Hasil tinjauan badan bebas mendapati hampir 50% rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan krisis kehilangan penerbangan MH370, ketika kritikan terhadap ketelusan dan percanggahan maklumat ke atas Malaysia semakin memuncak.
Kajian oleh Merdeka Center mendapati hanya 43% rakyat berpuas hati dengan cara kerajaan pemerintah Barisan Nasional mengendalikan misteri tersebut.
Keputusan tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan meliputi 1,005 responden terdiri 60% kaum Melayu, Cina 31% dan India 9%, ia dilakukan menerusi panggilan telefon sehingga 20 Mac.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Sejak hari pertama, Malaysia Airlines dan pihak berkuasa dikritik, malah sidang media dan pengumuman kehilangan pesawat tersebut dibuat pada jam 11 pagi oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bekas Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika Syarikat, Jim Hall membidas kewibawaan pihak berkuasa Malaysia ketika berdepan dengan krisis.
Selain itu, media luar negara juga banyak mengeluarkan berita negatif dan kritikan ke atas kenyataan pihak berkuasa Malaysia yang tidak konsisten.
Peringkat pertama usaha mencari dan menyelamat tertumpu di sebelah perairan Laut Cina Selatan, sempadan antara Malaysia dan Vietnam, kemudian diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman.
Selepas 17 hari, operasi mencari gagal menemui sebarang petunjuk. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lokasi pencarian terbaru di sebelah Koridor Selatan dan Utara.
Kesimpulan tersebut berdasarkan siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom, Najib juga berkata penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". –TMI
Tuesday, April 1, 2014
50% rakyat Malaysia tidak puas hati cara MH370 dikendalikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.