Wednesday, January 9, 2013

Tan Sri Khalid Bidas Penipuan SYABAS

Kerajaan Negeri kesal dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mengaitkan gangguan bekalan air dengan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), sedangkan ia tiada kaitan langsung.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bekalan air sebenarnya mencukupi tetapi kegagalan Syabas menyelenggarakan Rumah Pam Wangsa Maju dan Hulu Pudu Baru mengakibatkan pengguna di kawasan berhampiran terjejas.

Menurutnya, berdasarkan laporan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang melawat Rumah Pam Wangsa Maju, 2 Januari lalu mendapati, empat daripada lima pam telah rosak, manakala satu pam sedang diselenggarakan dan tidak beroperasi.

"Jawatankuasa ini mendapati pam nombor dua telah rosak sejak setahun lalu dan tidak diperbaiki kerana tiada alat ganti manakala pam nombor empat dan lima rosak pada malam 28 Disember lalu ketika beroperasi secara serentak.

"Dakwaan Syabas bahawa kesemua pam beroperasi melebihi had menyumbang kepada kerosakan pam adalah tidak benar kerana sepanjang 2012, hanya 18 hari sahaja pam-pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari. Kadar aliran purata pam-pam tersebut adalah 182.204 juta liter sehari (JLH)," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Syabas sepatutnya memastikan kesemua lima ini berada dalam keadaan baik dan penyelenggaraan secara berkala perlu sebagai prosedur wajib yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya, Syabas juga gagal menurunkan kadar peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) di bawah paras 30 peratus seperti yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

"Jika loji baru dibina, kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih tidak selesai kerana kelemahan Syabas.

"Kita mendesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius masalah ditanggung rakyat dan mempercepatkan proses penstrukturan semula dengan membenarkan Kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan pembekalan air seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," katanya.

Semalam, Abdul Khalid bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri telah melawat Rumah Pam di Wangsa Maju bagi meninjau kerja-kerja pembaikan. -SH

4 comments:
Write comments
  1. Aku pulak nak bidas TV 3suku yg dok siar isu takde air kat Sel. Ada ke patut dia siar gambar lama dan masalah air kat Johor,dimana trsiar lori kpunyaan SAJ ( Sykt Air Johor ) dok bagi2 air. Rakaman tu dah le yg dah lapuk,silap tempat pulak. Nak tutoh PR di Sel tapi BN trtutoh pungkok sendiri. Kah kah kahh. Lepas tu perlaga PR isu kalimah Allah le, DAP takde demokrasi le,PAS takde prisip le dan semua tanya 'lembu tua' atau TV 3 suku buat statement sendiri. Hi hi hiii

    ReplyDelete
  2. 5 tahun lepas [masa BN pegang selangor], x berlaku masalah yg sama???

    ReplyDelete
  3. Cuba kita tanya diri kita balik. Kita duduk dalam negeri Selangor ker, kita duduk dalam negeri Syabas?

    Kalau kita nak beli sesuatu barang, sekiranya barang itu tidak memuaskan hati kita, dah tentu kita tidak beli barang tersebut.

    Sama dalam kes nie. Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran BN telah melantik SYABAS untuk uruskan AIR nie. Tiba2 bila PR ambil alih, macam2 hal timbul.

    Hal nie timbul sebab SYABAS sebenarnya dah terperangkap dengan PERMAINAN sendiri iaitu mengenakan CAJ yang tinggi kepada Rakyat.

    Tiba2 Kerajaan Selangor PR beri percuma pulak kepada Rakyat, tu yang SYABAS tak tahu nak cari duit dari mana.

    Yer lah, dah biasa pakai mewah2. Tiba2 nak kena pakai biasa2, TAK STANDARD la bro!!!!

    Standard x standard, kalau barang kita beli tak puas hati kita ada pilihan TAK BELI, begitu juga Kerajaan Negeri Selangor. Mereka juga ada pilihan untuk teruskan perkhidmatan SYABAS atau TIDAK.

    So berbalik kepada jawapan kat atas tadi, kita tinggal di negeri Selangor, bukan negeri SYABAS.

    Dan bukan SYABAS yang buat keputusan untuk Kerajaan Negeri Selangor.

    Ada faham ker SYABAS?

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!

    ReplyDelete
  4. Dlm Islam kan dah ada trmaktub iaitu..hak2 keperluan asas rakyat spt api,air serta barangan makanan adalah DILARANG sama sekali disalahurus oleh pemerintah. Tapi kan air dSelangor telah dhadiahkan oleh BN kpd Syabas. Semoleknya..hal2 pembentungan,rawatan air,bekalan air atau seumpamanya,kan tugas kerajaan. Ia sejajar la dgn larangan agama ke atas pihak2 yg mengambil kesempatan 'berniaga'air dgn rakyat. Tapi BARUA Umngok tak tau benda2 mcm nih. Itu masalahnyer.

    **yassir arafat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.