Wednesday, January 5, 2011

Pasangan berkelakuan tidak senonoh semasa pesta buih Tahun Baru

WARGA siber menyelar semalam perbuatan satu pasangan yang tanpa segan silu mempamerkan keintiman semasa pesta buih pada malam Tahun Baru Sabtu lalu.

Lelaki itu dilihat meraba di dalam seluar wanita pasangannya di pesta tersebut.

Wanita tersebut, yang memakai bikini tidak membantah apabila lelaki itu menyentuhnya di khalayak ramai.

Lelaki itu juga dilihat gairah mencium wanita tersebut di lehernya.

Akhbar Cina Lianhe Wanbao melaporkan bahawa lelaki itu dipercayai berbangsa Serani.

Perbuatan mereka mencetus perdebatan hangat di kalangan warga siber.

Beberapa orang daripada mereka berkata keintiman yang ditonjolkan itu keterlaluan walaupun ia dilakukan di pesta buih.

Yang lain berkata pasangan itu sepatutnya didakwa kerana berkelakuan kurang sopan.

Para pembaca di laman Stomp berkata kejadian serupa itu sering berlaku di pesta buih dan bukanlah sesuatu yang ganjil.

Seorang pembaca Stomp yang memakai gelaran 'thomthumb' berkata kelakuan pasangan itu 'amat mengejutkan'.

Seorang lagi pembaca Stomp, 'HalfALoaf', pula berkata: 'Saya harap pasangan itu akan didakwa kerana berkelakuan lucah di tempat awam.'

Namun seorang lagi pembaca, 'christmasboi', menyatakan bahawa parti buih sememangnya mengundang kelakuan sedemikian.

'Sekiranya anda mahu menyertai parti buih, anda perlu jangka perkara seperti ini berlaku. Kesopanan tidak wujud lagi dalam era sekarang.

'Malah para penganjur menggunakannya sebagai tarikan untuk menarik pengunjung ke pesta-pesta buih seperti ini,' katanya lagi.

Ini bukan kali pertama pesta buih mencetuskan tengkarah.

Empat lelaki ditangkap mencabul seorang wanita berpakaian bikini sewaktu pesta menyambut Tahun Baru 2009 di Sentosa. -bhs

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.