Sekumpulan ibu bapa menarik perhatian umum apabila tampil ke sekolah petang semalam untuk menerima bantuan persekolahan RM100 dengan memakai baju berwarna kuning sempena perhimpunan BERSIH 3.0.
Tindakan sekumpulan 15 ibu bapa pelajar itu turut menjadi buah mulut di laman sosial hari ini apabila gambar mereka dengan pakaian berkenaan dimuatkan oleh pengguna.
Seorang daripadanya Wong Chai Soon ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau bertindak demikian untuk menyatakan bahawa mereka bukan menerima bantuan itu dengan senang hati.
"Sebenarnya saya memakai baju BERSIH untuk menarik perhatian pihak berkuasa bahawa (apakah) dengan pemberian wang ini membuatkan kita perlu tunduk, bersetuju dan senang hati.
"Sebaliknya, saya menerimanya dengan hati risau dan memikirkan mengenai keadaan negara kita pada masa akan datang," kata Wong Chai Soon yang menerima bantuan tersebut di SMJK(C) Chan di Seremban semalam.
Wong, 45, berkata sekumpulan ibu bapa lain turut memakai baju kuning pada majlis tersebut.
"Saya hanya menerima SMS. Ini inisiatif daripada kawan. Saya hanya terima SMS dan majukan kepada kawan lain. Kawan di pejabat saya pun saya suruh pakai baju kuning. Saya sendiri pakai baju BERSIH," katanya.
Ditanya mengenai reaksi ibu bapa dan guru sewaktu kumpulan mereka memakai baju tersebut, Wong yang bekerja sebagai jurulatih kursus kewangan berkata para guru berkenaan menunjukkan reaksi "biasa dan tidak marah".
"Ada yang pandang-pandang, ada yang tegur-tegur. Yang mana saya kenal, mereka bersetuju. Guru bersikap biasa sahaja. Mungkin mereka penat layan orang... Mereka biasa sahaja," katanya.
Sekumpulan ibu pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai 'BERSIH Mama' mempromosi tindakan itu melalui satu kenyataan kepada media semalam.
Mereka menggesa para ibu bapa menggunakan kesempatan ketika menerima wang bantuan tersebut untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Pada masa ini, apa yang paling diperlukan rakyat di negara ini bukanlah bantuan kewangan RM100, RM250 atau RM500.
"Jika negara ini tiada pilihan raya bersih dan adil, tujuan sebenar pilihan raya tidak akan dicapai dan negara ini tidak akan menjadi benar-benar demokratik untuk memilih wakil yang diingini rakyat," kenyataan itu dipetik.
Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada ibu bapa merupakan peruntukan yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat tahun lalu. -MK
Thursday, January 17, 2013
Ibu bapa pakai baju BERSIH terima bantuan RM100
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kerajaan adil dalam usaha memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan di negeri ini tanpa melihat warna kulit, agama dan bangsa serta fahaman politik.
ReplyDeleteSetiap masyarakat berhak menerima apa jua bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri tanpa istilah pilih kasih.
ReplyDeleteSemestinya mereka mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban yang terpaksa mereka tanggung.
ReplyDeleteKerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah pilih kasih atau mempersoalkan ideologi politik seseorang dalam memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat di negara ini.
ReplyDeleteMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua bentuk bantuan kepada rakyat selama ini adalah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka yang memerlukan.
ReplyDelete"Bantuan yang diterima rakyat di negara ini tidak terdapat di negara lain, kerajaan BN memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat yang layak termasuk bantuan persekolahan, bantuan Hari Raya dan sebagainya," katanya.
ReplyDeleteSegala bantuan itu menunjukkan kerajaan BN berjaya mentadbir urus negara dengan baik.Bantuan yang diberikan itu adalah bagi mengatasi bebanan hidup rakyat.
ReplyDeleteKENA AMBIL SEBAB ITU DUIT KITA....PENYOKONG PR TIDAK DIKECUALIKAN DARI CUKAI SAMA SEPERTI PENYOKONG BN JUGA. RAKYAT MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN BOLEH TERIMA. ORANG YANG KATA BUKAN PENYOKONG UMNO TAK BOLEH TERIMA . MEREKA TU TAMAK SEBAB BERCITA-CITA MEMBOLOT SEMUA. TUMBANGKAN UMNO PRU 13.
ReplyDeleteJika betul-betul risau, kenapa mau ambil, jangan bagi banyak alasan, bantuan kerajaan mau terima, tapi memburukkan kerajaan juga.
ReplyDeleteKerajaan prihatin dengan ibubapa, dan RM 100 ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibubapa.
ReplyDeleteKerajaan BN tidak pilih kasih, semua pihak tidak kira pembangkang mendapat bantuan ini.
ReplyDeleteIbubapa dpt RM100...Shahrizat Jalil dpt RM250 juta. Kah kah kahh. Rakyat 1Malaysia kena tipuuuu.Kha kah kahhh. Ingat bg duit ambil, bg kain pakai,bg teh kacauu, bg buah makan TAPI undi PR. Kah kah kahh.
ReplyDelete**Raja sulu'
Bantuan ini adalah untuk mengurangkan bebanan ibu-bapa semasa pembukaan sekolah.
ReplyDeleteMungkin mereka ini rasa bantuan RM100, tapi bagi mereka yang susah, bantuan ini amat dihargai.
ReplyDeleteBantuan ini tidak bermaksud rakyat perlu undi kerajaan, undian tetap rahsia.
ReplyDeleteTiada sesiapa yang memaksa rakyat undi BN jika terima bantuan kerajaan. Kenapa takut? Kenapa risau?
ReplyDeleteInikan negara demokrasi, undian anda adalah hak anda. Bantuan kerajaan juga hak anda. Sebenarnya tidak perlu buat macam ni untuk tunjuk perasaan. Tiada sesiapa yang menilai, tiada sesiapa yang memaksa.
ReplyDeleteSome 65 national-type primary schools in Sabah will receive aid to carry out repairs besides expanding the number of their classrooms and other works
ReplyDeleteA total of 466,938 primary and secondary students will benefit from the Government’s RM100 early schooling aid
ReplyDeletethe total assistance in Sabah, worth RM46.6mil, would reduce the financial burden for parents.
ReplyDeleteThis is proof that the Barisan Nasional government has kept its promise to help the people in various aspects
ReplyDeletethe federal aid had been sent to respective education offices in the districts for distribution.
ReplyDeleteThe government is always looking and assessing the situation to help the people and assistance like educational aid is important as education is an important aspect in the development of the country
ReplyDeleteBantuan persekolahan RM100 yang diberikan tahun ini merupakan kesinambungan peruntukan serupa yang bermula tahun lalu di samping Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan bermacam lagi bantuan melalui jenama gagasan 1Malaysia Perdana Menteri.
ReplyDeleteSejajar dengan tema 'Janji Ditepati', bantuan persekolahan itu merupakan sebahagian daripada pelbagai bentuk bantuan baharu bagi meringankan beban rakyat dalam situasi kemelesetan global serta kenaikan harga minyak dan barang keperluan lain.
ReplyDeletekerajaan tetap adil dalam memberikan bantuan, tak kira mereko penyokong kerajaan atau tidak. yang penting mereka layak mendapatnya.
ReplyDeleteTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 5.5 juta pelajar sekolah mula disalurkan hari ini melalui akaun sekolah masing-masing.
ReplyDeleteKatanya, bantuan itu akan disalurkan kepada pelajar tahun satu hingga tahun lima dan dari tingkatan satu hingga empat bagi sesi persekolahan 2011.
ReplyDeleteBagi pelajar tahun satu dan tingkatan satu sesi persekolahan 2012, pembayaran akan dibuat pada Januari tahun depan.
ReplyDeleteSementara itu, pelajar di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan itu dalam tempoh seminggu.
ReplyDeleteWang itu akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pihak sekolah dan bagi yang tidak mempunyai akaun BSN, mereka perlu membuka akaun sementara.
ReplyDeleteIa akan diagihkan kepada 5,532,650 pelajar atau ibu bapa mereka yang terdiri daripada 5,061,574 pelajar sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) dan Maktab Sains Mara dan Maktab Tentera Diraja (32,238), kata beliau.
ReplyDeleteBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama lebih 1,000 orang terdiri daripada pensyarah dan pelajar matrikulasi seluruh negara di Kolej Matrikulasi Selangor, Jugra di sini hari ini.
ReplyDeleteMenurut Muhyiddin, wang bantuan tersebut diberikan tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar terlibat.
ReplyDeleteKatanya, ia diharap dapat meringankan beban keluarga terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun depan.
ReplyDeleteSementara itu, Muhyiddin memberitahu, kerajaan sedang mengkaji untuk menambah jumlah elaun bulanan pelajar matrikulasi di seluruh negara.
ReplyDeleteBeliau yang juga Menteri Pelajaran menyatakan, perkara itu sedang dibincangkan agar jumlah elaun RM250 yang diberikan sekarang dapat ditambah sedikit.
ReplyDeleteKita tahu ada pelajar pra universiti lain yang mendapat elaun sehingga RM400. Jadi berdasarkan permintaan pelajar dan keadaan semasa sekarang kita akan kaji untuk menambah elaun pelajar matrikulasi.
ReplyDelete