Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.
Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).
"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.
Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri.
Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan. -SH
Monday, January 21, 2013
Parlimen Bubar 22 Feb 2013?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat, tidak perlu buat spekulasi lagi bila parlimen akan dibubar.
ReplyDeleteSetelah pembubaran parlimen, dijangka pilihanraya tidak lama lagi.
ReplyDeleteNampaknya rakyat perlulah bersiap sedia untuk membuat pilihan bila PRU-13.
ReplyDeleteRakyat Kelantan patut gugurkan PAS kerana gagal menepati janji mereka sejak PRU-12.
ReplyDeleteKerajaan BN perlulah memastikan setiap janji yang dibuat dapat ditepati.
ReplyDeleteRakyat Kelantan patut gugurkan PAS kerana gagal menepati janji mereka sejak PRU-12.
ReplyDelete( Buruk-buruk Kelantan yang diperintah oleh PAS tidak semiskin macam Sabah yang diperintah BN. Kau tahu Sabah ini negeri TERMISKIN di Malaysia hasil pemerintahan BN/UMNO. Apa kau kata?)
buruk burukpun kelantan, tidak seburuk sabah yang penuh dengan PTI yang diternak BN sekian lama. bodoh''
ReplyDeleteorg sabah pun bodoh kerana masih pilih kerajaan yang merosakkan negeri sendiri.
org sabah bukannya bodoh..tetapi kerana terpedaya masa itu terlalu percayakan janji di langit yang ditabur...tapi kali ini pisang tak akan berbuah dua kali lagi....
ReplyDeleteTiada Org Pas yg jadi Bodoh mahu tggalkn Pas kcuali org itu tdk kenal Tuhannya akn tggalkn Pas. Yg hairn org Bodoh sgt jk tdk tggalkn UMNO/BN sedgkn pemimpinnya telh GAGAL tepati janji dn bnyk kurpat dn kezaliman pemimpin UM<NO/BN tlh lakukan!!! Knpa Najib TAKUT DEBAT dg Datk seri Anwar Ibrahim?......
ReplyDeleteIni kalilah, bila lagi kalau bukan sekarang, siapa lagi kalau bukan kita.... ha ha...
ReplyDeleteSudah tiba masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengambil tempat berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat hasil pelbagai program transformasi.
ReplyDeleteSehubungan itu beberapa penganalisis berpendapat waktu terbaik untuk mengadakan PRU-13 penghujung Mei atau awal Jun depan dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk keselesaan petugas pilihan raya membuat persiapan di sekolah yang dijadikan pusat mengundi.
ReplyDeletePenganalisis politik, Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata, Perdana Menteri tidak harus melengahkan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat bagi memastikan momentum sokongan kepada kerajaan pimpinannya tidak merudum selepas mencapai kemuncak sokongan rakyat ketika ini.
ReplyDeleteBeliau berkata, dengan peningkatan sokongan rakyat sehingga 69 peratus berikutan pelbagai insentif dan penambahbaikan dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, tidak mustahil tarikh ‘keramat’ itu akan umum dalam masa terdekat.
ReplyDelete“Jika tidak dilaksanakan, dikhuatiri momentum yang sedang memuncak itu akan kembali ‘suam’, sekali gus mendatangkan risiko kepada pentadbiran Najib pada masa akan datang,” katanya.
ReplyDeleteKaji selidik terbaru Merdeka Center mendapati kadar sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib meningkat 10 peratus kepada 69 peratus selepas berjaya memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
ReplyDeleteKajian mendapati Perdana Menteri mendapat sokongan kuat di kalangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, dengan empat per lima komuniti India dan 74 peratus masyarakat Melayu turut memberikan Najib sokongan.
ReplyDeletePensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula yakin sokongan terhadap Najib akan terus meningkat apabila penjawat awam mula merasai faedah daripada penambahbaikan Skim Saraan Malaysia (SSM).
ReplyDeleteBagaimanapun, katanya, Perdana Menteri tidak seharus menunggu lebih lama untuk merasai peningkatan sokongan yang lebih tinggi kerana ia akan mendedahkan kerajaan kepada risiko.
ReplyDelete“Dalam konteks politik Malaysia, bukannya ideologi parti yang penting tetapi parti mana yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat dalam bentuk praktikal dan mampu dirasai dalam masa terdekat,” katanya.
ReplyDeleteberita copy n paste yg sudah lapok, indada yg mau baca tu..semua berita tu ada dalam surat khabar berita hairan, utusex dsb.
ReplyDeletesekarang ni sudah dalam mod mengundi laa..
the tayar is no flower, the BN is no undi'' ini kali laaa''
Barisan Nasional (BN) dijangka mempertahankan Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
ReplyDeleteSelain itu, PAS pula dilihat tidak mampu untuk melebarkan penguasaannya di dua negeri terbabit, manakala calon PKR gagal menarik sokongan rakyat.
ReplyDeletePensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, berkata berdasarkan kepada hasil kajian pihaknya di tujuh kawasan di Sarawak, sokongan rakyat kepada BN tidak berubah.
ReplyDeleteMalah, populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga semakin meningkat.
ReplyDelete“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di tujuh kawasan, 75.4 peratus memilih BN menang di Sarawak, manakala 21.3 peratus yakin pakatan pembangkang akan menang,” katanya pada Wacana Pra PRU-13 yang bertajuk ‘Sabah dan Sarawak, Siapa jadi pilihan?’, anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sini
ReplyDeleteProgram anjuran bersama akhbar BH itu turut dihadiri Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Jayum Jawan selaku ahli panel dan Pengarang Berita BH, Kadir Dikoh bertindak sebagai moderator.
ReplyDeleteSementara itu Jayum berpendapat, keputusan dibuat pengundi di dua negeri terbabit memainkan peranan cukup penting dalam memastikan kestabilan politik negara.
ReplyDeleteKatanya, pengundi Cina di negeri berkenaan perlu membuat keputusan bijak kerana jika sokongan diberikan kepada pakatan pembangkang ia berdepan dengan cabaran untuk menstabilkan politik negara.
ReplyDeleteRakyat diingatkan supaya tidak bertindak secara provokasi yang boleh menimbulkan perbezaan pendapat hingga menggugat keamanan yang dikecapi negara pada masa ini
ReplyDeleteSeluruh rakyat perlu berusaha memelihara keamanan yang kita nikmati supaya ia terus berkekalan. Diharap tidak ada pihak mengambil tindakan provokasi yang boleh menimbulkan perbezaan pendapat dan sentimen perkauman.
ReplyDeleteApa yang berlaku di beberapa negara lain boleh dijadikan contoh dan teladan. Kemajuan ekonomi yang dikecapi mereka sebelum ini runtuh apabila berlaku kekacauan
ReplyDeleteCepatlah bubar parlimen Najib oi saham Felda merudum lagi nanti kau guna KWSP lagi selamatkan FELDA itulah sebut orang yang tentang penyenaraian FELDA haramjadah. Pencacai UMNO Keparat halalkan wang KWSP kamu untuk Najib gunakan untuk menyelamatkan Felda ok
ReplyDeleteberubahlah wahai penduduk negeri Sabah jangan jadi katak bawah tempurung
ReplyDeletedekat-dekat sudah masa UMNO terkubur di sabah
ReplyDeletekita kuburkan umno ,nyakan dia dari sabah.rupa2nya selama ini pendatang yang undi umno,patutla menang,pui penipu besar.semoga Allah hancurkan UMNO kerana menipu rakyat.amin ya rabil alamin.
ReplyDeleteya kah? bagus lah...lagi cepat lagi bagus..
ReplyDeleteselepas pru13, boleh lah anwar mengucapkan sayonara kerana akan bersara berikutan kekalahan teruk PR dan gagal membentuk kerajaan baru.
ReplyDeleteBN sabah pasti akan menang pada pru13...
ReplyDeletePerhaps.
ReplyDeleteWell make way for the GE.
ReplyDeleteLet's see.
ReplyDeletePRU memang akan diadakan.
ReplyDeleteNajib is a well mannered guy.
ReplyDeleteYang penting kita tahu bahawa kita tidak akan ketinggalan.
ReplyDeleteJangan gusar.
ReplyDeleteIf it is dissolved then it will make a way for GE.
ReplyDeleteTunggu dan lihat ja la.
ReplyDeleteLet it be.
ReplyDeletedaripada pengamatan aku, ada beberapa PTI penyokong karat BN dalam ini forum. takut sungguh BN kalah dlm PRU13. sabah sudah rosak oleh umno BN yg menternak PTI sekian lama. teruskan perjuangan pertahankan kerja haram BN di sabah namun rakyat sabah sudah bertekad mahu sepak BN masuk dlm tong taik ni kali.
ReplyDeleteExpected PRU13 fall on Mar'13?
ReplyDeleteThe EC should make proper arrangement especially to ensure a clean election lists.
ReplyDeleteRakyat harus bijak menilai dan membuat undian yang bijak demi masa depan yang cerah.
ReplyDeleteEC should ensure a fair and clean election.
ReplyDeletePRU sudah tidak jauh lagi. Paling lewat pun Apr.
ReplyDeletePSC mencadangkan peruntukan undang-undang pembubaran Parlimen hanya dibuat selepas empat tahun pilihan raya umum
ReplyDeletesebelumnya.
PSC turut mengesyorkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuh untuk mengawasi dan meneliti semua usaha penyemakan dan pembersihan daftar pemilih serta melaksanakan tugas-tugas lain yang dirujuk kepada jawatankuasa itu.
ReplyDeleteLaporan akhir PSC yang dibentang pada persidangan Dewan Rakyat itu juga mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempamerkan senarai pemilih yang alamatnya diragui berdasarkan dakwaan terdapat lebih 50 pengundi di satu alamat yang sama, dalam tempoh 45 hari daripada tarikh laporan PSC dibentang.
ReplyDeleteIni adalah untuk memberi ruang pemilih yang terlibat memaklumkan kepada SPR bagi membolehkan suruhanjaya itu mengemas kini dan membersihkan senarai pemilih berkenaan
ReplyDeleteMengenai cadangan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun, SPR disaran mengambil tindakan untuk melaksanakannya dalam tempoh 12 bulan bagi membolehkan cadangan ini dilaksana pada masa hadapan.
ReplyDeletePSC mencadangkan agar SPR mengkaji cadangan untuk membenarkan prapendaftaran bagi warganegara yang mencapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih.
ReplyDeleteLaporan PSC itu mengandungi 22 syor dan cadangan yang meliputi 5 isu utama iaitu perundangan dan pindaan peraturan, menambah baik proses pilihan raya, meningkatkan mutu daftar pemilih, memperkukuh kedudukan SPR dan persempadanan, pembiayaan politik dan sistem alternatif.
ReplyDeleteSyor-syor dan cadangan itu diperoleh PSC daripada sesi pendengaran awam, maklum balas daripada anggota jawatankuasa, rumusan hasil penelitian semula jawatankuasa kecil serta pemerhatian semasa lawatan kerja yang dilakukan sejak jawatankuasa itu diluluskan pada Oktober tahun lepas.
ReplyDeleteJawatankuasa itu telah mengadakan 13 mesyuarat sejak 12 Okt tahun lepas hingga 28 Mac tahun ini, selain menubuhkan lima jawatankuasa kecil yang diketuai anggota jawatankuasa PSC untuk memperhalusi isu-isu yang berbangkit dalam pendengaran awam yang telah diadakan.
ReplyDeleteSelain itu, sebanyak enam siri pendengaran awam juga telah diadakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Kota Baharu dan berakhir di Johor Baharu sejak November tahun lepas hingga Januari.
ReplyDeletePRU semakin dekat. Rakyat harus bersedia dan membuat pemilihan yang tepat.
ReplyDeleteSenrai pengundi harus dikemas kini.
ReplyDeletePRU semakin hangat sainganya antara BN dan pembangkang.
ReplyDeleteIsu PATI maish belum ditanggani, PRU tidak mungkin adil dan bersih.
ReplyDeleteSemua jentera sudah bersedia untuk berjuang. Harap-harap taktik kotor dielakkan.
ReplyDeleteTidak perlu dengar khabar angin, kita tunggu sahaja pengumuman dari PM.
ReplyDeleteDiharapkan jentera Bn bersedia untuk menghadapi PRU ini.
ReplyDeleteRakyat juga perlu bersedia, undi parti yang benar-benar dapat membantu kita.
ReplyDeletepolitik2x..lepak d kedai kopi..x sedar anak bini menunggu d rumah..teruk lg time pilihanraya..sibuk ikut berkempen,kalo bgaji x pa..ntah apa2 la kamu dpt...x bole kah tutup mulut,pangkah sj parti apa kamu suka..x beza jg tu..Sama saja..pti tetap blambak,urg miskin btambah miskin,urg Kay a btambah kaya,sudah tertulis dunia akhir zaman lol..kamu siapa dpt ubah semua tu..mo kiamat sda ni..
ReplyDeleteHidup PR utuk rakyat malaysia.......
ReplyDeletebelum ada ada tarikh sah bila parlimen akan dibubarkan, tunggu ja pengumuman dari PM.
ReplyDeleteapapu, persediaan awal bg menghadapiya perlu ada.
ReplyDelete