Monday, November 3, 2014

Arak, dedah aurat penyebab bencana MAS

PETALING JAYA: Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Ridhuan Tee, mengatakan bahawa bencana dan tragedi yang menimpa MH370 dan MH17 tahun ini adalah disebabkan oleh keengganan rakyat Malaysia untuk bersikap Islami.

Beliau berkata demikian di kolum ‘Buka Minda” penulisan beliau di Sinar Harian hari ini.

Beliau menceritakan pengalaman beliau ketika terbang baru-baru ini bersama Royal Brunei Airlines dimana cara-cara Islam diamalkan dipesawat.
“Penerbangan bermula dengan pembacaan doa-doa dan ini mendekatkan kita dengan Allah,” katanya.

“Apakah pelajaran yang kita dapat dari MH17 dan MH370 belum mencukupi?,” tanya beliau sambil menambah bahawa bencana dan tragedi ini disebabkan oleh cara pramugari berpakaian yang mendedahkan aurat dan juga penyajian arak yang jelas haram dalam Islam.

Menurut Ridhuan, pelancong dari negara asing terlalu biasa meminum arak di negara mereka sendiri dan mungkin ini penyebab kenapa MAS menyajikan arak di penerbangan mereka; kerana MAS takut kehilangan penumpang.

Beliau menyampaikan rasa hairan terhadap orang muslim dari Malaysia yang keberatan untuk menjalankan hidup cara Islam. “Kenapa kita tidak mahu menegakkan hukum Allah, apakah masalahnya untuk kita melaksanakan hukum Allah?”

“Hiduplah secara Islam sebelum Allah murka terhadap kamu.”

Ridhuan juga memperingatkan supaya melupai orang-orang yang tidak berminat untuk masuk Syurga, “Mereka adalah yang menginginkan orang Islam di negara kita dipesongkan akidahnya.”

-FMT

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.