Thursday, January 17, 2013

PRU 13 : Samsuddin & Pang Gugur?

TAHNIAH kepada para pejuang Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa. Sumber sahih memberitahu bahawa di Parlimen Batu Sapi dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri akan menampilkan muka baru dan mengekal calon bagi kawasan Parlimen Batu Sapi yang disandang oleh wakil PBS-BN iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin.

Benar atau tidak sumber ini, biarlah pucuk pimpinan Barisan Nasional yang mengumumkan calonnya kelak. Sumber risikan telah mendapati antara nama yang bakal menjadi calon bagi kawasan Batu Sapi khasnya adalah seperti berikut :-

Calon Parlimen 185 Batu Sapi : Datin Linda Tsen Thau Lin

Calon ADUN N.43 Sekong : Datuk Haji Awang Kadin Tang

Calon ADUN N.44 Karamunting : Lim Kai Min

Untuk rekod, Datin Linda menang kerusi berkenaan pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi 2010. Manakala Awang Kadin ialah Ketua Pemuda UMNO Sabah merangkap Ketua Pemuda BN Negeri dan Lim Kai Min ialah Pemangku Ketua Bahagian LDP Kawasan Karamunting.

Desas-desus yang bertiup kencang, ketiga-tiga bakal calon berkenaan semakin hangat diperkatakan di seluruh pelusuk kawasan Sandakan, tidak kira di kedai-kedai kopi, stesen bas mini, di kalangan pemandu-pemandu teksi dan penduduk Batu Sapi khasnya.

Apakah strategi BN dengan meletakkan dua muka baru ini dalam kerusi DUN N.43 dan N.44 akan dapat menjamin kemenangan majoriti besar BN bagi Pilihanraya kali ini? Walau apapun ceritanya, biarlah kita menunggu keputusan calon akhir yang mewakili Barisan Nasional bila diumumkan kelak.

Bagi Kawasan Parlimen Batu Sapi yang kini diwakili Datin Linda Tsen Thau Lin, adalah satu kesilapan besar kepada Barisan Nasional jika meletakkan calon 'bengap' dan tidak tahu bekerja seperti beliau ini.

Berdasarkan pungutan suara parlimen Batu Sapi, hampir 88% rakyat Batu Sapi menolak Datin Linda Tsen jika beliau dicalonkan semula. Ini adalah berikutan, rakyat mahu kawasan Parlimen Batu Sapi ini diwakili oleh 'Orang Melayu' dan bukan berbangsa Cina yang tidak tahu budaya dan cara hidup masyarakat kawasan Batu Sapi amnya.

Berita yang diperkatakan dalam pergolakan Parti PBS Bahagian Sekong kini yang mana Ketua Bahagian dan para Jawatankuasanya bakal meninggal parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat PKR Kawasan Batu Sapi.

Senario ini semakin jelas kerana kewibawaan Datin Linda Tsen langsung tidak membawa manfaat kepada para penyokongnya sendiri dalam Parti yang beliau wakili; apatah lagi para Ahli UMNO yang sudah muak dengan lakonan Pegawai Perhubungan Awamnya iaitu Khong Nyuk Toh atau lebih dikenali sebagai Ah Khong yang suka menabur janji-janji palsu kepada rakyat di perkampungan sekitar batu sapi.

Pengerusi BN wajar mengambil kira situasi seperti ini kerana pergolakan dalam Parti PBS kawasan sekong sudah jelas dan nyata. Jika Datin Linda Tsen dikekalkan sebagai calon bagi mewakili BN di Parlimen Batu Sapi, siapakah jentera Parti PBS Sekong yang membantu beliau sedangkan Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian PBS Sekong bersama para jawatankuasa dan penyokong bertindak bakal keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan serta kewibawaan Datin Linda Tsen.

Sumber juga memberitahu bahwa, para penyokong Datuk Peter Pang En Yin yang kini ADUN N.44 Karamunting mewakili GERAKAN, bakal mensabotaj Lim Kai Min jika beliau digugurkan menjadi calon BN pada PRU 13 Kali ini.

Para penyokong kuat Datuk Peter Pang telah mengeluarkan kenyataan tidak akan memberikan kerjasama kepada Parti LDP jika Kuota Calon Bagi DUN N.44 Karamunting dikembalikan kepada LDP.

Datuk Peter Pang melalui penyokong kuatnya telah melakukan pelbagai provokasi dan situasi tidak jujur di hadapan pemimpin BN ini jelas tidak mencerminkan Datuk Peter Pang mempunyai sikap dan sifat kepimpinan yang berjiwa rakyat tetapi hanya mementingkan dirinya sendiri sahaja.

Oleh yang demikian, bagi ADUN N.43 Sekong yang kini diwakili Datuk Samsudin Yahya yang mana beliau hanya mampu berdiam sahaja dengan situasi politik semasa yang berlaku.

Para penyokong kuatnya tercengang dan tergamam apabila nama Datuk Awang Kadin kini menjadi sebutan sebagai bakal calon menggantikan beliau di Kawasan DUN Sekong.

Benar ataupun tidak, kita semua tunggu dan lihat. Jika benar,maka perjuangan mereka dalam BN mesti diteruskan atas semangat setiakawan, jika tidak siapa pula yang bakal menjadi calon di DUN Sekong? Adakah Pucuk Pimpinan BN mengekalkan Calon dianggap tidak berguna seperti Datuk Samsudin ini?

Oleh : PEMERHATI POLITIK (sabahkini)

76 comments:
Write comments
  1. bah...selmat mengumpul harta ya...paloii punya bn...

    ReplyDelete
  2. Siapa juga calon yg d calonkan oleh BN?UMNo ...pastinya akan kecundang dan terkubur d semua kerusi ADUN atau Perlimen., rakyat Sabah dah mula muak dgn janji2 BN/UMNO..sedangkan sekarang masih bnyak kawasan yg masih tak berubah...semakin mundur dan derita.

    ReplyDelete
  3. 1. minyak akan diturunkan dalam masa 48 jam
    2. harga kereta pun akan diturunkan juga
    3. ptpn akan dimansuhkan dan hutang akan dihapuskan
    4. yahooooooooooooooooo!!!!!!!!
    5. tetapi.....jika telah berkuasa dan tidak dapat menepati janji2 yg diberikan ini??????????? BAGAIMANA BAHHH BOSSSS KUUU SEMUA???, MAU DIAKANKAN PILIHANRAYA LAGI KAH?? HAHAHAHA FIKIR2 KAN SEBELUM MEMANGKAH...

    ReplyDelete
  4. BERDOALAH PADA MEREKA YANG AKAN BERBUAT KEBAIKAN UNDI HANYA PADA YANG AKAN BERBUAT KEBAIKAN PADA RAKYAT

    ReplyDelete
  5. Siapa sahaja yang akan memenangi PRU yang akan datang pasti telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan juga untuk parti.

    ReplyDelete
  6. Tapi menurut pandangan peribadi, Datuk Lindah pasti akan memenangi kerusi itu, kerana rakyat disekitar sememangnya mengenali beliau secara dekat dan tahu akan perjuangan beliau.

    ReplyDelete
  7. Namun rakyat di sekitar sudah sememangnya akan memilih Datuk Lindah.

    ReplyDelete
  8. Harap tidak ada yang malakukan sebarang yang boleh merosakkan imej party.

    ReplyDelete
  9. Semoga party yang akan menang benar2 dapat memberi kan yang terbaik kepda rakyat.

    ReplyDelete
  10. Peluang Barisan Nasional untuk memenangi majoriti 2/3 pada PRU ke-13 dilihat cerah berdasarkan beberapa faktor, termasuk dasar transformasi kerajaan yang dilakukan oleh BN semenjak diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira tiga tahun yang lepas.

    ReplyDelete
  11. tranformasi di dalam pentadbiran kerajaan, termasuk di dalam UMNO yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib telah menambahkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan BN untuk terus mentadbir negara.

    ReplyDelete
  12. tranformasi di dalam pentadbiran kerajaan, termasuk di dalam UMNO yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib telah menambahkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan BN untuk terus mentadbir negara.

    ReplyDelete
  13. Kita dapat lihat hari ini, dengan kepimpinan Datuk Seri Najib kestabilan politik dan ekonomi bertambah baik.

    ReplyDelete
  14. Kewibawaan kepimpinan PM dan KM Sabah, serta dasar kerajaan yang menepati janji merupakan faktor-faktor utama yang saya yakin, bahawa BN mempunyai peluang besar untuk memperolehi majoriti 2/3 pada PRU yang akan datang.

    ReplyDelete
  15. Berdasarkan faktor tersebut, termasuk juga dengan beberapa faktor tambahan lagi seperti sistem yang tersusun, pengalaman dalam pentadbiran, mengekalkan kestabilan dan keharmonian merupakan elemen-elemen penting yang memberikan kelebihan kepada BN berbanding dengan pakatan pembangkang

    ReplyDelete
  16. jika dilihat daripada struktur pentadbiran pula, UMNO dan BN lebih tersusun bermula daripada peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat pengurusan tertinggi.

    ReplyDelete
  17. UMNO dan BN sudah lebih 50 tahun mentadbir negara, sudah tentulah ia mempunyai sistem yang lebih tersusun dan sistematik berbanding pembangkang

    ReplyDelete
  18. Perkara ini tidak wujud dalam Pas, DAP dan PKR. Kita boleh lihat di dalam Pas sebagai contoh, alih-alih tiba-tiba saja sudah ada muktamar pusat. Kita tak nampak bila masa cawangan-cawangan Pas di peringkat akar umbi bersidang. Begitu juga dengan DAP. PKR apatah lagi.

    ReplyDelete
  19. BN dan UMNO juga dilihat mempunyai strategi pentadbiran yang lebih baik berbanding dengan pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  20. BN merangka strategi jangka masa panjang untuk memakmurkan negara dan rakyat di negara ini. Tetapi pembangkang pula, hanya mendendangkan janji-janji yang tidak munasabah kepada rakyat semata-mata untuk meraih undi.

    ReplyDelete
  21. Parti yang memenangi di PRU 13 seharus memberi yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  22. Keharmonian dan ketenteraman harus dipeliharakan.

    ReplyDelete
  23. Saingan di KB dan Sandakan akan menjadi tumpuan ramai.

    ReplyDelete
  24. BN membawa perkembangan yang amat positif di Sabah. Usaha ini terbukti juga.

    ReplyDelete
  25. Para penyokong kuatnya tercengang dan tergamam apabila nama Datuk Awang Kadin kini menjadi sebutan sebagai bakal calon menggantikan beliau di Kawasan DUN Sekong.

    Siapakah calonnya? Semoga calon dicadangkan ikhlas dan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  26. KALAU UNDI BN DAPAT DUIT DAPAT KETA DAPAT AWEK HE HE HE TAPI KITA JUGA DAPAT BARANG NAIK SEGALA GALA NAIK JADI INI KALI LAH

    ReplyDelete
  27. Sudah terbukti Bn tetap yang terbaik.

    ReplyDelete
  28. Jentera BN sudah bersedia untuk menghadapi PRU ini.

    ReplyDelete
  29. Ini kalii lahh.Tukarr.

    ReplyDelete
  30. Untuk menumbangkan kerajaan BN yang sudah memerintah selama 55 tahun bukan mudah, penyokong setia ada sebab masing-masing yang yang susah untuk bertukar haluan atas kepentingan peribadi. Bagi kita yang memikirkan manafaat untuk orang terbanyak seperti janji Pakatan Rakyat, apa salah kita cuba, kalau tidak cuba kita tidak akan tahu selama-lamanya janji benar atau tidak. Janganlah tolak mentah-mentah tawaran yang baik. Bagus kita tengok yang nyata di mata, banding jalanraya Utama di Semenanjung 4 lorong kiri 4 lorong kanan. Tengok jalan dari KK ke Tawau jauh bezanya. Itu belum lagi jalan masuk kampung dan pedalaman di sabah. Air paip macam mana dan lain-lain prasarana. Sabah sudah 49 tahun bah dalam Malaysia, sepatutnya masaalah jalan, air, letrik ni sudah selesai bah. Ini dilaung-laungkan Malaysia jadi Negara Maju menjelang tahun 2020, kemudahan asas pun belum diselesaikan sampai banyak sudah pengundi tegar BN sudah meninggal dunia , mau tunggu apa lagi, itu baru bukti yang nyata dari BN. Tukarlah apa salah, Ini Kalilah.

    ReplyDelete
  31. BN membuat pelantikan calon dengan pertimbangan yang mendalam, terimalah keputusan mereka.

    ReplyDelete
  32. Diharapkan calon-calon yang dipilih untuk mewakili BN akan mendapat sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  33. Ahli parti juga haruslah memberi sokongan kepada calon yang dilantik dan bukan sabotaj mereka.

    ReplyDelete
  34. Bagi mereka tidak dipilih ataupun digugurkan, bukan bermaksud mereka tidak baik, cuma ada calon lain yang lebih sesuai.

    ReplyDelete
  35. Keputusan kerajaan menggugurkan Samsuddin dan Pang mungkin untuk bagi peluang calon lain untuk menjadi calon.

    ReplyDelete
  36. Kalau YB2 yg telah nyata lebih membebankan baik ditukar! Bukan sahaja akan kalah malah akan mencemarkan parti dan anggota lain. Tukar jgn tak tukar. Ubah jgn tak ubah!

    ReplyDelete
  37. BN membawa perkembangan yang amat positif di Sabah dengan menjadikan negeri ini negeri termiskin di Malaysia serta syurga PATI di mana PATI yang baru dua tahun tinggal di Sabah sudah dapat IC projek UMNO. Nak tambah PATI di Sabah undilah UMNO!

    ReplyDelete
  38. PRU13 dinantikan oleh semua pihak baik parti-parti kerajaan mahupun parti pembangkang. Dalam PRU12 yang lalu, DAP telah memperkenalkan beberapa calon baru dan lebih muda dengan memberikan pilihan yang terbaik kepada pengundi. Hasilnya, pengundi dilihat lebih yakin kepada calon-calon DAP berbanding calon-calon MCA dan Gerakan yang masih mempertahankan nama-nama lama.

    ReplyDelete
  39. Di London, kebanyakan YB berusia di bawah 50 tahun. Ia satu kemahuan yang mesti dibaca dengan betul. David Beckham adalah pemain yang hebat, nama yang besar dan kekayaannya masih tertinggi berbanding Rooney W, Theo Wallcot, Andy Carol, Jermain Defoe dan lain-lain. Namun jurulatih England tidak memilih David Beckham dalam senarai pemain utama negara kerana walaupun namanya gah, namun kudratnya tidak sekuat pemain muda. Sebab itulah juga nama-nama besar seperti Datuk Samy Vellu, Datuk Shahrizat dan lain-lain tewas semasa PRU12. Apakah UMNO dan BN sudah mempelajari hal ini?

    ReplyDelete
  40. Selama merdeka UMNO terlalu baik kerana asyik bersabar dan memberi laluan kepada komponen BN yang lain. Contohnya di kawasan saya Merotai, 75% pengundi di DUN Merotai adalah Melayu Islam, secara matematiknya kerusi Merotai hendaklah ditadbir oleh YB Melayu Islam, perkara ini sudah diminta oleh YB Datuk Ghapur Salleh, Ketua Bahagian Kalabakan beberapa tahun lalu.

    ReplyDelete
  41. Apakah Merotai kali ini akan kembali kepada UMNO? Jawapannya mudah, sekiranya BN Sabah berjaya mendapatkan ganti tempat lain yang majoriti Cina, maka kemungkinan besar Merotai kembali kepada UMNO adalah cerah. Perkara ini tidak menyakitkan hati parti LDP, sebab semasa YB Phang Yuk Ming berhari raya di rumah saya di Tawau, beliau menyedari dan memahami isu ini bahawa BN mengamalkan prinsip adil di mana jika Merotai diberikan semula kepada UMNO, parti LDP pula akan diberi ganti tempat lain.

    ReplyDelete
  42. Rakyat yakin, dalam PRU13 ini akan menyaksikan DS Najib akan melakukan Transformasi Politik kepada UMNO dan BN. Kita mesti bersedia dengan pembaharuan yang akan berlaku nanti.

    ReplyDelete
  43. Di Semenanjung Malaysia, PAS berusaha untuk menambahkan kuantiti YB mereka di Parlimen. Mereka berusaha menjadi majoriti dalam Pakatan walaupun sejarah menunjukkan PAS pada tahun 2008 hanya menang 23 kerusi Parlimen, DAP 28 dan PKR 31 sebelum ramai yang keluar menjadi Bebas. Kali ini PAS berharap bertanding di 80 kerusi Parlimen berbanding 66 pada tahun 2008. Beberapa nama yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan menjadi sasaran mereka untuk dijadikan calon seperti Datuk Fauzi Shaari walaupun ditolak oleh PAS Larut dan khabarnya Datuk Ramli Yusuf.

    ReplyDelete
  44. Beberapa nama yang suatu ketika dahulu gah di Sabah seperti Datuk Lajim Ukin, Datuk Yahya Lampong, TS Dr Ibrahim Menudin telah mengisyhtihar keluar UMNO tetapi seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, selagi DSP Pairin Kitingan masih berada di dalam BN, Sabah tetap akan kekal bersama BN

    ReplyDelete
  45. Khabarnya senarai nama calon-calon BN sudah pun ada, hanya DS Najib sebagai Presiden UMNO mempunyai kuasa untuk memuktamadkan calon-calon tersebut. Jika anda terpilih tahniah.

    ReplyDelete
  46. kta tunggu ja senarai calon diumumkan.

    ReplyDelete
  47. Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee mengingatkan para pemimpin Barisan Nasional (BN) di kawasannya agar tidak sabotaj parti sekiranya tidak tersenarai sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  48. “Kita sewajarnya bersikap terbuka dan menerima segala keputusan berkenaan yang dibuat oleh pucuk pimpinan BN,“ katanya.

    ReplyDelete
  49. Beliau berkata nasihat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlulah kita guna bersama dan diambil iktibar kepada semua ahli-ahli Umno dan BN seluruh negara.

    ReplyDelete
  50. “Yang penting bagi kita adalah kemenangan parti BN,“ katanya.

    ReplyDelete
  51. Beliau sekali lagi mengingatkan kepada semua ahli agar menolak elemen menyeleweng dengan mensabotaj calon BN yang akan bertanding kelak.

    ReplyDelete
  52. Ini kerana katanya, hanya BN sahaja satu-satunya parti yang mampu memartabatkan hak rakyat dalam membawa pembangunan holistik secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  53. Dalam pada itu, Ronald yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat turut berpesan kepada rakyat agar jangan berpaling tadah kepada pihak pembangkang sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima sesuatu bantuan yang disalurkan kerajaan.

    ReplyDelete
  54. Ronald turut menggesa kepada semua ahli Umno agar memberi sokongan penuh kepada calon BN yang dipilih pucuk pimpinan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  55. “Perkara itu penting bagi memastikan BN dapat mengekalkan kemenangan pada setiap kerusi yang ditandingi khususnya di kawasan luar bandar yang menjadi kubu kuat BN,” katanya.

    ReplyDelete
  56. Dipilih ataupun tidak, termalah dengan hati terbuka. seperti Salleh Said, walaupun tidak tercalon namun beliau tidak lompat parti.

    ReplyDelete
  57. Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin wants all Barisan Nasional (BN) component parties to support those nominated by the ruling coalition to contest in the upcoming 13th general election.

    ReplyDelete

  58. Muhyiddin, who is also BN deputy chairman, said their support should be above the differences within the respective BN components.

    ReplyDelete

  59. "Umno will support the MCA candidates, Gerakan will support MIC candidates and so on...all components to support BN candidates as we are in one team."

    ReplyDelete

  60. Muhyiddin said this at his briefing for 1,500 members of Penang BN's 345 polling district centres' or pusat daerah mengundi (PDM) election machinery, followed by a luncheon, in conjunction with his working visit to the state.

    ReplyDelete
  61. He said the candidates chosen were the best and winnable and had gone through screenings before being selected.

    ReplyDelete

  62. Muhyiddin said the lists of candidates had been submmitted to the prime minister by the respective party state liaison chairmen after discussions at the divisional level, and the names of the candidates for the elections would be announced anytime soon.

    ReplyDelete

  63. He hoped that those not chosen as candidates would not sabotage their party as their action would affect BN's performance in the upcoming elections.

    ReplyDelete

  64. "When our names are not up there (as candidates), let's not call the PDM to hold an emergency meeting and ask that the PDM be closed.

    ReplyDelete
  65. "We must not sabotage the party as the candidates chosen are the best among the best...there is no perfect human being, a little flaw is okay."

    ReplyDelete
  66. Muhyiddin said as usual, BN would be contesting under one party and symbol, the scale, but they (Pakatan Rakyat) would be contesting under their own respective parties and logos.

    ReplyDelete

  67. "BN has the capability of forming a government based on its long experience and is a strong coalition and not formed as a temporary measure like the opposition group," he said.

    ReplyDelete

  68. The deputy prime minister said he would also be going to the ground more often especially in Penang to expose the opposition's lies.

    ReplyDelete

  69. Muhyiddin noted that BN's position had become stronger since the government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak introduced various transformation programmes that helped change public perception of BN.

    ReplyDelete

  70. "The transformation programmes have shown good results, unnerving the opposition. The various aid that we give have reached the grassroots. The measures are aimed at helping the 'rakyat'," he said, adding that support for BN from the people, including the Indians and Chinese, had risen.

    ReplyDelete

  71. However, he reminded the BN component party leaders to work harder for the people and to relentlessly carry out their tasks in facing the upcoming general election.

    ReplyDelete

  72. "We know our weaknesses and we must improve and become stronger for the future. The measures (transformation programmes) alone are not enough as the people want to see real change made by the BN government," he said.

    ReplyDelete
  73. Muhyiddin stressed that BN required the total commitment of its component party leaders in ensuring continued people's support and translated into votes for BN.

    ReplyDelete

  74. "Our struggle is not just to gain victory for BN but also to take care of the lot of all races, the Malays, Chinese, Indians, Ibans, Kadazans, Orang Asli...they all need our help.

    ReplyDelete

  75. "Our struggle is a noble struggle and not easy, requiring total commitment," he said.

    ReplyDelete
  76. Ini kalilah !!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.