Tuesday, April 1, 2014

Pasangan Philip Wood Percaya MH370 Dirampas

Sarah Bajc, seorang guru Amerika berusia 48 tahun baru-baru ini muncul di BBC News untuk membincangkan kehilangan pasangannya Phillip Wood.



Phillip Wood adalah salah seorang daripada 277 penumpang kapal penerbangan Malaysia yang hilang. Sarah Bajc adalah diantara sebilangan besar rakan-rakan ahli keluarga yang tidak percaya terhadap laporan rasmi bahawa pesawat itu terhempas dan telah membunuh semua orang di dalamnya .

Banyak kerajaan yang terlibat dalam penyiasatan ini tidak memajukan apa-apa keterangan terhadap teori yang dicadangkan mereka, bertambah buruk malah lebih mengelirukan lagi, bukti yang ada nampaknya terus berubah dari hari ke hari.

Dalam temu bual beliau di BBC, Sarah Bajc bukan sahaja berkata bahawa kerajaan-kerajaan yang terlibat dalam penyiasatan sengaja mengelirukan dunia, tetapi beliau juga menarik perhatian kepada bilangan orang berprofil tinggi yang mencurigakan di atas kapal pesawat, yang kebanyakannya mempunyai hubungan dengan kontraktor pertahanan.

Seperti yang dilaporkan awal minggu ini, terdapat sekurang-kurangnya 20 penumpang di atas kapal terbang yang "sangat berbakat dan berharga" yang terdiri daripada pekerja Freescale Semiconductor Ltd, kumpulan utama Rothschild yang kini melakukan penyelidikan terhadap teknologi yang tinggi sensitifnya.

Dalam temu bual itu Sarah Bajc juga berkata bahawa tidak ada bukti lansung bahawa pesawat itu terhempas. Beliau percaya bahawa pesawat itu telah dirampas dan dibawa ke satu lokasi, untuk menculik rakyat yang berprofil tinggi yang berada di dalamnya. - diterjemahkan dari inttelihub.com oleh GB

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.