Sunday, January 13, 2013

Subsidi :Bila Lagi Nak Transform

Setiap malam apabila menonton berita pada jam 8:00PM, pasti terselit  montaj jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan atas nama memastikan harga barangan  dan perkhidmatan  kekal terkawal.Nilainya bukan sedikit tetapi mencecah berbillion ringgit setiap tahun.Bagi tahun 2012 sahaja, sebanyak RM18.92billion telah diperuntukkan untuk menanggung perbelanjaan subsidi terhadap   bahan api diesel, petrol, gas memasak LPG  dan barangan runcit terkawal seperti gula, minyak masak   dan tepung .


Pembayaran subsidi dilakukan oleh kerajaan demi menjaga  kebajikan rakyat jelata.Saya mendapati stesen minyak turut mempamerkan jumlah subsidi  yang ditangggung kerajaan bagi setiap liter petrol  dan diesel.Ala ala iklan lah....

Sebenarnya pembayaran subsidi oleh kerajaan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu pembayaran kepada orang awam dan juga pembayaran subsidi kepada  kelompok  industri dan perniagaan.

Namun  sistem penyampaian  yang tidak berkesan telah mengagalkan    impak yang diinginkan oleh kerajaan kepada kumpulan sasar.Malahan terdapat golongan lain pula yang mengaut keuntungan  dan kumpulan sasar terus dibelenggu  dengan kos sara hidup yang tinggi.Terdapat beberapa lapuran media mendedahkan tentang dakwaan penyelewengan diesel bersubsidi yang dimaksudkan untuk para nelayan dan industri sebagai kumpulan sasar.Penyeludupan minyak masak dan gas LPG  juga sering dilapurkan oleh media cetak dan elektronik.Penyeludupan berlaku lantaran bahan bahan bersubsidi  ini  mempunyai nilai harga yang jauh lebih tinggi di pasaran negara jiran seperti Thailand , Indonesia dan Filipina.







Daerah Kota Belud pada tahun 2012 telah  digemparkan oleh perompak tegar yang cuba melarikan satu lori yang sarat dengan muatan kargo  gas memasak LPG Petronas.Entah dimanalah agaknya perompak tahap mangkuk  ayun ini belajar cara hijack kargo tong gas memasak ini.Ini mesti terlalu banyak menonton drama TV  sehingga begitu terpedaya dengan skrip drama yang ditonton.

Pemberian subsidi oleh  kerajaan adalah satu amalan mulia dan harus disanjung tinggi.Namun ironinya  setiap  rakyat perlu  membelanjakan wang  mereka terlebih dahulu untuk dapat menikmati  subsidi ini.Saya teringat pula kepada satu ungkapan yang berkaitan dengan cukai.

"Anda menjana pendapatan anda dikenakan cukai"
"Anda membelanjakan wang anda dikenakan cukai"

Rangkaian kata kata ini memang benar.Malahan sebenarnya ada lagi satu sisi hitam yang tidak disebutkan disini.Anda cuba menjana pendapatan pun turut dikenakan cukai.Golongan yang berniaga di kaki lima dengan hanya menjual sigup(tembakau tempatan)juga dilapurkan terpaksa membayar cukai harian sebanyak RM1 seperti lapuran Daily Express bertarikh 11 Jan 2013.Saya percaya perkara seperti ini turut berlaku di mana mana seperti tapak pasar tani di mana kebanyakan peniaga kecil adalah golongan bumiputera.

Untuk ilustrasi lanjut  pembaca digalakkan berbelanja  contohnya seperti ke outlet makanan segera sebaik sahaja selesai membaca entri pada kali ini.Tertera pada resit bayaran adalah GST(Goverment Service Tax) 5%... cukai yang sepatutnya dibayar  oleh pemilik perniagaan kini dialih pula untuk ditanggung oleh  pengguna.Entah ke mana perginya Persatuan Pengguna .....

Walaubagaimanpun,bukan semua entiti perniagaan yang mengamalkan taktik mengelak cukai  ini.Oleh kerana tajuk entri adalah transformasi subsidi, saya tidak akan memberikan tumpuan panjang lebar kepada soal pembayaran cukai pada kali ini.

Setakat ini, isu pembayaran subsidi yang dibangkitkan  iaitu subsidi kepada orang awam adalah seumpama cebisan kecil ketulan bongkah ais yang hanyut  terapung dan timbul di permukaan lautan.Ada lagi bongkah ais bernama subsidi ini yang jauh lebih besar dibawah permukaan lautan dan hanya diketahui dan boleh dilihat oleh  sebahagian tertentu kumpulan masyarakat terutamanya yang terlibat secara langsung dengan pemberian dan juga penerimaan subsidi ini .Golongan masyarakat yang tidak terlibat di dalam pembayaran subsidi ini hanya menunggu untuk menerima padah. Bongkah ais besar ini dinamakan sebagai subsidi gas asli cecair(LNG).



Petronas mengumumkan telah membayar sebanyakRM133  billion subsidi  gas asli  dari tahun 1997 sehingga Mac 2011.Subsidi gas asli ini adalah bagi menampung kos penjanaan tenaga elektrik yang ditanggung oleh Pengeluar Tenaga Bebas(IPP) dan industri yang melibatkan pengunaan gas asli cecair.

Bagi negeri Sabah, 70% daripada keperluan tenaga elektrik dijana oleh pihak IPP.Kos penjanaan elektrik bagi negeri Sabah adalah  lebih mahal berbanding di Semenanjung kerana sebahagian besar stesen janakuasa sedia ada masih lagi menggunakan diesel dan Medium Fuel Oil(MFO) sebagai bahan bakar dan bukannya gas asli.




Mereka di Semenanjung berada pada posisi yang lebih baik kerana komposisi  sumber penjanaan kuasa daripada stesen janakuasa arang batu , janakuasa hidro selain stesen janakuasa gas asli.Sebagai perbandingan mudah , kos penjanaan seunit tenaga secara hidro adalah cuma 3sen/kWh berbanding dengan 11-14sen/kWh sekiranya menggunakan diesel/MFO.Kos penjanaan tenaga menggunakan gas asli berada diantara kedua sumber ini.Kos penjanaan seunit tenaga ini turut berubah mengikut harga pasaran bahan api.

Menjelang tahun 2015, subsidi gas asli ini akan dimansuhkan sepenuhnya.Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas telah mencadangkan subsidi gas asli dimansuhkan pada Persidangan Gas Sedunia ke25 di Kuala Lumpur pada Jun4 2012.Apa akan terjadi nanti menjelang tahun 2015 dan tahun tahun selanjutnya??.

Sebagai bayangan awal , Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengadakan semakan tarif  elektrik pada Januari 2013 .Sekiranya   semakan tarif elektrik ini diluluskan di parlimen, bermakna harga barangan dan perkhidmatan akan turut melambung naik. Sudah tentu ada yang akan tampil berkata..." para peniaga di ingatkan supaya tidak menaikkan harga barangan sesuka hati" seperti yang biasa didengar.... tetapi tidak lebih dari itu.Lip service ini akan diulang lagi pada gelombang kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berikutnya.

 PM  telah memberikan perhatian lebih kepada semua golongan masyarakat termasuklah  golongan orang asli yang pada pendapat saya jauh terkebelakang dari segi pembangunan.Bagaimana nanti  nasib kumpulan masyarakat dipedalaman yang  bekalan elektrik pun tiada.Keadaan jalan raya jangan ceritalah.Macamana mereka mahu menonton Astro NJOI dengan  enjoy  sebab kos petrol untuk menghidupkan generator sudah tidak tertanggung.


Sementara itu golongan peniaga sentiasa berada di pihak yang menang dengan mengelak dari membayar cukai yang tinggi, mengaut  kemewahan hasil pemberian subsidi oleh kerajaan, tidak dinafikan ujud golongan yang terpinggir  dari rahmat pemberian subsidi ini.Semuanya berpunca dari kelemahan sistem penyampaian subsidi yang terdedah kepada manipulasi.

Kebetulan pada hari ini semasa minum di restoran  oppa cowboy style, seorang kenalan  bernama Gunsalam meluahkan keluhannya berkaitan pembayaran subsidi membajak sawah.Dia telah keluar menyemak subsidi membajak untuk tanah sawahnya seluas 5 ekar .Nilai subsidi berkenaan adalah RM1000 akan tetapi dia begitu hampa kerana tidak ada subsidi keluar hari ini, katanya  dengan  begitu gugup sambil  minum Nescafe O panas.Nampaknya subsidi gred ais hanyut  inipun boleh tergendala pembayarannya.

Prospek yang menanti graduan universiti yang  akan memasuki alam pekerjaan pada 2015 adalah tidak  sama seperti apa yang ada  pada hari ini.Prospek yang menanti  adalah....kos hidup yang jauh lebih tinggi, skim ganjaran serta benefit yang jauh lebih rendah dan susut nilai. Harga hartanah melambung tinggi ke angkasa.Para pemaju hartanah di Sabah turut meluahkan keresahan berikutan  kenaikan harga hartanah berpunca dari karenah birokrasi. 


Saya masih lagi tercari cari dari manakah puncanya prospek  sebenar untuk negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sebelum ini, saya pernah menerbitkan entri tentang pihak Petronas bakal mengimpot minyak sepenuhnya menjelang 2017.Memang ada juga bayangannya seperti  penubuhan bermacam macam koridor untuk menarik pelabur asing melabur wang mereka di Malaysia.Negara negara seperti Singapura dan juga China telah begitu pesat membangun dari segi ekonomi berikutan pelaburan asing dalam dasar ekonomi pasaran terbuka.Ramai warga Malaysia kini  tumpang cari makan di Singapura walaupun saiznya lebih kecil daripada WP Labuan.Semuanya adalah kerana Sinagpura adalah negara Asean yang memiliki pelaburan terbesar di Eropah.Sebagai tindak balas, banyak entiti perniagaan Eropah membuka cawangan di Singapura.Tidak ada jaminan para pelabur tidak akan memindahkan perusahaan ke negara lain.

Konsep negara berpendapatan tinggi haruslah meliputi semua golongan dan kumpulan masyarakat dan warga negara Malaysia dan bukannya golongan  kaya raya sahaja.Di dalam negara yang ada 1000 orang penduduk dengan seorang memiliki pendapatan RM100 juta sebulan dan selebihnya  hanya RM1000 sebulan, kita tidak boleh mengatakan pendapatan bulanan adalah RM100,000 sebulan untuk setiap inividu.

Langkah paling adil dan saksama untuk kesemua warga negara Malaysia adalah dengan membatalkan terus pemberian subsidi.Langkah ini bukan sahaja melenyapkan penyeludupan malahan akan meningkatkan jumlah kutipan cukai yang diperolehi oleh kerajaan.Pembayaran subsidi  seharusnya digantikan dengan pembayaran wang tunai kepada golongan yang layak.Pengkalan data seperti e-kasih,  BR1M, dan lain lain lagi  boleh digunakan sebagai rujukan .Segala data  dan proses yang dilakukan haruslah telus dan terbuka.Apa yang terjadi kepada wang tunai ini terpulanglah kepada kebijaksanaan setiap individu  yang menerimanya kerana kini harga barangan dan perkhidmatan adalah mengikut harga pasaran terbuka.

-http://ulasan-media.blogspot.com/

53 comments:
Write comments
  1. Semakin besar subsidi maka semakin kuranglah pendapatan kerajaan. Pendapatan yang tinggi dapat diperuntukkan kepada pembangunan baik di bandar mahupun di luar bandar.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan sedang meneliti untuk menstruktur semula pemberian pelbagai bentuk subsidi terutama berkaitan minyak dan gas, supaya dapat memenuhi matlamat membantu golongan berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  3. Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi.

    ReplyDelete
  4. Subsidi menyebabkan kemudaratan apabila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan, misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan.

    ReplyDelete
  5. Golongan kaya yang pakai kereta mewah seperti Mercedes Benz dan BMW dapat subsidi minyak petrol yang berkali-kali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton.

    ReplyDelete
  6. Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  7. Penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakn untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat-Najib

    ReplyDelete
  8. Najib memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa meletakkan kebajikan rakyat di tempat paling utama dalam pelaksanaan program dan pembiayaan peruntukan serta belanjawan kerajaan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

    ReplyDelete
  10. Beliau berkata ini bagi memastikan keadilan sosial di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama sentiasa berlaku sewajarnya.

    ReplyDelete
  11. “Walaupun kerajaan tidak mencanang retorik politik sebuah negara kebajikan, namun segala usaha yang dilakukan kerajaan selama ini adalah untuk memakmurkan negara melalui usaha menjana pertumbuhan ekonomi dengan matlamat mensejahterakan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  12. “Sebab itu, kerajaan memperuntukkan suatu jumlah yang besar misalnya pada tahun 2012 sahaja sejumlah 33.2 bilion diperuntukkan kerajaan dalam bentuk subsidi terus kepada rakyat,” katanya

    ReplyDelete
  13. Abdul Rahim berkata daripada jumlah itu, peruntukan bantuan sosial kepada golongan memerlukan khususnya ditujukan kepada golongan kelompok miskin adalah berjumlah RM9.8 bilion.

    ReplyDelete
  14. “Sebagai lambang keperihatinan kepada rakyat dan golongan pekerja khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah hanya 1.7 juta sahaja golongan pekerja dewasa yang membayar cukai berbanding jumlah keseluruhan 12.8 juta pekerja dewasa.

    ReplyDelete
  15. “Jumlah sumbangan pendapatan golongan pekerja yang dikutip oleh kerajaan hanya RM14 bilion sahaja. Mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah adalah dikecualikan membayar cukai dan di atas keprihatinan pemerintah, kerajaan akan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua pada tahun 2013,” katanya.

    ReplyDelete
  16. Beliau berkata rakyat juga tidak seharusnya lupa bahawa kerajaan memberi pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah serta penjagaan kesihatan percuma kepada rakyat yang mana sudah tidak banyak negara melakukannya.

    ReplyDelete
  17. “Mereka yang memiliki kenderaan persendirian juga mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa setiap liter petrol yang mereka beli mendapat subsidi kerajaan yang banyak iaitu misalnya pada tahun 2012 berjumlah RM17 bilion dan menjadikan harga minyak di Malaysia kedua terendah di kalangan kalangan negara Asean selepas Brunei.

    ReplyDelete
  18. “Pemberian subsidi kepada minyak masak khusus bagi golongan isi rumah dan peniaga makanan juga mendapat subsidi RM1.2 bilon setahun suatu jumlah yang besar demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  19. “Jika jumlah tersebut dapat disalur semula bagi pelbagai pembangunan kemudahan awam khususnya di luar bandar, saya percaya kawasan luar bandar akan lebih membangun tetapi ini adalah antara analisis kos dan faedah yang patut dipertimbangkan kerajaan,” katanya.

    ReplyDelete
  20. Subsidi yang bertambahan cuma membebankan rakyat semata-mata.

    ReplyDelete
  21. The people is enjoying many subsidy from the government.

    ReplyDelete
  22. Subsidy yang teramat banyak akan menyebabkan hutang negara semakin bertambahan.

    ReplyDelete
  23. Terbukti kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada golongan yang berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  24. Jika subsidy dikurangkan tidak bermaksud kerajaan semakin berkembang, mungkin duit di gunakan dalam aktiviti yang tidak memanfaatkan rakyat.

    ReplyDelete
  25. January 15, 2013 at 3:04 PM :

    dlm masa yg sama, govt jg sangat prihatin kpd tajuddin ramli + kroni UMNgOk kan???

    ReplyDelete
  26. Kerajaan sentiasa memberi perhatian sepenuhkan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  27. rakyt jgn terlalu berharap pada subsidi.

    ReplyDelete
  28. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi subsidi diesel kepada golongan nelayan yang memberi banyak faedah kepada golongan itu.

    ReplyDelete
  29. "Subsidi diesel ini sangat bagus...memang bagus...kita puji kerajaan beri subsidi diesel ini kerana menyelesaikan banyak masalah...," kata anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang itu

    ReplyDelete
  30. Namun beliau berharap pemberian subsidi itu dipantau bagi memastikan tidak berlaku ketirisan kerana beliau mendakwa "ada juga masalahnya antaranya dimonopoli oleh armada besar yang menggunakan pekerja asing sehingga menakutkan nelayan kecil pergi mengambil minyak".

    ReplyDelete
  31. Abdul Hadi juga memuji usaha membina kilang ais untuk kegunaan nelayan

    ReplyDelete
  32. Dalam pada itu, beliau meminta kerajaan negeri supaya membuka peluang kepada pelabur membina kilang baja dan makanan ternakan supaya petani dan penternak mudah mendapatkan kemudahan tersebut pada harga lebih rendah.

    ReplyDelete
  33. Masa depan Malaysia lebih terjamin di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini giat mentransformasikan negara ini menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020

    ReplyDelete
  34. rakyat seharusnya bersyukur kerana negara ini dianugerahkan pemimpin yang bukan sahaja berjaya memerdekakan negara daripada belenggu penjajah tetapi juga benar-benar berjuang untuk membela nasib rakyat

    ReplyDelete
  35. transformasi negara lebih ketara di bawah pentabdiran Najib yang merupakan arkitek konsep 1Malaysia.

    ReplyDelete
  36. Najib memiliki keistimewaan tersendiri. Beliau ingin melihat negara ini memasuki era kecemerlangan dengan lebih pantas

    ReplyDelete
  37. Bukan ramai pemimpin negara yang memiliki keistimewaan seperti Najib, dalam tempoh empat tahun sahaja beliau menjadi Perdana Menteri, rakyat sudah merasa apa yang beliau lakukan

    ReplyDelete
  38. Apa yang beliau janjikan kepada rakyat, beliau tunaikan. Misalnya konsep 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama ... kini kita ada Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, Komputer 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, kenaikan gaji kakitangan awam, subsidi untuk nelayan dan peruntukan pembangunan luar bandar yang besar.

    ReplyDelete
  39. Semua ini menjurus kepada kejujuran Perdana Menteri 'menolong' orang kita tanpa mengira bangsa dan agama

    ReplyDelete
  40. lebih banyak lagi kemudahan yang akan dinikmati oleh rakyat sama ada di bandar atau luar bandar sekiranya Najib terus diberi mandat memimpin negara ini.

    ReplyDelete
  41. agenda transformasi negara pasti memerlukan masa untuk dilaksanakan sepenuhnya dan sebab itu kerajaan BN perlu dipertahankan dalam pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  42. kerajaan BN telah memainkan peranan penting dalam membawa rakyat dan negara ini di landasan yang betul untuk terus maju dan membangun, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi rohani, perpaduan, hormat-menghormati dan nilai modal insan.

    ReplyDelete
  43. Kerajaan pasti akan memberi perhataian dalam hal ini, agar beban rakyat berkurangan.

    ReplyDelete
  44. The implementation of minimum wages will ultimately reduce Malaysia's dependence on foreign workers in certain sectors which can be filled by local workers.


    ReplyDelete
  45. Human Resources Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam said the phasing out of foreign workers was part of the transformation process for local workers.

    ReplyDelete

  46. "We want to reduce our dependence on foreign workers and the implementation of the minimum wage policy will make employers think of an alternative way to continue their business."

    ReplyDelete

  47. Dr Subramaniam said this included restructuring operations by relying on semi-automation or full automation to reduce dependence on unskilled labour.

    ReplyDelete
  48. It was reported that most petrol dealers have implemented the minimum wage as of Jan 1, throwing some 50,000 foreigners out of work.

    ReplyDelete
  49. Dr Subramaniam said there were no provisions in the law to allow companies to delay implementing the minimum wage policy.

    ReplyDelete

  50. The minimum wage policy requires companies to pay a minimum wage of RM900 in the peninsula and RM800 in Sabah, Sarawak and Labuan.

    ReplyDelete

  51. Dr Subramaniam said the ministry was discussing with employers issues relating to levy and allowances for housing and transportation of foreign workers.

    ReplyDelete

  52. "Employers want the levy and allowances to be borne by the workers. The cabinet will have to decide."

    ReplyDelete

  53. On the hiring of foreign maids, Dr Subramaniam said the ministry welcomed suggestions from all parties, including non-governmental organisations, for a better recruitment system acceptable to all.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.