Wednesday, December 8, 2010

KONTRAKTOR TIPU RAKYAT

SATU lagi penipuan dan pembohongan didedahkan oleh Naib Ketua Cabang Parti Keadlian Rakyat (PKR) Beluran, Jikol Gambit mengenai projek pembinaan naik taraf jalanraya penghubung antara Kampung Taviu dan simpang jalan Talangap dalam daerah Telupid tidak memuaskan hati rakyat setempat di sini.

Jalan sepanjang 9.5 kilometer yang dikatakan oleh pihak pemaju khususnya pihak kontraktor berkenaan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan penyenggelaraan jalan tersebut yang mendakwa kononya jalan tersebut sebahagaiannya sudah diturap dengan aspal. Ini tidak benar dan ini satu penipuan dan pembohongan semata-mata ” kata Jikol.

Jikol yang membuat aduan ini kepada Ahli Majis Daerah Beluran, merangkap Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Labuk-Sugut, James Miki dengan bertindak pantas James bersama-sama Ketua Kampung Taviu, Kipas Pongok dan Pengerusi JKKK Kg Taviu, Somihi Gondokoro dan penduduk kampung berkenaan bergegas melawat ke tapak projek pembinaan yang dimaksudkan itu, tidakpun kelihatan ada tanda-tanda bahawa jalan gravel itu sudah diturap dengan aspal.

“Untuk membuktikan bahawa di jalan simpang tersebut tidak diturap, saya bawa Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki; Ketua Kampung Taviu dan JKKK Kg Taviu melawat ke tapak projek naik taraf supaya mereka dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri sebagai saksi apa yang sudah kontraktor buat terhadap projek tersebut khususnya, Syarikat Kekal Abadi,” tegasnya.

Walaupun beliau, seorang ahli parti pembangkang daripada PKR, namun kata Jikol, beliau tidak mahu menghentam kerajaan secara melulu atau membabi buta dengan membawa wartawan Sabahkini.net dan pemimpin kerajaan BN untuk melihat sendiri keadaan sebenarnya.

Lagipun jelas Jikol, “perkara ini saya sudah laporkan kepada pihak SPRM untuk memaklumkan mengenai penipuan dan pembohongan yang telah dilakukan oleh pihak pemaju tetapi sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.”

Dalam perkembangan yang berkaitan, wartawan meminta James Miki membuat ulasan mengenai perkara tersebut beliau menjelaskan akan membawa perkara ini ke pihak yang berkenaan agar satu siasatan terperinci dijalankan untuk mencari kesahihannya.

“Sebagai penyokong kerajaan, saya tidak mahu bersekongkol terhadap mana-mana perkara sumbang mahupun songsang yang dilakukan oleh mana-mana pihak dan perkara ini kita akan ajukan kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan akan diambil,” tegas James Miki.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

1 comment:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.