Wednesday, January 19, 2011

Azahar Ibrahim calon BN di Tenang

Bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.

NONEAzahar (kiri) juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang sebelum ini.

Dalam pilihan raya kecil pada 30 Januari ini, Azhar bakal ditentang oleh ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman yang merupakan bekas guru berkelulusan dari Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundi pada 30 Januari depan.

Kerusi DUN Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONESeramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi. -MK

17 comments:
Write comments
  1. Harap pengundi Tenang akan membuat pilihan yang bernas.

    ReplyDelete
  2. calon bagi piliharaya DUN Tenang telah pun diketahui, rakyat kena bijak dalam membuat pilihan calon mana yang terbaik bagi mereka.

    ReplyDelete
  3. Make sure to compete fairly!

    ReplyDelete
  4. People must chose wisely. Vote based on their competency, capability, performance and they sincerity and dedication towards the people.

    ReplyDelete
  5. Selamat berjuang, diharap tidak akan ada masalah peribadi, cukup disiplin.

    ReplyDelete
  6. Sokongan penunh akan diberikan, dan pastikan beliau bersih dari mana2 jenayah atau yang sewaktu dengannya.

    ReplyDelete
  7. kedua2 parti telahpun mengumumkan calon. apa2pun, jangan pandang rendah dengan parti lawan tidak kira lelaki atau perempuan.

    ReplyDelete
  8. Yang penting pilihanraya berjalan dengan lancar dan saksama.

    ReplyDelete
  9. Nah sebelum ini khabar angin mengatakan Perempuan lawan perempuan..Tetapi sekarang nampaknya perempuan(PAS) bertanding dengan Lelaki(BN).

    ReplyDelete
  10. Calon masing2 telah diketahu, jadi pandai2 lah rakyat buat pilihan nanti.

    ReplyDelete
  11. Semoga kedua-dua pihak akan bertanding secara adil.

    ReplyDelete
  12. Harap rakyat akan membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengundi.

    ReplyDelete
  13. Saya ingat kali ini adalan calon wanita vs calon wanita?

    ReplyDelete
  14. Tahniah kepada Azahar Ibrahim kerana dipilih sebagai calon. Selamat berjuang.

    ReplyDelete
  15. Harap calon-calon akan bertanding secara adil.

    ReplyDelete
  16. Selamat berjuang kepada semua calon Tenang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.