Friday, January 25, 2013

2 Menteri, 1 MB, 1KM Gagal Ujian Saringan SPRM

Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti. -SH

6 comments:
Write comments
  1. PM senarai pertama yg tk dapat dicalunkan krn bapa raduah no1.

    ReplyDelete
  2. Kalau bekas MB....mesti 100% anak toyol selangor...KHIRRRR TOYOLLLL.....KM tak pasti tapi tak lain tak bukan di antara ''SYAITAN'' 2 ekor ni.kalau bukan ALI KETAM KM melaka .pasti KM S'WAK.TAIB LEBANON........

    ReplyDelete
  3. Kalau nk ikutkan semua menteri bn ada lauran rasuah cuma sprm nk siasat atau tidak. Kenapa tidak disenaraikan jugak tpm dan pm? Rakyat umumnya tau tpm dan pm jugak ada byk kelibat dlm salah guna kuasa dan rasuah. Atau sprm takut pd ikan paus? Kalau sprm telus jgn tunggu lg senaraikanlah nama mereka ni. Tp rakyat dah terhakis kepercayaan kpd sprm niii..

    ReplyDelete
  4. 1 KM adalah Musa takAman, 1 MB adalah Mat Said Ganu dan 2 YBM adalah Noh Omar dan Nazri Aziz.

    **888

    ReplyDelete
  5. Ha ha betul222222..............

    ReplyDelete
  6. klu SPRM jujur bg tau ja la...spy kalau calon yg gagal dlm saringan tu mau jg btanding rakyat boleh buat pilihan....apa guna buat saringan calon tp fakta disembunyikan...buang masa ja...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.