Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Meh bulan depan.
Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.
"Kalau selepas Chap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN).
"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan DUN)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.
Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak perkara itu.
"Kita tiada sebarang halangan (untuk mengadakan pilihan raya serentak), dulu saya ada kata kerajaan negeri tidak boleh membuat pilihan raya sebelum perbentangan bajet negeri Selangor, sekarang ini pembentangan bajet pun dah selesai jadi kita bersedia untuk bubarkan DUN," katanya.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.
Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
Mengenai isu air, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi air Selangor selepas tempoh 14 hari.
Katanya, kerajaan negeri telah pun menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memaklumkan perkara itu.
"Kita beri tempoh pada kementerian berkenaan 14 hari bermula Isnin depan untuk menjawab kepada kita berhubung pengambilalihan perkhidmatan industri air itu dan sekiranya tiada sebarang maklum balas, proses pengambilalihan itu akan diteruskan," katanya.
- Bernama
Wednesday, January 30, 2013
S'gor cadang bubar DUN selepas Chap Goh Mei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PRU tidak lama lagi. Tempoh sudah tamat.
ReplyDeleteIsu air pasti mencapai penyelesaian yang terbaik.
ReplyDeleteBN has face tremendous challenge from opposition. Indeed a great challenge to be happen soon.
ReplyDeleteParlimen akan dibubar dalam masa yang tersingkat. Semoga EC dapat memastikan PRU yang lebih bersih, terbuka dan amanah.
ReplyDeleteSemua jentera sudah bersedia untuk berjuang. Selangor akan emnjadi tumpuan semua pihak sama ada pembangkang terus mentadbir.
ReplyDeleteBetulkah Selangor akan membubarkan DUN mereka dalam masa terdekat ini.
ReplyDeleteNampaknya PRU sememangnya semakin dekat sekarang ini.
ReplyDeletePelbagai tanda-tanda PRU13 semakin hampir.
ReplyDeleteBetulkah Rakyat di selangor menolak Pakatan? Nampaknya ini akan memberikan ruang kepada BN untuk menang.
ReplyDeleteMAsalah di negeri tersebut sememangnya menghantui rakyat selangor sendiri. Kerajaan negeri tidak begitu serius dalam menangani masalah penduduk.
ReplyDeleteFakta bahawa pilihan raya hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April 2013.
ReplyDeleteDi Sabah pula kerajaan BN begitu serius berusaha sehingga menjadikan negeri ini NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA bukan begitu Sanih Alias? Jauh di belakang negeri Kelantan yang diperintah PAS! Ini yang kita banggakan dengan BN Sabah kan Sanih Alias.
ReplyDeleteSanih Alias...Rakyat sabah juga tak sabar mengundi di saban utk menjahanamkan UMNO Acuan Yahudi Projek ic haram kebanjiran PATI pengundi hantu saitan yg di kenali
ReplyDeleteSanih Alias itu dia.. mabuk sudah muncul.....sumber cerita dia semua dari utusan n tv 3...hhahhahahha..bg la sumber lain bro,,,,
ReplyDeleteSyabas MB sekurang2nya ianya memberi tekanan kpd PM Najib utk mengubal parlimen secepat mungkin.....
ReplyDeleteSanih Alias said...
ReplyDeleteJanuary 31, 2013 at 1:30 PM
ye ke,,klau ko pasti BN dpt pegang blik selangor cepat la suruh najib buat pilihanraya,,dr dulu dok tangguh jea keje nyer,,kata rakyat dibelakang,,,rakyat dibelakang ke macai di belakang,,,aku rasa najib yg risau klau bubar parlimen putrajaya terlepas dan x kembali lg,,tue sbb dia takut bubar parlimen kalu yakin menang konfem dia bubar lama dah,,btol x macai,,, wahahaha
GUA MUSANG: Tanpa mengendahkan amaran Umno, sebahagian besar ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lebir tetap hadir pada majlis penyampaian geran tanah semalam.
ReplyDeleteLebih menggembirakan lagi apabila 54 ahli Umno yang hadir pada program berkenaan semalam menerima sendiri geran tanah disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagus juga membubarkan adun selepas Chap Goh Meh.
ReplyDeletePRU-13 dah semakin dekat, sudah patut bersedia untuk membubarkan dun.
ReplyDeleteHarap PRU-13 akan berjalan lancar bila masanya dah sampai.
ReplyDeleteDiharapkan semua rakyat juga akan mula bersiap sedia untuk mengundi semasa PRU-13 dilancarkan.
ReplyDeleteInilah peluang untuk rakyat memilih lagi untuk 4 tahun akan datang.
ReplyDeleteJANGAN UNDI PARTI YANG MENYENANGKAN PENDATANG ASING DENGAN MEMBERIKAN KERAKYATAAN SONGSANG DGN JALAN SALAH.INGAT KITA RAKYAT MALAYSIA YANG BERDAULAT DIBUMI SENDIRI
ReplyDeleteSYABAS, TAHNIAH PR!!
ReplyDeleteHai.. cepatlah PRU serta redakan polimik.. Yg pasti harapan majoriti nakkan pimpinan baru (PR), baru aman sejahtera M'sia namun pengkhianatan berulang2 puak Mamak Mandeliar perguna rakyat/kuasa asing adalah kekangan... Segala penipuan/pengkhianatan pastikan menerima 'pembalasan'. Rakyat/jemaah dah 'usaha'... Kuasa Allah kan HANCURkan umNO!! YAKIN!! A.B.U.BeeNd!!!
adalah pakatan akan adakan piliharaya negeri serentak dgn PRU?
ReplyDeletekita tunggu plihanraya diadakan.
ReplyDeleteBN telah memerintah dengan baik, pasti PRU ini, BN akan menang lagi.
ReplyDeleteMasalah di Selangor masih belum selesai lagi.
ReplyDeleteRakyat pastikan membuat keputusan yang betul dan bijak ketika mengundi.
ReplyDelete