak petang tadi.

Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan kecacatan.

8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

8.45pm:
Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

NONEMereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm:
Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Orang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu. -MK



58 comments:
Write comments
  1. kasian Anwar. terlalu kepingin jadi PM. tapi mmg majoriti raayat tolak impian dia. sudahla Anwar.

    moga u jadi pensyarah spt yg u janjikan sebelum ini + bertambah baik

    ReplyDelete
  2. Rumah Sudah Siap, Tapi Pahat Masih Berbunyi...iutlah ketentuan Qada & Qadar Allah S.W.T ke atas segala yang dikehendakinya...ada hikmah disebalik kejadian. Tiba masa muhasabah diri dan memikirkan hala tuju pembangunan negara kerana suara pembangkang juga perlu dalam proses itu. Lebih baik beramal ibadah kerana 'Kubur Kata Mari, Rumah Kata Pergi'.

    ReplyDelete
  3. Bila bertanding, seorang menipu .. apakah org yg ditipu itu hanya berserah pada takdir .. tidak .. Allah memberi akal untuk berjuang menentang ketidak adilan. Manusia2 pengecut hanya memberi komen bodoh.

    Kejahilan manusia, ialah bila yg tdk terdaya ditekan .. yg zalim terus menzalimi .. yg bkemampuan hanya melihat dan mendengar tanpa memberi bantuan.

    ReplyDelete
  4. Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata, sebaliknya calon atau mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  6. Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah.

    ReplyDelete
  7. Dengan itu barulah boleh diadakan pilihan raya semula, tetapi jika dibuat perjumpaan atau perhimpunan seperti malam ini, yang saya pun tak tahu apa maksud dia, sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa yang boleh mengakibatkan pilihan raya diadakan semula

    ReplyDelete
  8. Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula-Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

    ReplyDelete
  9. Sebaliknya calon atau mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  10. Selepas diwartakan dalam tempoh 21, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah.

    ReplyDelete
  11. Dengan itu barulah boleh diadakan pilihan raya semula, tetapi jika dibuat perjumpaan atau perhimpunan seperti malam ini, yang saya pun tak tahu apa maksud dia, sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa yang boleh mengakibatkan pilihan raya diadakan semula.

    ReplyDelete
  12. Di sebalik pelbagai tuduhan seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu, orang asing diguna sebagai pengundi dan bekalan elektrik terputus, Abdul Aziz berkata beliau yakin PRU13 berlangsung secara bersih serta teratur, dan SPR sama sekali tidak terbabit membantu mana-mana pihak memenangi pengundian.


    ReplyDelete
  13. "Saya ingin nyatakan bahawa pilihan raya yang diadakan adalah begitu saksama, yang menang bukan sebab ditolong SPR, dan yang kalah bukan kerana tidak dibantu SPR, yang menentukan kalah menang di Malaysia ialah pengundi berdaftar yang mengundi," katanya.


    ReplyDelete
  14. Berdasarkan rekod, jumlah tertinggi petisyen berhubung keputusan PRU yang diterima SPR ialah pada 1999 iaitu 40 diikuti lebih 30 petisyen pada 2004.

    Jumlah petisyen menurun kepada 26 pada 2008, walaupun ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.


    ReplyDelete
  15. Tindakan beberapa pihak berusaha bersungguh-sungguh bagi menanggalkan dakwat kekal yang dicalit kepada jari pengundi awal jelas memperlihatkan usaha memburuk-burukkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  16. Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata cubaan menanggalkan sepenuhnya kesan dakwat itu secepat mungkin dengan menggunakan pelbagai cara, mungkin ada motif tertentu atau berniat tidak baik terhadap SPR.

    ReplyDelete
  17. “Jika dilihat betul-betul kepada kes yang disebar di laman sosial itu, kesan dakwat memang tidak tanggal sepenuhnya, masih kelihatan di celah kuku,” katanya.

    ReplyDelete
  18. Katanya, dakwat itu sudah diuji dan diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia serta Majlis Fatwa Kebangsaan.

    ReplyDelete
  19. Kamaruddin berkata, pihaknya mendapati kejadian di mana beberapa pengundi awal membuat laporan polis kerana dakwat kekal yang dicalit itu hilang selepas dicuci adalah kerana petugas SPR tidak mengikut peraturan supaya menggoncang botol dakwat terbabit kira-kira 30 minit sebelum digunakan.

    ReplyDelete
  20. Katanya, jika diguna mengikut peraturan yang ditetapkan, kesan dakwat pasti tidak akan hilang sepenuhnya walaupun ia cuba ditanggalkan dengan pelbagai cara seperti menggunakan cuka, pencuci, minyak atau apa saja bahan lain.

    ReplyDelete
  21. Memang tepat sekali lirik lagu 'Dari Kerana Mata' nyanyian R. Azmi bagi menggambarkan kekecewaan Anuar Ibrahim. Kan mata lambang PKR.

    Dari kerana mata,
    Yang Tak mempunyai kuasa,
    Oooh aku kecewa, aku kecewa kerananya
    Demi kerana mataaa.....

    --------------------------------------------

    Dari kerana mata,
    Yang Tak mempunyai kuasa,
    Ooooh Anuar kecewa, Anuar kecewa kerananya,
    Demi kerana mataa...

    ReplyDelete
  22. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihanraya itu diadakan

    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  23. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Menurut seksyen 35A Akta yang sama setiap petisyen pilihan raya hendaklahdiselesaikan tidak lewat daripada enam (6) bulan daripada tarikh petisyen pilihan rayaitu dikemukakan. Semua petisyen pilihan raya yang telah dikemukakan di MahkamahTinggi telah pun diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh undang-
    Undang

    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  24. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Kandungan dan bentuk petisyen pilihan raya

    petisyen itu bendaklah menyatakan hak pempetisyen untuk mempetisyen mengikut
    seksyen 34 Akta; dan

    petisyen itu hendaklah menyatakan tarikh pilihan raya itu diadakan dan juga keputusannya, dan hendaklah menyatakan dengan ringkas fakta dan alasan yang berasaskannya permintaan itu disokong.

    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  25. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Petisyen itu hendaklah menyatakan tarikh pilihan raya itu diadakan dan juga keputusannya, dan hendaklah menyatakan dengan ringkas fakta dan alasan yang berasaskannya permintaan itu disokong.


    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  26. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Petisyen itu hendaklah dibahagikan kepada perenggan, tiap-tiap satunya, dengan seberapa hampir yang boleh, hendaklah dikhaskan kepada suatu bahagian yang tertentu bagi perkara itu, dan tiap-tiap perenggan hendaklah dinomborkan secara berturutan, dan tiada kos boleh dibenarkan bagi rnembuat atau menyalin mana-mana petisyen yang tidak mematuhi kaedah ini pada keseluruhannya, melainkan jika selainnya diperintahkan oleh Mahkamah atau seseorang Hakim.

    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  27. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Petisyen itu hendaklah diakhiri dengan suatu permintaan seperti, misalnya, bahawa
    seseorang tertentu hendaklah diisytiharkan dilapor pilih atau dipilih dengan sewajarnya,
    atau bahawa pilihan raya ini hendaklah diisytiharkan terbatal, dan petisyen itu hendaklah ditandatangani oleh semua pempetisyen.

    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  28. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Keterangan tidak perlu dinyatakan dalam petisyen tetapi butir-butir boleh diperintahkan supaya diberikan 5. Keterangan tidak perlu dinyatakan dalam petisyen itu, tetapi Hakim boleh, atas permohonan secara bertulis daripada seorang responden, memerintahkan supaya diberikan apa-apa butir yang perlu bagi mengelakkan keadaan yang mengejutkan dan belanja yang tidak perlu, dan bagi memastikan perbicaraan yang adil dan berkesan atas apa-apa terma tentang kos dan selainnya sebagaimana yang diperintahkan. Jika lebih daripada satu petisyen berhubung dengan pemilihan yang sama dikemukakan

    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  29. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Jaminan oleh pempetisyen bagi kos, dsb., petisyen pilihan raya

    Pada masa petisyen dikemukakan, jaminan bagi pembayaran semua kos, caj dan belanja yang kena dibayar oleh pempetisyen hendaklah diberikan bagi pihak pempetisyen.

    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  30. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Jaminan oleh pempetisyen bagi kos, dsb., petisyen pilihan raya

    Jaminan yang dikehendaki oleh kaedah ini hendaklah diberikan dengan suatu deposit wang yang tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit, dan Hakim, dalam masa perbicaraan, boleh menghendaki pempetisyen supaya mendepositkan suatu jumlah wang tambahan sebagai jaminan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Hakim. (3) Jika jaminan yang diperuntukkan dalam kaedah ini tidak diberikan oleh pempetisyen, tiada petisyen boleh didaftarkan di Mahkamah itu

    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  31. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Jaminan dengan deposit wang

    Pendepositan wang sebagai jaminan bagi pembayaran kos, caj, dan belanja yang kena dibayar oleh pempetisyen hendaklah dibuat dengan membayarnya kepada Pendaftar dan wang itu hendaklah diletakhakkan pada Hakim Besar dan dikeluarkan dari semasa ke semasa olehnya bagi maksud yang kerananya jaminan dikehendaki oleh Kaedah-Kaedah ini. Suatu resit hendaklah diberikan oleh Pendaftar bagi wang deposit itu.


    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  32. BIJAKLAH DALAM MEMILIH SALURAN DALAM MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI

    Jaminan dengan deposit wang

    Pendaftar hendaklah menyimpan suatu buku yang terbuka untuk diperiksa oleh semua pihak yang berkenaan, yang dalamnya hendaklah dicatatkan dari semasa ke semasa amaun deposit itu, nombor dan tarikh resit baginya, dan petisyen yang dimaksudkan olehnya.

    BUATLAH PETISYEN

    ReplyDelete
  33. Himpunan rakyat tolak keputusan PRU13 ibarat 'Anjing menyalak bukit'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu banglayu yg takut kalah menyalak macam pencuri sebab memang kaki tipu. bukit tinggi pun boleh junam apa lg pangkat boleh jatuh bila dicabut. .amin.

      Delete
  34. Masa kempen Anuar nyanyi:-

    Tanya sama Najib, apa sebab goyang
    Nanti jawab Najib Sabah nak hilang.

    Akhirnya Sabah bagi pukulan maut kepada Anuar.

    Congratulation Sabahan.

    ReplyDelete
  35. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dlm twitternya berkata:

    "Rakyat letih dg asakan melampau.Terima hukuman.MUhasabah diri.Akui kelemahan.Maju ke hadapan.Tumpu rakyat bukan kerabat".

    "Terima keputusan rakyat.Maju ke hadapan dg dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara".

    Laungan reformasi harus bermula dg bisikan dlm hati sendiri.Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal".


    Sumber:http://darulehsantoday.blogspot.com/2013/05/full-twitter-azmin-ali-hentam-anwar-kaw.html

    ReplyDelete
  36. Tanpa notis 10 hari lebih awal, polis mengklasifikasikan himpunan yang akan diadakan oleh pakatan pembangkang di Stadium Kelana Jaya pada malam Rabu sebagai perhimpunan haram.

    Ketua Polis Selangor, Timbalan Komisioner Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata walaupun pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan stadium untuk menggunakan kemudahan di situ, mereka masih perlu memaklumkan mengenai himpunan tersebut kepada pihak polis.

    Beliau berkata tindakan tersebut tidak mengikut Akta Perhimpunan Aman (PPA) 2012.

    “Di bawah PAA, piha penganjur perlu memaklumkan kepada polis, 10 hari lebih awal sebelum mengadakan apa-apa himpunan. Ini bagi membolehkan pihak polis mendapatkan maklum balas daripada penduduk di kawasan tersebut dan mengerakkan tenaga kerja untuk mengawal keselamatan serta memastikan trafik berjalan lancar,” katanya

    Beliau berkata mengadakan himpunan di tempat awam tanpa kebenaran merupakan satu perkara yang tidak adil kepada penduduk kerana mereka tidak diberitahu lebih awal.

    “Kaedah yang terbaik adalah menangguhkan himpunan tersebut untuk tempoh 10 hari lagi namun pihak penganjur enggan berbuat demikian,” katanya.

    Bagaiamanapun, Tun Hisan berkata pihak polis akan menggelakkan sebarang konfrontasi dengan pihak penganjur mahupun peserta selari dengan hak mengadakan perhimpunan secara aman.

    “Kami akan mengumpulkan maklumat dan membuat kajian sama tindakan boleh diambil terhadap pihak penganjur atau peserta,” katanya.

    Pada Isnin, portal berita online, melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata himpunan besar-besaran akan diadakan di stadium di sini dan beliau dijangka menyampaikan ucapan kepada rakyat Malaysia buat pertama kali selepas pilihan raya umum diadakan.

    ReplyDelete
  37. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Anwar memang terkenal dengan suka bermain dengan angka. Sebagai seorang graduan cukup makan pengajian Melayu, kebolehan memetik angka mampu menaikkan imejnya sebagai seorang yang bijak.

    ReplyDelete
  38. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Namun, Anwar tidak sedar bahawa angka tidak boleh dipetik sesuka hati kerana ia adalah fakta yang tidak boleh dimanipulasi sesuka hati. Kesilapan memetik angka, akan memperlihatkan bahawa Anwar sebenarnya tidaklah bijak.

    ReplyDelete
  39. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Antara angka yang pernah dipetik Anwar ialah, “2 bulan sahaja masalah Kampung Buah Pala akan selesai”, dan “2 minggu sahaja masalah flat di Padang Kota akan selesai”, atau “16 September saya akan jadi Perdana Menteri”. Semuanya ternyata auta belaka bukan fakta.

    ReplyDelete
  40. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Dan sebelum pilihanraya umum ke-13 Anwar memetik angka berikut pula: 45,000 pendatang asing dibawa dari Sabah Sarawak untuk mengundi BN. Malah, lebih spesifik lagi, beliau juga turut ‘menunjuk bukti’ berbentuk dokumen yang dihitamkan di sana sini, yang kononnya menunjukkan bahawa 4,500 pendatang asing masuk melalui KLIA setiap hari. Dan 40,500 dari mereka sudah pun berada di Malaysia melalui 16 penerbangan sehari bermula dari 25 April 2013.

    ReplyDelete
  41. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Malangnya, selepas pilihanraya, Anwar tidak lagi bermain dengan angka spesifik. Sebaliknya menuduh secara rambang dan rawak bahawa kononnya berlaku gangguan elektrik di beberapa tempat sewaktu proses pengiraan undi. Tetapi beliau gagal memberitahu di tempat mana dan berapa lama. Kononnya, selepas gangguan elektrik kotak undi bertambah. Tetapi beliau juga tidak pula boleh menyatakan berapa kotakkah pertambahan itu.

    ReplyDelete
  42. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Beliau menuduh ramai warga Bangladesh telah didaftarkan sebagai pengundi dengan menggunakan kad pengenalan palsu. Tetapi, beliau tidak menyatakan berapa ramai secara tepat mahupun pecahan-pecahan tempat di mana mereka mengundi. Malah, mereka yang kononnya menangkap warga Bangladesh dengan kad pengenalan palsu itu juga gagal membawa walaupun satu bukti dan seorang saksi bagi menguatkan tuduhan.

    ReplyDelete
  43. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Secara tiba-tiba selepas PRU-13, ‘angka’ atau ‘fakta’ sudah tidak memainkan peranan lagi dalam ceramah dan ucapan Anwar. Sedangkan, jika Anwar ingin membuat bantahan, beliau perlu terlebih dahulu mengemukakan fakta dan angka ke atas semua tuduhan konon berlaku penipuan SPR itu. Dan inilah yang penyokongnya ingin dengar dalam Himpunan Bantah PRU-13 di Kelana Jaya semalam.

    ReplyDelete
  44. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Namun, walaupun Anwar ‘berjaya’ menipu penyokongnya sebelum pilihanraya ternyata Anwar telah gagal menjelaskan kenapa beliau masih gagal membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya. ini kerana, selain menuduh SPR menipu, bersekongkol dengan BN dan PR patut menang berdasarkan undi popular, Anwar tidak dapat membina satu ‘kes’ yang tulen ke atas semua tuduhannya.

    ReplyDelete
  45. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Apa yang beliau mampu lakukan hanyalah mengajak penyokongnya terus berdemonstrasi di Ipoh dan Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini bagi meneruskan bantahan.

    ReplyDelete
  46. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Rungutan di kalangan hadirin terdengar berbunyi “bantahan atas dasar apa?” “Apakah asasnya?” Tetapi, soalan hanya tinggal soalan di celah-celah keriuhan jeritan semangat mereka-mereka yang belum tersedar.

    ReplyDelete
  47. GAGAL MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SPR, ANWAR TERUSKAN PERJUANGANNYA MELALUI DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PULA..

    Justeru, pulanglah hadirin himpunan itu dalam keadaan keliru, hampa dan marah. Perlahan-lahan yang belum sedar tadi juga mula menyedari yang mereka telah diperbodohkan atau sememangnya bodoh selama ini.

    ReplyDelete
  48. Himpunan ini melambangkan begitu ramai yang tidak setuju dengan keputusan PRU13 yang bercorak penipuan.

    ReplyDelete
  49. Hidup pembangkang yang berjuangkan PRU yang lebih bersih dan transparent.

    ReplyDelete
  50. We lost our democracy.

    ReplyDelete
  51. Terbukti himpunan ini tidak berasaskan isu perkauman malah semua kaum bersatu demi demokrasi dan PRU yang lebih amanah dan bersih.

    ReplyDelete
  52. Mereka tampilkan diri demi suara dan pilihan rakyat tidak dihormati.

    ReplyDelete
  53. Jika keadaan ini masih berlaku salahkan rakyat berselindung di sebalik parti-parti pembangkang dan melakukan protes secara politik yang telah pun terbukti menjahanamkan imej kerajaan itu? Lagi pun jika mereka lakukan protes politik dan berusaha menukar kerajaan yang mereka sudah tidak yakini itu merupakan hak mereka kerana menukar kerajaan itu bukannya tindakan jenayah.

    ReplyDelete
  54. Ini negara demokrasi. Tetapi apabila rakyat memberontak pihak kerajaan tanpa malu-malu memarahi parti pembangkang kerana rakyat berdiri dibelakang parti-parti itu. Jangan di ikuti cara Dr Mahathir kerana beliau selalu memarahi sesiapa yang menyokong pembangkang tetapi tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. Mahathir mempunyai kepercayaan yang berhak melakukan kesalahan ialah pihak BN sahaja dan tidak perlu diambil tindakan dan terus terlepas dari undang-undang. Mana boleh begitu?

    ReplyDelete
  55. Apabila Najib dalam masalah mereka ini bukannya boleh membantu tetapi sebaliknya akan menambah beban demi beban terhadap negara dan beliau sendiri. Mereka ini tidak akan lagi bersama beliau apabila beliau dalam masalah apatah lagi semasa persaraan beliau nanti. Najib perlu ingat kehidupan yang paling pahit ialah apabila semasa akhir hayat dan dalam persaraan kita di hina olih masyarakat, lebih-lebih lagi ditinggalkan kawan-kawan dan sahabat yang pernah bersama kita.

    ReplyDelete
  56. Memang ada pengundi hantu Bangla Desh dalam Malaysia. Malah ianya bukan baru dibawa masuk Semenanjung, tapi sudah lama menapak dan jadi orang Melayu.

    ReplyDelete
  57. Kepada PM, nasihat kami sebagi melayu dan pengundi, jika mahu melantik barisan kabinet baru calun-calun nya mesti ;
    1. Bukan veteran BN dan yang kalah kalah dalam PRU13
    2. Carikan barisan pemimpin yang berumur kurang dari 45 tahun sebagai persedian PRU14 bila 5 tahun lagi umur mereka mencecah 50 dan matang
    3. Cari calun popular walau pun kurang buat kerja kerana kerja boleh diberi dan dibentuk
    4. Nasihatkan semua MB-MB yang mahu melantik Pegawai Khas dan sebagainya sebagai pendamping MB dikalangan pemuda yang berjiwa besar kerana parti . Cara nya boleh buat temuduga terbuka dikalangan pemimpin 4 sayap.

    Insyaalah imej parti akan berjaya dipulihkan kembali dan sokongan orang muda boleh meningkat

    Akhirnya dicadangkan komposisi barisan kabinet biarlah 60 / 40 antara dewasa dan golongan muda

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.