Tuesday, January 8, 2013

Ketua-ketua Cawangan Umno Demo Bantah Ketua Bahagian



Seramai 50 orang ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 8.00 pagi tadi sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin.

Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam.

Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar.

Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah.

Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi.

Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali.

“Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna.

“Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,”ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang.

Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu.

Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan’, SPRM tolong siasat, ‘Rakyat Dihimpit’ dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak. -HD

4 comments:
Write comments
  1. Bukan dali sahaja tu ramai lagi tu...

    ReplyDelete
  2. Betul riak2 yg mnunjukkan UMNO Kelantan makin 'gersang' dan masih kelabu asap. PM dan TPM pu makin melalut di TV3 atau RTM dsamping mngarahkan media 3suku mereka jadi bengap. Bengap kerana brdasarkan berita yg disiar seolh2 spt seorang yg hampir trcabut nyawa.MELALUT ntah apa2. Mereka yg cipta isu dan mereka yg putar cerita. Trbaru isu kalimah Allah, kalau Sultan Selangor murka atau kecewa dgn PKR atau PAS semoleknya siarkan 'direct' titah murka Sultan supaya rakyat dengar. Ini dibiarkan TV 3suku tolong 'murka'kan dan kalau aku jadi sultan,aku panggil semua penerbit siaran MARA MENGADAP AKU. Aku tempeleng sorang2 kerana nak melagakan sultan yg baik dgn rakyat jelata.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  3. Tapi kan UMNO Bah.Pengkalan Chepa dah lama gaduh pun. Hanya media UMNO tak heboh. Yg media uMNO heboh ialah MCA kata DAP takde demokrasi dlm parti,lepas tu Hassan ali kata PAS lari perjuangan asal atau ntah apa2 lah. Hal2 DAP dia pergi tanya org MCA dan hal2 PAS dia pergi tanya anjing kurap yg dah reject. Jadi itu masalah UMNO ni dan mnyebabkan rakyat marhaen dah meluat dan tak pelik jika betapa ramai org2 professional atau org2 UMNO juga yg lari dr mereka. Ini tidak pulak mereka hebohkan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.