Thursday, January 17, 2013

KJ Tak Mengaku Tarik Balik Kenyataan

Meskipun laporan media menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencapai penyelesaian kes fitnah RM100 juta semalam, 'perang' membabitkan kedua-dua mereka berterusan di dunia siber.

Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing.

Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu.

"Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman," kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza.

Tengah hari semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, "sila baca kenyataan penyelesaian, bukan Utusan; secara efektif, ia satu tindakan menarik balik (kenyataan)."

Blog Anwar malam tadi menyebut, berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairy bertentangan dengan keputusan dicapai di mahkamah, satu sidang media akan diadakan pagi ini di ibu pejabat PKR.

Sidang media yang dijangka diadakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara lain menyentuh kes saman fitnah yang difailkan oleh Anwar dan penyelesaian direkodkan oleh mahkamah semalam.

Dalam pada itu, bekas koordinator media Anwar pula menulis menerusi Twitter, "@Khairykj Tipu. Anwar tidak tarik saman. Ia satu penyelesaian. Terima penyelesaian bukti anda yang tarik balik kenyataan."

Khairy dalam mesejnya menyebut bahawa "beliau saman saya. Beliau menarik balik kes."

Laporan media menyebut kes saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada September 2007 diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

"Tiada perintah untuk kos," katanya.

Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah. -SH

Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama. -GB

17 comments:
Write comments
  1. Biarlah mereka selesaikan hal mereka.kalau saman RM100 juta sudah ditarik,syukurla tu.

    ReplyDelete
  2. Apapun penyelesaiannya, asal rakyat jangan menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  3. Ada juga macai yg bodoh taraf lembu,DSAI memang tarik balik,setelah pemuda Umno tarik balik cakapnya dlm akhbar yg dia fitnah DSAI serta minta maaf kpd DSAI!selesai diluar mahkamah ni dgn kos,DSAI dapat la duit dkm 1ke 10% +kos mahkamah,pemuda umno yg fitnah terpaksa bayar,tapi syarat mahkamah,harga kos kena rahsia...macai umno jangan bodo sangat...

    ReplyDelete
  4. Harap masalah ini akan segera selesai untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  5. Awareness of young voters to the BN’s ability to continue leading the country was stronger now.

    ReplyDelete
  6. Young people favors Barisan Nasional and Najib Razak's leadership.

    ReplyDelete
  7. This wave of consciousness is very evident when nearing the general elections.

    ReplyDelete
  8. Millions of youths still wanted Najib as the Prime Minister.

    ReplyDelete
  9. They are confident that BN is the party to lead Malaysia towards a better future.

    ReplyDelete
  10. Hanya kerana Anwar Ibrahim yang sudah tersepit di penjuru bilik, maka wacana fitnah pun diforumkan.

    ReplyDelete
  11. Kenapa agaknya Anwar tak mahu masuk kamar bicara dan mengeluarkan segala isi perut Khairy Jamaluddin di mahkamah agar semua orang dapat dengar sendiri apa yang hendak dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO itu? Mengapa pula peguam Anwar Ibrahim, Gobind Singh Deo, membuat keputusan untuk menggugurkan keinginan untuk menyaman Khairy Jamaluddin hanya kerana penafian singkat yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO itu?

    ReplyDelete
  12. Bukankah lebih elok sekiranya, Khairy Jamaluddin memberikan keterangan dan penafian di dalam perbicaraan sama seperti dalam kes-kes sivil yang lain?

    ReplyDelete
  13. Kalau kita tahu apa yang sebenarnya berlaku, sebenarnya, tidak susah untuk kita faham. Bagaimanapun, gelagat Anwar Ibrahim dan para pecacainya amat menarik.

    ReplyDelete
  14. Di sana sini, para pecacai Anwar Ibrahim berkata dengan bangga, Khairy Jamaluddin ketakutan dan menarik balik kenyataannya. Kononnya, Anwar telah menang saman fitnah kerana Khairy Jamaluddin walhal, Anwar telah pun menggugurkan saman fitnahnya terhadap Khairy Jamaluddin. Kes antara kedua-duanya diselesaikan di luar mahkamah TANPA SEBARANG KOS.

    ReplyDelete
  15. Bagaimanapun, adalah difahamkan, sepatutnya Ibrahim Ali dan Ezam Mohd Nor akan jadi saksi bagi pihak Khairy Jamaluddin. Dan seperkara lagi, berbeza daripada apa yang cuba digambarkan oleh Anwar Ibrahim, tiada sebarang permohonan maaf daripada Khairy Jamaluddin kepadanya.

    ReplyDelete
  16. Khairy Jamaluddin, si Ketua Pemuda UMNO telah menyahut cabaran PAS untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berhubung sejarah Bukit Kepong dan khabarnya perdebatan tersebut akan diadakan di Kelantan.

    ReplyDelete
  17. hal ini dah selesai, tak perlu dibangkitkan lagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.