Wednesday, January 16, 2013

Skandal Rasuah & Altantuya Tersebar Di Australia?

Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno,” tulis portal akhbar itu semalam.

Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.

The Age mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan hubungannya dengan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya pada 2006.

“Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.

“Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan.

“Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai ‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” akhbar itu dipetik. -KD

29 comments:
Write comments
  1. Sebenarnya tak ada salahpun jika rakyat Malaysia nak tukar kerajaan pada PRU13 nanti,.....negara ni Demokrasi dan suara rakyat harus di dengari dan d patuhi.

    ReplyDelete
  2. Bukankah Najib sudah buah sumpah laknat

    ReplyDelete
  3. Ya beliau sudah bersumpah laknat maka kalau dia berbohong maka dia akan dilaknat oleh Tuhan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. kita sebagai rakyat mempunyai hak keatas negara untuk menukar kepimpinan tapi haruslah dengan cara yang terhormat kalau kita rasa BN TAK BAIK KITA TUKAR KALAU KITA RASA PAKATAN RAKYAT YANG BAIK MAKA KITA UNDI PR.

    ReplyDelete
  5. January 16, 2013 at 10:11 AM :

    agama n tuhan sekalipun UMNgOk 'kencing' maaa...

    ReplyDelete
  6. Khabar2 buruk biasanya lebih cepat tersebar luas jika dibandingkan dengan khabar yang baik. ada yang mengatakan'orang buat kebaikan tiada siapa yang ambil tau, orang buat kejahatan 1 dunia tau'.

    ReplyDelete
  7. Kita serahkan saja kepada pihak berkuasa dan pengadilan.

    ReplyDelete
  8. Pihak2 tertentu gunakan isu ni untuk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
  9. SUARAM tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia menerusi serangan bertalu-talu mereka menggunakan fitnah kapal selam Scorpene dan urusniaga Perimekar dalam mendapatkan aset ketenteraan itu.

    ReplyDelete
  10. Keberkesanan SUARAM dipertingkatkan dengan sokongan dan publisiti yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya daripada PKR yang tidak pernah kenal erti moral, dan takut dengan undang-undang. Anwar Ibrahim merupakan ornag yang paling kuat bercakap tentang Najib sebagai pembunuh model Mongolia itu.

    ReplyDelete
  11. para penyokong Anwar pula sehingga ke hari ini masih berusaha mengaitkan Altantuya dengan Najib walau dengan cara apa sekalipun.

    ReplyDelete
  12. Anehnya di sebalik kesungguhan mereka itu, tidak pula mereka bersungguh-sungguh untuk memberikan bukti dan fakta-fakta yang lebih bernilai bagi setiap tuduhan mereka.

    ReplyDelete
  13. SUARAM didakwa mendapat bantuan dana dan kepakaran asing untuk operasi mereka, namun SUARAM sentiasa berjaya mengelak daripada memberikan jawapan sebenar.

    ReplyDelete
  14. Pendedahan yang kurang bersungguh-sungguh dan ketiadaan tindakan daripada pihak berkuasa tentang modus operandi serta dana asing yang menjadi tulang belakang SUARAM, membuatkan agen-agen Zionis dalam SUARAM yang berselindung sebagai rakyat Malaysia begitu

    ReplyDelete
  15. Kini punca dana mereka telah terbongkar. Tindakan pihak berkuasa menyerbu pejabat SUARAM telah membuatkan agen Zionis itu bertindakbalas.

    ReplyDelete
  16. Mereka enggan bekerjasama dan membantu pihak berkuasa mendedahkan perkara sebenar. Sebaliknya dengan memanipulasi undang-undang, SUARAM berjaya menghalang pihak berkausa daripada mengambil fail-fail serta dokumen-dokumen penting. Tidak itu sahaja, merka juga berjaya menghalang petugas undang-undang daripada memasuki pejabat mereka.

    ReplyDelete
  17. Dan untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa serta kerajaan, SUARAM lantas membangkitkan ikrarnya untuk meneruskan isu fitnah Najib Abdul Razak, Perimekar dan Sorpene biarpun mereka tidak pernah ada bukti meyakinkan. Manakala bantuan dari pihak luar negara pula memberikan isyarat bahawa kenyataan mereka akan menurunkan harga-harga saham dan imej Malaysia akan tercemar sebagai negara yang menyekat hak asasi manusia serta tidak telus.

    ReplyDelete
  18. pembangkang yang suka memperbesarkan isu ini.

    ReplyDelete
  19. It is unnecessary for Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to debate with Datuk Seri Anwar Ibrahim as his transformation programme has yielded results.

    ReplyDelete
  20. MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said the people could judge measures implemented by Barisan Nasional (BN) under Najib''s leadership since taking over the country''s leadership three years ago.

    ReplyDelete

  21. "We fulfilled all promises as against the empty promises made by the opposition," he said at the second debate between him and DAP secretary-general Lim Guan Eng.

    ReplyDelete
  22. "The nation''s competitiveness has risen from 28th to 21st, the ease of doing bussiness from 23rd to 18th and we have been recognised as fifth most favoured FDI nation in Asia.

    ReplyDelete
  23. Chua said Anwar should be debating with others because the opposition is "full of rhetoric".

    ReplyDelete

  24. The debate entitled "DAP & MCA: Whose Better Policies Benefit the Community?was organised by Asia Strategy and Leadership Institute (Asli).

    ReplyDelete

  25. The two hour debate was moderated by Asli chief executive officer Tan Sri Michael Yeoh.

    ReplyDelete

  26. Chua said MCA was involved in nation building from the start including the fight against communists during insurgency, fight for independence and right of citizenship after independence.

    ReplyDelete

  27. On the National Economic Policy (NEP), he said there was no denying that Malaysia had succeeded in producing quality in this country.

    ReplyDelete
  28. He said Malaysians should embrace Najib''s transformation programme as it would provide the nation hope for a better future.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.