Sunday, May 5, 2013

Keputusan Terkini Kiraan Undi

Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - yang dilihat sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya' sudah selesai sebentar tadi.

Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.

Pertandingan melibatkan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi.

LANGSUNG DARI PELBAGAI SUMBER

12.20am: RASMI BN kekal menguasai Perlis apabila parti itu menang 13 daripada 15 kerusi DUN.

12.11am: Berikut adalah senarai kerusi yang berjaya dirampas Pakatan dan sebaliknya oleh BN setakat ini.

Kerusi dirampas Pakatan:

Stampin (DAP)
Sarikei (DAP)
Lanang (DAP)
Kluang (DAP)
Kampar (DAP)
Miri (PKR)
Lumut (PKR)
Gelang Patah (DAP)
Sandakan (DAP)
Sibu (DAP)
Tuaran (PKR)
Penampang (PKR)
Bukit Katil (PKR)
Temerloh (PAS)
Alor Setar (PKR)
Pandan (PKR)

Kerusi dirampas BN:

Titiwangsa (PAS)
Kuala Selangor (PAS)
Pendang (PAS)
Balik Pulau (PKR)

12.07: 19 kerusi DUN Kedah dipercayai dalam genggaman BN. Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah dijangka akan mengadakan sidang media lewat malam ini.

12.02pm: Naib presiden PAS Salahuddin Ayub tewas di Pulai dengan majoriti 4,000 undi.

11.43: PAS mengumumkan ketua pemudanya Nasruddin Hassan berjaya menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah di kerusi Temerloh.

11.23pm: TAK RASMI Perkembangan setakat ini menunjukkan BN menang majoriti mudah di Kedah melalui 20 kerusi DUN yang dikuasainya. Pakatan setakat ini menguasai 14 kerusi daripada 36 DUN di negeri itu.

11.23 TAK RASMI Haron Din (PAS) kalah kepada bekas MB Perlis Shahidan Kassim di Parlimen Arau.
Terkini : P.172 Kota Kinabalu dimenangi oleh DAP

Tak Rasmi : PR mendapat 38 DUN dari 56 DUN di Selangor... PR KEKAL di Selangor...

11.10pm: Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan 15 kerusi DUN dikuasai BN di Kedah. PAS berjaya menguasai 13 kerusi, daripada keseluruhan 36 kerusi.

10.59pm: PKR mengumumkan penyandang kerusi Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim menang. Beliau juga mendahului dalam penjumlahan untuk kerusi DUN Pelabuhan Kelang.


10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat.

Bagaimanapun, calon mereka masih mendahuluiu dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang.

10.25pm: DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah.


9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863
BN - 26,499

DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut:

DAP - 28,058
BN - 16,192
Bebas - 137

Di Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dijangka menang. Parti itu meningkatkan jumlah yang didahuluinya dengan 10,577 undi.

DAP - 29,942
BN - 19,365

Tak resmi - Parlimen kuantan fuziah salleh menang majoriti besar.
PAS kekal majoriti 2/3 di Kelantan
Update Temerloh : pas :14772 bn : 11891 majoriti : 2881
PR MENANG LAGI DI KELANTAN, PENANG DAN SELANGOR


Tidak Rasmi: PR kekal di Selangor...P83 KUANTAN - PKR 28050, BN 14205.

9.38pm: Laporan Oriental Daily menyebut, SUPP kini hanya mampu mengekalkan satu kerusi parlimen – Serian – yang dimenangi calon bumiputeranya Richard Riot Jaem.

Parti itu tewas di Stampin, Sarikei dan Lanang kepada DAP dan di Miri kepada PKR. SUPP juga gagal merampas semula Kuching dan Sibu dari DAP.


9.26pm: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pakatan berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan beliau juga mengekalkan kerusi Air Putih.

TAK RASMI – BN merampas Kedah dari PAS.

Sementara itu, PKR memenangi kerusi Indera Kayangan di Perlis. Ini merupakan kali pertama kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang.

9.08pm: TIDAK RASMI Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti lebih kecil.
PKR - 27,234
BN - 25,666
Jumlah pengundi: 72,533

9pm: Laporan Utusan menyebut, BN kini hanya perlu menang di dua kerusi parlimen untuk memberi kemenangan dengan majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi.

Utusan juga melaporkan Kedah jatuh ke tangan BN manakala akhbar Sin Chew Daily menyebut Terengganu kembali ke tangan Pakatan.

8.55pm: DAP setakat ini berjaya mengekalkan lima kawasan parlimen yang ditandinginya – Kuching di Sarawak dan empat lagi di Kuala Lumpur – Bukit Bintang, Seputeh, Kepong dan Segambut.

Sementara itu, PKR berjaya mengekalkan Bayan Baru di Pulau Pinang.

Umno pula mengekalkan kerusi Putrajaya dan Setiawangsa di Kuala Lumpur. Laporan tidak rasmi menunjukkan parti itu turut merampas Titiwangsa daripada PAS.

KEPUTUSAN RASMI SPR (Sarawak)

BN Menang :
P.192 Mas Gading
P.197 Kota Samarahan
P.199 Serian
P.201 Batang Lupar
P.203 Lubok Antu
P.204 Betong
P.207 Igan
P.210 Kanowit
P.213 Mukah
P.215 Kapit
P.220 Baram
P.221 Limbang
P.222 Lawas

8.25pm: TAK RASMI Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Bukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN).

DAP - 27,096
BN - 9,925
Jumlah pengundi: 55,887

8:28pm: Keputusan tidak rasmi: DAP mengekalkan Bandar Kuching.
DAP - 30,133
BN - 10,491
Majoriti - 19,640

Keputusan Rasmi :
Nancy Shukri (BN) menang Batang Sadong (P.200)
Richard Riot Jaem (BN) menang Serian (P.199)
Alexander Nanta Linggi (BN) menang Kapit (P.215)
Hasbi Habibollah (BN) menang Limbang (P.221)
Henry Sum (BN) menang Lawas (P.222)
Muhammad Leo (BN) menang Mukah (P.213)
Ago Dagang (BN) menang Kanowit (P.210)
Wahab Dolah (BN) menang Igan (P.207)
Douglas Uggah Embas (BN) menang Betong (P.204)
Rohani Abd Karim (BN) menang Batang Lupar (P.201)


Jam 7.45 : Keputusan Tak Rasmi Parlimen Pandan

JUMLAH KESELURUHAN
PKR = 19,322
BN = 8,320

Majoriti: 11,002


TAK RASMI Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) di Putrajaya.

BN - 9804
PAS - 4366

7.40pm: Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului dalam kiraan undi awal di Pasir Gudang, menentang Normala Abdul Samad (BN).

PKR - 5,131
BN - 3731
       
Seramai 101,121 didaftarkan sebagai pengundi di kawasan ini.

7:31pm: Di Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN), mendahului dengan selesa di hadapan Nurul Izzah Anwar (PKR). Calon Bebas Rusli Baba di tempat tercorot.

BN - 2,410
PKR - 986
Bebas - 5


7:29 petang : Buat pertama kalinya, Lim Kit Siang (DAP) mendahului Abdul Ghani Othman (BN) dengan majoriti 100 undi

DAP - 4,719
BN - 4,642  
7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.

BN - 1,354
DAP - 1,276

6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

BN - 2,237
DAP - 1,382

Sementara itu di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului.

DAP - 1,499
BN - 801

6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Ayer Hitam dalam kiraan awal.

DAP - 820
BN - 171

6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di Kulai kerusi Parlimen di Johor.

Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas)

DAP - 1,336
BN - 509

6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, yang menyaksikan persaingan sengit atas Datuk Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP).

BN - 1,532
DAP - 688

6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak.

Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu.

Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.