Tuesday, May 28, 2013

Operasi Selamatkan Ajibgor?

Tindakan yang diambil oleh kerajaan Najib bertujuan menyelamatkan dirinya. Ini termasuklah (1) Mencari gaduh dengan bangsa lain terutama nya dengan bangsa Cina, (2) menakutkan tokoh pembangkang dengan penangkapan dan menggunakan polis- semua ini mesti dilihat dalam konteks menyelamatkan Najib yang lembik dan tidak tegas.

Tidak ada perkara baru yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bila dia kata polis akan bertindak bebas dari gangguan ahli politik. Sepatutnya itulah cara nya sejak dahulu lagi. Biarkan penjawat awam melakukan kerja mereka. Zahid cakap macamlah kita budak2 bodoh. Kalau Zahid cakap kepada budak kecik dan orang buta huruf, tak mengapalah. Zahid lupa bahawa tahap pemikiran kita pun sama seperti tahap pemikiran Zahid yang ada PhD itu.

Semua penangkapan orang politik mesti mendapat perakuan dari menteri dalam negeri. Kedua, Zahid tidak sebut bahawa polis hanya boleh bertindak mengikut peruntukan undang undang. Polis pun tak boleh buat ikut suka hati. Ini bukan dunia ke3 dimana polis guna kayu cotar membelasah rakyat sendiri. Dalam negara ini, kita bertindak mengukut peruntukan undang2. Tidak perlu Zahid berceramah dan bersyarah kepada kita, apa polis boleh dan tidak boleh buat.

Tidak syak lagi langkah2 kejantanan Najib adalah bayangan strateji yang dirancang oleh bilik perang Najib. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib seorang yang lembik dan tidak tegas. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib kurang bersemangat Melayu. Ajib Gor mesti diselamatkan.

Yakni, Najib mesti dikekalkan sebagai presiden UMNO dengan cara apa pun. Jika tidak, masa depan pendukung utama bilik perang Najib seperti JJ dan Alies Nor akan muram dan gelap. Bukan itu sahaja, masa depan semua yang bergantung kepada Najib akan muram.

Oleh yang demikian, Najib mesti di gambarkan sebagai Melayu lebih dari Melayu lain dan kerajaan Najib melalui macai Najib seperti Zahid Hamidi mesti kelihatan sebagai kerajaan yang tegas dan yang bukan main main.

Langkah pertama ialah menyalahkan orang Cina kerana prestasi UMNO yang tidak baik. Memang benar, UMNO menambah kerusi parlimen nya, tapi gagal meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti tersebut. UMNO berjaya mendapat 88 kerusi. Tapi kerusi itu semua kecil2 belaka hasil dari persempadanan yang menguntungkan UMNO. Dalam PRU13 ini, UMNO mendapat sekitar 3.0 juta undi dari orang Melayu. 3 juta untuk 88 kerusi. Erti dalam satu kerusi, jumlah pengundi Melayu secara purata hanya 34,000 orang.

PKR dan PAS antara mereka mendapat 3.88 juta undi Melayu. Mereka mendapat 51 kerusi. Bererti dalam suatu kawasan, jumlah pengundi Melayu untuk gabungan PAS dan PKR secara purata ialah 76 ribu orang Melayu.

UMNO menambah banyak kerusi kerana kawasan mereka kecil. PAS dan PKR mendapat sokongan yang lebih besar daripada orang Melayu berbanding UMNO.

Apa jadi? Ahli UMNO sahaja jumlah mereka 3.2 juta. Adakah UMNO hanya mendapat undi dari ahli mereka sahaja? Jika ya- maka UMNO mewakili ahli nya sahaja dan bukan rakyat Melayu.

Orang UMNO mesti membaca menembusi kelentong Najib. Najib mesti disalahkan kerana pencapaian terburuk UMNO. Sebab dia janji semua dibawah langit. BR1M pertama RM2 billion. BR1M kedua dia belanja RM3.5 billion. Dalam masa 2 tahun Najib memBR1Mkan rakyat dengan RM5.5billion. berapa ramai penerima BR1M? tahun pertama operasi, seramai 4 juta orang. Tambahan RM1.5billion pada tahun ke2 BR1M beroperasi, bererti pertambahan seramai 3 juta penerima BR1M baru. Jumlah penerima BR1M selama 2 tahun beroperasi ialah 7 juta orang.

Najib rasuah 7 juta orang, tapi hanya dapat 3 juta undi orang Melayu? Sedangkan kita tahu 95% penerima BR1M ialah orang Melayu yakni sekitar 6.65 juta. Makna nya, walaupun dirasuah sebanyak RM500 seorang, Najib tidak berjaya mendapat sokongan orang Melayu.

Itu dari sudut BR1M. jika UMNO hanya dapat 3.0 juta undi Melayu, berapa ramai orang Melayu yang tidak mengundi UMNO dan berapa ramai yang mengundi PR. Antara PKR dan PAS mereka mendapat 3.88 juta undi. Jika 80% pengundi mereka ialah orang Melayu, PAS dan PKR mendapat 3.1 juta pengundi Melayu. Ini berti gabungan PKR dan PAS mendapat seramai atau lebih pengundi Melayu seperti UMNO.

DAP mendapat 1.74 juta undi. Katalah dari angka tersebut, 10% atau 170,000 pengundi adalah orang Melayu. Ertinya, PR secara keseluruhan mendapat 3.28 juta pengundi Melayu. Keputusan nya: UMNO=3.0 juta pengundi Melayu; PR= 3.28 juta pengundi Melayu.

Walaupun belanja berbilion, walaupun berpropaganda siang dan malam, walaupun berjuta placards I love PM diedarkan, Najib gagal. Jadi berhentilah Najib dari memekik dan memekak 1Malaysia dan Transformasi Malaysia. Berhentilah dari berlakun kerana PRU13 sudah tamat dan Najib gagal. -sakmongkol

84 comments:
Write comments
  1. Berdasar kesederhanaan dan kebijaksanaan, kelihatan dato' saifuddin abdullah sesuai. Sya percaya, seorang PM tidak wajar diwarisi drpd seorang bapa. Andaikata hishamuddin naik, kita rakyat nmpak ketidaksesuaiannya, dengan emosi, menurut perasaan, perkauman, itu yg kita lihat. Saifudin lebih neutral. Kita harap saifuddin ada keberanian utk mencabar kedudukan najib atau muhyidin. Kalah tak mengapa, menang bonus buat beend. Tp biasalah, dlm umno org baik akan disingkirkan.

    ReplyDelete
  2. Nampak bersemangat sungguh DS Najib. Tapi adakah beliau membantu menigkatkan ekonomi Melayu.
    Rasis beliau hanya lakunan. Projek juta2 dan billion sapu dek kroni beliau bangsa lain juga. Orang Melayu tetap melopong.
    Melayu UMNO tetap gembira mereka ditipu.

    ReplyDelete
  3. Inilah baru digelar Melayu yang Bijak. Berbicara dengan menggunakan statistik. Pernah kita dengar pemimpin BN berbicara menggunakan statistik KECUALI dalam Belanjawan Tahunan di Parlimen. Yang lain tu, bincang ... shit (kata Arwah Shanon).
    Tahniah kepada Sakmongkol. Hang bukan saja Melayu Bijak juga Muslim Bijak. Muslim Bijak cinta akan keadilan.

    ReplyDelete
  4. Najib sememangnya bodoh sejak lahir.... hanya dapat simpati UMNO kerana bapanya dulu bekas PM ke 2....itu sahaja tidak ada apa2 kelebihan pada Najib.....

    ReplyDelete
  5. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menunaikan janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal menguasai Putrajaya.

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Anwar sebagai pemimpin sepatutnya menunaikan janji dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  6. "Anwar tidak boleh menerima realiti ini dan mahu memecahbelahkan rakyat dengan konsep pecah dan perintah kerana apa yang penting adalah cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

    "Dia yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 perlu menyahut cabaran lawannya di Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail supaya meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka semula 130 peti undi di kawasan ditandingi bagi membuktikan wujud penipuan," katanya.

    ReplyDelete
  7. Beliau mengulas tindakan Anwar yang enggan menerima keputusan pilihan raya umum lalu dan menuduh berlaku penipuan.

    Puad meminta Anwar membuktikan terlebih dahulu sama ada berlaku penyelewengan di kawasannya sebelum menjaja cerita tidak benar dan mengheret rakyat seolah-olah mahu menumbangkan kerajaan di jalanan.

    ReplyDelete
  8. "Timbalannya, Azmin Ali sendiri meluahkan perasaan di Twitter baru-baru ini meminta agar rakyat tidak terus diheret dan menerima keputusan rakyat.

    "Kenapa dia sebagai ketua pakatan pembangkang tidak bersuara dan mengkritik dalam soal pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dikatakan berlaku penyelewengan?" soalnya.

    ReplyDelete
  9. Pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang perlu melihat pendedahan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berhubung kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai 'satu bentuk amaran bahaya yang menanti' jika Ketua Pembangkang itu terus diberikan sokongan.

    ReplyDelete
  10. Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, pendedahan tersebut jelas menunjukkan mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah padam malah sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dan memfitnah bagi mencapai cita-citanya.

    ReplyDelete
  11. "Saya sendiri pernah menemui Jusuf sebelum menjadi Naib Presiden Indonesia dan tahu beliau merupakan sahabat baik Anwar sejak dahulu....

    "Jika Jusuf sendiri yang telah lama menjadi kawan baik Anwar pun telah ditipu, apatah lagi rakyat biasa di bawah. Sebab itu rakyat perlu menilai semula sokongan mereka kepada Anwar," katanya.

    ReplyDelete
  12. Beliau mengulas pendedahan Jusuf kepada The Wall Street Journal (WSJ) bahawa Anwar telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan PRU-13 lalu.

    Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.

    ReplyDelete
  13. WSJ juga melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta supaya menghormati komitmen dan 'melihat realiti'.Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim menyifatkan pendedahan Jusuf itu sebagai bukti jelas Anwar hanya berjuang untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata dan bukannya bagi memperjuangkan nasib rakyat.

    ReplyDelete
  14. Katanya, tindakan menolak keputusan pilihan raya cuma alasan bagi mengheret rakyat berhimpun kononnya pakatan pembangkang telah menang.

    "Sepatutnya Anwar kena terima keputusan rakyat seperti janjinya kepada Jusuf serta percaya kepada qada dan qadar.

    "Jika janji dengan sahabat baik sendiri yang telah banyak membantu pun Anwar tidak mahu tunaikan, bayangkan pula janji dia kepada rakyat biasa. Langsung tiada nilai," ujarnya sinis.

    ReplyDelete
  15. Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyelar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang tetap mahu menjadi Perdana Menteri sehingga ke saat kematiannya.

    ReplyDelete
  16. Selain Anwar, katanya, para pemimpin pembangkang seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak mempunyai nilai moral tinggi untuk bersara setelah kalah dan ini berbeza dengan pemimpin politik Barat yang menerima kekalahan secara terbuka dan meletak jawatan seperti bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.

    ReplyDelete
  17. "Biar saya ingatkan anda, Anwar telah mengatakan dia akan bersara jika gagal menawan Putrajaya (memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Anwar tidak mengotakan janji.

    ReplyDelete
  18. "Dia (Anwar) tidak akan bersara sehinggalah pada saat kematiannya. Dia tetap mahu jadi perdana menteri," katanya

    ReplyDelete
  19. Daim turut mengkritik tindakan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang sehingga kini tidak dapat menerima kekalahan dan menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13 yang tidak memihak kepada mereka.

    ReplyDelete
  20. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat.

    ReplyDelete
  21. “Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya- Allah, saya akan pastikan setiap janji ditepati,” katanya dalam tweet terbaru beliau kelmarin.

    ReplyDelete
  22. Dalam Aku Janji pilihan raya umum ke-13 lepas, Barisan Nasional berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara.

    ReplyDelete
  23. Sementara itu Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    ReplyDelete
  24. Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

    ReplyDelete
  25. “Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus,” katanya.

    ReplyDelete
  26. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di sini kelmarin.

    ReplyDelete
  27. The Barisan Nasional (BN) must adapt itself to remain relevant due to changes in the political landscape, Datuk Seri Najib Razak said today, amid opposition demands for changes in Malaysia’s electoral process.

    ReplyDelete
  28. “Among the elements that will bring forth changes are urbanisation, better standards of living and access to information and communication technology.

    ReplyDelete
  29. “Nothing is constant. Whether it is quick or not, change will happen,” the prime minister said at a thanksgiving event with members of Pekan BN’s election machinery here today.

    ReplyDelete
  30. Najib sought his first mandate in the May 5 general elections but BN only won 133 out of the 222 federal seats, down from 140 in Election 2008. But his Umno bettered its performance to win more seats and also gained back Kedah.

    ReplyDelete
  31. The BN chairman pointed out that the ruling coalition had to adapt its strategy and change with the times.

    ReplyDelete
  32. “We cannot assume what we used before will be a suitable recipe for the future. We must be open, be pragmatic not dogmatic, solve problems and not deny them. Only if we act this way, Barisan will continue to be relevant,” The Star news portal quoted him as saying.

    ReplyDelete
  33. Najib said with each election, the ruling party would face even tougher challenges.“The fact that we are in power now does not mean it is a passport to our victory forever,” he added.

    ReplyDelete
  34. Najib’s party hardliners have urged a crackdown on dissent and blamed minority ethnic Chinese voters for deserting the ruling coalition, the Reuters news agency reported today. That has raised racial tensions in a country whose ethnic Malay majority dominates politics and enjoys special privileges to offset what its leaders see as its disadvantaged position compared to relatively wealthy ethnic Chinese.

    ReplyDelete
  35. Reformers have urged Najib to press ahead with social and economic reforms to blunt the opposition’s appeal and address the concerns of discontented young and urban voters. That includes many ethnic Malays who voted for the opposition.

    ReplyDelete
  36. Najib is under pressure from Umno conservatives such as Tun Dr Mahathir Mohamad, who served as prime minister for 22 years, to show a tougher side ahead of a leadership election that could be held as early as August.

    ReplyDelete
  37. Najib: Malaysia’s investment in education without gender discrimination has yielded results

    KUALA LUMPUR: Malaysia's investment in education, without gender discrimination, has yielded results beyond the Government's expectation, said the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Speaking at the 3rd Global Conference on Women Deliver 2013, Najib said 65 percent of students in institutions of tertiary educations here are women.

    ReplyDelete
  38. "A girl at school in Malaysia today is more likely to go to University than her male classmates.

    "Although we have the same number of girls and boys enrolled in school, higher education rates are greater for women," he said on Tuesday.

    However, he agreed that enrolment was only the first step.

    ReplyDelete
  39. "For Malaysia, as for many countries, the challenge is to ensure that success in the classroom carries over into life outside it, that the world of opportunity for girls and women does not narrow upon graduation, but opens up," he said, adding that women were not equally represented in the country's workforce, currently standing at 47 percent.

    "More jobs aligned to women's needs should be offered to encourage their participation in the workforce, such as through home-based, part-time or flexible working hours," he said in his speech.

    ReplyDelete
  40. Citing several Malaysian women he described as superstar players including Bank Negara Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, Najib said their successes showed the country in its best light.

    "I know that a few superstar players do not mean that the field is level.

    "We have taken clear steps towards a more equitable nation in education, healthcare and in wage equality but there is still much more to be done," he said.

    ReplyDelete
  41. Speaking about the country's successes in the development of and empowerment of women, Najib pointed out that Malaysia had made great progress in of maternal healthcare.

    "Thanks to strategic, focused and targeted interventions, thousands of women and children in Malaysia are able to survive and enjoy a good quality of life," he said, adding that Malaysia was prepared to provide technical support to countries with persistently high maternal mortality.

    He also called on health advocates and experts to engage with faith leaders to dispel negative perceptions, which stand in the way of women empowerment.

    ReplyDelete
  42. "His deputy, Azmin Ali himself express themselves on Twitter recently requested that people not directly dragged and accept the people's verdict.

    ReplyDelete
  43. Najib seem very enthusiastic. But will he help inculcating Malaysia economy?

    ReplyDelete
  44. He commented Jusuf exposure to The Wall Street Journal (WSJ) that Anwar has reneged on a peace treaty to respect the results of the 13th general election last.

    ReplyDelete
  45. Peace deal involving the opposition leader with the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak moved Jusuf in April.

    ReplyDelete
  46. "Why is he the head of the opposition and criticize not speak in terms of the selection of the Central Working Committee (CEC) which is said to have perverted the DAP?" he asked.

    ReplyDelete
  47. They can do anything to retain in power.

    ReplyDelete
  48. Adakah UMNO benar menang di PRu13?

    ReplyDelete
  49. Anwar masih ada misi untuk dieprjuangkan. Tidak mudah untuk bersara.

    ReplyDelete
  50. Why the people "tolak" Najib? Is Najib competent enough to be the PM?

    ReplyDelete
  51. Isu DAp biarlah mereka selesaikan sendiri.

    ReplyDelete
  52. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:23 PM

    Penulis bukan nak membodek Datuk Sri Najib (Dsn) dan apatah lagi beliau bukannya kenal dengan penulis pun. Ini cuma pandangan penulis sahaja sebagai seorang rakyat.

    ReplyDelete
  53. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:23 PM

    Semenjak Dsn mengambil alih pemerintahan negara keyakinan rakyat kepada kerajaan telah semakin pulih. Ini dapat dilihat dan diukur dari keputusan prk yang pada mulanya memihak kepada pr telah berubah haluan kepada bn sejak akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
  54. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:24 PM

    Ditambah dengan ramainya pemimpin dan Yb pakatan rakyat yang telah keluar dari parti tersebut dan menjadi ahli bebas yang mesra kerajaan.

    ReplyDelete
  55. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:24 PM

    Pada mulanya penulis sendiri pun tak berkeyakinan yang Dsn dapat melakukannya. Namun dengan semamgat yang berkobar-kobar seperti ucapan dalam perhimpunan agung umno yang lepas dan juga keperibadian yang sederhana dan bersahaja seperti melepak menonton bolasepak dengan rakyat telah membuat rakyat yakin inilah pemimpin yang dicari.

    ReplyDelete
  56. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:24 PM

    Seorang pemimpin yang mengambil berat kebajikan rakyat, ikhlas apabila bercakap, berkarisma, berwawasan ,berfikiran jauh kedepan, cakap serupa bikin bukan cakap tak serupa bikin macam pembangkang.

    ReplyDelete
  57. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:25 PM

    Betullah seperti keputusan Dsn memilih calon yang mesra rakyat untuk menjadi calon wakil rakyat kerana beliau sendiri sedang melakukan perkara tersebut untuk dijadikan tauladan.

    ReplyDelete
  58. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:25 PM

    Kalau nak dibandingkan dengan sesetengah pemimpin lain hehe..tuan tuan nilai sendiri le..adakah patut seorang pemimpin memarahi wartawan yang mengaju soalan?

    ReplyDelete
  59. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:25 PM

    Sedangkan wartawan hanyalah menjalankan tugas dan merupakan lidah rakyat...lebih teruk lagi pemimpin itu pula yang menyoal wartawan tentang soalan yang disoal oleh wartawan tadi.. berapa banyak soal lah...... hehe
    lebih baik tukar saja position bagi wartawan tu jadi pemimpin..

    Adakah ini terjadi dengan sendirinya tanpa usaha dan hanya berdoa dan berceramah sahaja?

    ReplyDelete
  60. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:26 PM

    SUDAH dua minggu isu video lucah bergentayangan di seluruh negara. Semua orang sudah tahu termasuk budak-budak Tadika. Mereka terpinga-pinga dan jadi keliru tentang isu ini. Pemimpin politik negara ini ada dalam video lucah? Bingung. Saya yakin sudah ramai yang menontonya secara haram. Mereka dipanggil seorang demi seorang termasuk (mungkin) ulama?

    ReplyDelete
  61. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:26 PM

    Ini adalah satu strategi. Tayangan dibuat secara selektif dan eksklusif. Mereka yang menonton akan bercakap mengikut persepsi dan agakan mereka. Ia juga mengikut mood dan selera mereka.

    ReplyDelete
  62. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:27 PM

    Kalau mereka kebetulan membenci tokoh yang ada dalam video itu akan ditokok tambahkan. Akan diperpanjangkan mengikut selera amarahnya. Manakala kalau kebetulan yang menontonya itu bersimpati kepadanya, dia akan mendiamkan diri saja kalau benar wajah dalam video itu tokoh berkenaan. Tentu mereka akan mengurut dada dan menangis mengenangkan apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  63. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:27 PM

    Saya juga merasakan bukan saja isu video berkenaan sudah melata ke seluruh dunia, mungkin sudah sampai ke Altartika tetapi mungkin kliknya juga sudah pun 'sedia' untuk ditayangkan secara umum. Tunggulah, tidak esok, lusa tidak lusa tahun depan ia akan ditayangkan. Pasti. Saya yakin pihak penerbit, pengedar dan pembikin hanya menunggu masa saja. Tidak timbul lagi mereka takut kerana 'permit tayangan' sudah pun diperolehi.

    ReplyDelete
  64. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:28 PM

    Saya selalu katakan ada dua kesukaan manusia, memberi tahu kepada orang ramai apa yang dia tahu dan ingin mengetahui sesuatu dan memburunya. Kalau ia ada cerita ia akan bisik atau bikinkan you tube dan sebarkan. Kalau tidak tahu, dia akan bertanya dan mengorek situ dan sini sehingga diperolehi apa yang diinginikan itu.

    ReplyDelete
  65. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:28 PM

    Hari ini sudah berbagai tafsiran ke atas video berkenaan. Masih samar siapa yang menjadi pelakunya. Tetapi yang menyebar dan mengambil tanggungjawab sudah jelas. Siapa Datuk T sudah pun jelas dan tidak usah diceritakan lagi mengenai latar belakang dan sejarahnya.

    ReplyDelete
  66. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:28 PM

    Setelah dua minggu cerita video ini sudah 'mencepuahkan' minda rakyat negara ini saya tertanya sendiri kenapa Perdana Menteri Najib Razak masih mendiamkan diri. Belum terdengar ke telinga saya ulasan dari perdana menteri mengenai isu berkenaan.

    ReplyDelete
  67. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:29 PM

    Tidak seperti isu DNA baru-baru ini Najib mendesak Anwar menyerah sample DNA kepada mahkamah. Tetapi berlainan dengan isu video lucah ini. Najib sok menjadi alim mengenai hal ini. Kenapa? Apakah mendiamkan diri juga salah satu tektik dan strategi?

    ReplyDelete
  68. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:29 PM

    Sebagai PM Najib tidak boleh duduk diam. Dia perlu bercakap dan mengulasnya. Sebab ia bukan isu personal antara seseorang dengan seseorang. Tetapi sudah menjadi isu umum. Polis pun sudah menyiasat dan mengesahkan akan ketulenan video berkenaan. Najib perlu ingat bahawa dirinya adalah hak dan kepunyaan dua entiti ataupun pihak. Satu hak Umno dan satu lagi hak rakyat. Najib mesti membelah dua jasa dan jiwanya.

    ReplyDelete
  69. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:29 PM

    Atas kapasiti presiden Umno Najib boleh melakukan apa saja untuk ahli dan penyokong parti itu. Tetapi untuk rakyat beliau kena perlakukan dengan adil dan saksama. Tindakan sebagai ahli politik kena dibezakan dengan tindakan sebagai pemimpin negara.

    ReplyDelete
  70. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:30 PM

    Apakah dengan mendiamkan diri Najib tidak mahu orang menuduh dia terlibat? Kalau itulah pendiriannya ia adalah salah besar. Apapun mengenai isu video ini kerana ia bermotifkan politik Najib tidak boleh mengelak dari memperkatakannya. Semakin dia menyepikan diri semakin orang mempersoalkan keikhlasannya.

    ReplyDelete
  71. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:30 PM

    Kalau mengikut perkembangan terbaru, kes video lucah ini semacam akan dibawa ke mahkamah. Kata Ketua Polis Negara, Ismail Omar kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara. Peguam Negara akan menentukan sam ada hendak dakwa atau tidak. Tidaklah pula saya arif siapa yang akan didakwa. Apakah orang bertanggunjawab menyebar, membikin, menonton atau watak-watak yang ada dalam video berkenaan.

    ReplyDelete
  72. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:30 PM

    Saya ingin memberi pandangan sedikit kepada Najib kalau-kalau hendak dengar. Rasanya baik beliau campur tangan mengenai isu video berkenaan. Dalam hal ini Najib yang ada kuasa penuh boleh menggunakan kuasanya. Tidak payah Najib kata dia berkecuali kerana dunia tahu sejauh mana dan sebanyak mana kuasa seorang perdana menteri. Kata Abdullah Badawi selepas menjadi PM, banyak benda yang sebelum itu dia tidak tahu, kemudian tahu.

    ReplyDelete
  73. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:31 PM

    Setelah isu ini sudah panas dan hangat, elok kalau Najib mengambil sikap menghentikan isu video berkenaan. Sama ada ia melibatkan Anwar atau tidak, wajar ia dihentikan. Alasannya perkara itu menjijikkan. Dalam perhatian saya adalah silap kalau isu ini diperpanjangkan kerana ia tidak memberi banyak manfaat kepada Najib dan politik BN sendiri. Makin dimainkan makin menimbulkan kemaharan.

    ReplyDelete
  74. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:31 PM

    Isu video itu bukan seperti filem Ali Bapa Bujang Lapok, Do Re Me, Labu Labi atau pun Ibu Mertuaku. Filem-filem itu tidak jemu ditonton kerana nilai seni dan klasiknya. Tetapi cerita video lucah ini amat menijik dan menyemakkan dan mencepuahkan minda. Apakah seorang PM seperti Najib mengizinkan perkara seperti ini?

    ReplyDelete
  75. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:31 PM

    Rasanya kalau Najib ingin tampil sebagai seorang pemimpin berwibawa, dilihat berakhlak dan mempunya integriti serta sukakan kepada kedamaian, inilah masanya. Beliau perlu berbudi dan berjasa dalam hal ini untuk dirinya sendiri. Beliau bangkit dan berkata sepatah, hentikan isu video lucah ini kerana ia tidak menguntungkan sesiapa baik di dunia maupun di akhirat. Kalau Najib berani berbuat begitu darjah dan markahnya akan melonjak.

    ReplyDelete
  76. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:32 PM

    Kalau Najib bingkas berbuat demikian saya yakin penghormatan kepada beliau makin tinggi, dan darjatnya juga sebagai pemimpin tenang dan matang makin menyerlah. Saya rasa bukan saja rakyat terbanyak menyanjungi langkah Najib itu tetapi dari kalangan pembangkang juga.

    ReplyDelete
  77. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:32 PM

    Isu video lucah ini peluang untuk Najib membina imejnya. Sikap begitulah saya rasakan ia termasuk dalam ciri tranformasi hendak dilakukan Najib. Biarlah kalau orang mengatakan usaha menghentikan itu Najib sebagai penakut tetapi hakikatnya tindakan itu adalah afdal dan alua' dari sisi rakyat yang cintakan perdamaian.

    ReplyDelete
  78. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:32 PM

    Ingat dan insaflah seorang perdana menteri bukan saja menjaga kepentingannya dan kumpulannya tetapi juga memeliharaan kepentingan dan kumpulan rakyat seluruhnya. Najib akan dikenang kalau ia berani melakukan sesuatu yang diluar pemikiran mereka yang desperate. Beranikah Najib? Sesekali apa salahnya kalau kita sepakat menyusun jari membuka pintu syurga auntuk ummah kita.

    ReplyDelete
  79. Najib seorang Pemimpin yang berwibawa!October 20, 2013 at 10:33 PM

    Berwibawa merupakan salah satu syarat seorang pemimpin. Seorang pemimpin yang berwibawa akan membuat orang segan padanya. Tidak berwibawa? maka anda akan diremehkan, baik oleh lawan maupun anak buah.

    Pemimpin yang berwibawa akan dengan mudah memberi pengaruh pada anak buahnya. Berwibawa juga harus sesuai tempatnya. Jangan sampai sikap berwibawa ini terbawa ke tempat lain yang malah membuat orang merasa tidak nyaman. Kadang kalau sikap berwibawa berlebihan juga malah mencerminkan diri yang angkuh, jadi berhati-hatilah dalam menggunakannya.

    Sikap berwibawa ini seperti kilauan dalam seseorang, sikap berwibawa adalah energi yang tidak terlihat, dengan efek terlihat. Jadilah pemimpin yang berwibawa sesuai porsi dan sesuai tempat. Tetap buatlah lingkungan anda nyaman.

    ReplyDelete
  80. Petronas’s five-year capital expenditure (capex) programme is expected to create vast growth opportunities in Sabah’s oil and gas (O&G) sector, says MIDF Research.

    ReplyDelete
  81. In a research note, it said due to the fact that oil production is declining, Petronas has indicated its commitment to intensify exploration and production activities namely for the deepwater projects.

    ReplyDelete
  82. MIDF said the enhanced oil recovery technique also can improve oil recovery rate of existing reservoirs to 30-50 per cent from industry norm of 20-35 per cent.

    ReplyDelete
  83. The initiative is also one of the Entry Point Projects (EPPs) under the Economic Transformation Programme to boost the oil production

    ReplyDelete
  84. Transformation Programme to boost the oil production,” it added.

    Considering the various projects in the pipeline for Sabah’s oil and gas sector, the research firm also foresees a bright economic growth for the state.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.