Siapa tak kenal Tablet PC?  Paling popular diperkatakan tablet PC dari Apple iaitu iPad. Semenjak  iPad diperkenalkan pada tahun lalu, dijangkakan tahun 2011 kita semua  disajikan dengan pembinaan tablet pc yang mempunyai keupayaan seperti  iPad. So kita ada pilihan untuk memiliki tablet PC dengan harga yang  berpatutan.
Teringat Wak semasa short visit ke Hong Kong, ramai  anak muda remaja memiliki tablet PC hasil kemahiran copy dan paste oleh  pirates disana. Okaylah, nak buat surf internet dan membuat dairy  elektronik. Wak bukan nak promote barangan made in China yea..
Tablet  PC ini, sudah menjadi trend masa kini untuk mobilize kerja anda atau  urusan untuk presentation landskap dan sebagainya ( Wak hanya melihat  keupayaan iPad. ). Tablet PC ini, memang sesuai sangat untuk tujuan  produktiviti. Kalau kat Malaysia, mungkin tidak lama lagi kita akan  lihat sekumpulan pelajar di restoran yang mempunyai capaian wifi akan  berkumpul untuk diskusi. Buat masa ini, Wak lihat di KLIA memang ramai  penumpang membawa iPad dari notebook atau laptop.
Entri kali ini,  Wak sediakan bebrapa idea untuk menjadikan tablet PC alat produktiviti  hebat. Sumber dibawah ini, dipetik dari bacaan Wak dan testing iPad  kepunyaan abang.
Mobiliti Dalam Persekitaran Kerja.
Gunakan  tablet PC untuk pelbagai tugas kerja. Pemerhatian Wak terhadap karier  farmasi atau doktor memang sesuai sangat. Boleh simpan record ubatan  atau laporan kesihatan pesakit mereka. Sekarang tengah pujuk adik ipar  yang berkerja sebagai farmasi beli satu tablet PC.. hehehehe..
Baca Buku.
Tablet  PC merupakan cara terbaik untuk membaca kandungan digital seperti  E-Majalah, Ebook, dokumen PDF dan sebagainya. Jikalau tak sempat  membaca, boleh download terus dan membacanya bila-bila masa.
Ikuti Portal Berita.
Malas  nak membeli surat khabar atau boikot akhbar. Anda masih boleh  membacanya dengan percuma.. Tetapi, line jalur lebar bayarlah yea...  iPad memang sesuai sangat kerana mempunyai capaian jalur lebar adalah  pilihan yang baik.
PowerPoint
Terutama  Tablet yang dipasang perisian Windows, ia membolehkan anda menyunting  atau menyudahkan persembahan slaid PowerPoint dengan mudah.
Melukis
Lukis  sesuatu. Tablet PC merupakan platform yang terbaik untuk lukisan  digital. Pasang perisian yang bersesuaian untuk aplikasi ini atau  perisian suntingan foto digital. Kalau mengkome arkitek? Tablet PC boleh  membantu lukisan 3D... Ehemm, Wak sebagai pelukis amatur pun menyukai  iPad.
Lakaran Kreativiti.
Begitu juga,  kebanyakkan Tablet PC menawarkan pen digital untuk kegunaan artis dan  pereka grafik. Ia memberikan kebebasan kepada pereka untuk mengawalnya  dengan lebih versatil. Korang pun akan selesa melakar menggunakan pen  digital ini berbanding menggunakan tetikus. Melakar terus ke skrin  komputer, memberikan feel sebenar untuk lakaran atau melahirkan rasa  kreativiti sebenar.
Note Pad.
Haaah..  Ni sesuai untuk secretary bukan security yea.. Ambil isian penting apa  yang bos anda perkatakan atau anda dalam minit mesyuarat. Anda boleh  gunakan kekunci yang terbina atau menulis terus ke tablet PC. Perisian  pengesan teks akan mengenal pasti tulisan anda dan menterjemahnya..  Sesuai bangat "FOR GREEN" jimat kertas loor..
Ucapan.
Kita  kini berada di era moden. Baca teks ucapan anda terus daripada tablet  seperti iPad atau Samsung Tab. Selain nampak elegan, dengan mudah  mengalih ke muka surat seterusnya. Terdapat juga, perisian yang mengesan  suara yang menukarkan ucapan kepada perkataan.
Album Foto
Ada  gambar kahwin yang ingin ditunjukkan kepada rakan? Atau percutian?  Tablet PC merupakan album terbaik untuk dibawa kemana-mana. Malahan,  boleh menyimpan ribuan gambar.
Movie, Game dan Muzik.
Tablet  PC boleh menyimpan file movie, aplikasi games dan muzik. Size memory  yang besar seperti 32gb dan 64gb mampu memenuhi keperluan untuk anda  berhibur dengan file-file yang dipindahkan ke tablet PC atau download  dari portal games, muzik atau movie.
Sembang
Sama  ada menggunakan yahoo! Messenger atau window live, anda juga boleh  bersembang menggunakan tablet PC anda. Ia amat produktiviti terutama  untuk perbincangan bisnes atau komunikasi penting jarak jauh.
Tulis dan Terbit.
Jikalau anda seorang blogger atau wartawan, boleh tulis dan terbit menggunakan tablet PC ini.
WakJeng -Catatan Ikut Mood-"
Saturday, January 29, 2011
Tablet PC Untuk Produktiviti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 




No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.