Tuesday, January 18, 2011

WikiLeaks Dedah Pesta Liar Sesuatu Yang Lumrah Di Arab Saudi

Arab Saudi mungkin sebuah negara yang mengamalkan peraturan Islam ketat berteraskan aliran fahaman Wahabi, tetapi di belakang tabir kediaman mewah ahli bangsawan negara itu tersembunyi pelbagai kejelikan seperti pesta seks, dadah dan arak.

Berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan laman sesawang WikiLeaks, cara hidup konservatif mungkin boleh dilihat di jalanan saja, tetapi secara tersembunyi, suasana malam di Arab Saudi dipenuhi aktiviti mendebarkan.

"Pelbagai jenis hiburan tersedia, termasuk pelacur, alkohol, dadah dan seks, tetapi ia berlaku secara tertutup," kata kenyataan dibuat pada November tahun lalu itu.

Keluarga raja

Menurut kabel diplomatik itu lagi, kejelikan berkenaan berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab memantau aktiviti maksiat tidak berani bertindak apabila majlis itu dianjurkan keluarga diraja Arab Saudi.

Catatan dibuat pegawai konsulat AS itu memberikan gambaran sebuah parti Halloween diadakan dengan dihadiri kira-kira 150 orang.

Kebanyakan pengunjung, kata kabel itu, berusia di antara 20-an dan 30-an.

Suasana parti itu pula dikatakan tidak ada beza dengan pesta diadakan di luar Arab Saudi.

Katanya, setiap kali parti dianjurkan, ia dipenuhi dengan hidangan arak, pasangan muda-mudi menari secara bebas dan deejay dijemput khas sibuk menghiburkan pengunjung.

Parti Big Jeddah itu juga sering dihadiri pelacur - perkembangan baru yang semakin lazim di negara berkenaan.


Seorang daripada pengunjung pesta itu memberitahu konsulat AS berkenaan, penganjur parti itu mengadakan majlis keraian untuk meraikan keluarga bangsawan atau menjemput mereka semata-mata menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan.

Disebabkan kos menyeludup arak agak tinggi - kira-kira RM1,300 sebotol bagi vodka Smirnoff - memaksa sesetengah penganjur mengisi semula bekas berkenaan dengan arak murah tempatan. Sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Islam, sebarang aktiviti menghasilkan atau menjual arak di Arab Saudi adalah dilarang. Jika dilakukan dan ditangkap, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara.

Bagi pengedar dadah pula, undang-undang Arab Saudi memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah. - AFP

18 comments:
Write comments
  1. Unexpected. I thought Saudi Arabia is one of the more conservative countries.

    ReplyDelete
  2. benarkah dakwaan wikileaks ini, atau ia hny untuk menjatuhkan maruah Arab Saudi sebagai negara Islam? apaun, hal ini tk patut berlalu kerana pesta seperti ini haram di sisi Agama Islam.

    ReplyDelete
  3. Indeed very unexpected!

    ReplyDelete
  4. terpulanglah kepada pembaca samada mahu percaya atau tidak. kadang2 perkara seumpama itu tidak mustahil berlaku di sebuah negara yang mengamalkan peraturan Islam yang ketat, tapi kadang2 tidak mustahil juga jika sesawang WikiLeaks ini sengaja menimbulkan isu yang tidak tepat lebih2 lagi dipihak mereka juga tidak mempunyai sebarang bukti bagi menguatkan dakwaan mereka.

    ReplyDelete
  5. It can be yes and it can be no instead.

    ReplyDelete
  6. Tidak tahu lah, macam malaysia jugalah tu kan. Negara Islam, tapi tidak lari dari semua itu. Maka tidak perlulah kita membesarkan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. Terpulanglah kepada pembaca untuk menilai hal ini.

    ReplyDelete
  8. Jangan lihat luaran sahaja, dalaman juga perlu dilihat dengan teliti, mana tahu aktiviti2 haram juga berlaku di Arab.

    ReplyDelete
  9. Haaa ha ha ha ha ha.. mengapa aku tak hairan cerita ini?

    Bukan ke sama berlaku dengan raja-raja malaysia bodohland? sama dengan pemimpin islam di Malazutland??

    Hey, bekas ketua menteri Sabah, OSU sukam sudah dibuktikan berjudi hingga jutajuta duit rakyat mengapa tiada tindakan?

    Tun mustapha dulu suka minum sama juga Bapak Malaysia, apa dengan semua menteri dan keluarga menteri islam di malaysia? Kalu ke luar negera... haaaa ha ha ha semua boleh.

    sultan malaysia tak buat sama ke kalu diluar negeri, dimalaysial, semua nya alim alim.

    alim alim kucing babi tai tasu lah.

    ReplyDelete
  10. Percaya atau tidak terpulanglah kepada individu.

    ReplyDelete
  11. sebenarnya arab saudi lagi raja segala sex

    ReplyDelete
  12. Baik kita jangan pergi jaga tepi kain orang lain sedangkan masalah negara kita masih belum selesai semua.

    ReplyDelete
  13. Itu cerita negara luar...tapi negara kita mcm mana, tiap2 mlm dlm berita mcm2 cerita yg luar biasa kita nampak..Apa pula pandangan orang ramai dpd luar negara terhadap kita...Jgn pula kuman di seberang sana kita nampak tapi gajah yg sebesar sangat kita tak nampak...

    ReplyDelete
  14. memang betul pun arab saudi raja segala maksiat.lihatlah pelancong arab dtg ke malaysia,yang wanita siang hari berpurdah,waktu malam semua buka.tinjaulah lah di hotel the mines dan golden horse.saya bekerja di bahagian kaunter.siang bertopeng islam.....malam....?????

    ReplyDelete
  15. Bukan saja arab...org kita pun apa kurang nya...kaki judi...kaki ... segala kaki pun ada...klu dah keluar negara saja...huhu..lupa darat...

    ReplyDelete
  16. jika perkara ini benar di manakah letaknya maruah agama islam d mata orang yg bukan islam. " nauzubillah"

    ReplyDelete
  17. kalau bagi saya, tak perlu lah nilai org lain. lihatlah diri kita sdri terlebh dahulu. Adaka kita benar2 ISLAM atau tidak cukupkah solat,puasa,sedekah etc kita. marilah kita beramal bersama2.x perlu mengaibkan sesiapapun,kita mestilah saling nasihat menasihati selamat beramal

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.