Wednesday, March 30, 2011

KENAPA PUSAT HIBURAN PERLUKAN RAMAI GRO?

Saudara Pengarang,...KAMI menggesa agar SPRM menyiasat Jabatan Immigresen Labuan mengapa sebuah Pusat Hiburan di W.P Labuan perlu permit Pelayan (waitress) sampai 20 hingga 50 perempuan Filipina.

Untuk makluman, Pusat hiburan di Labuan telah menyalahguna permit tersebut untuk menjalankan kegiatan pelacuran berlesen setelah hampir semua pegawai Imigresen Labuan berada dalam ‘Pay Roll’ tauke pusat hiburan dan sindiket pelacuran.

Penduduk Labuan ingin tahu adakah kerajaan BN telah ‘Halalkan’ Pulau Labuan di Malaysia sebagai Pulau Maksiat? Kami ingin tahu maklumat sebenarnya supaya PRU 13 akan datang penduduk di Labuan tahu mana satu Parti yang wajib dipilih.

Berpuluh artikel telah disiarkan oleh Sabahkini.net dan suratkhabar tempatan mengenai Judi haram dan Pelacuran di Labuan setiap bulan, tetapi pihak berkuasa hanya menjalankan ‘Ops Tayang’ kepada penduduk Labuan, seolah-olahnya penduduk pulau ini adalah kanak-kanak berumur tiga tahun.

Jika sebuah pusat hiburan (satu unit kedai) memerlukan antara 20 hingga 30 pelayan, jadi Hotel Hayatt Coffee House yang buka 24 jam perlu mengambil waitress sehingga 80 orang kerana coffee house Hyatt Hotel besar dan beroperasi 24 hours.

Adakah Hyatt Hotel atau hotel lima bintang lain mengambil begitu ramai waitress? Kami rasa pengarah dan pegawai imigresen tidak pandai Matematik.

Terkini, bukan saja pusat hiburan seperti pub dan karaoke ada menyimpan GRO (pelacur berlesen), malah Pool atau Pusat Snooker pun ada menyediakan perkhidmatan GRO untuk tujuan pelacuran.

Kami menggesa agar SPRM menjalankan risikan dan membanteras sindiket pelacuran, pegawai yang melindungi atau mereka yang bersubahat termasuk mendalangi kegiatan tersebut.

Jika pekara ini tidak diambil tindakan oleh Kerajaan BN serta merta, kami minta semua penduduk Labuan agar jangan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang kerana isu ini telah menyebabkan masalah keluarga bercerai berai di Labuan.

Semua maksiat yang wujud di Labuan pada hari ini adalah buah tangan Datuk Adnan Mansor yang meminta Kerajaan Pusat meluluskan kouta pelayan import dari Filipina dan sekaligus menjadikan Labuan Syurga pelacuran terkenal di Asia.

Kami juga minta ehsan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar membatalkan permit GRO tersebut kerana Karaoke, Pub, massage palour, pool house telah menyalahgunakan permit GRO untuk kegiatan tidak bermoral.

Salam Hormat.
ANTI MAKSIAT & JUDI LABUAN.

-Sabahkini

15 comments:
Write comments
  1. Permit GRO harus dibatalkan!

    ReplyDelete
  2. Diharapkan SPRM akan menyiasat Jabatan Immigresen Labuan mengapa sebuah Pusat Hiburan di W.P Labuan perlu permit Pelayan (waitress) sampai 20 hingga 50 perempuan Filipina.

    ReplyDelete
  3. kegiatan ini prlu dipantau dan dibanteras.

    ReplyDelete
  4. Masalah ini perlulah ditangani secepat mungkin.

    ReplyDelete
  5. harap pekara ini dapat diberikan perhatian yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  6. sebaiknya jika siasatan dibuat. jika benar terdapat kegiatan yang menyalahi undang-undang tindakan yang sewajarnya perlu diambil.

    ReplyDelete
  7. kerana untuk menarik pengunjung datang. Apa pun sebaiknya GRO ini perlulah ditangani oleh pihak tertentu. Kenapa perlu ada permit untuk GRO??

    ReplyDelete
  8. sudah banyak kali pendedahan dan laporan dibuat. mustahil semua pendedahan dan laporan tersebut tidak sampai kepada pihak yang berkenaan. kenapa tidak ada pemimpin2 politik yang cuba campur tangan dalam hal ini??

    ReplyDelete
  9. saya harap KDN akan lebih sensitif terhadap masalah2 seperti ini dan memberi keutamaan kepada isu2 kritikal yang melibatkan orang2 besar.

    ReplyDelete
  10. Kalaupun GRO diharamkan, rasanya selagi permintaan ada GRO tetap akan wujud la..

    ReplyDelete
  11. Apapun, saya harap hal ini dapat diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  12. Pulau Maksiat sememangnya gelaran yang sesuai untuk Labuan.

    ReplyDelete
  13. Flying_UnderpantsApril 1, 2011 at 10:06 AM

    KENAPA PUSAT HIBURAN PERLUKAN RAMAI GRO? hmmm...untuk cover ramai pelanggan. LOL.. Hassan, jangan la label Labuan macam tu kecil hati orang Labuan.LOL. Apa2 pun harap2 pihak berkuasa memantau pusat2 hiburan & membanteras gejala maksiat.

    ReplyDelete
  14. mcm mencurah air ke daun keladi...

    ReplyDelete
  15. Pengalaman saya selama 4 bulan di Labuan...kebanyakan GRO tidak mempunyai permit kerja..dan mereka kebanyakannya bekerja di atas pas lawatan sosial sahaja...apabila time tangkapan or ambush..kebanyakan pengusaha2 PUB ini terlebih tahu akan tarikh akan di adakan ambush itu...maka mereka akan menyembunyikan GRO2 ini di rumah2, apartment2 atau di hotel untuk mengelak dari tangkapan pihak berkuasa...kebanyakan informer2 juga dtg dari pihak polis yg telah di suap atau di rasuah oleh taikun2 PUB di labuan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.