Tuesday, May 28, 2013

Zahid Harus Bijak Bertindak, Ambil Iktibar Lampau

Kerajaan sudah dianggap bermain kasar dalam meredakan kemarahan rakyat terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Semalam tiga orang individu bertaraf pemimpin telah ditahan polis. Mereka ialah ahli PAS seumur hidup Tamrin Ghafar, ahli parlimen Batu, Tian Chua dan seorang peguam yang juga aktivis masyarakat Haris Ibrahim.

Mereka ditahan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 sewaktu sedang makan tengah hari di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur. Katanya penahanan itu ekoran ucapan mereka di satu ceramah di Kuala Lumpur malam semalam. Penangkapan ini walaupun ia bukan kesenimbungan penahan pemimpin pelajar Adam Adli beberapa hari lepas dilokap polis di Jinjing, tetapi ia terarah ke arah itu. Persepsi rakyat akan menjurus kepada tindakan politik, bukan keselamatan negara.

Pihak kerajaan tidak boleh menafikan bahawa penahanan ketiga-tiga mereka sebagai kesenimbungan ke atas penahanan Adam Adli itu. Kebetulan pula penahanan mereka menerusi akta sama, Akta Hasutan 1948 ia menunjukkan mereka menghadapi masalah atau kesalahan yang sama.

Penahanan Adam Adli telah mendapat protes besar-besar dari golongan mahasiswa dan pelajar. Mereka berhimpun beberapa malam di hadapan lokap di Jinjing sambil membakar lilin sebagai menyatakan protes dan kebersamaan. Mereka menuntut agar Adam dibebaskan. Merujakan juga protes dan bantahan membela Adam itu bukan saja di sekitar Kuala Lumpur, kawasan yang mudah 'terbakar' dengan cucuhan api semangat, tetapi ia juga berlaku di bandar-bandar besar lain di seluruh negara.

Tian Chua sudah mesra lokap.
Penahanan Adam setelah beberapa jam atau beberapa hari Zahid Hamidi mengambil alih Kementerian Dalam Negeri, dilihat umum penahanan Adam itu sebagai tugas pertama Zahid dan tugas perdana Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara. Kebetulan dalam kenyataan sidang akhbar pertamanya sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid memberi isyarat beraninya dengan cuba menunjukkan giginya bertaring. Mungkin penahanan Adam Adli dan Tamrin, Tian Chua dan Haris Ibrahim untuk beliau membuktikan bahawa beliau sudah ada gigi taring yang mudah untuk mengoyak daging rakyat. Ialah sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kandati Zahid menolak penahanan mereka itu ada campur tangan beliau, dan beliau menegaskan sesekali tidak akan mencampuri urusan polis, (dalam apa juga urusan dan tindakan) dan kononnya polis ada kuasa dan hak, sesiapa pun tidak akan percaya. Soal integriti kerajaan yang ada hari ini bukan saja berkisar dalam pasukan polis tetapi seluruh aspek pentadbiran lain sudah diseluti dengan tanggapan ketidak-percayaan rakyat kerana sebab-sebab yang jelas.

Jadi Zahid tidak boleh menafikan begitu saja, bahawa penahanan itu bukan atas arahanya. Kalau pun tidak atas arahannya kerana penahanan itu tidak memerlukan tandatangan (kelulusan) beliau sebagai menteri tetapi beliau wajib mengetahuinya sebagai menteri.

Tamrin, Tian Chua adalah orang politik. Walaupun dari segi perundangan orang politik tidak mempunyai kekebalan tundang-undang tetapi tindakan ke atas orang politik sangat perlu berhati-hati dan mengambil kira segenap sudut kerana mereka ada pengikut dan pengaruh. Kesan dan ikibat penahanan itu perlu diperhatikan dari semua aspek. Atas kebiasaan dan keperluan itu Zahid tidak boleh menafikan beliau tidak terlibat dengan penahanan Tian Chua dan Tamrin Ghafar.

Pihak polis dan Zahid sudah mengkaji sejauh mana kesan dan akibat dari penahanan itu. Apakah ia boleh memborakkan keadaaan atau tidak? Yang penting bagi polis ialah untuk meredakan keadaan menjamin kententeraman negara bagi membolehkan kerajaan yang ada berfungsi dengan baik. Dalam bacaan polis kenyataan atau kata-kata mereka boleh menimbulkan kekacauan, maka mereka kena bertindak. Tidak salah. Soalnya apakah kekacauan itu sampai boleh melemahakan kerajaan? Menganggu pentadbiran Najib Razak? Menyebabkan kerajaan yang baru ditubuhkan tidak dapat berperanan. Ini yang perlu difikir dari tindakan-tindakan itu mungkin akan lebih ramai lagi selepas ini.

Apakah dengan tangkap Adam Adli, Tamrin, Tian Chua, Haris Ibrahim dan sesiapa lagi, kerajaan khasnya polis dan khasnya lagi Zahid boleh meredakaan situasi? Apakah mereka yakin keadaan akan pulih dan tahanan yang merupakan gertakan itu akan menakut-nakutkan mereka yang tidak berpuas hati?

Zahid yang diberikan beban baru oleh Najib menerusi KDN itu, mesti memikir sedalam-dalamnya mengenai perkembangan dan risiko ini. Mereka harus belajar dari peristiwa tahun 1998 dulu. Peristiwa ledakan reformasi membela Anwar yang dipecat dari Umno dan dipenjara harus dikaji sebaik mungkin. Ambil iktibar atas apa yang berlaku. Bagi Zahid khususnya beliau harus berhati-hati menggunakan kuasa walaupun atas hendak berbudi dan berbakti kepada Najib. Kerana kalau silap percaturan budi dan jasa itu menyebabkan beliau akan dicemuhi oleh rakyat.

Tidak ada guna kita hanya dipuji dan ditepuk bahu dikatakan syabas oleh Perdana Menteri tetapi kita diludah dan ditonyen oleh rakyat. Ingat Zahid bukan selamanya kamu akan menjadi menteri?

Bagi mengekang arus reformasi dan gelombang benci kepada Mahathir, polis telah mengenakan berbagai sekatan, tahanan dan menahan beratus orang para demonstran. Tetapi sedikit pun tidak memberi bekas dan menakutkan mereka. Tekanan dan asakan polis bahkan memberi semangat dan makin menimbulkan kemarahan. Kecuali pendokong reformasi terawal seperti Zahid Hamidi sahaja yang belut dan berpaling tadah. Tetapi bagi mereka yang menuntut keadilan, kebenaran dan hak asasi ke atas Anwar Ibrahim yang berjuang penuh keikhlasan terus 'bermandi keringat dan bermandi darah dalam berdemonstran.

Sampai kini sesetengah mereka yang didakwa atas berbagai kesalahan kerana terlibat dalam demonstrasi reformasi masih belum selesai perbicaraan mereka. Apakah tindakan kejam polis di era Mahathir Mohamad itu berjaya meredakan keadaan? Jawabanya tidak. Bahkan keadaan terus merebak dan rakyat menjadi lebih bersemangat dan gila lagi. Pemulangan kepada 'jambatan tahi' asal beberapa pejuang demostrasi kebanyakan anak buah Zahid Hamidi dari rahang pemuda Umno tidak melumpuhkan gerakan reformasi. Ini boleh dilihat kepada pencapaian keputusan pilihan raya dari pihak pembangkang dalam pilihan raya tahun 1999, 2004, 2008 dan terbaru.

Apa jadi dengan gerakan itu? Akhirnya ia memaksa Mahathir berundur secara bermaruah, tetapi orang tahu penguduran Mahathir itu kerana tekanan arus dan gelombang refomasi. Sejarah negara akan mencatatkan Mahathir jatuh kerana 'kebangkitan' rakyat berterusan menentang dan menjuahnya. Ini kemaluan dan aib besar yang 'dibongohi' di belakang Mahathir.

Zahid san polis kalau mereka mahu memulakan tindakan ke atas kebangkitan rakyat yang memprotes keputusan pilihan raya ke-13 lalu kena berfikir banyak kali. Mereka kena mengkaji dan mengingati semula peristiwa tahun 1998 membawa ke tahun 2008. Jangan mengulangi perkara yang sama dan adalah tidak bijak kalau polis mengambil plan sama untuk mengatasi kemarahan rakyat yang berbeza sebabnya.

Saya sudah mengatakan jalan terbaik untuk meredakan kemarahan yang berlaku sekarang ini ialah kerajaan kena bersikap gentleman. Salah satu ialah bersemuka dengan pihak Pakatan Rakyat yang menjadi pelopor kepada keserabutan hari ini. SPR hendaklah berhadapan secara bersemuka dan perlu mendengar apa yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, mengenai bukti-bukti kesalahan yang dilakukan dalam pilihan raya lalu seperti mana ditutntut. Cara berlawan ialah dengan bersikap 'tasamuh' dan bukan menunjukkan keegoaan.

Bersikap degil menegak menang basah ia tidak akan ada kesudahan. SPR hanya sebuah badan yang mana ia tidak terlawan dengan suara rakyat yang banyak. Abdul Aziz Yusuf atau Wan Ahmad Wan Omar (kedua orang kuat SPR) hanya berani bercakap dalam stadio tetapi pengecut untuk bercakap dalam stadium. Selagi kamu bercakap di balik dinding dilindungi kekebalan undang-undang yang diberikan rakyat (Parlimen) kepada kamu, seribu kali benar pun rakyat tidak akan percaya.

Iya, sila tubik (tubik tu gak keluarlah), ke luar dan berdepan dengan rakyat. Buatlah apa saja majlis forum atau pun apa asalkan rakyat dapat penjelasan memuaskan. Jangan menggunakan kaedah 'bangau oh bangau' dalam soal ini di mana SPR akan menyalahkan Jabatan Pendaftaran, manakala Jabatan Pendaftaran pula akan menyalahkan Jabatan Imigresin atau polis dan sebagainya.

Berbalik kepada penangkapan tiga individu tadi atas Akta Hasutan, kalau ia bermotif untuk meredakan keadaan ia tidak akan mencapai matlamatnya. Kerana yang akan menjadi jurubicara rakyat memprotes kebatilan dan menegakkan keadilan dan kebenaran bukan mereka bertiga sahaja. Tetapi ramai. Jumlahnya hari ini dari kontesk suara cukup membanggakan di pihak rakyat yang memprotes kerana ianya melehi 51%. 51% suara popular rakyat yang ditunjuk dalam pilihan raya lalu adalah suara memprotes. Suara 51% itu termasuklah Adam, Tamrin, Tian Chua dan Haris.

Rakyat boleh mendiamkan diri kalau SPR, Polis, atau perdana menteri sendiri menjelaskan atau pun memadamkan suara 51% ini. Bolehkah? Demi meredakan kebangkitan kemarahan hari ini, berusahalah memberi keyakinan secara berfakta kepada rakyat. Dan percayalah penahanan demi penahanan akan memburukkan keadaan.

Anak perompak atau pencuri akan terus menjalankan kerja merompak dan mencuri kalau mereka tidak diajar dengan kesedaran dan ilmu-ilmu baru untuk hidup berlandaskan kebenaran. Terbaik bagi pemerintah mana-mana negara di dunia ini ialah menyempitkan pintu penjara kalau pun ia tidak boleh diroboh langsung. Kelemahan kepada sesebuah kerajaan di mana-mana juga ianya akan ditilik kepada luas atau besar mana sesebuah penjara di sesebuah negara itu. Manakala untuk mengetahui pemimpin negara itu bijaksana atau tidak lihat kepada jumlah tahanan atau jumlah mereka yang berada di sebalik tirani itu.

-http://msomelayu.blogspot.com

46 comments:
Write comments
  1. Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia,Anwar Ibrahim kini merancang untuk mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

    ReplyDelete
  3. Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang.Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN.

    ReplyDelete
  4. Seperti biasa juga SPP menjadi sasaran pembangkang yang seringkali dituduh menjadi talibarut dan perkakas UMNO.Hakikatnya jika proses pengundian dikatakan begitu teruk dimanipulasi oleh SPR tidak mungkin pembangkang mampu meningkatkan jumlah kerusi parlimen daripada 82 pada PRU 2008 kepada 89 kali ini.Pada masa yang sama pembangkang juga menambah jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi kepada 230 berbanding 196 pada tahun PRU ke 12.

    ReplyDelete
  5. Malah pembangkang mampu mengekalkan penguasaan ke atas negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. BN pula kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 berbanding 140 pada PRU 2008.Bagaimana diasak,dicabar dan berhadapan dengan keadaan yang amat getir daripada pembangkang sekalipun, namun majoriti rakyat negara masih terus menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap BN untuk terus menerajui negara.

    ReplyDelete
  6. Kemenangan BN juga membuktikan rakyat menerima baik program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib sejak empat tahun lalu.Kemenangan BN juga menunjukkan rakyat juga menolak politik fitnah,adu domba,pecah belah dan janji palsu yang menjadi sebati dengan amalan pembangkang.

    ReplyDelete
  7. Mustahil Anwar boleh menjadi pemimpin nombor satu Malaysia apabila dirinya sendiri tidak terpimpin dan dibelit dengan pelbagai dakwaan rasuah,penyelewengan termasuk melakukan sekas songsang yang amat dibenci oleh agama.

    ReplyDelete
  8. Atas kekecewaan dan kemarahan kerana apa yang diimpi tidak tercapai,Anwar telah mengadakan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya kelmarin.Yang marah hanya Anwar seorang kerana sekutunya Pas dengan rela dan penuh kesyukuran menerima kekalahan pembangkang dengan berlapang dada.

    ReplyDelete
  9. Ini satu sikap Pas yang harus dipuji walaupun semasa berkempen parti itu menentang BN sebagaimana amalan biasa dalam mana-mana pilihan raya di mana-mana negara.Tetapi ini berbeza dengan sikap Anwar yang perasan dirinya telah dinafikan menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan kesalahan kepada BN dan SPR.

    ReplyDelete
  10. Malah pentadbiran Presiden Barack Obama dari Amerika Syarikat secara jelas telah mengiktiraf serta menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN.

    ReplyDelete
  11. Mungkin Anwar lupa bahawa beliau telah berjanji pada dirinya dan rakyat Malaysia bahawa beliau akan kembali kepada dunia akademik sebagai pensyarah universiti sekiranya gagal dalam cubaan untuk menjadi Perdana Menteri.Beliau mungkin lupa tetapi rakyat dan media yang melaporkan kenyataannya tahun lalu mempunyai memori yang panjang.Adalah elok beliau menerima kekalahan pakatan pembangkang secara ‘gentleman’ serta hati terbuka.

    ReplyDelete
  12. Mengadakan demonstrasi dengan menggunakan Bersih sebagai landasan untuk mencetuskan keganasan dan ketidakstabilan politik pasca PRU13 hanya akan mengundang tindakan undang-undang yang keras daripada pihak keselamatan.

    ReplyDelete
  13. Seperti mana yang dinasihati oleh Perdana Menteri pada malam kemenangan BN,cukuplah selama empat tahun pembangkang berpolitik secara agresif dan menimbulkan pelbagai polemik da kontroversi sehingga masyarakat berpecah.Marilah semua rakyat tidak mengira bangsa,agama dan oroientasi politik berganding bahu ke arah ‘national reconciliation’ atau perpaduan nasional.

    ReplyDelete
  14. Siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan termasuk membantah keputusan PRU-13 hanya untuk menonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  15. Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia lebih sesuai digelar ‘Anwar Spring’ dan pembangkang tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan mendakwa ia mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

    ReplyDelete
  16. Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP mengakui dan terima kekalahan pada PRU-13 lalu, namun hanya Anwar yang tidak mahu menerima kenyataan sehingga menghasut rakyat mengadakan demonstrasi jalanan.

    ReplyDelete
  17. “Cukuplah (berdemonstrasi), Barisan Nasional (BN) juga sedih kerana tidak mampu memperoleh kemenangan dua pertiga (Parlimen), namun ada yang lebih sedih kerana gagal membentuk kerajaan baru iaitu Anwar Ibrahim. Sebab itulah pelbagai cara yang dilakukan sehingga sanggup menghasut rakyat mengadakan perhimpunan.

    ReplyDelete
  18. “Malah, tujuan utama mereka mengadakan demonstrasi kerana sengaja mahu melakukan provokasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pada masa sama mendapatkan perhatian dari media asing, seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara huru-hara,” katanya

    ReplyDelete
  19. The Sabah Government Employees Cooperative Berhad (KOPEKS) distributed dividends of RM815,662 for the financial year 2011 to more than 11,000 members

    ReplyDelete
  20. KOPEKS chairperson Datuk Maznah Abdul Ghani said the dividend this time was as much as seven per cent.

    ReplyDelete
  21. “Our continuous dividend payments each year reflect that the KOPEKS has been achieving profits over five consecutive years from 2008 to 2012,” she said in her speech at the launch of the Dividend Distribution to KOPEKS members here yesterday.

    ReplyDelete
  22. She said in 2012 revenue growth indicated a jump from RM12.73 million to RM19.61 million.

    ReplyDelete
  23. After deducting operating costs and working capital expenses, KOPEKS once again recorded a net profit of RM5.31 million compared to RM2.2 million in 2011.

    ReplyDelete
  24. She said KOPEKS managed to achieve high income because many members supported the cooperative’s business and the management always maintained prudent spending.

    ReplyDelete
  25. She said KOPEKS managed to achieve high income because many members supported the cooperative’s business and the management always maintained prudent spending.

    ReplyDelete
  26. The KOPEKS management centres on the two important aspects of firm financial procurement and a strong and sustainable personnel.

    ReplyDelete
  27. After 50 years, KOPEKS now has loan assets of RM173.78 million and offers a variety of products to its members.

    ReplyDelete
  28. Jika hal ini dijadikan isu, tidak mustahi akan timbul ketegangan yang berpanjangan dikalangan masyarakat Malaysia.

    ReplyDelete
  29. Negara kita mempunyai undang-undang, jika undang-undang itu dilanggar pasti empunya diri akan dapat hukuman setimpal.

    ReplyDelete
  30. Pilihanraya sudah berlalu tapi keharmonian negara seolah-olah masih tegang dan belum kembali normal :(

    ReplyDelete
  31. Tidak salah untuk tidak puas hati tapi saya harap semua pihak matang dalam membuat sesuatu tindakan.

    ReplyDelete
  32. Kerajaan dan pembangnkang haruslah cari jalan terbaik supaya senario di Malaysia harmoni dan tidak ada kekacauan.

    ReplyDelete
  33. Demonstrated using the Net as a platform to provoke violence and political instability post-13GE will only invite legal action from the safety of hard.

    ReplyDelete
  34. The Sabah Government Employees Cooperative Limited (kopeks) distributed dividends of RM815, 662 for the Financial year 2011 to more than 11,000 members.

    ReplyDelete
  35. He said PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and DAP leaders recognize and accept defeat in the 13th general election, but instead just Anwar who do not accept the statement to incite the people to the streets.

    ReplyDelete
  36. Series of illegal rallies organized by the opposition to discredit the government, including opposition to the GE-13 only to feature Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  37. As advised by the Prime Minister on the eve of the BN victory, enough for four years of aggressive political opposition and raised some controversy until society polemic da berpecah.Marilah all people regardless of race, religion and political oroientasi work together towards 'national reconciliation' or national unity.

    ReplyDelete
  38. PRu13 mencetus ketegangan antara kaum.

    ReplyDelete
  39. Demon tidak dapat selesaikan masalah juga.

    ReplyDelete
  40. Banyak juga sokong perhimpunan pembangkang. Jelas, rakyat tidak puas hati dengan keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  41. Polis harus menegakkan keadilan dan memastikan keselamatan diutamakan.

    ReplyDelete
  42. Tuntutan Anwar akan ditentukan tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  43. The State government’s commitment towards then Government Transformation Programme (GTP) has contributed greatly to poverty eradication with 3,661 households freed from the poor category and another 2,601 households released from the hardcore poor category.

    ReplyDelete
  44. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said it was proof that the government truly cared and in tune with the pulse of the people.

    ReplyDelete
  45. Under the Economic Transformation Programme (ETP), Sabah has massive potential in various sectors ranging from oil and gas, agriculture, education and tourism to oil palm, manufacturing and logistics.

    ReplyDelete
  46. The Chief Minister went on to say that the strategic teamwork between the State and Federal governments forged since many years ago enabled the implementation of the development agenda which ultimately provided a positive impact on social harmony and the socio-economy of the people at all levels.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.