KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang Datuk Jazlan Yaakob berkata tindakan pembangkang yang menggunakan slogan rakyat negara ini sengsara dan dizalimi hanyalah rekaan mereka sahaja.
Katanya, walaupun pembangkang cuba memperalat emosi rakyat dengan pelbagai slogan, beliau yakin bahawa rakyat tetap sentiasa mendapat pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Mana ada sebuah kerajaan mahu menzalimi rakyatnya sendiri… memang patutlah slogan atau laungan yang dicanang seluruh negara itu tidak bersahut,” katanya.
Tambahnya lagi, rakyat boleh menilai sendiri apa yang dilakukan kerajaan dan membuat penilaian terhadap kegagalan Pakatan Rakyat (PR) yang gagal membela rakyat melainkan hidangan masalah politik dalaman yang tidak akan kesudahan.
Jelas Jazlan, faktor itulah yang menyebabkan pembangkang tidak berupaya untuk terus mengheret emosi rakyat dengan slogan-slogan yang dicipta oleh mereka.
“Segala slogan-slogan retorik yang dilaungkan oleh pembangkang itu hanyalah enak dan sedap di dengar sahaja sedangkan realiti adalah sebaliknya. Buatlah apa slogan sekalipun…yang penting adalah amanah yang perlu dilaksanakan,” ujarnya.
-fmt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.