Monday, May 20, 2013

Mahkamah pilihanraya lawan Mahkamah Rakyat

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah," kata Aziz.

Sentimen yang sama juga diluahkan oleh Presiden Umno Najib Tun Razak. Najib menyatakan Umno akan terima apa sahaja keputusan mahkamah.

Inilah skrip basi SPR dan Umno. Bagi kedua-dua tokoh ini penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya adalah mahkamah. Hujah Najib dan SPR ini hakikatnya satu lagi bentuk penipuan halus pihak berkuasa untuk mengelirukan mereka yang jahil tentang petisyen pilihanraya.

Saya ingin nyatakan dengan tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court) beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh rejim BN yang korup dan penipu. Jadi bagaimanakah undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan pilihanraya yang sarat dengan penipuan !!!

Ibarat yang mudah adalah bagaimanakah kita boleh mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga kambing adalah serigala !!!

Dalam undang-undang pilihanraya, alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen 32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya.

Najib dan SPR arif dan tahu berdasarkan seksyen 32 (a) hingga (e) Akta tersebut hampir mustahil untuk membatalkan sesuatu pilihanraya. Bagi memudahkan faham mari kita lihat bagaimana seksyen 32 (b) Akta tersebut digubal oleh rejim BN.

Berdasarkan seksyen 32 (b) tersebut sesuatu pilihanraya hanya boleh dibatalkan jika mahkamah pilihanraya berpuashati wujudnya perlanggaran undang-undang pilihanraya namun perlanggaran itu mestilah dalam masa yang sama menjejaskan keputusan pilihanraya.

Sebagai peguam yang banyak terlibat dalam petisyen pilihanraya saya ingin nyatakan membuktikan perlanggaran undang-undang atau peraturan pilihanraya bukan suatu yang susah kerana Umno dan SPR seringkali langgar undang-undang pilihanraya. Malahan banyak kali kami peguam PAS dapat membuktikan hal tersebut.
Yang sukarnya hingga ke tahap hampir mustahil adalah membuktikan perlanggaran undang-undang oleh Umno dan SPR boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.

Hakim-hakim di negara ini sehingga sekarang memilih tafsiran kuno tentang maksud menjejaskan keputusan pilihanraya. Di negara maju seperti di England para hakim di sana berpendapat jika berlaku perlanggaran undang-undang secara substantif maka pilihanraya adalah tidak sah tanpa mengira perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihanraya.

Tafsiran mahkamah di Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah dengan majoriti 1000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001 pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu kena juga dibuktikan telah mengundi dua kali.

Jika tidak dibuktikan meskipun calon A boleh buktikan penggunaan dakwat yang tidak kekal adalah bercanggah dengan undang-undang namun pilihanraya yang langgar undang-undang itu masih dikira sah dan tidak boleh dibatalkan.

Itulah yang hakim-hakim di negara ini akan putuskan. Jika hakim putuskan begitu Najib dan SPR secepat kilat akan berkata "lihatlah mahkamah telah pun memutuskan pilihanraya adalah sah..jadi mengapa Pakatan Rakyat masih tidak puas hati?"

Bagi saya ini satu muslihat licik Umno untuk menggunakan saluran mahkamah untuk menjustifikasi penipuan!!!

Sebab itu saya tegaskan mahkamah atau petisyen bukan jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya. Mahkamah rakyat adalah penyelesaiannya.
Bagi rakyat jika SPR atau undang-undang kata dakwat yang digunakan adalah kekal maka SPR kena pastikan dakwat itu benar-benar kekal. Jika tidak kekal maka SPR tipu. Undang-undang juga tipu.

Inilah perbezaan mahkamah pilihanraya dan mahkamah rakyat. Di mahkamah pilihanraya hakim tidak boleh batalkan pilihanraya meskipun SPR tipu kerana hakim terikat dengan undang-undang yang digubal oleh rejim penipu.

Sebaliknya di mahkamah rakyat keadilannya lebih tulen. Jika SPR dan undang-undang tipu maka pilihanraya yang BN menang adalah pilihanraya tipu. Maka PM dan Menteri yang dilantik juga dikira oleh rakyat dikira sebagai PM penipu dan menteri penipu !!!!

Oleh Mohamed Hanipa Maidin
* Penulis adalah peguam yang juga anggota Parlimen Sepang

59 comments:
Write comments
  1. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak mempolitikkan segala pelaksanaan dan tindakan pihak berkuasa dalam usaha memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

    Pihak berkenaan boleh menghadapi risiko besar sekiranya terus berbuat demikian, katanya pada sidang media selepas memulakan tugas hari pertama sebagai menteri dalam negeri.


    ReplyDelete
  2. “(Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng harus membezakan antara objektif politik, langkah politik dengan pelaksanaan undang-undang. Jangan mempolitikkan segala pelaksanaan undang-undang yang dilaksanakan oleh IGP (ketua polis negara) atau lain-lain agensi yang berada di bawah KDN,” katanya.

    ReplyDelete
  3. Ahmad Zahid berkata ketua polis negara, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN, diberi kuasa sepenuhnya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut bidang kuasa masing-masing, tanpa campur tangan politik.


    ReplyDelete
  4. Sebarang tindakan yang dilakukan di bawah KDN tidak boleh dianggap sebagai tindakan bermotifkan politik, tetapi berlandaskan kepada asas-asas perundangan yang sedia ada, katanya.

    ReplyDelete
  5. Beliau mengingatkan bahawa kerajaan tidak lagi memberi amaran, sebaliknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan menjejaskan ketenteraman awam negara.

    “Kami tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang, akta dan enakmen yang sedia ada,” katanya.


    ReplyDelete
  6. Takkan tiada jalan penyelesaian Buatlah di mahkamah rakyat... kalau tidak rakyat yang akan mengadili...

    ReplyDelete
  7. Menyentuh kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung beberapa perkara berkaitan kenyataan beliau baru-baru ini, soal perundangan, pilihan raya dan sebagainya, Ahmad Zahid berkata perkara itu boleh dipertikai di Parlimen.

    “Sebagai orang politik, kita berjumpa di gelanggang politik, gelanggangnya bukan di jalanan, bukan di padang terbuka, tetapi di Dewan Rakyat. Jangan gunakan forum di tempat lain,” jelas beliau.

    ReplyDelete
  8. Ahmad Zahid turut membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya “Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya.

    Ini (pun) bukan negeri bapa dia,” katanya.

    Anggota Parlimen Bagan Datoh itu dibidas kerana membuat kenyataan menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

    ReplyDelete
  9. Ahmad Zahid juga berkata bagi memastikan pelaksanaan KDN berjalan lancar, cadangan, pandangan dan kerjasama padu daripada semua pihak dialu-alukan, selain kritikan dan teguran.

    “Kami perlukan sokongan dan dukungan daripada masyarakat keseluruhannya, ini termasuk pemimpin-pemimpin politik, sama ada dalam kerajaan mahupun di luar kerajaan, NGO, individu dan institusi.

    “Bukan sekadar memberikan maklum balas, aduan atau rungutan tetapi memberikan cadangan dan kerjasama kepada apa yang sedia ada dalam perundangan,,

    peruntukan yang digarispandukan. Ia bukan untuk kepentingan politik kami,” katanya.

    ReplyDelete
  10. I must say don't lie to the people because the people will find out and people will start collecting the truth.

    ReplyDelete
  11. Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  12. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, petisyen itu boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

    ReplyDelete
  13. Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

    ReplyDelete
  14. Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

    ReplyDelete
  15. "Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad.

    ReplyDelete
  16. Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.

    ReplyDelete
  17. Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  18. Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

    ReplyDelete
  19. "Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang.

    ReplyDelete
  20. Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," katanya.

    ReplyDelete
  21. Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan provokasi dengan meminta rakyat menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu membuktikan Ketua Pembangkang itu kemaruk kuasa.

    ReplyDelete
  22. Penganalisis politik, Mohd. Baharudin Othman berkata, sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan, beliau sepatutnya memfailkan petisyen bantahan dalam tempoh 21 hari.

    ReplyDelete
  23. "Sekiranya Anwar benar-benar tidak setuju, pergilah lakukan siasatan di setiap negeri, kumpul maklumat, buat laporan polis, kemudian failkan petisyen.

    ReplyDelete
  24. "Ini tidak, beliau telah mendahului sistem demokrasi yang diamalkan negara. Inilah yang orang kata gilakan sangat kuasa.

    ReplyDelete
  25. Kesilapan Anwar dalam membuat demo jalanan ini telah menampakkan yang mana beliau ini sudah tergila-gila dengan kuasa nombor 1 negara menjadi perdana menteri.

    ReplyDelete
  26. Mahkamah rakyat vs mahkamah pilihanraya?

    ReplyDelete
  27. Rakyat jangan terpengaruh usaha parti pembangkang yang ghairah memperlekeh dan memfitnah kerajaan kononnya mereka membela nasib rakyat. Padahal ianya satu muslihat Anwar yang mahu merampas kuasa menjadi PM untuk kepentingannya sendiri.

    ReplyDelete
  28. Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, pembangkang akan mencari isu untuk dieksploit dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan mempengaruhi rakyat demi keuntungan parti mereka.

    ReplyDelete
  29. Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih rakyat tetap melaksanakan program pembangunan yang dirancang selari dengan konsep Gagasan 1Malaysia.

    ReplyDelete
  30. Kerajaan sekarang adalah yang terbaik dan untuk mentadbir sebuah negara yang memiliki pelbagai kaum bukanlah satu perkara mudah.Oleh itu rakyat harus jangan memperlekehkan usaha kerajaan dalam agenda transformasi.

    ReplyDelete
  31. Setiap rakyat bertanggungjawab mempertahankan kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri demi kelangsungan agenda pembangunan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  32. Agenda politik pembangkang banyak memberi input yang buruk terhadap usaha kerajaan mengukuhkan perpaduan dan memakmurkan rakyat serta negara.

    ReplyDelete
  33. Selain itu golongan belia diminta agar tidak terlibat dengan perhimpunan haram yang dianjurkan pembangkang kononnya mahu menolak keputusan PRU13 lalu.Ianya hanya akan menimbulkan kekecohan yang boleh menjadi pertumpahan darah adakah ini yang kita mahu?

    ReplyDelete
  34. Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, pembangkang amat kecewa kerana kegagalan mereka untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya apabila hanya memperoleh 89 kerusi Dewan Rakyat, meskipun mencanangkan ke seluruh dunia seolah-olah Putrajaya telah menjadi milik mereka sejak 5 Mei lalu.

    ReplyDelete
  35. Menurutnya, pembangkang mendakwa BN hanya memperoleh 133 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak dapat menguasai dua pertiga suara majoriti, sedangkan BN hanya memerlukan 15 kerusi sahaja untuk memperolehnya. Oleh itu di sini nyata pilihanraya tidak menipu kerana pembangkang pun banyak menang kerusi pada kali ini.

    ReplyDelete
  36. Apa yang menghairankan, mereka pembangkang tidak pula mempertikaikan keputusan pilihan raya untuk Dun di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

    ReplyDelete
  37. Pengiktirafan dwi standard ini yang diyakinkan kepada penyokong tegar mereka dengan menggunakan alasan telah memperoleh undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN 48.22 peratus.

    ReplyDelete
  38. Jika pun benar pembangkang memperoleh kelebihan suara majoriti, namun ukuran yang digunakan pembangkang telah dimanipulasikan mengikut acuan 'list system' atau 'single transferable vote',” kata Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib

    ReplyDelete
  39. Ismail berkata, kaedah ditafsirkan pembangkang hanya terpakai bagi negara yang memilih ketua negara dan parti pemerintah secara sistem pilihan raya perwakilan bernisbah dengan memperuntukkan kerusi berasaskan undi diterima.

    ReplyDelete
  40. Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem 'first past the post' yang mana, parti politik bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian dengan mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.

    ReplyDelete
  41. Perhimpunan haram hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan.manakala kerajaan Bn pula berdiam diri bagi memfokus kepada pembangunan Negara tercinta.

    ReplyDelete
  42. Di samping itu juga, Polis mengingatkan orang ramai agar tidak mencabar undang-undang menerusi pelbagai provokasi yang sengaja mahu membangkitkan perasaan marah di kalangan rakyat hanya kerana pihak tertentu tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Di mana kenyataan ini juga merujuk kepada sebarang jenis perhimpunan.

    ReplyDelete
  43. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya tidak mahu keadaan huru-hara berlaku, sebaliknya akan memastikan suasana yang aman bagi membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri beroperasi mengikut amalan demokrasi berpandukan sistem perundangan negara.

    ReplyDelete
  44. Beliau berkata, polis tidak mahu sistem pentadbiran negara diserang disebabkan ada pihak yang cuba menentang perlembagaan negara menerusi perhimpunan provokasi yang dibuat pihak tertentu. Kita boleh lihat bahawa pembangkang sengaja menggugat keamanan dan menimbulkan huru hara yang tidak berkesudahan ini.

    ReplyDelete
  45. Tan Sri Ismail Omar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan pakatan pembangkang di Stadium Kelana Jaya, Selangor 8 Mei lepas yang bersifat provokasi.

    ReplyDelete
  46. Beliau berkata, perhimpunan yang diadakan mestilah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diwujudkan mengikut kehendak rakyat dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang mencetuskan keadaan huru-hara. Pihak pembangkang pula tidak menuruti permintaan ini dan mengajurkan perhimpunan haram besar-besaran.

    ReplyDelete
  47. Bukti-bukti tuduhan pembangkang pun tidak jelas bagaimanakah mereka ingin ke mahkamah ataupun disebabkan ketiadaan bukti itulah pembangkang hanya beralih kepada perhimpunan?

    ReplyDelete
  48. Dengan ketidak berkesudahan perhimpunan demonstrasi ini, maka ekonomi dan sosial Negara kita boleh teganggu. Hanya BN yang tidak memfokus kepada ini sebaliknya meneruskan agenda transformasi negara.

    ReplyDelete
  49. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan meminta agar kepimpinan Pakatan Pembangkang berhenti menghasut rakyat dengan mendakwa mereka telah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU) hanya berdasarkan undi popular yang diperolehi Pakatan Pembangkang melebihi undi popular yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN).

    Menurut beliau, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Pakatan telah menang berdasarkan angka undi popular itu seolah-olah menggambarkan bahawa keseluruhan rakyat di negara ini telah menolak BN.

    ReplyDelete
  50. Tegasnya, kenyataan Ketua Pembangkang itu adalah merupakan satu pembohongan yang nyata dan BN perlu menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat di negara ini bagi menangkis segala pembohongan dan fitnah yang dilontarkan oleh Pakatan kepada BN.

    Justeru itu, beliau meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang yang mendakwa mereka telah memenangi PRU ke 13 ini hanya dengan berdasarkan kelebihan undi popular yang mereka perolehi.

    ReplyDelete
  51. Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihanraya memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang didapati memfitnah suruhanjaya tersebut berhubung dakwaan wujudnya penipuan ketika berlansungnya Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini.

    Menurut beliau, SPR sewajarnya bertindak untuk menyaman pihak yang terbabit yang menyebarkan fitnah tersebut bagi membersihkan nama baik suruhanjaya tersebut.

    ReplyDelete
  52. Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut menyaman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana mendedahkan rahsia parti itu disifatkan sebagai hipokrit dan dwi standard.

    ReplyDelete
  53. Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, Karpal tidak sedar DAP selama ini melakukan perkara sama kerana sentiasa mahu mendedahkan kesalahan atau kesilapan yang kononnya dilakukan kerajaan.

    ReplyDelete
  54. Sehubungan itu, tambahnya, pemimpin DAP tersebut perlu bersedia dan menerima tindakan pihak lain yang mendedahkan kepincangan parti itu apatah lagi perkara berkenaan dilakukan bekas pemimpin dan ahli DAP sendiri.

    ReplyDelete
  55. Kalau mahkamah pun kita anggap kena ikat, jadi siapa lagi manusia di muka bumi ni yang tak kena ikat?

    ReplyDelete
  56. Takkan ke mana jika kita asyik salah sangka sebelum pun sesuatu hal itu diohadapkan ke mahkamah. Ingat kalaupun susah sangat dapat penghakiman, hukum karma itu ada dan benar-benar berlaku.

    ReplyDelete
  57. PAS Negeri Sembilan akan fail petisyen PRU13

    KUALA LUMPUR: PAS akan memfailkan petisyen pilihanraya untuk beberapa kerusi Dun di Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat ini.

    Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjayanya, Dr Rosli Yaakop (gambar) menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS di negeri itu supaya terus berjuang dengan semangat yang lebih kental dan persediaan yang lebih rapi untuk mencapai kemenangan dalam PRU14.

    Mengenai keputusan PRU13, katanya walau pun Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Negeri Sembilan tetapi penelitian menunjukkan bahawa keputusan bagi kerusi-kerusi Dun cukup memberangsangkan.

    Beliau berkata, berbanding keputusan Pilihan Raya Umum Keduabelas (2008), jumlah undi popular yang diperolehi Pakatan Rakyat bertambah sebanyak 1% daripada 47% kepada 48% dalam PRU13.

    “Jumlah undi popular yang diperolehi PR mencatat kenaikan di kesemua kerusi yang ditandingi berbanding PRU12,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

    Namun demikian, ujarnya PR telah kehilangan satu kerusi berbanding keputusan PRU12.

    Beliau menambah, diperhatikan bahawa 5 kerusi Dun yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) adalah dengan majoriti tipis dan jumlah keseluruhan majoriti bagi kerusi-kerusi berkenaan hanyalah 3,139 undi.

    Kerusi-kerusi berkenaan adalah Ampangan (89 undi - PKR), Labu (1,511 undi - PAS), Johol (1,344 undi - PAS), Kelawang (282 undi - PAS) dan Pilah (113 undi - PKR).

    Ini, jelasnya bermakna PR sudah terlalu hampir untuk mengambilalih kerajaan Negeri Sembilan dari BN dalam PRU13 yang lalu.

    “Ketiga, diperhatikan bahawa di sesetengah Dun, kenaikan undi yang diperolehi calon BN bertambah secara mendadak, melebihi 50 peratus,” ujarnya lagi.

    Misalnya, kata beliau di Dun Paroi di mana calon menunggu daripada PAS, Mohd. Taufek Abd, Ghani bertanding, undi yang diperolehi calon BN bertambah daripada 8,316 dalam PRU12 kepada 14,896 dalam PRU13, iaitu kenaikan sebanyak 6,580 atau 79% sekali gus menimbulkan kecurigaan orang ramai mengenai kesahihan keputusan itu.

    Begitu juga, katanya Dun Palong (+60%) dan Dun Bagan Pinang (+59%) dan beberapa lagi Dun.

    ReplyDelete
  58. Petisyen PRU-13 : PR Yakin Tumbangkan BN?

    Pembangkang menaruh keyakinan akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi parti pemerintah.

    Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.

    "BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan," katanya di sini, semalam.

    Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus.

    "BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular," katanya.

    Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.

    "Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," katanya.

    Ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: "Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita tak perlu jawab apa-apa cabaran." -SH

    ReplyDelete
  59. Kita lihat sajalah apa akan jadi sleepas petisyen difailkan. Saya pun teruja juga mahu tahu ni.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.