Monday, March 14, 2011

Logi Nuklear Ketiga Pula Meletup

TOKYO: Satu letupan kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, sebentar tadi.

Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano, berkata maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar.

Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.

Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu.

Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan. - AFP


13 comments:
Write comments
  1. OMG!!! hope everybody there in safety zone

    ReplyDelete
  2. Masihkah Malaysia hendak membina logi penjana nuklear?

    ReplyDelete
  3. This is why Malaysia shouldn't opt for nuke power plant.

    ReplyDelete
  4. Hopefully no more lives lost.

    ReplyDelete
  5. Lord, have Mercy on us. Lets pray.

    ReplyDelete
  6. Again, It never rains but it pours....

    ReplyDelete
  7. harap mereka dpt mengawal keadaan ini.

    ReplyDelete
  8. harap keadaan di Jepun akan dapat dikawal.

    ReplyDelete
  9. semakin bersungguh2 lah rakyat mendesak kerajaan supaya tidak meneruskan niat membina nuklier di negara ini.

    ReplyDelete
  10. Hoi BN?UMNO lu patut kalah dalam PRU 13 supaya loji nuklear tidak dibina kerana ia akan membawa bencana kepada rayat malaysia dan masa depan malaysia.Jangan biar ini terjadi masih banyak lagi cara lain boleh digunakan.Selamatkan malaysia dari bencana nuklear BN?UMNO

    ReplyDelete
  11. huhuhu... menakutkan:( Harap2 keadaan di Jepun masih terkawal.

    ReplyDelete
  12. Kita tidak boleh menyalahkan bencana alam semulajadi namun kesusahan ekoran ini terhasil daripada buatan manusia sendiri..

    ReplyDelete
  13. Semua yang berlaku ini mungkin juga dari punca kelakuan manusia..Jadi kita harus terima bencana yang berlaku ini. Apa pun masalah nukelar ini dapat dikawal oleh Jepun..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.