Thursday, March 17, 2011

SPRM WAJIB SIASAT PROJEK ELEKTRIK SOLAR

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib menjalankan siasatan menyeluruh berhubung projek elektrik solar hibrid di Sabah, terutama SK Tudan yang dikhuatiri tidak telus kerana harganya terlalu mahal iaitu RM5.4 juta berbanding harga asal RM2 juta; sekalipun menggunakan helikopter untuk mengangkut peralatan ke sekolah berkenaan.

“Saya juga meminta penjelasan Kementerian Pelajaran untuk menyatakan rasionalnya membina projek elektrik solar hibrid bagi sekolah yang kini sudah dimasuki ‘Grid’ (bekalan elektrik), seolah-olah projek berkenaan dilaksanakan untuk memperkayakan seseorang,” ujar Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglime Wilfred Mojilip Bumburing selepas menyampaikan perbahasan menjunjung titah diraja, di Parlimen, petang kelmarin.

Dalam pertemuan khas dengan Sabahkini.net, Bumburing berkata, beliau terkilan kerana Jabatan Pelajaran Sabah tidak peka bahawa kawasan berkenaan akan dilengkapi dengan bekalan elektrik melalui Grid Pantai Barat sehingga pembinaan sistem solar hibrid sebagai satu pembaziran dan kecuaian yang tidak dapat dimaafkan.

Tambahan pula, kata Bumburing, bekalan elektrik di dua buah rumah guru tidak berfungsi.

“Kita semakin bimbang dengan perkembangan terkini, terutama keracunan plumbum yang menyerang kanak-kanak di Nigeria dan China sehingga menyebabkan mereka maut. Sistem solar hibrid ini menggunakan bahan berasaskan plumbum dan begitu berbahaya kepada manusia,” ujar Bumburing yang menyifatkan penggunaan bateri asid plumbum sebagai satu pengkhianatan kepada Kerajaan 1Malaysia yang mempelopori Tenaga Hijau.

Dengan kos pembinaan yang tidak masuk akal dan kini membazir kerana kerajaan membelanjakan ratusan juta untuk membina sistem Grid Pantai Barat ke lokasi berkenaan, maka kata Bumburing, projek ini telah gagal seratus peratus dan harus disiasat SPRM.

“Cukuplah kajian Pusat Racun Negara pada 1996 mendapati kadar keracunan plumbum kanak-kanak Tadika di Tuaran begitu tinggi ketika belum ada elektrik solar hibrid. Bagaimana dengan keadaan sekarang setelah plumbum tersebar secara meluas melalui bateri asid plumbum yang diguna pakai di SK Tudan?,” ujar Bumburing yang mendesak agar Jabatan Alam Sekitar Sabah harus bertindak dan mengharamkan penggunaan plumbum SERTA MERTA.

Dalam perkembangan lain, Bumburing turut kesal kerana beliau telah menjadi mangsa tohmahan pengundinya; apabila seorang Timbalan Menteri Persekutuan telah berjanji untuk membantu salah seorang ahli keluarga pengundi tersebut yang menderita penyakit kronik, namun janji tidak ditunaikan sehingga mangsa meninggal dunia.

“Saya harap dalam isu elektrik solar ini, jangan sampai ada yang menjadi mangsa semata-mata kerana janji seorang Timbalan Menteri untuk menyiasat dan menyelesaikan isu ini tidak tertunai,” ujar Bumburing dengan nada kesal namun enggan menamakan Timbalan Menteri berkenaan.

Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)

12 comments:
Write comments
  1. Perkara ini perlu diambil perhatian oleh kerajaan

    ReplyDelete
  2. Jangan tak siasat.

    ReplyDelete
  3. perkara ini lebih baik disiasat. kita tak boleh biarkan ia trus berlaku.

    ReplyDelete
  4. sebaiknya pekara ini disiasat bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

    ReplyDelete
  5. Sebaiknya jujurlah dalam memberikan peruntukkan bagi sesuatu projek. SPRM perlu menyiasat perkara ini.

    ReplyDelete
  6. Mana2 projek yang dikhuatiri harus diberi perhatian oleh SPRM. Ini bukan apa hanya untuk memastikan tidak ada sebarang salah laku.

    ReplyDelete
  7. SPRM tidak perlu tunggu didesak berkali2..

    ReplyDelete
  8. Hal ini mmg patut diberi perhatian dan jangan biarkan ia berlarutan sekian lama.

    ReplyDelete
  9. Jadi SPRM buatlah apa yang patut.

    ReplyDelete
  10. “Cukuplah kajian Pusat Racun Negara pada 1996 mendapati kadar keracunan plumbum kanak-kanak Tadika di Tuaran begitu tinggi ketika belum ada elektrik solar hibrid. Bagaimana dengan keadaan sekarang setelah plumbum tersebar secara meluas melalui bateri asid plumbum yang diguna pakai di SK Tudan?,” ujar Bumburing yang mendesak agar Jabatan Alam Sekitar Sabah harus bertindak dan mengharamkan penggunaan plumbum SERTA MERTA.


    Lama sudah rupanya plumbum digunakan?

    ReplyDelete
  11. Sejauh manakah SPRM boleh bertindak ke atas kesalahan rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Menteri atau ahli politik ?

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh bertindak ke atas sesiapa saja yang melakukan rasuah atau penyalahgunaan kuasa, samaada ia membabitkan menteri atau bukan menteri, sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkaitan. Jika mempunyai bukti yang mencukupi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas sesiapa saja mengikut lunas undang-undang. Sebaliknya jika ketiadaan atau kekurangan bukti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mengambil apa-apa tindakan undang-undang ke atas mereka malahan ke atas sesiapa jua pun.




    Inilah jawapan SPRM.

    ReplyDelete
  12. Baik siasat dulu sebelum membuat keputusan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.