Thursday, January 17, 2013

RCI: Pelarian dapat kad pengenalan biru tanpa perlu memohon

Seorang pelarian Filipina memberitahu inkuiri Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram bahawa beliau menerima kad pengenalan biru tanpa membuat permohonan.

Ismail Balaka berkata beliau terbang ke Sabah 1975 untuk melarikan diri dari perang saudara di Filipina.

“Apakah anda mendapat kad pengenalan tanpa perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)?” tanya Jamil Aripin pegawai yang menggendalikan RCI hari ini.

“Ini betul,” kata Ismail.

Ismail menambah beliau adalah pengundi berdaftar dan telah mengundi lima kali di Sabah.

Ismail yang juga pembuat kapal memberitahu beliau pada ketika ini tinggal di penempatan di Kinarut di Sabah dengan isteri keduanya warga Filipina dan empat orang anaknya yang turut mempunyai kad pengenalan biru.

Beliau menambah isteri pertamanya yang juga warga Filipina menjaga lima orang anaknya.

Ismail menyatakan beliau dan beberapa yang lain dipanggil pada satu hari untuk berkumpul di dewan kampung tersebut akan tetapi tidak memberitahu bila secara spesifik.

Menurut Ismail sesetengah pihak yang beliau tidak kenali memberitahu beliau dan penduduk kampung lain untuk menandatangani borang, meninggalkan cap jari dan diambil gambar.

“Saya diberitahu akan diberi kad pengenalan Malaysia. Selepas tiga atau lima bulan, saya terima kad pengenalan biru,” kata Ismail menurut kenyataan kepada polis yang dibacakan oleh Jamil.

Ismail yang memakai baju putih menambah beliau tidak membayar untuk kad pengenalan tersebut.

Beliau juga berkata beliau tidak perlu memberi apa-apa dokumen untuk mendapatkan kad pengenalan biru seperti kad pengenalan merah atau hijau untuk penduduk tetap atau penduduk sementara.

Beliau menafikan diberikan syarat atau diminta mengundi sebelum diberikan kad pengenalan biru.Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil memberi keterangan semalam bahawa 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah pada tahun 1993.

Tun Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 hingga 1985, menafikan kewujudan “Projek IC” tersebut.

Ismail memberitahu hari ini beliau tidak berniat untuk pulang ke Filipina.

Seorang lagi pelarian Filipina bernama Hatta Ghani memberi keterangan hari ini beliau menerima kad pengenalan biru pada tahun 1990 selepas membuat permohonan pada tahun 1988 akan tetapi tidak pernah mempunyai kad pengenalan merah.

Hatta seorang pekerja binaan turut memberitahu beliau mendaftar sebagai pengundi sebaik sahaja menerima kad pengenalan biru.

“Saya mengundi sekali di Keningau dan dua kali di Kawang,” kata Hatta yang memakai kopiah putih.

Inkuiri yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung tengah hari esok. -TMI

61 comments:
Write comments
  1. vavi punya umnooo

    ReplyDelete
  2. inilah hasilnya orang2 sabah dapat dari kerajaan sial BN. celaka betul'' mudah mudahan anak2 si pemberi IC haram kepada PTI dirogol beramai ramai oleh PTI. ptuii''

    ReplyDelete
  3. EC will not comment on the proceedings of the RCI on immigrants in Sabah until it is concluded.

    ReplyDelete
  4. EC chairperson Abdul Aziz Mohd Yusof said he has been given legal advice that doing otherwise would be in contempt of the RCI proceedings.

    ReplyDelete
  5. The EC will be called before the RCI sometime in February, so it is not proper for me to comment on the proceedings (while ongoing). It will be contempt of court Abdul Aziz Mohd Yusof said

    ReplyDelete
  6. Let the RCI do its work until the end and (disclose) the findings

    ReplyDelete
  7. Then, it is proper for the EC to respond

    ReplyDelete
  8. the EC was currently registering voters in accordance with due process, unlike what had allegedly taken place more than 20 years ago

    ReplyDelete
  9. Former Sabah National Registration Department chief Abdul Rauf Sani has admitted leading a team that processed identity cards for unqualified immigrants.

    ReplyDelete
  10. Abdul Rauf said the team was working alone and did not take orders from political masters.

    ReplyDelete
  11. Abdul Rauf said this in his testimony before the royal commission of inquiry on Sabah's illegal immigrants problem

    ReplyDelete
  12. Abdul Rauf confirmed that he and his men operated from the residence of former prime minister Dr Mahathir Mohamad's political secretary Abdul Aziz Shamsuddin in Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  13. Abdul Rauf insisted that Abdul Aziz had no role in the operation.

    ReplyDelete
  14. former Tamparuli district NRD chief Yakup Damsah, who was part of a so called G17 unit based in the Sabah NRD headquarters in Kota Kinabalu, had revealed that they had an operation out of Abdul Aziz's house, where they signed identity cards meant for to immigrants.

    When contacted, Abdul Aziz said he did not remember such events.

    ReplyDelete
  15. Seorang saksi hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah bahawa 446,173 pelarian dan pendatang tanpa izin telah diusir ke negara masing-masing sejak tahun 1990 sehingga sekarang.

    ReplyDelete
  16. Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd. Salleh berkata, pelarian dan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen pula akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi proses pengusiran ke negara masing-masing antaranya Filipina.

    ReplyDelete
  17. Semasa diminta menjelaskan bagaimana beliau mendapat jumlah itu oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang mempengerusikan suruhanjaya itu, Suhaimi berkata, pihaknya mempunyai rekod itu

    ReplyDelete
  18. Saksi kelima itu yang mula berkhidmat di Pasukan Petugas Khas itu pada 15 Januari tahun lepas memberitahu suruhanjaya bahawa pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan pada 4 April 1989 itu juga berfungsi untuk mengurus, menangani semua masalah pendatang asing di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  19. Semasa ditanya pegawai pengendali, Manoj Kurup, Suhaimi juga berkata, pasukan itu ditubuhkan Kerajaan Persekutuan bagi membantu Unit Penempatan di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) untuk menguruskan pendatang asing ke negeri itu yang semakin bertambah.

    ReplyDelete
  20. Suhaimi juga berkata, hasil bancian pada 2007 di 32 unit penempatan pelarian terdapat 59,000 pelarian Filipina manakala sehingga 2010 pula mencatatkan 38,000 pelarian Filipina hasil bancian di 16 buah unit penempatan.

    ReplyDelete
  21. Saksi keempat, Mokhtar Yassin Ajam yang bertugas sebagai setiausaha dalam negeri bahagian hal ehwal dan penyelidikan di JKM memberitahu suruhanjaya bahawa semakan yang dibuat antara 2007 hingga 2010 menunjukkan 33,019 pelarian Filipina berada di negeri ini dan daripada jumlah itu 15,000 adalah kanak-kanak.

    ReplyDelete
  22. Beliau yang bertugas di JKM sejak Oktober 2005 itu berkata, kanak-kanak itu merupakan generasi ketiga dan keempat pelarian Filipina yang datang ke negeri ini pada awal 1970.

    ReplyDelete
  23. Mokhtar berkata, kesemua pelarian itu adalah mereka yang tercicir semasa proses pendaftaran pas pengenalan sementara IMM-13 yang dilaksanakan pada 1976 hingga 1984.

    ReplyDelete
  24. Beliau berkata, disebabkan ibu bapa tiada pengenalan diri, anak-anak mereka tidak boleh mendapat akses kepada sistem pendidikan kerajaan kerana tidak mempunyai sijil kelahiran. S

    ReplyDelete
  25. Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan persekutuan bersama organisasi bukan kerajaan (NGO) telah menubuhkan sekolah-sekolah khas bagi kanak-kanak itu mendapatkan asas pendidikan.

    ReplyDelete
  26. Sementara itu, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Mohd. Salleh menafikan wujudnya apa yang dipanggil "Projek IC" semasa beliau menjadi ketua menteri dari tahun 1976 hingga 1985.

    ReplyDelete
  27. ''Saya tidak pernah dengar mengenai "Projek IC". Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada perkara seumpama "Projek IC",'' kata Harris sambil menambah jika agensi persekutuan mengeluarkan kad pengenalan, ia mungkin dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan ia perlu menangani permohonan dalam jumlah yang besar.

    ReplyDelete
  28. Bagaimanapun, Harris berkata, walaupun kad pengenalan dikeluarkan dengan pantas, ia dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  29. Semasa ditanya Manoj supaya membacakan laporannya yang dikemukakan kepada RCI hari ini, Harris berkata, antara dasar yang diterima pakai kerajaan Persekutuan adalah memberikan taraf kewarganegaraan kepada pelarian selaras dengan piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu.

    ReplyDelete
  30. 'Perkara ini diumumkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada awal 1970-an. Tunku mengumumkan bahawa pelarian orang Islam boleh tinggal di Malaysia dan bukan Islam (kebanyakannya orang Vietnam) dalam mana-mana kes memilih sama ada untuk pergi ke Australia, Eropah atau Amerika," katanya sambil menambah bahawa dasar itu masih berkuat kuasa pada masa ini.

    ReplyDelete
  31. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab melakukan aktiviti itu? siapa sebenarnya dalang kepada pemberian IC tanpa perlu memohon.

    ReplyDelete
  32. Parti Bersatu Sabah (PBS) represented by its vice-president Datuk Radin Malleh today handed over evidence to the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegal Immigrants in Sabah at its investigation team’s office at Wisma Dang Bandang here.

    ReplyDelete
  33. Met by reporters outside the office, he said the evidence was mainly based on Malaysian identity cards possessed by illegal immigrants and identity cards that had yet to be issued to illegal immigrants who had registered for them. Who are those people?

    ReplyDelete
  34. He said the evidence was compiled in five sets of manuscripts, of which three volumes contained 73,983 names of illegal immigrants who had allegedly obtained Malaysian identity cards. I am afraid those illegal immigrant would not telling the truth..

    ReplyDelete
  35. “A lot of foreigners who are in Sabah illegally have obtained identity cards which are genuine but with false particulars,” Statement by Datuk Radin Malleh.

    ReplyDelete
  36. Sabah National Registration Department (NRD) ex-director Datuk Abdul Rauf Suni denied that the exercise carried out by the department to register illegal immigrants for the purpose of issuing identity cards (ICs) has changed the voting pattern in Sabah.

    ReplyDelete
  37. Abdul Rauf who was detained under house arrest for 60 days under the Internal Security Act (ISA) in April 1996, agreed that the whole exercise of issuing ICs to Filipino and Indonesian illegal immigrants were to increase the Muslim voters in Sabah.

    ReplyDelete
  38. Steve expressed his concern that the NRD ex-director relied solely on the statutory declaration (SD) to validate the applicants and approve the issuance of the ICs.

    ReplyDelete
  39. kalau ada jumlah sampai berpuluh ribu pendatang yang dapaat dikesan dan dihantar pulang, mungkin betul tetapi persoalannya ada lagi beratud ribu yang diberikan IC haram yang kebanyakkannya tiada rekod kemasukan ke sabah sbb guna tongkang dsb. jumlah yang beratus ribu inilah yang direkrut oleh umno BN menjadi pengundi mereka.

    sial sial siallll.BN.''

    ReplyDelete
  40. Orang yang dapat kad pengenalan tidak boleh dipersalahkan sebab mereka tidak tau apa2.

    ReplyDelete
  41. Hukuman yang berat terhadap pengkhianat perlu untuk elakkan lebih ramai pengkhianat wujud di negara ni.

    ReplyDelete
  42. maaf ckplah ..memang bangsat ...

    ReplyDelete
  43. Apa kata kita Bumiputra..tidak kira fahaman politik kumpul ramai2 di stadium likas bagi protes ini ic palsu (warganegara palsu) dan sokongan kepada RCI.. takkan sdh tau diam2 saja org Sabah ni

    ReplyDelete
  44. siapa bangsat? palui! palui! palui!

    ReplyDelete
  45. Inilah kerja UMNO KEPARAT LAKTUNLLAH!

    ReplyDelete
  46. Itu sebab perkara ini perlu di siasat siapa yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  47. apakah tindakan yg akan diambil oleh kerajaan kepada PTI yg mendapat ic projek, telah layak utk mengundi dan telah layak mendapat BRIM dari kerajaan....

    ReplyDelete
  48. proses perbicaraan baru bermula dan terdapat 167 saksi akan dipanggil untuk perbicaraan.

    ReplyDelete
  49. Lebih baik jangan terus membuat kesimpulan, terdapat 167 saksi yang akan dibicarakan, biarlah ianya mengikut prosedur

    ReplyDelete
  50. TOR yang mengandungi lapan perkara dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong itu jelas amat telus, adil dan mencakupi semua aspek.

    ReplyDelete
  51. TOR RCI itu adalah seperti berikut, untuk menyiasat:

    ReplyDelete
  52. 1.Jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan.

    ReplyDelete
  53. 2. Untuk menyiasat sekiranya pemberian kad pengenalan atau kewarganegaraan mengikut undang-undang

    ReplyDelete
  54. 3. Untuk menyiasat sekiranya mereka diberikan kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara atau kerakyatan melalui cara yang menyalahi undang-undang dan telah didaftar sebagai pemilih di Sabah

    ReplyDelete

  55. 4. Untuk menyiasat jika pihak berkuasa telah mengambil apa-apa tindakan atau membuat penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (SOP), kaedah dan peraturan-peraturan untuk mencegah sebarang penyelewengan berdasarkan undang-undang;

    ReplyDelete
  56. 5. Untuk menjalankan siasatan yang lebih mendalam ke dalam SOP, kaedah dan peraturan-peraturan mengenai penganugerahan kad pengenalan biru atau kerakyatan kepada warga asing di Sabah dengan mengambil kira pertimbangan norma-norma dan piawaian antarabangsa yang terpakai di Malaysia, dan mencadangkan pindaan atau perubahan untuk memperbaiki amalan semasa;

    ReplyDelete
  57. 6. Untuk menyiasat sebab-sebab di sebalik pertumbuhan penduduk Sabah mengikut kategori berikut:
    a) rakyat Sabah yang tinggal di negeri ini, termasuk individu yang diberikan kad pengenalan biru atau kerakyatan melalui sijil kelahiran (pendaftaran lewat);

    b) pekerja asing (termasuk ahli keluarga);

    c) pendatang asing tanpa izin (termasuk ahli keluarga);

    d) berhijrah; dan untuk mengkaji kesannya terhadap bilangan mereka yang berdaftar dalam daftar pemilih;

    ReplyDelete
  58. 7. Untuk menyiasat implikasi sosial kepada masyarakat Sabah berikutan penganugerahan kad pengenalan biru atau kerakyatan kepada orang asing di negeri ini;

    ReplyDelete
  59. 8) Untuk menyiasat bilangan rakyat tiada negara di Sabah yang diberikan kerakyatan atau kad pengenalan biru.

    ReplyDelete
  60. mana TOR untuk menghukum pesalah si pemberi IC haram kpd PTI? mana? mana? mana?

    mana TOR untuk periksa balas untuk apa tujuan IC haram dikeluarkan? mana? mana? mana?

    kalau begini, apa gunanya RCI dibuat? paling2 pun RCI ini hanya alat untuk memgiktiraf PTI yang dapat IC haram supaya menjadi rakyat sabah.

    BN dan Najib hanya perbodohkan rakyat sabah saja. TOR yang amat penting langsung tiada disebut. apa gunanya RCI ini sekiranya si pesalah masih bebas dan tiada dikenakan apa2 hukuman?

    Pemberian ic kepada rakyat asing secara tidak sah adalah jenayah yang paling berat dan perlu dipenjara seumur hidup kerana menjual kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  61. January 22, 2013 at 1:06 PM :

    ttp paluinya, 8 item itu x memasukkan perkara2 yg lebih vital:

    1. apa mau buat kpd IC yg tembirang.
    2. apa mau buat kpd pemegang IC dlm perkara [1].
    3. apa mau buat kpd pihak2 yg terlibat mengeluarkan IC tembirang itu.

    bukankah ini proses pembodohan berterusan rejim malaya terhadap sabahan???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.