Tuesday, June 24, 2014

Penggambaran ‘Program Bogel’ Di Malaysia, Dibenarkan?

RASANYA tidak ramai yang tahu mengenai rancangan realiti televisyen ‘Naked and Afraid’ yang disiarkan menerusi saluran Discovery di Amerika Syarikat.

Rancangan yang sudah melepasi musim kedua itu mula ditayangkan pada 23 Jun 2013.

Setiap episod akan memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipertemukan buat kali pertama dalam keadaan bogel dan perlu tinggal di hutan selama 21 hari.

Pasangan ini kemudiannya perlu mencari sumber makanan, pakaian dan pelindungan sepanjang tempoh itu.

Apa yang ‘menariknya’, salah satu episod yang ditayangkan pada 13 April 2014 telah menjalani penggambarannya di sebuah hutan di Malaysia!

Pesertanya terdiri daripada seorang anggota bomba, Fernando Calderon dan ibu tunggal, Samantha Pearson.

Biarpun mereka bukanlah warga tempatan, kami tertanya-tanya juga adakah penggambaran untuk program seumpama ini dibenarkan di Malaysia?

Mungkinkah ia dilakukan tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa?-mynewshub.my

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.