Wednesday, January 23, 2013

Azrul dakwa Bank Islam guna taktik kotor

Azrul Azwar Ahmad Tajudin membidas tindakan Bank Islam membuat laporan polis kedua hari ini dan menuduhnya sebagai taktik kotor untuk menggugut dan menekan dirinya memandangkan kesemua tuduhan oleh syarikat perbankan tersebut bukanlah satu kesalahan jenayah.

Bank Islam hari ini dalam satu kenyataan mengesahkan laporan polis kedua telah dibuat keatas Ketua Ekonomi mereka tersebut kerana menemui satu lagi bukti baru Azrul melanggar polisi dalaman syarikat perbankan tersebut.

"Ekoran laporan polis hari ini, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan yang terkandung dalam laporan polis kedua yang dilakukan oleh majikan tidak dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah," kata Azrul Azwar (gambar) dalam satu kenyataan.

"Cara mengendalikan kes ini adalah satu taktik kotor untuk menggugut dan menindas ke atas saya."

Azrul Azwar juga memberitahu tidak faham mengapa pihak Bank Islam perlu membuat laporan polis terhadap dirinya memandangkan beliau pada ketika ini masih dalam siasatan dalaman.

"Ia hanya urusan sivil yang mana ketika ini dalam siasatan dalaman antara saya dan majikan.

"Saya tidak dapat lihat perkara ini sekarang sudah menjadi satu kes polis pula," terang Azrul Azwar dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Azrul Azwar yang dihubungi The Malaysian Insider juga berkata tidak menyedari bahawa Bank Islam telah membuat satu lagi laporan keatas dirinya hari ini selepas laporan pertama pada 18 Januari 2013 lalu.

Bank Islam dalam satu kenyataan berkata punca laporan polis kedua tersebut dibuat adalah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surat tunjuk sebab yang dihantarnya lalu.

"Dalam menjalankan siasatan ke atas perlanggaran ini, pihak Bank menemui bukti keatas kesalahan lain yang menyebabkan kami untuk membuat laporan polis pada 18 Januari 2013.

"Semasa siasatan lanjut, pihak Bank melancarkan satu lagi laporan polis hari ini," kata Bank tersebut tanpa menjelaskan kesalahan terbaru yang dilakukan oleh Azrul tersebut.

Bank Islam juga mengulangi pendirian bahawa penggantungan Azrul tidak mempunyai kaitan dengan pembentangannya pada satu persidangan ekonomi serantau di Singapura yang lalu.

Pemegang saham terbesar dalam Bank Islam Malaysia adalah Lembaga Tabung Haji, sebuah badan berkaitan kerajaan yang menguruskan urusan umt Islam untuk menunaikan Haji.

Laporan polis pertama oleh Bank Islam menuduh Azul memiliki minit mesyuarat lembaga pengarah tanpa kebenaran, menyerahkan kepada pihak ketiga dan menyalin dokumen sulit tersebut untuk diserahkan kepada pihak ketiga.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kedua tersebut pagi tadi dan memberitahu pihaknya dalam siasatan ketika ini.

"Ya, kami sudah terima laporan polis daripada Bank Islam ke atas Azrul pagi tadi.

"Saya tidak boleh dedahkan lagi mengenai kes tersebut, tapi kami akan siasat dengan bukti dan keterangan yang diberikan," tambah Zainuddin.

Akibat daripada pembentangan Azrul Azwar di Singapura tidak berapa lama dahulu, majikannya telah menggantung tugas beliau atas alasan menjadi amalan bank tersebut untuk menggantung pekerja yang terlibat dengan aktiviti politik atau membuat kenyataan politik.

Azrul Azwar dua minggu lalu dilaporkan akhbar Singapura The Straits Times menjangkakan kemenangan tipis kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2013 dan memberitahu tiga senario yang mungkin berlaku.

Selepas laporan berita tersebut disiarkan The Straits Times dan The Malaysian Insider, Bank Islam menjauhkan dirinya dari pandangan Azrul Azwar.

Kenyataan pengarah urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat pada 11 Januari kesal dengan laporan berita mengenai sebuah forum di Singapura yang mengaitkan bank dengan pandangan Azrul Azwar dan ramalannya.

"Untuk pengetahuan, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dengan forum tersebut.

"Pandangan yang dikeluarkan Azrul dalam forum tersebut adalah pandangan peribadinya dan tidak harus dikaitkan dengan Bank Islam," kata Zukri dalam kenyataan empat perenggan.

Dalam laporan The Straits Times mengenai pembentangan ketua ekonomi, Azrul Azwar menjangka senario yang akan berlaku apabila Barisan Nasional hanya mampu memenangi 97 hingga 107 dari 222 kerusi parlimen, yang tidak cukup untuk sebuah kerajaan.

Tetapi keputusan tersebut juga bermakna PR hanya mempunyai sebuah kerajaan yang goyah, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh musuh politik mereka.

Dua lagi senario yang dibentangkan Azrul Azwar ialah kemenangan tipis BN dan kemenangan lebih besar pada PR.

Azrul Azwar mengambil kira faktor seperti kaum dan demografik.

Beliau juga menjangkakan kemenangan tipis bagi PR, dimana pasaran saham akan jatuh kerana "kejutan" dan ketidakstabilan.

Azrul juga mengatakan akan berlakunya "sabotaj ekonomi" oleh peniaga dan pekerja awam yang bersama BN. -TMI

4 comments:
Write comments
  1. kerana pulut santan binasa....nahh jika berani atau tekad dalam perjuangan anda terima sajalah tindakan/hukuman tersebut...

    ReplyDelete
  2. Umum rakyat telah tahu siapakah penasihat UMNO/ BN aku harap rakyat harus bersatu untuk menumbangkan BN pada pilihanraya yang datang supaya rakyat tidak ditekan oleh pemimpin UMNO/ BN.

    ReplyDelete
  3. Komen tu kerana tak 'berkenan' dgn dasar merosakkan ekonomi negara oleh UMNO atau komen yg mengatakan ekonomi Malaysia ditahap giler, sebab si Azrul kena tekan sbegitu. Cuba komentar puji kewangan negara yg dah muflis tapi dikatakan bagus...confirm dpt pujian melangit le si Azrul tu. Dia tu Pakar Ekonomi, jadi kena hormat la pandangan beliau dr sudut ekonomi. Takkan nak tanya si Jamaluddin Jarjis hal2 ekonomi sebab beliau hanya Pakar Raba Anu.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  4. gag order yg hangkang! di negara ini shj seorang pakar dilarang utk bercakap berkaitan dgn bidangnya...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.