Objek yang dilihat di laut pada Ahad oleh kapal Australia dalam misi mencari pesawat Malaysia Airllines MH370 hanyalah pelampung nelayan, jaring dan sampah sarap lautan, lapor akhbar Australia The Sydney Morning Herald.
Kru pesawat P-3 Orion yang diketuai Leftenan Penerbangan Russell Adams melaporkan sekurang-kurangnya empat objek berwarna oren dengan panjang dua meter setiap satunya ditemui ketika misi 11 jam di barat Perth pada Ahad.
"Kami mengesan banyak objek di kawasan perairan hari ini," katanya di pengkalan Tentera Udara Pearce pada Ahad.
"Kami berjaya menemui beberapa pelampung nelayan dan pukat, namun kami juga menemui empat objek oren sekitar lima batu nautika hari ini," katanya kepada akhbar tersebut.
Beliau menegaskan objek berkenaan tidak dikenali dan analisis lanjut diperlukan untuk mengenal pasti objek tersebut.
"Bagi kru kami, daripada perspektif kami, ia menjadi petunjuk," katanya.
Pihak berkuasa Australia menjelaskan objek berkenaan bukanlah serpihan pesawat, berdasarkan imej satelit.
"Objek berkenaan dikenali sebagai peralatan perikanan," kata jurucakap pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia berkata kepada Fairfax Media. – TMI
Tuesday, April 1, 2014
MH370: Objek ditemui hanya pelampung dan sampah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.